Assalamualaikum korang~
Hollaaaa.. kita ketemu lagi. entri aku kali ni untuk hari ke-4, mengambil tempat di Bandung, Indonesia. Hari ke-4, bertarikh 27/4/2012, perjalanan berkenalan dengan Bandung diteruskan lagi dengan lawatan ke Kawah Putih, Danau Situ Patengan dan Cibaduyut. O ye, entri untuk hari pertama, kedua dan ketiga, sila klik.. *again, jgn malu-malu ok?*..
Pagi tu, kami kene gerak awal untuk ke Kawah Putih sbb takut macet, spt yg dipesan oleh Narco. Narco ni driver kami dari hari ke-3 sampai la ke-4.. mmg best tul dia ni.. next time ley request budak ni lagi *oppss.. ada next time? kah?* heheh.. So, pagi-pagi, dlm area 8.30 am, rite after b/fast, terus ke Kawah Putih, perjalanan makan masa dlm 2-3 jam kalo tak silap. Atas bukit gitu tempatnya. Masa kami sampai ke Kawah Putih, ada di bawah tempat naik mini bas, tapi memandangkan, semuanya malas banget mahu naik kenderaan awam tuh, terus memasing keluarkan duit bayar untuk kereta 4roda ke atas. RP50k kalo tak silap. Da sampai, mmg sejuk sgt, ketaq aku. Bila bercakap mmg keluar asap ooo.. *jakun aku nih. heheh*.. Terus kami turun ke bawah untuk ke kawah. Penjaja tak ramai seperti di Tangkuban Perahu. Masa sampai, perkataan pertama yg keluar, MasyaAllah, cantik! Hebat ciptaan Allah. Tasik warna putih. First time tengok.. Kagum gile, tak terungkap dengan kata-kata. Tgok gambar kat bawah ni untuk lebih pencerahan.. ^^
Tasik putih tu bukan aku edit ok. Mmg begitu warnanya.. :)
Time di sini, serius udara sgt menyesakkan. Mungkin sbb kandungan sulfur yg ada dlm Kawah. Kawah ni terbentuk hasil letusan gunung merapi. Lebih lanjut, ley klik link wiki ni haaa.. Mak da duduk kat bahagian pokok tu. Mmg ada orang kejar suh kami amik gambar dengan dia, tapi kami tolak dengan baik sbb kitorang mmg da ada kamera.. tak perlu rasanya. Time kitorang (aku, Kak H and si kenit) dok jadi scientist and bergambar sakan, aku tgok mak duduk je kat pokok-pokok tu. Pandang kitorang and tgok sekeliling.. Kagum mungkin. Si kenit da celop tgan di kat dlm tepi tasik tu. Katanya, panas and rasa gatal kat jejari beliau da kurang sikit.. Penangan belerang kot.. *heheheh*
Bila da puas beraktiviti normal, aku g kat mak. Mak kata, "mak rasa ada benda tgok kita tadi, ada benda jaga kawasan ni rasanya.. kat belakang ni dia duk kot". Aku tgok kat belakang mak, hanyalah pokok-pokok bakau which da berhutan nipis sikit kat kawasan tuh. Seram lak tetiba.. *huwaaaaa, hati aku gundah seh.. T___T *.. Langsung aku ckp kat Kak H and si kenit, moh balik.. Tak lama lepas tu, terus kabus tebal datang.. Kabus tu tutup sume kawasan tu.. kalo tak ramai orang time tu, ley tak nampak tangga naik atas.. Semua orang terus berpusu-pusu naik tangga. Korang ley tgok gamba penuh kabus dlm gambar kat atas, gambar pertama.. Mak kata da semput sbb udara da nipis, si kenit pegang mak and jalan slow2. Aku da naik dulu and semput sgt. Time tu da kul11.30pg gitu. Sudah naik atas, bergambar plak kat atas.. *as usual*.. heheh..
Cantikkan? Ciptaan Allah mmg cantik ^^
Aku jadi scientist jap, berangan kat Kawah Putih ^^
Mengabdikan kenangan di Kawah Putih
Sesudah mengambil gambar, kami semua turun ke bawah semula sbb mak minta singgah beli strawberi, tak mau petik katanya. Memandangkan hari tu adalah hari Jumaat, ada solat Jumaat kat surau kecil di bawah kawasan itu. Narco ke kamar kecil and aku tunggu solat Jumaat habis sbb aku nak solat Zohor and Asar (jamak takdim :) ).. Usai solat, jumpa achik kat bawah ni. Aku beli la strawberi dari dia. Minta kurang sampai half price, mmg berbaloi.. sbb semua buahnya besar-besar and sgt sedap~ Aku borong 3 bekas kot.. heheheh.. O ye, musolla dia kecil and tidak ada tempat lelaki perempuan, which aku rasa inconvenient at first, but then, aku fikir balik, untung ada tempat solat, and tempat ni orang solat Jumaat sekali, which sgt berkat ^^. Allah Maha Besar. Tempat kecil and jemaah lebih dari 40 orang pun dorang boleh solat Jumaat disitu :) Alhamdulillah.... *love..love..love*
Achik, sonyum sikit ^-^
Kami meruskan perjalanan ke Danau Situ Patengan, spt yg disarankan oleh Narco. Mungkin penat drive, dia minta rehat di kawasan danau. Kitorang jalan-jalan and beli buah blueberry. Yup, blueberry. Serius, tak seperti yang aku gambarkan. Mmg tak manis.. Huwaaaa.. cerita omputih selalu buat dia nampak sedap.. Rupanya, omputih tipu aku.. *nanes laju-laju*.. Jalan punya jalan, sampai lah ke pintu masuk....
Wall tu ada tulis pasal Situ Patengan and kisah nape danau terjadi. Kisah cinta dewa kalo tak salah
Kami di terangkan oleh seorang Om ni, untuk bawa kami ke Batu Cinta.. Ada 2 jenis bot, bot laju and bot kayuh sendiri. Ikot hati aku, aku malas je nak kayuh or nak pergi ke Batu Cinta, tapi ayat mak "da sampai sini, nnt balik umah, teringat-ingat.. jom naik".. Ok mak, jom.. Tak ingat plak sebot brape ribu. Kalo tak salah, dlm RP50k or RP100k.. Dalam rm30-50 kita untuk sebot. Time nak pegi, budak navigator tu kata, kak, disini percakapannya, harus diawasi ya. Masih keras kok.. Terus kitorang diam and amik gambar je.
Bot kayuh sendiri, dlm RP10k
Sampai di Batu Cinta, kitorang amik gambar, navigator tu yg tolong amikkan. hehhehe.. pe lagi, posing laaaaaaa sebnyk mungkin... :) Time ni, dia ada bgtau, kalo kita sampai lambat, cintanya laju sampai.. Kalo kita laju, cintanya lambat sampai.. OOOOOOhhhhhhhhhhhhhh... tidakkkkkkkkkkkk!!!!! *aku da naik bot laju... lambat laaaa weeeehhhhh*.. Tak elok percaya kekdahnya.. hehehe...
Diatas bot, pemandangan dari Bt Cinta and we're at Bt Cinta
Bergambar kat tugu batu Batu Cinta
Kalau tak salah, ni Pulau Cinta, which masih keras and tak ber'usik'.. tempat suci katanya
Setelah pulang dari Danau Situ Patengan, about 2-3hours in time, kami move on balik to city. Pemandangan nak balik sangat sejuk dan hijau je.. tenang and damai. On the way balik, aku sempat la amik gambar parabola ni.. gabak besau, ley tengok semua channel kekdahnya. Kata si Narco, parabola ni mostly second hand, yg first hand mahal, tak mampu.. Sepanjang perjalanan turun, ada air sungai yg sgt sayup di bawah nun.. aku tak sempat ambil gambar sbb menurun bukit and Narco laju sikit.. Tapi air sungai tu maybe air dari bukit. Somehow, I want to be there again.. InsyaAllah.. ^^
Parabola.. kan best kalo ada ni, tak perlu bayar aseteruk monthly
Sesudah turun bukit sikit, kami kelaparan.. minta Narco bawakkan ke tempat makan. Time tu da pukul 3,4pm, kalo tak salah. Singgahlah kami ke restoran sindang reret. Gambar di bawah. Makanan: OK! sedap! hehhe.. pueh hati den..
Suasana tempat makan di Restoren Sindang Reret
Habis makan, shoot directly to Bandung. Singgah kejap di Cibaduyut. Dibawanya kami ke gedung yg mmg besar, kasut mmg tak kene taste aku.. beg pun sama.. Yg paling best, semua kulit sapi. Aku and Kak H jenguk-jenguk luar gedung yg besau tu.. pergi ke kedai yang berhampiran. Kadihan, tak ada orang sgt! Kasut berhabuk and harga lagi murah.. serius, selipar kulit dlm < RP50k shj.. Cheap..cheap..
Ni yg paling mengerikan seumur hidup aku tgok dorang berniaga.. Untuk pengetahuan, aku beli la pisang salai and kerupuk ape tah kat kedai belakang gedung tu. Kedai ni part of perusahaan gedung and dia tak ada lantai. Lantainya pasir and tanah shj. Aku pilihlah mana yg aku nak. And then, mbak tu timbang kerupuk yg aku nak beli tu. Aku still pilih2 lagi sambil2 mundar mandir. Aku tgok la, owh, mbak tu terjatuhkan se,dua kerupuk itew masa time dia nak timbang. Dia lalu depan aku, selamba badak, terus amik kerupuk tu. O well, aku ingat dia nak buang.. tapi~!!! tidakkkkkkkkkk!! dia kutip and masuk balik balang yg ada kerupuk ni tadi!!!!!!!!!! Aku and Kak H terus pandang sesama kami and aku beli pisang salai and kerupuk tu je sbb tekak aku da kembangs!! Trauma seyh ingat menda nih.. ni baru sikit jatuh, and tak de orang pijak.. Agak2 camne dia buat menda ni ye.. Adoiii...
Our last is full with shopping day.. Ti aku update sat lagi.. Papehal pun, Bandung mmg best walaupun mbak tu masukkan balik kerupuk kat tanah tadi..
Till then,
alahhh.. akak miss nak ke Situ Patengan tu.. semua dah lapau masa tu..
ReplyDeleteee tak sanggup lah dengau macam tu.. kotor lah depa ni.
yeke.. mmg tak ramai pun yg singgah ke sini.. mostly, locals je.. rasanya sbb tempat ni hanya ada danau yg besar. Next trip ley g lagi.. :)
Deletetu laaa... eiiii... kerupuk tu kita bg orang je, sbb orang tu beriya-iya nak. Kita kata la kotor tau dorang ni, dia kata tak apa je.. *OMO*
lawa gamba kawah tu - i ingat nak g next year minta2 lah sampai hehe
ReplyDeletelawa kawah - baru nak g next yr tak pernah sampai Indon lagi hehe
ReplyDelete