Enough me! Its you now!

Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Dari kacamata - Bandung

Assalamualaikum..

Jenuh aku memikir nak buat title post first tentang the good and the not-good about Bandung. But hey, who am I to judge, kan?? Aku cuma pelancong/ pendatang dengan izin ke Bandung, which is a pleasant 5-days trip.  Such a quick one. Should repeat again! A must! with no supir! Serious! *motheeppp over plak ko nyah* .. hehe..

Setiap kali trip, aku akan cuba mengolah/ memberi pandangan original dari hati aku *terpulanglah korang nak cakap hape, ada mak kesah?* hehe.. Sekurang-kurangnya, aku tak hipokrit and tak menipu sesiapa.  Kan? kan? kan? ^.^ So, segmen "dari kacamata - (tempat lawatan)" akan dibuat each and every trip to share my experience and I believe, everyone do not share the same thing.  You have yours, cant I have mine? Ok, ko da mula merepek.. sila mulakan sekarang! *Baik, cikgu!*

Kita layan gambar sambil aku komen okay?

Minyak Pertamina murah kat sana.. 1 liter = 4500rp = rm1.50

Aku snap gambar ni time Narco isi minyak before nak ke Tangkuban Perahu.  Dekat Malaysia, aku tak sure minyak berapa ringgit seliter.. boleh gitu? *dush* Yang penting, kawan aku kata murah lagi compare dengan Malaysia.  Pertamina ni ada standard juga, yang merah ni standard yang kuning kat Malaysia. ^.^


Gaji untuk marketing, kedai showroom tak salah aku

Tak sure, gaji 500,000,000 (500 juta) = RM15k or 5,000,000 = RM1.5k or 500,000 < RM300.  Yang pasti kerja bahagian marketing.  Persaingan untuk kerja ini mesti hebat kok. 

Angkutan kota

Benda ini menarik.  Aku seboleh-bolehnya, datang Indonesia, mahu naik angkutan ini.  Aku tnya sama Narco, kenapa nombor angkutan tak jelas dan macam mana mahu tahu angkutan ini bisa ke Pasar Baru.  Jawab Narco, kalo naik, mahu tanya dahulu dan yang pasti, kalo salah naik, dia akan lalu balik tempat kita naik tadi.  Boleh la turun if salah naik. Just masa yang terbazir.

Mencari rezeki

Nenek ini meminta sedikit wang dari tingkap and aku baru perasan, tingkap Alza ni tinted gile.  Means, muka dekat kat tingkap, baru orang luar boleh nampak kita.  Sebelum nenek ini, ada penjual kuih-muih, penyanyi jalanan, jual surat khabar.  Menarik! Kuih yang abang tu jual, nampak sedap.. tapi tak berani nak beli sbb teringat kesah orang cirit birit dan sebagainya.  Nenek ni minta di depan, aku tak dapat nak hulur, da hijau.

Lori pasir.. cool~

Lori ni, gambar aku snap time nak ke Kawah Putih.  Lalu highway, sebelah ke Jakarta, sebelah ke Kawah Putih.  Kereta bnyk, tapi jalan lancar.  Lori ini tak menutup pasir yang dia bawak.  Cool kan? kalo kat Malaysia ni, kene tutup sbb takut mengakibatkan kemalangan jalan raya.  Lori dia juga comel aje, which rarely found in our country.  I admire that.

Gerai bergerak

I snapped this picture during our trip to Kawah Putih.  Kalau disana, gerai bergerak ini normal.  Kagum dengan kesungguhan mencari rezeki, mencari sesuap nasi.  Mereka lebih gemar berniaga kecil-kecilan.  Kalau kita disini, tak pernah cukup dengan apa yang kita ada.  Bahkan, segelintir dari kita mengutuk orang yg menjual di jalanan dan tak akan mungkin makan makanan jalanan.  *mode: insaf*

Kedai kecil di tepi jalan

Again, its a picture coming from our way heading to Kawah Putih.  Macet time ni sbb budak baru balik sekolah kekdahnya.  I found this shop interesting sebab.. ntah.. Kat Malaysia bnyk juga kedai begini.  Kalo tak silap, kedai ini dari mata aku yg tak berapa nak jelas ni, tak bersimen.  Means, it just berlantaikan tanah merah.

No plate kereta

I do find this interesting since UOI itu, boleh dipilih! OMO~~ Bila aku tanya sama Pak Jajak, nombor plate di Indonesia, bagaimana ya.  Kata dia, B (abjad pertama) menunjukkan kenderaan dari negeri mana.  1175 indicates the number of the car, and UOI adalah acronym yang boleh di beli/ dipilih oleh tuan kereta.  Most family akan buat acronym yang sama.  Kalo aku, ZAZ la kot.  Yang kecil dibawah 01.17, indicates road tax~ Yup, road tax.  Papan nombor plate akan ditukar setiap kalo road tax tamat.  Kereta yang aku snap ni, tamat pada Januari, 2017.  So, kalo polis nk saman, diorang akan straight to the plate number.  Senangkan.  Kita pun boleh tengok kereta dia da mati cukai jalan belom.  hehhe *niat jahat*

Universitas Pendidikan Indonesia

Hehe. aku amik gambar ni sebab teringat kat UPSI.  Aku teringat yang aku tolak untuk berkhidmat dengan UPSI dulu.  Yeay, Indonesia juga ada universiti pendidikan. ^.~

Ok, thats it.  I found everything up there interesting.  O ye, hasil rembatan semua sudah bertukar jadi baju.  Percaya tak? hehe.  Untuk pengetahuan semua, nnt aku post gambar hasil rembatan ok? Tapi tak tunjuk baju la.  Sbb too much i think. hehe. *suka hati aku je kan~* hehe.

Till then,




Tuesday, June 19, 2012

Si kenit ke Bandung - part 5 of 5

Assalamualaikum...

28/4/2012 - Sabtu - our very last day in Bandung.

Untuk entri Bandung musim 1, 2, 3, 4, sila klik.  Awat la aku cam mee segera bagai ni *mengong jap* Bukan ape, entri last ni aku cam nak cecepat je.. Sabar la ye.. hehehe..

Hari last day ni, aku g Kartika Sari, Pejabat Pos Indonesia and lastly, one and only, Pasar Baru.. hehehe.. habiskan sisa-sisa duit..  Before berangkat, kami sewa teksi, cost: RP200k from Pak Jejak.  Sgt baik orangnya, umur 32 tahun, dan masih single.. Ok, ladies, ley masuk risik sbb dia kaya! heheeh.. *aku? tak pe la, terima kasih, kami tiada kimia*.. heheh..

Breakfast dalam 4 hari ni.. strawberry yg aku beli kat Kawah Putih


Sedap, sbb tu licing

Depan Orang Home Syariah

First stop, Kartika Sari beli brownies.. Aku rembat kek Coklas Kukus Almond and berberapa kuih dari sini.. Kuih, sedap.. Kek Kukus... ermmmmm.. biasa shj.. normal taste of brownies cam aku buat kat kampung.. *boleh? tak caya, g beli yg kek segera, warna biru and tulis brownies..lebih kurang weh*.. heheeh.. aku tak bermiat merendahkan ke hape.. but hey, it just my opinion.. no need to be cepat melatah.  hehehe..  Sementelah menghabihkan duit beli kek and kuih, aku minta Pak Jajak bwakan ke Post Office since aku minat kumpul setem.. Nak beli setem Bandung buat kenang-kenangan.  Kak H pun  beli tuk mak dai, sampul surat hari pertama, filateli club.. aku kumpul gak kay.. tapi aku lebih suka setem... cute and cantik gitew..  Last stop, pe lagi, habiskan duit sampai kul2pm.. flight kul7pm.. tapi takut macet, kami ambil langkah berhati-hati.. hehehe..

Ok, layankan gambar...

 
 Me, in front of Kartika Sari.. tu bukan kerea aku.. sekian..

 
Setem and sampul surat hari pertama

Kereta tu tunggu orang besar mana tah datang 

 
Hensem gile mamat pakai vase tu, dia tunggu orang besar tu datang... kachak weh...


Bye bye Bandung

Hasil rembatan and the good and the bad about Bandung will be upload next you alls.. hehehe... Mata aku da sayup2 je tengok keyboard ni.. K, till then..

p/s:-kalo korang perasan, tarikh gambar ke -2 adalah 27th.. heheh.. sbb gambar tu mmg on 27th.. sbb aku hanya berjaya snap gambar licin time 27th and gambar makanan belom makan, on 28th... hehe... layankan je la... :D






Si kenit ke Bandung - part 4 of 5




Assalamualaikum korang~

Hollaaaa.. kita ketemu lagi. entri aku kali ni untuk hari ke-4, mengambil tempat di Bandung, Indonesia.  Hari ke-4, bertarikh 27/4/2012, perjalanan berkenalan dengan Bandung diteruskan lagi dengan lawatan ke Kawah Putih, Danau Situ Patengan dan Cibaduyut.  O ye, entri untuk hari pertama, kedua dan ketiga, sila klik.. *again, jgn malu-malu ok?*..

Pagi tu, kami kene gerak awal untuk ke Kawah Putih sbb takut macet, spt yg dipesan oleh Narco.  Narco ni driver kami dari hari ke-3 sampai la ke-4.. mmg best tul dia ni.. next time ley request budak ni lagi *oppss.. ada next time? kah?* heheh..  So, pagi-pagi, dlm area 8.30 am, rite after b/fast, terus ke Kawah Putih, perjalanan makan masa dlm 2-3 jam kalo tak silap.  Atas bukit gitu tempatnya.  Masa kami sampai ke Kawah Putih, ada di bawah tempat naik mini bas, tapi memandangkan, semuanya malas banget mahu naik kenderaan awam tuh, terus memasing keluarkan duit bayar untuk kereta 4roda ke atas.  RP50k kalo tak silap.  Da sampai, mmg sejuk sgt, ketaq aku.  Bila bercakap mmg keluar asap ooo.. *jakun aku nih. heheh*.. Terus kami turun ke bawah untuk ke kawah.  Penjaja tak ramai seperti di Tangkuban Perahu.  Masa sampai, perkataan pertama yg keluar, MasyaAllah, cantik! Hebat ciptaan Allah. Tasik warna putih.  First time tengok.. Kagum gile, tak terungkap dengan kata-kata.  Tgok gambar kat bawah ni untuk lebih pencerahan.. ^^

Tasik putih tu bukan aku edit ok. Mmg begitu warnanya.. :) 

Time di sini, serius udara sgt menyesakkan. Mungkin sbb kandungan sulfur yg ada dlm Kawah.  Kawah ni terbentuk hasil letusan gunung merapi.  Lebih lanjut, ley klik link wiki ni haaa..  Mak da duduk kat bahagian pokok tu.  Mmg ada orang kejar suh kami amik gambar dengan dia, tapi kami tolak dengan baik sbb kitorang mmg da ada kamera.. tak perlu rasanya.  Time kitorang (aku, Kak H and si kenit) dok jadi scientist and bergambar sakan, aku tgok mak duduk je kat pokok-pokok tu. Pandang kitorang and tgok sekeliling.. Kagum mungkin.  Si kenit da celop tgan di kat dlm tepi tasik tu. Katanya, panas and rasa gatal kat jejari beliau da kurang sikit.. Penangan belerang kot.. *heheheh*

Bila da puas beraktiviti normal, aku g kat mak.  Mak kata, "mak rasa ada benda tgok kita tadi, ada benda jaga kawasan ni rasanya.. kat belakang ni dia duk kot".  Aku tgok kat belakang mak, hanyalah pokok-pokok bakau which da berhutan nipis sikit kat kawasan tuh.  Seram lak tetiba.. *huwaaaaa, hati aku gundah seh.. T___T *.. Langsung aku ckp kat Kak H and si kenit, moh balik..  Tak lama lepas tu, terus kabus tebal datang..  Kabus tu tutup sume kawasan tu.. kalo tak ramai orang time tu, ley tak nampak tangga naik atas.. Semua orang terus berpusu-pusu naik tangga.  Korang ley tgok gamba penuh kabus dlm gambar kat atas, gambar pertama..  Mak kata da semput sbb udara da nipis, si kenit pegang mak and jalan slow2.  Aku da naik dulu and semput sgt.  Time tu da kul11.30pg gitu.  Sudah naik atas, bergambar plak kat atas.. *as usual*.. heheh..

Cantikkan? Ciptaan Allah mmg cantik ^^

 Aku jadi scientist jap, berangan kat Kawah Putih ^^

Mengabdikan kenangan di Kawah Putih 

Sesudah mengambil gambar, kami semua turun ke bawah semula sbb mak minta singgah beli strawberi, tak mau petik katanya.  Memandangkan hari tu adalah hari Jumaat, ada solat Jumaat kat surau kecil di bawah kawasan itu.  Narco ke kamar kecil and aku tunggu solat Jumaat habis sbb aku nak solat Zohor and Asar (jamak takdim :) )..  Usai solat, jumpa achik kat bawah ni. Aku beli la strawberi dari dia.  Minta kurang sampai half price, mmg berbaloi.. sbb semua buahnya besar-besar and sgt sedap~ Aku borong 3 bekas kot.. heheheh.. O ye, musolla dia kecil and tidak ada tempat lelaki perempuan, which aku rasa inconvenient at first, but then, aku fikir balik, untung ada tempat solat, and tempat ni orang solat Jumaat sekali, which sgt berkat ^^.  Allah Maha Besar.  Tempat kecil and jemaah lebih dari 40 orang pun dorang boleh solat Jumaat disitu :)  Alhamdulillah.... *love..love..love* 

Achik, sonyum sikit ^-^

Kami meruskan perjalanan ke Danau Situ Patengan, spt yg disarankan oleh Narco.  Mungkin penat drive, dia minta rehat di kawasan danau.  Kitorang jalan-jalan and beli buah blueberry.  Yup, blueberry.  Serius, tak seperti yang aku gambarkan.  Mmg tak manis.. Huwaaaa.. cerita omputih selalu buat dia nampak sedap.. Rupanya, omputih tipu aku.. *nanes laju-laju*.. Jalan punya jalan, sampai lah ke pintu masuk....

Wall tu ada tulis pasal Situ Patengan and kisah nape danau terjadi.  Kisah cinta dewa kalo tak salah

Kami di terangkan oleh seorang Om ni, untuk bawa kami ke Batu Cinta.. Ada 2 jenis bot, bot laju and bot kayuh sendiri.  Ikot hati aku, aku malas je nak kayuh or nak pergi ke Batu Cinta, tapi ayat mak "da sampai sini, nnt balik umah, teringat-ingat.. jom naik".. Ok mak, jom..  Tak ingat plak sebot brape ribu. Kalo tak salah, dlm RP50k or RP100k..  Dalam rm30-50 kita untuk sebot.  Time nak pegi, budak navigator tu kata, kak, disini percakapannya, harus diawasi ya. Masih keras kok.. Terus kitorang diam and amik gambar je.  

Bot kayuh sendiri, dlm RP10k

Sampai di Batu Cinta, kitorang amik gambar, navigator tu yg tolong amikkan.  hehhehe.. pe lagi, posing laaaaaaa sebnyk mungkin... :)  Time ni, dia ada bgtau, kalo kita sampai lambat, cintanya laju sampai.. Kalo kita laju, cintanya lambat sampai.. OOOOOOhhhhhhhhhhhhhh... tidakkkkkkkkkkkk!!!!! *aku da naik bot laju... lambat laaaa weeeehhhhh*.. Tak elok percaya kekdahnya.. hehehe...


Diatas bot, pemandangan dari Bt Cinta and we're at Bt Cinta

Bergambar kat tugu batu Batu Cinta

Kalau tak salah, ni Pulau Cinta, which masih keras and tak ber'usik'.. tempat suci katanya

Setelah pulang dari Danau Situ Patengan, about 2-3hours in time, kami move on balik to city.  Pemandangan nak balik sangat sejuk dan hijau je.. tenang and damai.  On the way balik, aku sempat la amik gambar parabola ni.. gabak besau, ley tengok semua channel kekdahnya.  Kata si Narco, parabola ni mostly second hand, yg first hand mahal, tak mampu.. Sepanjang perjalanan turun, ada air sungai yg sgt sayup di bawah nun.. aku tak sempat ambil gambar sbb menurun bukit and Narco laju sikit.. Tapi air sungai tu maybe air dari bukit.  Somehow, I want to be there again.. InsyaAllah.. ^^

Parabola.. kan best kalo ada ni, tak perlu bayar aseteruk monthly

Sesudah turun bukit sikit, kami kelaparan.. minta Narco bawakkan ke tempat makan.  Time tu da pukul 3,4pm, kalo tak salah.  Singgahlah kami ke restoran sindang reret.  Gambar di bawah.  Makanan: OK! sedap! hehhe.. pueh hati den..

Suasana tempat makan di Restoren Sindang Reret

Habis makan, shoot directly to Bandung.  Singgah kejap di Cibaduyut.  Dibawanya kami ke gedung yg mmg besar, kasut mmg tak kene taste aku.. beg pun sama..  Yg paling best, semua kulit sapi.  Aku and Kak H jenguk-jenguk luar gedung yg besau tu.. pergi ke kedai yang berhampiran.  Kadihan, tak ada orang sgt! Kasut berhabuk and harga lagi murah.. serius, selipar kulit dlm < RP50k shj.. Cheap..cheap.. 

Ni yg paling mengerikan seumur hidup aku tgok dorang berniaga..  Untuk pengetahuan, aku beli la pisang salai and kerupuk ape tah kat kedai belakang gedung tu.  Kedai ni part of perusahaan gedung and dia tak ada lantai.  Lantainya pasir and tanah shj.  Aku pilihlah mana yg aku nak.  And then, mbak tu timbang kerupuk yg aku nak beli tu.  Aku still pilih2 lagi sambil2 mundar mandir.  Aku tgok la, owh, mbak tu terjatuhkan se,dua kerupuk itew masa time dia nak timbang.  Dia lalu depan aku, selamba badak, terus amik kerupuk tu.  O well, aku ingat dia nak buang.. tapi~!!! tidakkkkkkkkkk!! dia kutip and masuk balik balang yg ada kerupuk ni tadi!!!!!!!!!! Aku and Kak H terus pandang sesama kami and aku beli pisang salai and kerupuk tu je sbb tekak aku da kembangs!! Trauma seyh ingat menda nih.. ni baru sikit jatuh, and tak de orang pijak.. Agak2 camne dia buat menda ni ye.. Adoiii...

Our last is full with shopping day.. Ti aku update sat lagi.. Papehal pun, Bandung mmg best walaupun mbak tu masukkan balik kerupuk kat tanah tadi..  

Till then,




Monday, June 4, 2012

Si kenit ke Bandung - part 3 of 5

Assalamualaikum korang~

Rasa cam lama plak tak sambung cerita ke Bandung.. Minggu lepas terlalu bnyk due date.. memandangkan yang ini, tak ada due date.. heheh, kita postponed je la entri aku ke Bandung ri tu..

Entri bahagian satu dan dua. *klik je, tok sah nak memalu.. hehehe*

Hari ke-3 (26th April 2012)

Hari ni, kitorang decide nak ke Tangkuban Perahu.. and makan kat Kampung Daun.. Ok, kita mulakan dengan Tangkuban.. memandangkan aku baca kat forum. mmg salah satu tempat yang wajib pergi di Bandung adalah Tangkuban Perahu, aku pun gigihkan diri aku memujuk si kenit yg suka shopping ni ke Tangkuban Perahu.. heheh... *jenuh weeeehhhh.. orang suka shopping ni* Dia dok nak g Pasar Baru je, tak puas shopping sbb dia tak beli pape.. dok belek2 je sepanjang hari ke-dua tuh.. Tu la, sape soh tak beli bebanyak mek oiiiii *kui3...* So, kami gerak dlm area 9am.. Pemandu kami tuk hari ni Narco.. Baik budaknya. Muda setahun dari aku, da kawin, and ada anak sorang.. *Mak aku inspektor tak bergaji.. heheheh*.. Bini dia sebaya si kenit ni.. *motip aku cerita pasal Narco plak?? *.. Ok, meh sambung.. 

Before nak ke Tangkuban, kami singgah di mesin buncit duit!! arrggghhhh.. kan aku da kata, duit aku tak cukup.. si Narco pun, bawak la ke mesin buncit duit ni.. tapi singgah pertamina dulu... apa itu pertamina? tempat petrol.. stesen minyak derr.. yang paling best, aku sempat snap gambau rege minyak dorang.. MURAH dari kita.. *heran... ajaib*.. t aku tunjuk kat entri gambar sekitar kat sana *korang ley rujuk sini*.. sudah isik petrol, g la CIMB Niaga.. tak de cas tau time aku kuakan sejota rupiah tu.. *hebatttt...er.. ke aku tak sedar?? T_T*.. 

Macam bese... kunin ye bang! eh, kunin ya pak!

CIMB Niaga syariah.. peti atm kat lua shj and paling penting, tetutup, tak cam tak sini, terbuka..

Pagi-pagi lagi da bukak kedai and perniagaan merupakan satu perkerjaan yg normal disini

Kira-kira kul 11 or 12 pm sampai la kat Tangkuban Perahu.. Narco da pesan siap-siap, nnt sampai kat atas, ada orang akan menjual dengan bnyk dan ada orang akan jadi tour guide untuk ke bawah.. kawah ratu kot.. *tak ingat da... aku da tua kekdahnyaaaa..wu3*.. So, dia kata kalo nak turun mmg mahal charge, if tak nak, cakap tak nak.. Dia kata tak ada paksaan gitewww.. Memandangkan aku ada pengetahuan dari research kat blog-blog, forum-forum *terima kasihhhhh*... aku boleh laaaaaaaa agak ape yang budak tu cakap.. hehehe.. 

Sesampai kat sana, mmg bnyk gila orang pujuk beli itu ini.. mmg tak tertahan godaan.. aku da btau mak aku awal2, jgn beli pape,, kang tak pasal2 je..seb bek mak aku kentalllll... *^^*.. Kami dibawa menghadap orang yg nak bawak kami turun ke bawah tu. aku mmg tak nak, jadinya, muka aku mmg tak berminat, keras gila hati aku kat sana.. So, mmg tak turun.. Aku and Kak H berdua ke toilet dulu.. Ya Ampun, cantik banget toilet mereka.. masuk tak perlu bayar, just dermaaaa tuk kebersihan.. tak macam kita, sume bayau.. *nak minum air, bayar, nak buang air pun, bayar!* K la, aku malas nak celoteh panjang, aku layankan korang ngn gambar-gambar yg si Narco amik, aku amik and Kak H amik.. 

Toilet kat Tangkuban Perahu.. cantikkan?
 
 
 Wajib bergambau kat sini kan? aku snap la se dua keping.. walllaaaahhh~~

Pekerja gov yg sedang beri penerangan tentang Tangkuban Perahu

Mengikut pusingan jam: tiket masuk tuk kereta, aku n kak H kecut perut, kami lagi, dan laaaagggiii ^^


Pekena jagung panas, sedap.. Makcik penjual kata sudah 2 minggu tak hujan.. time aku makan ni, hujan gerimis..

  
Pemandangan dari tempat aku pekena jagung bakar

 Pemandangan depan  dari bangku aku makan jagung.. jalan terus untuk ke kawah dengan guide..
Salah satu kedai cenderamata kat kedai-kedai Tangkuban Perahu,  mak sempat rembat angsa 2 biji and bekas panjang tu *made from batang paku pakis gajah*

Mengikut jam: Deretan kedai dari atas, kedai-kedai and baju Tangkuban yg dirembat kak H.. 
si kenit tak beli pape sbb nak simpan duit ke PB pasni :P

 
Kabus tebal sbb hujan makin kasar..kabus tu datang sekali gus, macam ditiup laju.. seram gak weh.. sejuk time nihhh..
masa ni kami dah makan jagung and g jamu mata, tak sedar da lama shopping mata.. Narco da cuak takut kami ikot orang tu pegi bawah.. heheh.. sori la dik, kami bershopping mata pun laammmaaaa tau... hehe :)

Tangkuban Perahu ni sgt menarik sbb kat Malaysia tak ada! hehe.. pokok kat sana pun kering-kering.. aku pun tak tau kenapa.. tapi pemandangannya.. masyaAllah.. cantik.. aku termenung panjang kat sana.. tengok sekeliling aku.. macam tak percaya dengan apa yg aku tengok.. Allah bg peluang aku untuk tengok ciptaanNya.. masyaAllah.. peniaga-peninaga tak putus-putus follow kami and pujuk kami beli.. kata dorang "beli kak, buat pecah telurnya".. aku sayu juga dengar.. tapi, aku yakin, sehari mereka mampu jual bnyk sbb ramai lagi orang yg datang Tangkuban.. so, aku senyum and kata "tak apa la pak.. sy tak berminat yaa.. maaf".. *bunyi kasarkan?? tapi kalo dibaca dengan sore CT.. lainkan?? heheh*

Balik Tangkuban, kami ke Kampung Daun untuk lunch.. da pukul 3.. sume da abih.. nak rasa pisang keju pun tak berkesempatan.. yg aku dapat rasa, pisang goreng.. walaupun pisang goreng.. ianya SGT SEDAP!! bertemankan air sungai di sebelah tempat makan.. mmg enak kalo tido kat sini.. kereatip betol orang Indonesia ni *thumbs up!*.. Narco segan nak makan ngn kami, jadi kami tapaukan dia nasi goreng.. ni gambar kat Kampung Daun.. *kampung Daun ni restoren tau, tapi gedabak besau..concept: open air and nature*

Pisang goreng tabur madu and kacang.. sedap sgt..

Si kenit snap gambar ni sbb orang ini kachak bangettt *kata dia laaa--sore mendatar--*

Antara hidangan pesanan kami

Sebenarnya, aku tangkap gambar n nak tunjuk kasir (cashier).. dan juga, pembuluh tuk panggil pelayan
Camwhore kat depan, tepi, pintu masuk Kg Daun

 Sekitar perjalan pulang ke Pusat Bandar Bandung, lebih tepat, ke Pasar Baru

Kitorang sampai Pasar Baru dalam kul4 or 4.30ptg kot.. mmg da sendu PB time tu.. hehehe.. most kedai da tutup and kitorang beli je, sambar je pape.. kali ni, aku beli kain kat sir cinta.. cantik sgt.. kain dia lebih berat and batik dia ada kilat2.. aku rembat satu je.. sbb aku punya target, nak beli kain chiffon yg tak payah gosok tu.. so, da rembat kat sir cinta.. terus beli kain kat dasar lantai 1 *ke lantai dasar 1?.. konpius jaaappp*.. er... tak pe la.. janji aku beli kat bawah laa.. heheh.. aku ngn kak H tamat membeli dlm kul6 *plus minus* gitew.. si kenit tak balik lagi sbb dia g sendiri.. mak aku da duduk kat dlm kereta sbb da tak larat.. hehehe... sian maaakkkk... TT..

Sudah menunggu si kenit.. tengok dia tak beli pape pun... hehehe.. penat tawar, tapi tak dapat kot.. sbb muka cam bebudak... *dia 21 btw*.. hehehe.. merungut2.. sudahnya, Narco ajak g Toko Tiga.. rembat sehelai baju tuk abah... nak beli tuk zarip.. tak de saiz plakkk... adehhh... *kalo ko baca ni, jgn kecik hati kay?? heheh*.. macet tul time kitorang nak ke Toko Tiga tu...

 
Macet.. macet

 
Toko Tiga.. da kul 7 time ni.. tak bnyk amik gambar sbb aku ralit pilih baju bajan

Sudah ke Toko Tiga, kami ke FO di Jalan Dago.. tak de apa yg aku beli, just tgok-tgok shj.. Kak H dok beli tees di jalanan.. oh ye, ada crocs kat tepi-tepi jalan.. ori kah itew? kat KL ni kalo tepi jalan, mmg confirm tak ori.. walaubagaimana pun, aku tnye kat dorang, ori? dia kata.. ye..

Waduh, aku tak beli pun sbb aku mmg rasa tak ori.. harga? murah la jugak.. dlm rm50 duit kita.. patent tu mmg tak de kat Msia ni.. or tak sampai lagi.. sbb yg dua color tu.. menarik.. rasa nyesal gak tak beli.. heheh.. masa ni tak de gambar, sbb bateri kamera aku habissss... huk3.. sdey.. sdey.. kami tak makan malam pun.. Narco hantar g kedai roti.. and kitorang borong roti cam tak hengat donia.. tapi, last2 tak makan pun, sbb da penat sesgt.. so, tido and rehat.. esok nak g Kawah Putih pula.. 

Tu enri berikutnya kay? Sabau.. heheh..

Till then,