Enough me! Its you now!

Wednesday, July 24, 2013

Sonata in Seoul (Day 6)

Assalamualaikum..

Entri penuh untuk Sonata in Seoul, klik sini.
Entri hari pertama (24012013), klik sini.
Entri hari kedua (25012013), klik sini.
Entri hari ketiga (26012013), klik sini.
Entri hari keempat (27012013), klik sini.
Entri hari kelima (28012013), klik sini.

Ok, aku nak sambung entri Seoul on day 6, 7 and 8. Hujung Ogos ni nak travel lagi, jauh sikit dari biasa.. but macam biasa, enthusiasm tuk entri Padang-Bukittingi dan Surabaya, sangat tebal.  hehe..  So, meh kita cekidout apa yang berlaku pada day 6..  Day 6 ni banyak mengajar aku tentang erti sabar and pentingnya kita berdoa bnyk2 ketika travel.. travel jangan lupa doa..

Memandangkan semalam dah terjah English Village and Pre-shopping activities, jadinya, kami ambil keputusan untuk keluar lambat hari ni.  Qada' tidur yang lepas-lepas tuh.  Kekdahnya.  So, after breakfast, dalam pukul 8 pagi, secara santainya, kami bergerak ke Namdaemun market.  Tujuannya, orang kata Namdaemun ni banyak brooches and clothes yang murah lagi menarik.  Masa kitorang sampai tu, kedai pun tak bukak lagi.  Adalah satu dua yang dah bukak, just tak berapa nak cuci mata kami ni.. hehehe..  Ni antara kedai yang dah bukak pagi-pagi..



Dengan berpandukan bahan ilmiah internet, kami mencari kedai yang menjual brooches.  Then, jumpalah kedai ini.. Seriously, cantik tau semuanyaaaaa.. Rambang mato den.. Akak-akak ni da mula memborong.. Aku? Tengok je la.. orang marhain ni tak ley membeli bling-bling ni.. hahahahaha..  Layannnnnn~

Ahjumma ni comel.. yang atas tau, yg kat bawah ni onnie.. heheeh


Kami beli jus buah disini.. aku rembat hot choco.

Dah puas membeli, kami cuci mata kat sekitar Namdaemun market ni. Baju dorang jual ni, aku tak berapa nak suka. Untuk youngsters or nak fesen up-to-date, eloknya pergi ke Myeongdong or Dongdaemun.. Lopeh memboli, kami decide nak lunch.. Mana tak nya, duduk kedai ahjumma tu dah 3~4 jam.. kematu perut ku.. hehehe.  Ingatkan nak carik kedai halal kat Namdaemun ni, akan tetapi kedai itu sudah tutup. After siap bincang-bincang, kami terus ke Itaewon untuk makan.  Before ke Itaewon, aku beli strawberry. Ofismate aku kata strawberry Korea sgt manis dan sedap.  So, beli satu dulu tuk terai.  Wallaaaaa.. seriously, manis..

Ini yang aku beli.  Murah tak de la murah mana.

Pastu, jumpa lak yang murah 1000won. Ceh..

Sampai je Itaewon ni, terus ke area masjid Seoul. Ada signboard and mudah je nak jumpa.  Kami singgah makan kat Muree.. Harga boleh tahan.  Rasa pun boleh tahan.  Each person order benda yang dorang suka, then boleh dig in everyone food as well.. tukar-tukar.. ambil barokah kekdahnya...

Banyak lagi kedai lain selain Muree.  Pendek kata kiri dan kanan kedai ini, mostly makanan halal


Kartu.  Boleh lah tengok direction. 

Our lunches

Da kenyang, kami singgah ke masjid Seoul.  Jumpalah seorang Korean tengah mengaji.  Rasa sejuk hati ni dapat solat kat sini.  O ye, amik wuduk kat luar.  Bukak boots, then, stokin.  Da bukak, rasa air.. achik mengucap panjang.. sojukkkkkk..  Jangan lupa lap kaki anda setelah wuduk.  Kang jadi es, tak de sape boleh tolong tau.  Alhamdulillah, usai solat, kami berangkat untuk ke youngsters street.  Aku beli kek ikan bila turun dari masjid tu.. sedap tau. Aku sempat rembat kebab untuk makan malam ni. Sebab masa kitorang kat Muree tu pun, da macam makan petang.

Inilah mosque yang dibina oleh King of Saudi Arabia (if tak salah)

Beli kebab before ke Hongdae.  Kebab dia sangat sedap tau

Kuih ikan yang digilai ramai.  Inti kacang merah

Next stop is Hongdae.  Korang boleh tengok ssubway signboard, then go for Honggik University Station.  O ye, Hongdae juga tempat yang sesuai untuk youngsters membeli belah.  If bukan youngsters pun, if minat.. beli je.. jgn fikir sgt. Kami nak pergi Hello Kitty Cafe.  Ya ampun, nak carik Hello Kitty Cafe ni punya laaaaaa susah.  Kami tanya locals pun, majority tak tahu.. Kedainya agak tersorok.  If nak tanya orang, tanya the Coffee Bean sudah.  Hello Kitty cafe ni terletak kat belakang Coffee Bean.

Kami bertanya pada Korean (to be exact, kak Munn je yang tanya).. hahaha

Hongdae. ketika hampir malam.  Makin nak malam, makin ramai orang

Belakang coffee bean ini ye.

Cup dia pun cute tau.  Kami minum diatas.. which lagi cantik and aman je

See, nak ke toilet pun sgt lah comel..

Souvenir untuk dijual.  Kak munn beli tumbler kalo tak salah


Minuman aku yang comel

After Hello Kitty, aku decide untuk ke Insadong, nak beli souvenir lagi.  Semalam kira-kira tak cukup lagi and kak Munn and kak Linda decide nak follow.  Masa kat Insa-dong, jumpalah tempat shopping complex yang sangat menarik.  Dan penuh dengan barang-barang craft je.  Kami bertiga ambil gambar je.  After beli-beli kat Insadong, kami pulang ke hotel dengan naik teksi sebab nak naik train macam dah lambat.

The unique store


Jumpa orang busking.  Yang mat saleh ni aku tak sure kenapa dia busking. A talent show maybe.

Highlight of the day.  Peristiwa yang paling menakutkan hari ni.. mengajar erti hati-hati kepada aku. Antara benda yang paling menakutkan ketika berada diluar negara terjadi kat kami, specifically, kak Munn.  Kak munn terhilangkan dompet beliau yang mengandungi passport.  Masa tu, kami dalam cab nak bayar duit teksi.  Dari Jungno station kami amik cab, bila da half way to Euljiro-3-ga, baru perasan tak ada dompet. Apa lagi, cakap kat ahjusshi tu.. return to Jungno station.  Wallet opso-yo.  Ahjusshi tu kata Korean people are nice.. Do not worry.  Masa tu, kak munn da nanes, kak linda and I da panic (but tak tunjuk)..

Bila da sampai kat Jungno station, kami masuk balik subway station.  Still tak jumpa.. Kak munn selongkar tong sampah nak carik mana pasport beliau.. Still tak ada.. Aku masuk balik toilet and tgok sekeling subway station tu.  Tak ada.  Kami pergi bilik kawalan subway untuk minta tolong.  Malangnya, the officers tak kecek english.  But one thing, dorang ada effort nak tolong.  Walaupun dorang tak reti english, dorang dial satu number khas then, bagi kitorang cakap kat operator.  Operator tu akan terjemahkan apa yang kami mahukan kepada officers tu.  After officers tu dah jelas tentang menda yang berlaku, dorang just boleh kata "kita tunggu if ada orang hantar barang lost and found ".

Kak Linda stay ngn officers tu while, aku and kak Munn keluar untuk carik di sekitar subway.  Aku pergi geledah kat area toilet and back and forth tempat kami jalan.  Kak munn dah geledah tong sampah dengan menangis.  Orang sekeliling dah mula tanya "wae yo agasshi?". Kak munn just geleng-geleng and tak cakap apa-apa.  Masa tu, kami berada di tempat yang berlainan, then aku nampak kak Munn.  Muka dia da merah (sebab menangis)and cakap wallet dah ada kat GH.  Yoon Yoon yang bawak balik.  Masa tu, aku da nanes. Alhamdulillah tak lekang dari mulut kami.  Rasa takut wehhhhhhhhhhhhhhh.. Memang jadi satu benda yang menyebabkan aku rasa cuak pasal pasport.. Your passport is basically, your gold .

After balik GH, Yoon Yoon kata yang dompet kak munn dijumpai oleh seorang Korean Guy.  Korean Guy ni jumpa and tak tahu nak buat apa.. Dia baru je balik minum (lepak) dengan kawan dia.  So, bila bukak wallet tu, nampak passport and GH address.  Terus dia call Yoon Yoon and Yoon Yoon terus menyelamatkan wallet kak munn. Yoon Yoon memang nampak agak marah dengan keadaan tersebut sebab dia risau.  Pun dia rasa bertanggungjawab and kami telah buat beliau risau.  Tapi alhamdulillah, passport dalam tangan... Dia just minta kami lebih berhati-hati and minta kami duit parking.

Moral of the story, jaga passport and make sure hati-hati.  Aku memang dah pernah kena pick pocket, so, aku fobia dengan wallet waima bag aku.  Aku akan check wallet and passport, poket seluar dengan kerap.  Contohnya, dalam 1 jam sekali.  I know it's quite annoying, but hey, cer duk kat tempat aku.. Seriauuuu..  Pun lagi satu tips, asingkan passport dan wallet.  Passport letak kat dalam poket beg yang boleh kita cover dengan perut kita or kat poket yang kita tak akan buka.  Untuk wallet pulak, duit asing siap-siap dalam poket seluar supaya transaksi tu tak melibatkan pengeluaran wallet secara terang-terangan.

Ok lah, tu je yang aku nak cerita.  Hope korang ambil tips-tips yang aku bagi and enjoy your Ramadhan.

Till then,






Tuesday, July 23, 2013

Sonata in Seoul (Day 5)

Assalamualaikum..

Entri penuh untuk Sonata in Seoul, klik sini.
Entri hari pertama (24012013), klik sini.
Entri hari kedua (25012013), klik sini.
Entri hari ketiga (26012013), klik sini.
Entri hari keempat (27012013), klik sini.

Rasanya da nak hampir 15 days kita berpuasa.. Aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa ye kawan-kawan.  Jangan culas menjalaninya.. If bg mereka (umat Islam) yang tak pernah berpuasa (or malas nak puasa), I just wanna share, berpuasa ni bagus tau.. For myself, aku dapat merasakan kesabaran aku sepanjang tahun (before Ramadhan) terbentuk time bulan mulia ni.  Dan, paling penting, mengajar aku erti nikmat.  Nikmat bersyukur dari segi keamanan, rezeki melimpah ruah, kasih sayang Allah dan lain-lain lagi.. Cuba dulu sehari dengan penuh keinsafan, mesti korang boleh rasa punyalah...

Waduh..waduh...kurang lagi sebulan is my next trip.. Bertambah waduh, entri aku masih di Jan 2013.. sedangkan trip aku ni tuk August 2013... Tak pe la.. untuk hilangkan rasa bersalah kat korang.. aku sajikan dulu entri English Village ea........

Posing dengan boots you alls

Naik train ni kebetulan tak de orang.. mmg posing.. tgok je la kak Nora tu..

Air sungai membeku

English village and BOF memang tak dapat dipisahkan lagi.  Untuk ke English village ni ambil masa lebih kurang 2 jam lebih.  Dari Seoul, kami naik train ke Yongmun station.. Dari Yongmun, kami ambil cab untuk ke English village.  Mission utama today adalah untuk mendapat posing-posing killer kat dalam classroom F4.. hahaha.. me tak la.. kak G and kak Nora la yang suka posing-posing ni.. *ampunnn*.. Alangkah terkejut terkujat kami bila diberitahu bilik tu dalam construction.  So, tak boleh masuk.  Akan tetapi, kak munn telah merayu-rayu orang itu dengan bgtau yang kami ni dah la datang dari jauh.. And, the main point of going to English village adalah untuk mendapat kehangatan kerusi-kerusi F4.. kekdahnya.. poyo kan.. hehe.. Akhirnya, dapat juga masuk kat dalam bilik F4.. Sebelum dorang sediakan bilik tu, kami diberikan kebenaran nak lepak kat kaunter untuk dapatkan haba panas..

Pintu masuk English Village

Posing ngn abang baju merah

Tumpang haba panas

Ni la keadaan bilik tu.. nah, gambar..

Bilik F4

Sempat posing nih.. meja Go Yun Pyo tak do.. sebab takut ngn Minoz.. hehe.. tak de la, berebut-rebut, aku malas nak berebut

Abes mengerjakan bilik ini, kami semua keluar untuk posing-posing maut kat sini.  Best tau.. Salji menebal.. Walaupun tak de salji turun.. kami fefeling gak laaaaa... hehehe..














Sesudah English Village.. kami pulang ke Seoul.  Masa balik tu, semua orang tido dengan nyenyak je.. tau-tau dah sampai kat subway tuk ke Dongdaemun..


Tujuan kami ke Dongdaemun adalah untuk kami isik perut.. Kali ni nak makan ikan bakar kat Dongdaemun.. Tempat ini agak mengkonfiuskan.. ianya sedikit tersorok, tapi kalo korang nampak bangunan kat bawah ni.. tengok belah kiri.. nampak orang bakar ikan kat luar.. tu la kedainyaaaa...

Nampak kedai seperti diatas (kat simpang) ambil kanan.. jumpa Oppa chubby-chubby.. itu la kedainya

Pesan mackerel dan sotong pedas ye.. Sedap sgt!!!!!!!!!!!!!!!!!


After makan, kami shopping.. Sebelah je.. kat Dongdaemun market.. Akak-akak ni beli selimut/ gebar tuk di bawa pulang.. Seriously cantik... Kat sini mostly jual textile.. If korang nak beli kain ke, boleh jengah kat Dongdaemun market ni.. Masa ni da nak senja, plus kami kepenatan.. hehehehe.. Singgah jap kat Chonggyechon Stream.. Pun kat depan Dongdaemun market ni je.. Amik gambar sikit, terus pulang.. Kepenatan dik non oiii..


Ini bed sheet ye.. harga? beratus ringgit sebab sutera



After balik GH, aku and kak munn head to Converse kat Myeongdong.. kakak-kakak ni da kepenatan, tido kat GH.. Yang perginya, aku, kak munn, kak nora, kak nani and kak linda.. Yang lain (kak As, kak G and kak Sal) rehat di GH.. So, kami berlima pecah dua.. aku tak rembat apa.. tapi seriously, malam sgt sejuk! Aku beli sotong bakar (boleh makan ye) and scarf tuk Tika.. :)

Da shopping kat Converse, kami pulang ke GH dengan jayanya.. Sangat letih tau tuk hari ke-5 ni.. Jadinya, memandangkan esok (day 6) and lusa (day 7) adalah hari tuk shopping sahaja, maka esok boleh bangun lewat.. weeeee~

Pendekkan cerita hari ni? Tu je lah nak kongsi ngn korang tuk day 5 ni.. Nanti next entri, aku cerita pengalaman kami ke Namdaemun, Itaewon, Hongdae and Insadong ye..

Till then,