Enough me! Its you now!

Saturday, July 13, 2013

Sonata in Seoul (Day 4)

Assalamualaikum..

Entri penuh untuk Sonata in Seoul, klik sini.
Entri hari pertama (24012013), klik sini.
Entri hari kedua (25012013), klik sini.
Entri hari ketiga (26012013), klik sini.

Pagi-pagi lagi tuk hari ke-empat ni, kami memang bangun awal sebab takut si Hanip tunggu lama.  Sapekah Hanip ni? Hanip ni mister Korea, nah FB dia.  Hanip ni one of Malaysian yang belajar sana, dia buat bisnes ni just nak tampung belanjawan yang agak tinggi kat Seoul.  Alhamdulillah, dia da kerja da sekarang, dok menetap kat Senawang dengan bini kesayangan dia.

Untuk hari ke-4 ni, kami booked tour dengan Hanip untuk ke Samyang Ranch.  Samyang Ranch ni quite famous dikalangan Korean, but not our Malaysian since it is far away.  Tapi korang jangan risau, ada public transportation ke sini, which korang boleh baca disini.  Dan, paling penting, tujuan utama kami adalah windmill.  Juga Yongpyeong Ski Resort kat Pyeongchang.  Rate? RM150/person.. sebab kami berlapan.. U do the maths... Time hari ni, ada berlaku something, menyebabkan ski ntah ke mana, salji tah ke mana. haha.. Nak tau? Sila baca...

Kami siap-siap, naik kereta Hanip yang boleh memuatkan 8 orang.. aku n kak Nora dok kat depan. Berebut seat ngn kak Sal *maafkan saya*.. Perjalannya agak lama which around 2-3 hours.  Destinasi pertama, windmill di Samyang Ranch.  Sepanjang perjalanan tu, kami tido je, dah bangun, tido balik.. dah tido, bangun balik.  Bila dah sampai di Samyang Ranch, ada berberapa pit stop yang harus kita lawati.  Ada tempat shooting movie/drama, tempat kambeng bebiri dan lain-lain.  Hanip bawak kami tiga tempat dan tersangatlah penatnya walaupun tiga tempat out of five attractions.

Line kiri sekali ni untuk public transport ye.  If korang masuk line ni, kemungkinan akan di saman.  Hanip main bawak je time ni

Salji makin menebal

Together we can!!

Our matlamat... windmilllllllll... i am coming!

comelnya art yang menyambut kedatangan kami

Cantik.. cantik.. snow yang tak diusik lagi.. jgn main-main, tebal ni.. boleh mencecah pinggang if tak hati-hati time jalan..

First stop:  Ostrich Pavilion dan sheep paddock
Kambing ni tak berbunyi seperti kambing dirumah or diladang kambing di Malaysia. Fluffy gile kamben ni, mungkin sebab bulunya yang tebal.  Yang pasti, hidungnya berair, mungkin sebab sejuk.  Suhu kat sini boleh mencecah -16 degrees.  Dan masa hari kami sampai tu, baru je berberapa hari lepas salji turun.

mbeeekkkk..mmmbbeeekkk.. amben fluffyyyyyy

Burung ini kebal sejuk.. dia bernapas pun keluar asap.. kagum achik..

Mengacau kak G and kak Munn punya gambar.. hahahah..

Second stop:  Tree of 'Lover's Concerto'
Pokok besar diatas bukit.  Kene mendaki ye kawan-kawan.  From here, masyaAllah, cantik sungguh pemandangan.  Especially, nampak windmill di keputihan salji.  Suci je mato den time ni.  haha.

Nampak tak tingginya tangga tu?

One more... steep and slippery

Lover's Concerto's tree... sooooo romanticcccc... kak G teringat abangnya diumah..

Third and last stop:  Windmill
Windmill ni merupakan sumber tenaga yang diguna di korea.  Menda ni mesin kay.  Actually, boleh jalan ke bawah dan ke pondok dihujung bukit, tapi, kami sejuk+lapar+penat.  Seb baik kakak-kakak ni bawak bekal nasi dan lauk segera.  Sejuk pun sejuklah, janji makan.  Pun aku masih lagi membawa cekelat untuk dimakan.  Layankan gambar ye.. Sila jeles. hahaha.

Gagah berdiri.. menjana kuasa

Besar tak menda niiiihhh??

Korang boleh jalan kaki till then end of road.. which will get you guys back to the pit stop.. kalo musim lain, baik jalan kaki.. lagi puas hati.. winter ni tak do kojo achik nak morodah tompek ni

Posing..posinnnnggggg

Sheep Farm
Habis di Samyang Ranch, kami ke Sheep farm.  Tempat kambing biri-biri fluffy yang comel!  Perlu aku ingatkan, tempat ini diatas bukit.  Jika tak larat, tak perlulah naik kerana kat atas tu, ada kambing biri-biri sahaja.  Boleh rehat di RnR di bawah bukit @ pintu masuk Sheep Farm.  Aktiviti kat sini, selain korang boleh tengok betapa fluffynya kambing ini, kita juga boleh beri mereka makan.  Seriously, mereka sgt fluffy dan busyuk!  haha.  Tiket yang dibawar untuk masuk kedalam Sheep Farm ni, akan ditukarkan dengan sebekas rumput kering.  Nah gambar, njoice ea..

Simpan tiket > tebus tuk makanan kambing fluffy > bg dia makan

Garam merupakan feberet kambing didunia ye

Dah, jangan kaco aku manusia.. aku nak berhibernasi niiiihhhh

Jinak.. tapi aku yang takut... kak ela, if ternampak gambar ni.. saya dah basuh tau sarung tangan akak tu... jgn risau...

Bila dah bagi kambing makan, kami semua terjah ke toilet.  Memandangkan ianya RnR kat highway dan kebetulan hujung minggu, ramailah orang yang datang.  Oh ye, kat Sheep Farm ni, korang boleh mendaki ke puncak bukit apa tah.  Yang pasti, majority ahjusshi and ahjumma, juga helmoni and harabuji datang untuk hiking bukit, bukan untuk tengok kambeng fluffy.  Pada masa ini, perlu aku ingatkan, musim sejuk > air dalam tangki > BEKU.  So, bila da siap urusan, haru beristinjak guna wet tissues.  Nak basuh tangan, sila beli air di kedai / guna air yang korang ada.  Kesian kat kakak-kakak ni, aku orang first yang guna, then, tak dpat nak flush.  Plus, aku rembat wet tissues dorang.  Aku rasa bersalah till today.. maafkan saya.  :(

After dah selesai urusan negara, kami bersiap-siap untuk ke next stop, Yongpyeong ski resort, for some cool pictures and main salji, kekdahnya.  Kendian, kami terus ke van.  Malangnya, van tak mahu hidup. Apakah?  Masa ni cuaca dah makin gelap dan cuaca makin sejuk..  Tak tau nak buat apa, aku mesej ayah aku yang kat Malaysia.  Tapi sgt lambat reply.  Kami cuba tolak tapi enjin tak jugak idop.  Then, ayah aku reply "if auto, tolak pun tak guno".. Dan, van itu auto... haha..  Sudahnya, Hanip pergi mintak tolong kat Korean, in case they have jumper.  But, dalam pada dia minta tolong tu, katanya, Korean ni memang susah sikit kalau kita nak minta tolong.  Mereka ni jenis yang tak amik port pasal orang.  Masa tu memang jelaslah sedikit tentang kenapa beliau reluctant untuk minta tolong.  Ntah macam mana, kak Munn and kak Nora tengah mencari orang untuk diminta tolong, then, dorang ternampak ada orang tengah umpil kereta.  Orang tu umpil kereta dengan alat khas sebab tuan kereta tu tertinggal kunci dalam kereta.  Dan yang mengumpil itu, rescuer.  So, kitorang panggil dia datang and suh dia jump van kami, upah? Mahal juga la, dalam KRW100,000 (almost RM300)..  Dah start tu, Hanip tanya la nape van ni mati sume, then, ahjussi tu cakap, battery opso-yo.  Aku dah agak dah.  Bateri kereta lama memang begitu.  Kene dilihat selalu..

Sebelum ke Yongpyeong, Hanip singgah amik gambar ini.. Apakah ini??

Apakah iniiiiiiiiii? hehehe.. ikan kering..

Sudahnya, kami ke Yongpyeong ski resort, tapi semua orang tak nak keluar dari van sebab sejuk+takut van mati lagi.  Aku sempat snap gambar sedas dua je laaa.. dan, terus head back to Seoul..

Bajet jadi photographer

Layankan gambar-gambar yg menarik *aku rasalaaaa, hehe*



Happy days


Ok, tips untuk kali ni, mudah je, bawak makanan.. hahaha.. Juga kepada semua warga Malaysia di luar mahupun dalam negara, dalam kereta anda, pastikan ada jumper.  Senang if kereta tak mau start, at least we are able to handle battery problem.  O ye, kat tempat kami pergi ni, tak ada makanan halal...

K la ye... till then,












p/s: juga boleh terjah blog kak nora, ahli rombongan mak jemah ke seoul.. from her perspective..


10 comments:

  1. Oleh sbb kamben tu fluffy.. ko pelok2 tak?
    Syok tuuu pelok.. gebooo hahha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee.. tak pelok sebab aku takuttttt.. hehe..

      Delete
  2. wow...sangat best hokey, and memang aku jeles pun, ahaha...biasalah tu zette, mana syok kalau kenangan manis je kan, kena ada yang pahit jugak, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. if ada yang manis, mesti ada yang pahit kan... pengalaman..pengalaman... :)

      Delete
  3. huwaaaaa.... sangat rindu sama korea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hukhuk.. me too.......................

      Delete
  4. salam...emm so jdinye xpegi la main ski tu??n bpe kos tuk ke sane?ade subway tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat ni jauh.. memang kene pakai private charter.. unless untuk skiing.. mmg ada public.. tapi ada timing... :)

      Delete
  5. owhh jauh ea...emm sye pon insyaAllah akn ke sane..tp xde tour guide..aishh..agak2 senang tak kalau pergi sne tanpe guider?kalau gne subway bole x?kalau mntk tlg hanip tu dye ad kat sne lg k?cmne nk cri guide tu k sne ea?hehe...sory byk tnye..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Seoul, memang bnyk subway.. kami guna public untuk Seoul trip.. tapi untuk yang ke ski tu sahaja kami guna hanip.. ada link FB dia rasanya...

      https://www.facebook.com/pages/Mister-Korea/136238566477781

      Delete