Enough me! Its you now!

Wednesday, April 25, 2012

Its here, finally...

Assalamualaikum....

Aku sudah pulang untuk mencari rezeki...heheh...ke mana? tgok duit tu semua mesti tahu...banyk benda terjadi...and bnyk yang aku pelajari... nnt aku story mori.. aku ada kursus 10hari.. balik kursus aku cerita kay... hehehee...

Siap sudah... duit, pasport dan bajet.. heheh..


Till then, take care :)



Tuesday, April 17, 2012

Pulau oh pulau

Assalamualaikum...

Entri kali ni, aku cuma melepaskan gian je di tepi tangga *tak de tempat lainkah?*.. Keinginan untuk bercuti ke pulau meluap-luap semenjak tahu aku dibenarkan bercuti dari 26 Mei sehingga 3 June..  Rumors mengatakan ada PRU13 time tu.. Mungkinkah?? Hmmm.. kalau ada PRU13, alamat ke Pulau Besar je la aku.. *gelak dengan tak ada maya*..  Ok..sambung..sambung..fokus..fokus.. Mungkin sbb aku lebih sukakan pulau/air dari bandar and hiruk pikuk.. jadinya, mmg teringin sgt ke pantai/pulau/swimming pool... Ye, swimming pool dok renovate sampai sekarang tak tau la da elok belom.. *sendu weh*..  Aku tepek gambar hasil ehsan pakcik Google la ye.. InsyaAllah, jika diizinNya, aku akan sampai ke sini juga.. doakan aku ye..

Pulau Redang, Terengganu...Masya-Allah..cantik..hasil ehsan sini


Pulau Perhentian, Terengganu..amazing..amazing..hasil ehsan sini

 
 Pulau Tioman, Johor..hasil ehsan sini

 Pulau Mabul..ley amik pakej ngn Uncle Chang ke Cheng tah..RM540..hasil ehsan gambau sini ye

 Pulau Manukan, Sabah..kapan la ye.. hasil ehsan sini

 Pulau Sipadan... pelik tapi cantik..seyus cantik.. Masya-Allah.. hasil ehsan sini

Tu la dia..hasil 'google'an aku..  Hebat ciptaan Allah dari ciptaan manusia.. secantik mana istana, segah mana candhi, dan sebesar mana tembok.. ianya hasil manusia dan tiada tolok banding dengan ciptaan Maha Esa..  Eiiiii... nak pulau, nak pulau...

K la, sebelum aku meroyan lebih lanjut.. baik aku angkat jari dari menaip *cheewaaahhhh*

Till then ye..





Saturday, April 7, 2012

Evening 'lepak' at Port Dickson

Assalamualaikum semua.. harap sihat kay?

Gambar ke Kelantan masih lagi pending di tangan adik aku *lamanya possss*...hehee..*sorrrriiiii bro*..  Well, last two weeks (Ahad, 25th March), aku balik kampung and then, my mom ajak jalan-jalan  petang Ahad, selepas Asar.. mmg heaven, sbb aku da amat stress dengan kerja aku yg ntah bila nak habis *ok*.. Kerja bertimbun and tak larat nak sudah kan.. *ok, aku da start merepek pasal kerja pulak*...enuf bout my work.. hehe..

 
 Papan tanda perjalanan
Nak dekat dah ni
 
 
 Haaaa.. sampai da

So, after Asar, dlm 5pm, kami gerak.. Abah drive, slow and steady.. Makan angin la katakan.. Dari rumah aku ke PD dalam 30minit shj, kalo ayah aku rempit, dalam 15-20minit shj.. hehehe.. Jadinya, dalam kereta sembang-sembang pasal kerja *OMG, keje lagi??*, 3K  *dush*..dan lain-lain.. hehe.. Perjalanan selama 30 minit tu disertai oleh my parents, adik and me *of kos laaa*.. Memandangkan kitorang g dalam petang Ahad, mmg orang ramai sgt kat PD.. dok mandi-manda, dok berdatim-detim.. hehe..

Kalau dulu PD tak ada tembok batu, sekarang dah ada.. Kemudahan da lengkap, bench da bnyk and pokok da rendang.  Mungkin sbb aku da lama tak ke PD, jadinya, mmg tak tahu la bila menda ni sume di siapkan.  Time aku pergi mid-last year, it still in renovation process.  So, PD sekarang mmg mabelessss~~ *thumbs up*


Assorted pictures of PD

 Jalan menurun bg yg tak turun tangga


Antara kemudahan yang telah ditambahbaik

 
 Sidewalk yang telah berbatu

Memandangkan kitorang berjalan-jalan shj, tak bnyk menda yg di buat melainkan cuci mata shj. Hehehe.  Turun je kereta, adik aku carik burger and makanan ringan lain. Aiskrim, pisang goreng and keropok lekor mmg kudapan yg kene ada kalo nak layan angin kat PD ni.. Jadinya, aku layankan korang ngn pictures dari h/phone cap ayam aku...


PD walk

 Layan lagi

 Signboard ni bnyk dorang letakkan

 My sis

Da selamat sejukkan tekak ngn eskrem and makan keropok, mak abah ajak balik.  Da petang kekdahnya.  Kata dorang, nak bwk aku g makan nasi koboi.  Nasi kukus and ayam bakar, satu set RM5.  Malangnya, sesudah sampai, kedai da tutup sbb ayam dah abih.  Sah, sedap ni.  Adik aku kata biasa-biasa je, however, it is subjective when it comes to taste, kan? heheh.. next time boleh makan..

 
 Nasi ayam kukus cowboy

 Dah tutup *nanes*

Da tutup kedainya, balik je la.  Da nak malam da, jadinya, aku click-click gambo sikit-sikit.  Layankan je la ea..

 Orang main helikopter ramai-ramai

 Rumah empunya barang-barang jenama Zaitun (yang guna tanpa was-was).. aku tak sure status rumah ni, tapi inilah rumah ni

Okla ye..tammat sudaaaa.. aku mmg busy kerja lately *lagi? kerja??*..hehe.. Mungkin aku suka laut and pantai, so, bg aku pergi tempat begini mententeramkan hati aku, menjadikan aku lebih 'center' and paling penting, quality time with my parents.  Ntah sampai bila boleh nikmatinya.  Terima kasih mak, terima kasih abah, sbb bawak sy g PD~~~ :)

 Sunset @ PD

Till then, Assalaamualaikum.. ^ ^