Enough me! Its you now!

Sunday, July 7, 2013

Sonata in Seoul (Day 3)

Assalamualaikum..

Entri penuh untuk Sonata in Seoul, klik sini.
Entri hari pertama (24012013), klik sini.
Entri hari kedua (25012013), klik sini.

Nami nara, Nami Island.  Dua-dua nama ni sama saja.  Nak gelemer nama, Republic of Nami Nara.  Curlast gitew.Pagi-pagi kami bangun.  Malam semalam tu nasik dah masak.  Jadinya, pagi ni, Kak As buatkan nasi goreng untuk sarapan.  Korang boleh tengok pada minyak yang beku ini.. Betapa sejuknya malam tadi.  Nasi goreng kak As sedap tau and kami tapau sedikit untuk dibawa pergi ke Nami.  Air panas dah siap-siap dalam tumbler and then, pack-pack dalam thermal bag.

Minyak masak yang beku

Dalam jam 7 pagi, kami dah keluar dari GH.  Naik train ke Sangbong Station, then dari Sangbong ke Gapyeong Station.  Pastikan korang jgn naik ke atas ke tempat tunggu train.  Kalau jadi cam kitorang, tak tahu apa itu sejuk, terus jalan tunggu train kat luar.  Orang Malaysia la katakan. Lalu, kami kesejukan tunggu train, beku.  Angin datang, menyorok belakang tiang.  haha.

Untuk ke Nami, kami ambil train KORAIL, which this system similar with KTM.  Intercity train.  Perjalanan memakan masa lebih kurang sejam, jadi elok korang carik port baik punya untuk lelapkan mata.  Memandangkan hari ni merupakan hari cuti, maka penuhlah train tersebut.  Tapi yang kagumnya, cuaca sejuk ni, ahjusshi and ahjumma, helmoni and harabuji semua ingin hiking.  Yup, mereka ni weekend-weekend pergi hiking.  Kagum aku.. =)

Pemandangan dah mula ada salji

Bertemu dengan Korean yang pernah melawat Malaysia.

Kami tiba di last station, Gapyeong Station.  Bila turun, nak kejar bas, tapi bas sudah berlepas.  Pun nak tunggu bas yang berikutnya sangatlah berminit-minit.  As you can see, salji berada di mana-mana, cuaca sangatlah sejuk.  Part of us staying at information centre dan some of us stay kat luar.  Kat dalam information centre tu okay lah sebab tak ada angin tapi ramai juga orang yang menunggu bas, macam kami.  Kat luar pula, masing-masing dah start makan bekal masing-masing, nasi goreng pagi tadi.  Tunggu punya tunggu, at last, we decided to fetch a cab to go to Nami Nara.  Malas nak tunggu sebab masa sangat berharga.

Mak Jemahs menjamu selera.  Ala pprt kata deme. 

Within 15 minit, dah sampai kat ferry's station dan kebetulan ferry dah ada jadinya, kami terus sahaja naik ferry after membayar tiket.  Permukaan air laut dah beku time ni.  Pemandangan? Bolehlah.. Mungkin tak secantik spring, tapi pemandangan time winter not bad.  It is new and it is unique, I might say.  Sampai je Nami, semua orang bergasak-gasaklah amik gambar and the best way (they say) to explore the island is on foot. heheh.

Beli tiket untuk ke Nami disini ye

Proud to be Malysian!

Air yang beku menjadi keping-keping seakan kaca.  Ranap hatikuuuuu~

Bila tiba di Nami kami disambut oleh air yang comel!

Sila kak Mun, sila.. hepi je patung tu.. hahaha

Kami tak explore on foot except kak Munn and kak Ogy.  Gigih dorang.  The rest of us memang naik small cute train untuk ke Nami Nara highlight place, which is Winter Sonata filming location.

Panaskan tangan anda dengan pemanas ini

Comel je pemanas dalam train ni

Tiket untuk terus ke lokasi penggambaran winter sonata

Dah sampai kat tempat winter sonata, just after keluar dari train (last stop), kami terjah ke kedai makan (aku, kak Nani and kak As).. Ada tempat makanan halal, tapi jgn la harap ayam goreng ke, memang tak de la.. hehe..

Boleh makan makanan halal disini

Nasi goncang = nasi + kimchi + telur.  Yg kak As makan tu, penkek.  Seriously, sedap.. Sotong+daun bawang.. sodap.. yang ni penkek ke-2 kami.. hehe

Posing sikit kat loving couple ni

Romantik tak? 

Cantik!

Tempat solat and tempat makan halal juga wujud kat Nami Island ni.  Korang jangan risau.  Sementara tunggu yang lain solat, kami semua minum air panas kat cafe.. Pun berjumpa dengan berberapa Malaysian and we exchanged card, supposedly.  But then, kak Nora replied, "kami ni suri rumah je, saja datang jalan-jalan", and time aku, "owh, saya kalau bercuti memang tak bawak kad".  Teringat when they left, kak Nora kata, "patutnya cakap kita ni noreh getah je, hebatkan boleh sampai korea, mesti dorang terkejut beruk".  hahahahah.. lawak.. lawak...

Pekena air panas dulu

Next is gambar-gambar sekitar Nami Island.  Layannnn...

Again, I am proud to be Malaysian!

...Convenient store ada di mana-mana...

Posing ngn kak Nani.. mata aku je yang nampak.. bungkus diri tuk lebih panas..

Lautan salji.  Masa ni kak Ogy and kak Mun da baring-baring dah... 


Bye Nami!

After Nami, kami terus ke Petite France.  Petite France ni satu tempat dengan Nami, which area Gapyeong ni juga.  But then again, bus are late and time is gold!  hehe.  Kami amik cab ke Petite France.  Sebenarnya, kami terlepas bas *aku dok exaggerate kitorang ni cam orang kaya naik cab sokmo, hehe*..  So, nak tunggu lagi macam malas.  Harga? agak lumayan juga, tapi kami berlapan, 4 orang satu cab, pretty cheap, tapi aku dah tak ingat, main bayar je.  Sampai Petite France, aku da start mual-mual and penat.  Mood memang ke laut and memang cam tak larat sungguh.  Aku tak sempat explore semua but, I discover this place is cantik.  Orang masih ramai and then, aku decide untuk keluar, which nak balik dah rasanya.  Penat sungguh.

Waaaaallllllaaaaaaa~

Shooting places for Secret Garden, Running Man, Beethoven Virus.. sume tu cerita feveret aku

Live performance

The building.. nice to see.. nice scenery :)

Unique and cute sgt dragon tu!

Architecture is not my field.

Again, architecture is not my field.

Taaaddddaaaaaaaa!

So, kami berlima, aku, kak Nora, kak Sal, kak Linda and kak Nani dah decide nak tunggu bas untuk ke Gapyeong Station.  Bas juga dah lepas and last bas will be arriving at 6.30 pm.  Lepas tu, bas dah tak ada.  Meanwhile, kak Ogy, kak Munn and kak As tak keluar lagi.  Tunggu punya tunggu, akhirnya terdapat sedikit miscommunication disitu.  Dorang ingat kami tak habis lagi and tunggu didalam, whilst all 5 of us dah keluar and sedang tunggu bas, and ingat mereka tahu.  Masa tu memang penat and satu group kat dalam and satu group kat luar.  hahahaha.  Ingat-ingat balik, memang funny.  Tapi whatever pun, kami sempat ambil bas ke Gapyeong, bus terakhir.  Untuk pengetahuan, jalan kat Nami ni macam ular kene palu.  Bengkang-bengkok and paling tak boleh lupa, kak Ogy muntah... Kesian beliau.. Dalam bas lagi dia dah pening-pening and bila bas tu berhenti je, terus dia muntah.  Driver ahjusshi tu pun terkejut..  Perut kosong mudah masuk angin time sejuk-sejuk ni...

On the way balik to Seoul, in the train, ramai juga orang and aku sempat berkenalan dengan 2 orang, an american-korean and a filipino. Fasih gila english dorang, kejung lidah aku membalas percakapan dorang. Hahaha.  Korean ni yang ajar aku tentang metro subway application.  Katanya lebih mudah and lebih jelas.  Masa tu baru tahu tentang kejadian application ni.  Jadinya, dia dengan baik hatinya telah memberikan route of subway to us.  Tapi kami tak follow route tu pun sebab takut sesat.  Tak ada backup peta.  Jadinya, kami ambil keputusan untuk ikut route macam mana pergi tadi.  Alhamdulillah, kami semua selamat sampai GH pukul 10 lebih..  Masak nasik and then kami makan kenyang-kenyang.. =)

Tips untuk entri kali ni mudah kat Nami plus Petite France ni:
  1. Bawak makanan mudah dibawa seperti coklat, energy bar and biskut.  Kang mulut tu teringin kudap-kudap, mana nak cekau.
  2. Juga jgn minum air sejuk masa musim sejuk, juga jgn makan nasi sejuk time musim sejuk.  Aku punya perut sebu dari Nami Nara ke Petite, just aku tak adalah muntah. Mual je.  Dok minum air sejuk yang aku bawak.  Balik GH, pekena nasi panas dengan lauk brahim, settle perut aku.  hehe...
  3. Pastikan bawak air panas dalam termos.. Thermos tu letak dalam heat bag, ada jual kat Daiso... Nanti haus tak adalah nak g beli air cekelat je kerjanya... 5,000 won sekali beli.. Mampukah anda? heheheh..
Tu je la this time round,  till then.




p/s :: gambar courtesy of rombongan mak jemahhhhh *still tak nak tukar nama rombongan*.. hehe :P

10 comments:

  1. i want more entries

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhohohoh.. baiklah.. akan cuba.. akan diusahakan boss~

      Delete
  2. wahh bestnya d penuhi dengan lautan salji. Nk pegi lagi lah seoul nk rasa winter time eeee bloeh dpt rasa sejuk nya klau minyak pun boleh beku :-)
    dulu JM x pegi ke pettite france ni dpt tahu bila tgk running man.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. minyak tu beku sebab kitorang tertinggal kat pantri.. pantri tak ada heater.. so, mmg beku kejung minyak tu...

      Delete
  3. ya...kitaorg memang pnoreh getah je,
    yg ke korea guna duit noreh sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. nak sambung noreh rasanya... lumyan jugak noreh ni.. hhihihih

      Delete
  4. aku perasan satu gambar tu macam HEADER aku..hahahahahaha tp versi salju di danau rindu..hee

    aku ni teringin sangat-sangat-sangat dah nak g main salji...bilakah?
    cepat sikit ke entri lain,pleaseee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? aku perasan gak.. terus snap time ni.. mmg saja nak sama ngn ko...

      sila pergi time salji.. wajib rasa ais tu cair kat tangan ko.. hahah..
      inshaAllah... akan datang.. tunggggguuu..

      Delete
  5. Huhu benci! Jun haritu gi Nami tapi xjumpa kedai halal tu. Rupanya dah bertukar posisi ke? Sebab gi last year, dia sebelah Winter Sonata gallery je. Ke kitorang yang terlepas pandang.

    Zette, Drama Cafe tu still kat sana or dah pindah to another building. Nak terjah situ lagi Dec ni. Thanks in advance.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la tentang tukar posisi. Yang pasti kedai tu memang paling hujung. Drama cafe yang mana satu ea?

      Delete