Enough me! Its you now!

Monday, August 4, 2014

Perth, Wait Awhile (WA) - Day 2

Assalamualaikum…

Harap semua sihat-sihat dan diredhai Allah selalu.  Entri setahun lepas, Perth masih tertangguh atas kesibukan mengejar kerja-kerja pejabat yang tak putus-putus.  Alhamdulillah, keadaan kembali tenang setelah aku selesai tugas untuk tempoh ini.  Jom kita sambung entri Perth untuk hari ke-dua.  Before aku proceed, aku mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada korang sebab lama tak update entri.  Aku mengambil masa untuk aku bertenang dari kehidupan aku yang kusut-kusut.

Tokyo Camii (2014).  Masjid ini dibina ala-ala Blue Mosque Istanbul.

***

Entri untuk Perth, klik sini.
Entri untuk Perth, day 1 (24 Ogos 2013), klik sini.

Hari ke-dua ini, kami masih menaiki kenderaan awam.  Hari ini, trip ke Fremantle.  Pagi-pagi lagi dah keluar dari Marangaroo and then, terus tunggu bas.  Sama seperti hari pertama, kami beli Transperth tiket untuk family.  Jimat.  


Sampai di Wellington Bus Station, kami terus ke train station untuk ke Fremantle.  Untuk train, korang kena beli tiket lain sebab tak termasuk dalam all-day pass tu.  So, beli tiket then berjalan ke train.  Problemnya adalah, kami kena lari sebab train dah nak bergerak.  Nak tunggu next train macam lama lagi.  Kami berlari sekali dengan orang baru balik dari marathon.  Ramai pulak tu.  Memandangkan hari ini weekend, so ramai orang.






Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam sebab train ni berhenti di setiap station.  Dan paling penting, Fremantle adalah station yang terakhir.   Fremantle.  Ia tempat yang unik.  Macam kota tinggalan, kota lama.  Lensa kamera cap ayam aku tak putus-putus merakam bangunan buatan manusia ini.  Unik.  Tempat pertama yang kami nak tuju: isi perut.  Macam koroncong untuk ana pula perut aku ni.  Kami jalan kaki dari Fremantle station dan belok kanan untuk ke Kailis.




Kami melewati E-shed market dimana akan kami singgah masa nak pulang nanti.  Jalan terus sahaja dan aku lihat tak ramai orang pun time weekend macam ni.  Tak jammed and tak packed dengan manusia.  Selesa berjalan kaki dan angin sepoi-sepoi bahasa.  Berhampiran Fremantle Maritime (pronounce: maritaim), terletaknya Kailis dan Cecileros.  Tempat ni, restoren seafood.  Kami meburu fish and chips di Kailis untuk hari ni.  Kedudukan Kailis tepi laut dan aku boleh katakan, ramai sangat manusia disitu.









Dah makan fish and chips (satu set, boleh makan 2 orang: AUD50).  Kenyang dan puas hati.  Memang sedap dan berbaloi.  Dah kenyang, sesi cam-whore beramai-ramai.  Dari Kailis ke tepi pantai dan terus je museum.  Cantik kot pemandangan di sini.  Memang berbaloi!!








Sudah bergambar, kami buat keputusan nak solat di lorong rumah siapa tah.  Tapi yang pasti, inshaAllah, bersih.  Ambil wudu di tandas awam.  Usai solat, kami ke E-shed market.  Cuaca mulai redup dan kami naik bas CAT untuk ke E-shed market dari museum.  Letih nak jalan kaki semula ke sana.



E-shed masket ni penuh barang-barang.  Dari yang murah ke mahal, pilihan terletak di tangan korang.  Tapi bile kami sampai, e-shed dah nak tutup sebab waktu tutup E-shed market jam 5.30pm.  Kami terus ke Megabes (Singaporean yang stay di Perth), dan jumpa Nisa.  Nisa is a lovely girl from Singapore.  Dia baru je migrate ke Perth.  Orangnya manis, kecil molek dan cantik.  Korang boleh ambil Nisa as tour guide untuk korang jalan-jalan dengan public transport kat Perth ni.  If you guys nak number dia, mesej aku dan aku akan berikan nombor beliau.  Dia student lagi di UWA dan she's Singaporean.  =)




Since kami dah macam terlewat dari schedule dan nak kejar bas, Nisa bagi route yang sesuai pada kami.  Dah catit dan E-shed pun dah nak tutup, kami terus pecut (a.k.a berjalan pantas) ke Fremantle station.  Alhamdulillah, untuk day-2 ni, semua orang dah tau mana nak turun untuk ke rumah Haji.  Dah sampai umah, rehat-rehat dan makan-makan.  Before tido, kami pack baju untuk hari ke-3 since kami akan ke utara, selatan dan timur Perth.  Kami memang tak sewa umah Haji selama 3 malam and Haji kata “ok, tak ada masalah”.  Thank you Haji sebab memahami bajet kami!

K la,

Till then,


Thursday, May 15, 2014

Perth, Wait Awhile (WA) - Day 1


Assalamualaikum…

Entri untuk Perth, klik sini.

Supir/ driver yang bawa aku jalan-jalan sewaktu di Padang-Bukittinggi dahulu sudah punya syarikat sendiri.  Boleh contact/whatsapp +6285355505655 (Riki) untuk booked perkhidmatan beliau.  Dia sangat okay orangnya dan korang boleh request untuk ke mana-mana tempat yang korang nak pergi.  Nak makan tempat sedap dan murah pun dia tahu.  Aku ada review pasal Riki kat entri Padang/Bukittinggi.  Highly recommended.
***

Waktu yang ditunggu-tunggu dah tiba.  Perth.  Negara orang berkulit putih ini menjanjikan suatu kelainan.  Betul dan tepat sekali.  Mungkin sebab aku pergi dengan sahabat-sahabat yang sekepala, aku tak berapa nak "hangat" sangat sepanjang perjalanan disini.  I do have A LOT of fun.

Persediaan sebelum pergi seperti biasa, VISA.  Penting ye.  Tak ada visa, no entrance in Perth.  Aku dapatkan visa kat Intan.  Contact ni aku dapat sari Janggel.  Before aku bercerita lebih lanjut, biar aku kenalkan rombongan kak Ton.  Kenalkan~


Kak ton-kak ton... tapi tak ada aku

Flight AAx kami selewat jam 11.45 malam.  Dijangka tiba jam 5 pagi waktu Aussie, which time different: 0 hour.  Longitud Malaysia sama dengan Perth.  Aku dalam flight memang tidur je, tak ingat apa dah.  Before landing, pramugari tu bagi kad putih untuk diisi, which ada declaration on foods yang kita bawa.  Aku isi and declare semua.  Product tenusu pun diorang tanya.  Raw meat and type of foods yang kita bawa.  Sampai di airport, semua muka baru bangun tidur.  Immigration yang selalu orang complaint sebab ketat.  Kena declare every food yang kita bawa.  If raw food (makanan mentah), masalah sedikit.  But if cooked food (makanan masak, including makanan dalam tin, kotak, mi segera) tak ada masalah.  Aku syukur sangat sebab kami berenam sangat mudah masa immigration tu.  Dia tanya soalan ringkas dan kami gelak-gelak.  Dah settle!  Tak sampai 5 minit.  Alhamdulillah.


Usai solat di ruangan solat di airport (ada tempat solat disini), aku minta kak Aimi call Haji Yon.  Contact number Haji boleh klik sini.  Haji dah sampai rupanya.  Haji membawa kami ke homestay yang kami akan stay.  Homestay ini sebenarnya part of rumah Haji.  Dia modify bilik belakang jadi homestay and he and his wife stay kat bahagian depan homestay.  Hometay ini ada 3 bilik, boleh accommodate dalam 8-10 orang at one time.  Boleh masak dan basuh baju.  Everything ada disini.  Macam kat rumah sendiri.  Mak Ila pula wife kepada Haji.  Sangat comel and peramah.

Lepas check in, kami segarkan badan, breakfast, bekal roti dan terus keluar.  Untuk hari pertama dan kedua ni, kami tak ambil kereta since nak try public transport kat Perth ni.  Tempat yang kami lawat untuk first day ini adalah Perth City Center sahaja.  Nak round city Perth dengan lebih dekat lagi.   Lawatan ke masjid Perth juga diselitkan pada hari pertama ini.

Rumah Haji Yon yang very lovely.

From Hj Yon house, kami ambil bas ke Mirrabooka station. Masa ni terlalu seronok sampai terlupa tentang pondok bas punya number.  Untuk tiket, kami beli tiket untuk 2 orang, AUD 11.60 untuk any Transperth ride.  Means, korang share ticket as family dan tiket ini boleh digunakan untuk seluruh buses in Transperth.  Train kena beli tiket asing.  Ada juga bas kuning, biru dan merah untuk free ride.  Since pamphlet untuk CAT (bus free ni) dah habis, aku n the geng main redah sahaja.  But make sure korang dah baca destination bas ini.






Pagi ni, kami jalan-jalan sekitar Hay Street and Murray Street dahulu.  Beli sedikit souvenir dan tengok-tengok apa yang ada.  Jalan punya jalan, tengok-tengok, dah penat semua, then kami decide untuk zohor di Perth Mosque. Kelakarnya aku tak bawak peta pedastrian, aku bawak peta vehicle. Kami jalan ikut maps tersebut sampai lenguh-lenguh kaki. Perut lapa and hati berharap ada kedai makan disekitar mosque. 

Perth Museum

Masa jalan-jalan, kami terjumpa Perth Museum. Bergambar jap walaupun tak masuk.  Sambung jalan lagi. Peluh memang tidaklah since Ogos adalah musim sejuk bagi Perth tetapi angin tak ada sangat.  So, tak adalah terlalu sejuk.  Cuma dingin dan sedap untuk joging *eh*. Hahah, masa ni ada sedikit peluh tapi tak berapa nak keluar. Jalan-jalan, and kami dah start tanya pedastrian yang lalu-lalu. Then jumpa a couple, kami tanya tentang lokasi kami.

We: "Do you know where this is?" (point out kat peta and address of the mosque)
They: "I believe we do not know that, but you guys on the right track. This is William St" (tunjuk kat peta kami)
We: "Oh really? It suppose to be over there?"
They: " Yeah. Walk as far as you can, you not gonna missed it."

Krik..krik.. kelaka!! After the couple walk away, kami gelak sakan. Dia pun tak pasti but then, dia dah membantu dengan sebaik mungkin. Tiba disimpang, kami lihat ada kedai kebab halal and kami yakin mesti masjid area-area situ sahaja. Kami ambil kiri then, jalan lebih kurang 5 stores, nampak masjid sebelah kanan. Kalau tak cari betul-betul, mesti tak nampak sebab ianya berpagar batu tinggi.


Masjid ni masih lagi proses baik pulih


Putar tombol pintu pagar depan, alamak, kunci. Then, kami cuba pusing ke belakang untuk cari pintu lain. Kak aimi try pusing, alamak tutup lagi. Sudah, nak solat kat tepi masjid inikah? Kalau ye, mana nak ambil wuduknya? Tiba-tiba, kuasa Allah kan, ada orang dari dalam buka pintu sebab dia nak keluar. Rupa-rupanya, pintu tu tarik keluar and agak sedikit ketat *penerangan inoocent kak Aimi. hehe*.. Akhirnya tercapai juga hajat kami untuk solat di Perth Mosque ni. Ruang solatnya yang dibuka cuma kecil dan masjid dalam proses membaikpulih. Walaupun kecil, ada orang solat dan budak-budak datang solat kat sini. Kelebihan dalam pembinaan masjid boleh rujuk sini.  Maybe boleh rujuk pada saudara kita disana untuk menyumbang kepada membaikpulih masjid.

Balasan bagi orang yang membangunkan masjid.
Balasannya ialah Allah akan membinakan sebuah rumah seumpamanya di syurga. Kata Imam An-Nawawi, maksud rumah seumpamanya itu ialah; 1) rumah besar(istana) yang tidak pernah di lihat mata dan tidak pernah di dengar telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang. 2) rumah yang mempunyai kelebihan daripada rumah-rumah dalam syurga seperti kelebihan masjid berbanding dengan rumah-rumah dalam dunia.

After solat, kami singgah makan kebab. Walaupun harganya memang boleh tahan mahal (AUD 12 ~ RM 36), tapi amount kebab ini boleh makan 2 orang. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bayangkan roti john yang sederhana panjang penuh inti dan kulitnya nipis, laratkah nak makan sorang. After kami makan, kami jalan pulang ke Hay Street, kali ini nak ke Harbour Town. Untuk pulang ke Hay Street, jalan yang kami lalu lebih singkat bahkan hanya 10-15 minit sahaja untuk ke sini. Dekat!  Sreet ini seumpama Vietnamese street sebab kedai-kedai dan restoran - restoran mostly run by Vietnamese community.



Kalkulas adalah bidang kami! (not for fifi and ja)

Jalan yang kami ambil tu, straight keluar ke Jambatan yang berhampiran Wellington Bus Station.  Kami tunggu Yellow Cat yang akan bawa kami ke Harbour Town (Stop 17). Apa itu Harbour town? Rujuk kakiberangan.  Haha, ini tempat shopping dear.  Masa kami sampai Harbour Town tu, hari sedikit gelap sebab masa tu dah hampir 5pm. Perth city if weekend memang sangat awal tutup kedainya, seawal jam 6 petang. Kami cuci mata sahaja. Ada kedai kebab halal di dalam Harbor Town ni, jangan risau kalau tiada tenang untuk shopping. Juga ada Boost Juice yang sedap untuk hilang dahaga ye kawan-kawan.



Memandangkan masa kami tiba tu kedai mostly dah tutup, kami keluar and duduk sambil tunggu Yellow Cats untuk bawa kami pulang ke Wellington Bus Station. Then, after tiba di Wellington Bus Station, kami ambil bas ke Mirrabooka and seterusnya ambil bas ke Marangaroo. Untuk pulang ke Marangaroo kami ambil bas nombor 370. Stop number? Masa ini kami tak ingat stop number pun. Dok la carik park yang dok posing-posing time siang tadi. Malangnya gelap gelita. So, Fifi ke depan and bertanya pada driver bus tersebut. Rupa-rupanya kami tak masuk ke Marangaroo lagi, kata sorang lady ni. After dah masuk simpang Marangaroo, lady tadi beritahu ini area Marangaroo.  Yang penting driver ni very helpful. Beliau bawa slow and help us to our bus stop destination.  Kami terturun di bus stop yang awal sikit dari yang sepatutnya.  Jalan dalam 2 - 3 minit, jumpa the right bus stop, catit number, then head to homestay.

Sampai je rumah Hj Yon, Ja terus siap-siap untuk masak and the rest bersihkan diri. Sempat juga berjumpa wifey Hj Yon, Mak Ila. Mak Ila baik sangat! Peramah! and paling penting, macam ibu-ibu dan buat aku rindu mak aku! After makan, kami rest and tidor.  Thanks Ja for dinner!

Tips for public transporting in Perth:

1) List all tempat yang korang nak pergi dengan melihat Transperth. Make sure korang dah ada semua information tentang bus station yang korang nak naik tu. If korang nak menapak macam kami *serius penat*, boleh je. Kami kat Perth bulan 8, which bulan winter.  So, sejuk jugalah berjalan-jalan tu.

2) CAT adalah free. In fact, ada 3 jenis CAT di Perth City. Yellow, Blue and Red. Anda boleh naik CAT ini di station khas (yang ada tulis CAT stop number bla..bla). So, do not worries about CAT and importantly, CAT sgt menepati masa yang dorang catatkan. For e.g "next bus will be arriving in 10 minutes". So, tunggu je la 10 minit.

3) Kalau anda merupakan family 4 orang (2 adults, 2 concessions), anda boleh ambil one day pass yang bernilai AUD 11.60 for all four of you. Menariknya tiket ini boleh digunakan untuk naik semua bas dan train yang under Transperth. Just show your ticket and off you go. If anda berenam macam kami, ambil one day ticket for 2 person (tak ada concessions), still harga ticket menjadi AUD 5.80 per person. Accessible for all Transperth. Nak kata berbaloi, aku tak pasti. Tetapi, if korang malas nak drive or nak merasa public transport di Perth ni, berbaloilah.

4) Pack your lunches. Make sure korang bawa air or any foods untuk cut cost. Aku memang dah include dalam itinerary aku untuk sepanjang Perth city et al, memang makan sahaja kebab dan lain-lain. Sebabnya if kita explore outside Perth (north or south WA), memang susah nak jumpa makanan halal. So, kami simpan makanan kami yang ada tu untuk 3 days trip yang outside Perth. Korang boleh bajet untuk sekali makan diluar untuk cover lunches dalam RM 50/ person. Memang pricey but if boleh share for two, then it will cost you guys about RM 25 ~ AUD 8++.

5) Solat. If korang tanya, macam mana korang solat kat Perth tu? Tak takut ke? Ke korang tak solat? Huishh.. Perth Mosque kan just few steps away. Boleh sangat nak singgah. In fact, masa kat Fremantle (next entry), kami solat kat lorong-lorong. Janji bersih. Sila bawa sejadah *aku terlupa.. hehehe.. thnx kak Ima, kak Aimi and Faris yang bagi saya pinjam* untuk solat and alas kaki bila nak sujud. Wuduk? Ambil kat toilet.  Sinki for all but air tuk kaki, tadah air dalam botol then basuh kaki kat toilet (aku buat ni kat Jepun).  Masa kami kat luar Perth juga kami solat di tepi jalan je.  People looks, but then they just walk away and Alhamdulillah, Allah Maha Membantu. Dia lindungi kami masa kami solat. Tipu kalau kata tak awkward, but then it just fine and syukur dah solat!

Erk, tak ada tips dah. Aku tak berapa nak ingat daaa. Hehehe. So, if you have any comments or questions. Sila tanya je, jangan memalu.

Till then,

Monday, April 28, 2014

Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2)

Assalamualaikum..

Semalam, hari Ahad, my parents and I went to KLIA 2.  This airport is a new airport which will be operating soon, in May, inshaAllah.  The airport were open to public up to 7.00 pm.  Speaking, cheeewwaaaahhh~

Pendapat aku:

1.  Lepas ni, memang wajib ada 2 jam sebelum masuk ke tempat menunggu since tempat menunggu jauh ke dalam.

2.  Shopping and lepak'ing can be done here (no doubt) since there are LOTS of shop.  Uncle 'K' pun ada ye.

3.  Tempat parking pun okay dan banyak space duduk untuk tunggu flight.

4.  Aerobridge digunapakai di sini.  So, tak perlu menapak jalan kaki ke kapal terbang.

5.  Jadual untuk bas ke KL Sentral dan lain-lain tempat juga ada disini.

6.  ERL pun ada you alls.  Tak perlu berpanas-panas turun bas then terpaksa berjalan tanpa aircond untuk ambil flight.  ERL dalam bangunan ini sahaja.

7.  Pili di water basin juga dah pakai sensor (tak perlu tekan pili untuk air), tong sampah recycle dan jam banyak.  Tak perlulah nak wondering dah pukul berapa.  Information on flight, buses, ERL juga banyak disediakan.

Tu je pendapat aku.  Aku tak tau la nak komen apa, but then number (1) VERY IMPORTANT.  Ruang menunggu juga banyak.  Kita juga tidak perlu malu jika ada pelancong beritahu, owh, that place is small.  I cant breath in there.  Sekarang ni, ko nak berlari pun boleh.

Paling penting, jika korang dari oversea and keluar dari immigration juga sangat jauh.  Jika korang landing jam 5 petang, maka suruhlah orang menunggu tu ada di airport jam 5.30 petang.  Aku tak sabar nak rasa KLIA 2 ni.  Akan tiba masanya bulan depan.  Can't wait!  Cuci mata ngan gambar ni ye!


All the facilities!

Information hub.  Cant get enuf? You may take a look at the arrival hall.  The screen is bigger and better

Fun fact.  I wonder why the Air Asia airport tax is in total of RM28?  Contradiction over there, isnt it?


Bahagian bawah ni tempat collect luggage



Our pass for KLIA2 runaway and bridge.




Canggih!

Till then,

p/s: aku tahu ramai yang akan beri negative comments on how this airport is bla-bla-bla.  Korang ni tahu complaint je kan?  Cuba positive sikit.  Give them a time to build up the system even though tak mencapai standard.  Malaysia is developing country.  The people should be a developing people as well, isnt it!