Enough me! Its you now!

Tuesday, July 23, 2013

Sonata in Seoul (Day 5)

Assalamualaikum..

Entri penuh untuk Sonata in Seoul, klik sini.
Entri hari pertama (24012013), klik sini.
Entri hari kedua (25012013), klik sini.
Entri hari ketiga (26012013), klik sini.
Entri hari keempat (27012013), klik sini.

Rasanya da nak hampir 15 days kita berpuasa.. Aku ucapkan selamat menjalani ibadah puasa ye kawan-kawan.  Jangan culas menjalaninya.. If bg mereka (umat Islam) yang tak pernah berpuasa (or malas nak puasa), I just wanna share, berpuasa ni bagus tau.. For myself, aku dapat merasakan kesabaran aku sepanjang tahun (before Ramadhan) terbentuk time bulan mulia ni.  Dan, paling penting, mengajar aku erti nikmat.  Nikmat bersyukur dari segi keamanan, rezeki melimpah ruah, kasih sayang Allah dan lain-lain lagi.. Cuba dulu sehari dengan penuh keinsafan, mesti korang boleh rasa punyalah...

Waduh..waduh...kurang lagi sebulan is my next trip.. Bertambah waduh, entri aku masih di Jan 2013.. sedangkan trip aku ni tuk August 2013... Tak pe la.. untuk hilangkan rasa bersalah kat korang.. aku sajikan dulu entri English Village ea........

Posing dengan boots you alls

Naik train ni kebetulan tak de orang.. mmg posing.. tgok je la kak Nora tu..

Air sungai membeku

English village and BOF memang tak dapat dipisahkan lagi.  Untuk ke English village ni ambil masa lebih kurang 2 jam lebih.  Dari Seoul, kami naik train ke Yongmun station.. Dari Yongmun, kami ambil cab untuk ke English village.  Mission utama today adalah untuk mendapat posing-posing killer kat dalam classroom F4.. hahaha.. me tak la.. kak G and kak Nora la yang suka posing-posing ni.. *ampunnn*.. Alangkah terkejut terkujat kami bila diberitahu bilik tu dalam construction.  So, tak boleh masuk.  Akan tetapi, kak munn telah merayu-rayu orang itu dengan bgtau yang kami ni dah la datang dari jauh.. And, the main point of going to English village adalah untuk mendapat kehangatan kerusi-kerusi F4.. kekdahnya.. poyo kan.. hehe.. Akhirnya, dapat juga masuk kat dalam bilik F4.. Sebelum dorang sediakan bilik tu, kami diberikan kebenaran nak lepak kat kaunter untuk dapatkan haba panas..

Pintu masuk English Village

Posing ngn abang baju merah

Tumpang haba panas

Ni la keadaan bilik tu.. nah, gambar..

Bilik F4

Sempat posing nih.. meja Go Yun Pyo tak do.. sebab takut ngn Minoz.. hehe.. tak de la, berebut-rebut, aku malas nak berebut

Abes mengerjakan bilik ini, kami semua keluar untuk posing-posing maut kat sini.  Best tau.. Salji menebal.. Walaupun tak de salji turun.. kami fefeling gak laaaaa... hehehe..














Sesudah English Village.. kami pulang ke Seoul.  Masa balik tu, semua orang tido dengan nyenyak je.. tau-tau dah sampai kat subway tuk ke Dongdaemun..


Tujuan kami ke Dongdaemun adalah untuk kami isik perut.. Kali ni nak makan ikan bakar kat Dongdaemun.. Tempat ini agak mengkonfiuskan.. ianya sedikit tersorok, tapi kalo korang nampak bangunan kat bawah ni.. tengok belah kiri.. nampak orang bakar ikan kat luar.. tu la kedainyaaaa...

Nampak kedai seperti diatas (kat simpang) ambil kanan.. jumpa Oppa chubby-chubby.. itu la kedainya

Pesan mackerel dan sotong pedas ye.. Sedap sgt!!!!!!!!!!!!!!!!!


After makan, kami shopping.. Sebelah je.. kat Dongdaemun market.. Akak-akak ni beli selimut/ gebar tuk di bawa pulang.. Seriously cantik... Kat sini mostly jual textile.. If korang nak beli kain ke, boleh jengah kat Dongdaemun market ni.. Masa ni da nak senja, plus kami kepenatan.. hehehehe.. Singgah jap kat Chonggyechon Stream.. Pun kat depan Dongdaemun market ni je.. Amik gambar sikit, terus pulang.. Kepenatan dik non oiii..


Ini bed sheet ye.. harga? beratus ringgit sebab sutera



After balik GH, aku and kak munn head to Converse kat Myeongdong.. kakak-kakak ni da kepenatan, tido kat GH.. Yang perginya, aku, kak munn, kak nora, kak nani and kak linda.. Yang lain (kak As, kak G and kak Sal) rehat di GH.. So, kami berlima pecah dua.. aku tak rembat apa.. tapi seriously, malam sgt sejuk! Aku beli sotong bakar (boleh makan ye) and scarf tuk Tika.. :)

Da shopping kat Converse, kami pulang ke GH dengan jayanya.. Sangat letih tau tuk hari ke-5 ni.. Jadinya, memandangkan esok (day 6) and lusa (day 7) adalah hari tuk shopping sahaja, maka esok boleh bangun lewat.. weeeee~

Pendekkan cerita hari ni? Tu je lah nak kongsi ngn korang tuk day 5 ni.. Nanti next entri, aku cerita pengalaman kami ke Namdaemun, Itaewon, Hongdae and Insadong ye..

Till then,


6 comments:

  1. zette,
    cantiknya gambarrr........teringin la nak g sana..

    ReplyDelete
  2. Header blog dh bertukar...lama betul tak singah sini :-)

    English Village? Boys Over flower tu - JM mmg minat ngan citer ni

    cantik lah view kat Chonggyechon Stream time winter...havoc kan leh travel ramai2..pastu satu kepala pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dorang satu kepala. tu yang best tu. walaupun, masing-masing ada angin sendiri. hehe

      Delete
  3. Selimut sutera tak sehsuweiiii kat Mesia.. unless bilik meme ada aircond hehe.]
    Apsal tak rembat seketui? Buat kenangan hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. nak rembat tu tak dapat la gep oiii.. aku ni bajet ala-ala ciput je.. heheheh

      Delete