Enough me! Its you now!

Thursday, June 20, 2013

Sonata di Seoul (Day 2)

Assalamualaikum..

Entri penuh untuk Sonata in Seoul, klik sini.
Entri hari pertama (24012013), klik sini.

Ada sedikit tambahan info yang aku buat kat entry day 1.  Korang boleh tengok la ye, bahagian shopping tengah malam. hehe.  Ok, hari ini, 25 Jan 2013, hari ke-dua kami berlapan di bumi Seoul.  Mencari tempat panas, memang tak jumpa.  Yang ada angin dan suhu yang dingin, sangat dingin.  Hari ke-2, suhu sgt rendah, kira-kira -12 darjah Celsius, which the lowest temperature in January.  The night before, memang kami dah siap-siap alert tentang suhu yang rendah menjunam ni.  So, aku pakai baju 5 lapis, heat-tech (rembat kat uniqlo), long john (rembat kat vietnam), tshirt lengan panjang cotton, knitted sweater (rembat kat uniqlo juga), and the last piece, coat tebal.  Untuk pengetahuan, masih sejuk lagi ye.  Seluar pula, 3 lapis, long john, long john, dan jeans.  Pun masih sejuk.  Seriously, sejuk!

Ok, hari ke-dua tu, kami sarapan pagi-pagi tuk alas perut.  Mungkin sebab semalam baru sampai time pagi, aku bangun sedikit lambat tuk qada' tido yang semalam. hehe.  Sudahnya, dekat pukul 9am baru keluar.  Hari ini, tempat yang kami pertama yang kami pergi, Deoksugung palace museum.  Sudah bergambar kat depan gate (tak masuk sebab berbayar dan cuaca teramatlah sejuknya), kami teruskan berjalan kaki ke Gyeongbokgung Palace.  Perlu diingatkan disini, kedua-dua palace ni, memang di tengah-tengah kota, which di sekelilingnya adalah goverment building gitu.  Dari Deoksugung, boleh jalan till Gyeongbokgung Palace dalam 5 - 10 minit, bergantung kepada ketahanan body anda.  hehe. Macam promote pulak.  Korang akan melalui Sejong Memorial Museum, which underground museum, sangat cool okay.

Mari kita naik subway.. 

Menunggu arahan tuk ke mana.. hahah.. masa ni tengah beli susu pisang

Inilah palacenya

After berjalan hampir 15 minit (yela, dengan spazzem gambars kekdahnya), sampai la ke Gyeongbokgung.  Kebetulan masa kami sampai, ramai sangat tourist yang ada di main gate dan ada satu show yang tengah berlangsung.  Memang show ini merupakan acara wajib yang ada di Gyeongbokgung, setiap beberapa minit, untuk menerangkan apa, aku pun tak paham apa yang dorang cakapkan.  hehe.

Angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi aku seketika.  Time ni, aku dapat rasa idong aku dah nak berair but then, aku abaikan sahaja.  Kami masuk ke dalam dan beratur untuk tiket.  Harga tiket masuk ke Palace ini lebih kurang 8,000 won.  Bila dah 30 minit kat sini, belum sempat masuk ke dalam, semua orang dah jadi macam arca.  Aku dah tak boleh rasa tapak kaki aku time ni.  Kak Munn dah nak pengsan-pengsan kesejukan.  Angin memang kuat dan setiap kali ianya bertiup, kami lari kat belakang pondok pengawal.  So, kami ambil keputusan untuk keluar dari tempat ni, dan, terus ke mana-mana, asalkan bukan sini.  hehe.

On the way ke Gyeongbokgung Palace.  Jumpa arca di depan Sejong Center, amik gambar dulu

Statue of King Sejong.  Statue ni tengah-tengah jalan raya.  Korang tau roundabout lonjong? Statue ni kat tengah-tengah tu.  hahah.

Sejong Center.  Yang macam penyapu tu aku rasa tumbuhan yang dilindungi dari cuaca yang sjuk. 

Palace ni mmg di kawasan goverment building

Masa ni belom masuk lagi

Menarikkan?  Yg baju merah tu kachak hokay walaupun dilindungi janggut palesu

Dalam Gyeongbokgung Palace.  Cuaca terlalu sejuk tuk aku.  Rasa tak nak gerak mana-mana

Bila dah keluar, kami masuk ke King Sejong Memorial Museum.  Kalo korang pernah tengok Running Man, dorang ada shoot kat sini, where they played hide and seek, and it was so hilarious.  Mula-mula, kami just nak tumpang pemanas, and tak nak turun ke bawah.  Yup, tempat ini adalah di bawah tanah, becantum dengan subway station.  Kami dah duduk-duduk dah kat lantai memanaskan badan, but then, datang ahjusshi wat signal suh turun bawah.  Kami tak mau sebab memikirkan kene naik tangga lagi dengan baju yang tebal ni.  Tapi, bila dia kata panas kat bawah tu, terus semua orang turun.  Sampai kat bawah, wooowww, panassss.. and, tempat tu memang museum, and it is free.  So, dah duduk, amik gambar, panaskan badan, pergi toilet, dan lain-lain, kami gerak ke next place.  Kami spend kat sini dalan sejam lebih gitu.

Jumpa je tempat boleh melindungi kami dari angin sejuk, jom sneak in.

Muzium rupanya tempat ni

Spazzing gambar selepas panas.  Muka semua ornag happy sebab panas.. heheh.. kalo tak, kejung je

Rombongan mak jemah kali ni.  8 orang dalam gambar uols

Aku ingatkan muzium ni tak bercantum dengan subway station, dan meminta semua orang naik ke atas tuk seberang jalan dan amik subway.  hehehe.. kesian akak-akak ni.  maafkan daku.  hehe.  dah seberang jalan, masuk subway station, tengok-tgok, tempat yang dihujung tu, tempat yang kami naik tadi.  hahaha.  Serabut.  Kat subway station tu, kami sempat lagi lepak kat coffee shop.  Memang tuk panaskan badan dan panaskan tekak, juga tuk berehat.

Heading to subway.  Next stop is Bukchon Hanok Village

Menda ni sedap.  Tepung dan intinya castard.  Kuih ikan pun sodap.  

Panaskan badan dulu.  Hot chocolate jadi kegemaran aku time ni

Us in glamor. hehe.

Then, kami mencari jalan untuk ke Bukchon Hanok Village.  From Sejong Memorial Museum, ambil line 3, go to Anguk.  Bukchon Hanok Village merupakan satu perkampungan yang mengekalkan structure perumahan asli orang korea, rumah Hanok.  Tapi, ko jangan tak tau yang kat dalam tu, rumah dorang canggih lagi dari umah kita ni ha.  Kampung la sangat.

Sekitar ke village tersebut.  Jangan risau sesat sebab ada helper yang disediakan kat kawasan ni.  Yang boleh cakap english, japanese, sanish.  Malay je tak dop.

Dah puas amik gambar, kami teruskan perjalanan ke Sekolah Winter Sonata.  Nak masuk, malangnya tak boleh.  Just boleh ambil gambar kat depan sekolah sahaja.  Depan sekolah tu, ada ahjumma jual merchandise kpop.  Punyalah baik hati, dia offer air teh kat kami.  Rasa macam air kopi letak kari, bole tak?  Walaupun air tak best, tapi kepanasannya best!  Kami ni dok amik gambar kat kedai kpop tu, dia tak marah pun. Dok senyum-senyum lagi adalah.

Ahjumma k-pop.. Tengs sebab bagi kami air teh panas

After that, kami ke rumah yang membolahkan korang nampak view Bukchon Hanok ni, kami semua ke sana kecuali kak Sal.  Dia dah tak larat dah time ni, and dia decide nak tinggal kat bawah.  Owh, tempat ni sangat berbukit ye.  Kak Sal tinggal kat bawah, means, tinggal kat bawah kaki bukit.  Patutla kaki orang korea ni kurus-kurus.  haihhhh.. *meratap kaki yang besar*.  Dah puas amik gambar, turun balik ke tempat tadi, jemput kak Sal.  Carik-carik tak jumpa, kak Nora and kak Linda dah risau.  Tengok-tengok, ada kat dalam kedai, sedang setia tunggu kami.  Katanya, tumpang heater ahjusshi tu.. =)

Nampak tak belakang kak Ogy ni, jalannya cerunnnnnn.. naik, turun, naik turun bukit.  Lepas da sampai rumah tu, naik pula ke tingkat 3. wooowww..

Helmoni tu bg complimentary air panas or sejuk.  Bawak le kudap-kudap tuk ilangkan lapo


Pemandangan dari rumah helmoni comel ni.  Helmoni tu seperti diatas ye.

The highlight of our visit, umah Personal Taste, Sanggojae.  Ala, umah yang Lee Minho tumpang, umah yang dikenali sebagai umah yang paling cantik.  Kami ambil gambar dalam doploh keping *heheh*, then, angkat kaki.  Kang owner dia keluar, mengamuk sape susah.  Kat umah ni, diharapkan jangan la memekak.  Kang tak pasal-pasal owner dia hambat, sapo susah.. 

Sanggojae.  Highlight of our trip =)

Ni gambar kami sempat rakam.  Pendek kata, memang bnyk gambar yang diambil.  Hope korang dapatla gambaran tentang Bukchon Hanok Village la ye.

Kak Nora? Nape tu? Masuk air ke? Pening pale ke? hehe

Candid dan candid.. hehe.  Jgn lupa lip balm anda. Supaya bibr tak pecah-pecah ye

Shhhhh.. tamau bising-bising

Pertandingan tayang kasut sape paling tahan sejuk.  Yeay, aku menang!

Jom exercise.  Kak Nora leading ea.. heheheheheeheh

Next stop is Insadong.  From Bukchon Hanok Village, Insadong ni boleh jalan kaki je *kata orang laaa*.  Tapi dalam cuaca yan sejuk (-12), kami decide nak naik bas.  Lepas bertanya kat information center, kami naik bas ke Insadong.  Masa ni, hari dah pukul 5 lebih, dah masa tiba kat Insadong tu, hari dah senja.  Insadong merupakan tempat cultural street, whereby, all stuffs for souvenir, boleh jumpa kat sini.  Ada satu kedai tu, agasshi tu siap boleh speaking Malay ok.  Hebat tak penangan orang Malaysia kat Seoul ni.  hehe.  Pun ada satu makanan yang orang Malaysia suka bawak balik, manisan apa tah.  Boleh la sedap.  Masa mulot, ilang. haha.

Bas ni macam rapid KL.  TMoney digunakan tuk bayar pengangkutan awam ni.  Teksi juga ada yang menerima TMoney ye kawan-kawan.

Oppa yang jual menda ni.  Ralit tgok dia buat, bawah kasut da masuk air.. perggghhh..

Time nak balik, dari Insadong, kami tak jumpa pulak subway yang terhampir.  Dah la jalan di Insadong ni sangat panjang dan cuaca yang maik sejuk, dan hari dah gelap.  Tapak kasut aku dah basah and kaki aku dah kebas.  Stokin dah basah juga.  Memang rasa @#%$ time tu.  After a while, kami semua decide nak balik GH guna teksi aje.  Kat Seoul ni ada 3 jenis teksi kalo tak silap ye *sila betulkan aku if salah*.  Warna biru muda, hitam dan oren. Sila naik yang warna biru muda. Tu je yang ada meter.  hehe.

Akhirnya, kami semua sampai GH dengan jayanya.  hehe.   Dah rehat and makan-makan, kami decide nak keluar lagi.  Boleh tak.  Hebat.  Masa ni energy banyak lagi.  kuang-kuang.  After solat-solat, aku and kak Munn decide nak ke destination semalam, pasar lampu kuning.  Kak Ogy pun join sekali, kesian kak Ogy.  Dah la cuaca sejuk sgt-sgt.  Negative, sebab air mmg da jadi ais.

Tujuannya, aku mesti beli boots malam ni.  Since semalam dah pergi ke Good Morning Mall, apa tu Good Morning Mall? Klik sini.  Kat sini, macam-macam ada, dari baju ke kasut.  I mean, apparel yang banyak kat sini.  Most trend korean semua kat sini and ramai juga orang time tu, yela, since mall ni bukak till 4am.  Untuk kali-2 ke sini, boleh tak kami sesat.  Sampai plak kat Cheonggye stream.  Memang cantik memalam.  Lastly, kami tanya ahjusshi yang ada kat sekitar situ.  Dalam pukul 11++ pm baru sampai kat Good Morning.  Lastly, aku rembat je apa yang ada.  Macam mano bontuk ea? Nanti day 3, aku pakai tuk ke Nami Nara. Weeee..

Sampai GH, semua orang dah tido.  Masing-masing kepenatan dan kesejukan.  Aku n kak Ogy terus membongkang.  Thanks kak Ogy, kak Munn, temankan saya yang giler cerewet memilih boots! hehe. Before tido, harus wassap adik aku suh bgtau mak aku yang aku ok-ok hari ni..  

Ok, tips kali ni, tips untuk winter.  Aku terlupa nak letak time first day and ini apa yang aku rasa cam okay la untuk korang amalkan time winter.  Tapi tak pe, at least, ada gak tips tuk aku share per entry.

  • Pakai long john yang berkualiti tinggi.  Biarlah pricey, tapi tahan sejuk.  Aku punya made in vietnam, so, tahan la jugak.  Kalau tak ada, pergi beli.
  • Make sure badan korang disapu dengan gel aloevera or lotion untuk mengekalkan kelembapan kulit.  Bila sejuk-sejuk ni, time kat luar okay lagi, masa bali GH, bukak je seluar dan baju, badan jadi gatal-gatal.  Sebab, terlalu kering dan ia meninggalkan kesan tompok merah yang aga payah untuk di hilangkan.  Dari merah, garuk-garuk till jadi merah.
  • Pergi masuk convenient store, and beli heat pad.  Kat Malaysia ni, boleh rembat kat Daiso.  Heat pad ni bagus tuk bagi korang kepanasan, walaupun kejap.  Aku letak kat tapak kaki (bahagian bawah jari kaki) tuk kasi jari kaki aku berfungsi seperti selalu.  And, kat dalam poket baju sejuk tebal tu.
  • Sila bawa makanan kunyah-kunyah tuk bagi perut tu tahan lapar.  Aku bawak M&Ms (baru balik dari Langkawi kekdahnya) tuk dikunyah.  Memang kene mengunyah sebab lapa.  Kedai halal memang tak jumpa time sejuk tu.  Bawalah energy bar or anything yang sweet supaya perut tak sebu je.
  • Pakai boots or sneakers yang pvc.  Benda ni wajib ada kalau winter.  Especially tuk korang yang berjalan je kerjanya sepanjang hari time winter.  Aku berdiri lama sikit kat Insadong tu, ais bawah kasut aku dah mula mencair dan meresap ke kasut aku yang kain tu.  Aku pakai kasut cam converse (bukan converse ye), and seriously, kaki aku kebas dan sakit.
  • Sila amalkan menjengah suhu dan keadaan cuaca sebelum keluar.  Macam a day before tu, kami mmg dah maklum cuaca -12 degrees.  Malam tu, aku tgok berita (in korean), walaupun tak paham, ada cerita tentang ribut topan bagai. Sila alert tentang cuaca and keadaan di Seoul.

Tu je la yang mampu aku pikirkan ketika ini.  If korang nak tambah apa-apa, sila beritahu ye.  Walaupun cuaca -12, aku bersyukur aku mampu tahan cuaca hari ni.  Ok, tamat day 2, day 3 akan menyusul kendian kay.  Korang take care =)

Till then,


20 comments:

  1. hai...drop by sini.. btw, sy pun kat korea masa ni. ntahh2 naik same kapal tak??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kot.. masa tu ramai kan orang to korea? rind usgt kat seoul.. :)

      Delete
  2. I miss that Deli Manjoo.... sedap makan panas2 ...
    lagik satu tips attire time winter... jgn pakai baju cotton.. sebab cotton menyerap haba ... sesuai utk cuace panas mcm kat mesia je... utk winter, fleece and down winter coat ... premium down winter coat kat Uniqlo tu sangat2 best... huhuu... rega pun mcm nak pitam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? aku dok pakai la tshirt tu.. patut la beku je rasa.. kat sana pun mahal.. tapi murah dalam rm100 la compare ngn rege sini..

      Delete
  3. hhahah..tak bleh bla kan kat istana tu,
    dgn angin2 sepoi sejuk ya amfunn,
    jari jemari sangat2 hazab okeyy.ppgffzzttshdh
    ~ nora~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnnnnnnnnnnnn... sejuk sgt... rasa muka ni kebas je.. sekali angin bertiup... rasa macam nak tumbang kat situ je..

      Delete
  4. rindu korea..!!!! mmg tongdaemun & namdaemun tu pasar yg tak pernah tutup.. bl shopping tengah malam sampai subuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. betul.. betul.. macam orang tak pernah tidur kat kawasan tu..

      Delete
  5. deli manjoo!! sedap kot.. satu lg hotteok. mmg ngam makan time winter/sejuk2..
    tp winter kali nih mmg teruk pun..the worst.penghujung winter dia pun teruk.. keluar rumah..tanah pun berais - -"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..kali ni mmg worst.. sampai spring pun still below 10degrees..
      hotteok? tak makan pun kat sana.. tapi sure sedap sebab makan benda panas masa sejuk sgt mengancam..

      Delete
  6. Ohh..janggut palsu eh pak guard palace tu..? mati2 ingat janggut betul..ha..ha.. u all p musim sejuk syiok ehh... kami p musim panas... bahang sketla... tp siang panjang... pukul 8 terang lg baru nk gelap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. tgok pun tau..kejung semacam je.. yang pasti, mata dia tak gerak pun.. statik je.. orang pegang ke, orang tolak ke.. dia kejung gitu je.. baju dia tebal rasanya..

      Delete
  7. dasyat sungguh, -12 tu...salute la korang still boleh jalan-jalan happy happy lagi zette, boleh jadi ketoi ais tu kalau lama-lama dekar luar. tapi, syok je tengok gambar korang, and aku baru tau dekat koya ada 3 jenis teksi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. happy sebab ramai orga.. akak-akak ni best gile... tak boring ngn dorang.. rasanya, trip ni best sebab member yang best..

      aku pun tak tau.. tapi ahjusshi teksi tu yang cerita..

      Delete
  8. Saya nak cari deli manjoo tu tp xjumpa..ala...huarrgggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bnyk kat subway.. subway tu meriah sungguh.. rasa macam tak puas makan deli manjoo... 5,000 krw tuk 10 ketul.. if dia nak tutup kedai.. dapat la 15 ketul.. sodap.. =)

      Delete
  9. Waa.. memang tengah cari info pasal korea during winter coz bercadang nak pergi next year early June.. Ok dalam hati ni cuak juga.. anyway thanks for sharing :)
    Salam perkenalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. june? june end of spring... jan ea?

      =) sila bawak baju sikit, just overcoat yang kene banyak..

      Delete
  10. eee...sejuk nya -12 darjah tu..JM pegi time spring pun dah gigil....
    tapi tak per..nak try gak pegi winter season..nanti leh follow tips yg zette bagi ni..best kan kalau travel ramai2..meriah dan yang penting satu kepala heeee

    ala..baru nk kenal2 zette yg mana satu..sekali..pakai bedak..hihih...

    ReplyDelete