Enough me! Its you now!

Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Unforgettable family-friends - its Langkawi! and Penang! (Ferringhi to be exact)

Assalamualaikum...

Dear readers, are you sihat-sihat? Banyak makan lauk kenduri tak? Kan sekarang ni musim kawin-kawin kekdahnya.. heheh.. Doakan aku dipertemukan jodoh yang cocok and sesuai ngn aku ea korang.. Ammiinnn...

Ok, Langkawi and Ferringhi. Actually, Langkawi ni memang tak masuk dalam plan and to be precise, aku hanya nak melawat rumah adik aku.  Dia and his wife kata "kau tak pernah nak tengok rumah kitorang"..."kenapa ea ko tak nak pergi rumah kitorang".. "jom datang rumah kitorang".."yela, sedara ko kan kat oversea je".. etc..etc.. Ok, minta maaf sebab aku tak datang.. hehe. and, dah datang dah.. hehe.. Your house is lovely and it is sooo homey.  I love it.  heheh. Especially ada treadmill yang aku boleh guna tuk hilangkan lemak-lemak aku ni.

I took a plane from LCCT to Alor Setar on the very 28th Dec, on 8pm.  Alhamdulillah, sejam je flightnya.  Elok je land, my parents and my brother dah ada dah kat airport Alor Setar tu.  We then have our dinner kat satu gerai yang femes kat Alor Setar tu, tak ingat kat mana, tapi sedap woooo char kueh teow.  Habis makan, head north.  Perlis to specific.   Spend a night and esok tu nak bangun awal untuk ke Langkawi.

Teringat lagi perbualan aku dengan Zarip and Yani, before I head to north..

Zarip: Oit, mak abah cakap korang nak pergi Langkawi, yeke?
Aku  : A-ah.  Nape?
Zarip: Tak bgtau kitorang pun kan yang korang nak g Langkawi.. sampai hati...
Aku  : Eh, ko nak ikot ke? Kitorang tak ajak ko pun..
krikkk..krikkk..
Zarip: Apa? Tak kira, nak ikot jugak.

Funny sebab memamg plan kami tak masuk dia ngn wifey dia.  Because all of us thought dia kerja on the next day tu.  Tak terlintas pun tak nak ajak.  hehe.  So, no cerita, just pictures.  Ada la sikit-sikit tips, boleh baca kat gambar ea.. :)

Pemandangan bulan di malam hari.. tiket KL-Alor Setar harga RM30 aku berjaya rembat.. :)

Sekitar jeti di kuala perlis.. time ni tengah renovate.. so, agak berhabuk dan tak teratur..

Sampai dah jeti Langkawi

Kereta ni kereta kawan adik aku.  Kebetulan, kawan dia ada kat tanah besar, so, kami guma kereta dia, free of charge~ 

Sempat snap dataran Lang

Lovely couple and adik aku menyelit disitu~

On the way ke rumah homestay

Homestay kami. Satu malam rm180, 3 bilik.. selesa. :)

Pekena lunch kat LaksaPower.. dekat dengan airport tempat ni

Sedap tau laksa nyaaa~

Then, g Gunung mat cincang tuk sunset~!!!!

Promote Korea sampai sini.. time ni belum pergi seoul.. menggigil nyawa aku time tahu.. sgt excited!

Beli tiket, amik gambar.. then, beratur.. seksanya, time beratur.. heheh..

Sikit laggggiiiii

Yup.. aku survive cable car.. masa ni, hati ni Allah je yang tahu. betapa aku takut.. parents aku dok gelak-gelak tgok aku gayat.. haha.. yes, aku gayat tinggi... hahaah..

Posing-posing before sunset :)

Lagi gambar... terang lagi nihhhhh... meh kita santai dulu...

It's here... :) Masha Allah.. ciptaan Allah adalah yang sebaik-baik ciptaan... 

Malam tu, kami tgok wayang ramai-ramai.  Cerita The Hobbit.. Sgt seronook okay.. da la aku memang fan cerita LOTR.. Layan kottttt walaupun penat.. End of day 1.  Untuk hari kedua pula, kami teruskan dengan melawat makan mahsuri.. then, under waterworld.. Bukan nak cakap apa, tapi under water world kat Malaysia lagi best dari Seoul.. *larikkkk*.. Elok beli tiket dari locals, sebab dorang dapat harga lagi murah dari kita ni yang bukan Langkawi-natives.. 

Sarapan nasi lemak kunin.. sedap dan pedas! 

Atas tu, kubur Mahsuri.. masa ni, kami check kompas.. kiblat mmg menghala ke sana.. Wallahualam..

Cara-cara buat kueh kegemaran aku, kuih karas.. sedapppppp

Ikan yu.. oh, ikan yu.. kat under waterworld ni best tau.. bnyk ikan!!!

Terasa nak amik lesen diving.. tapi masih tak ada kekuatan untuk dive.. aku tak suka suasana sejuk dan suram... 

Comel sgt ikan-ikan ni!

Superb!

Cantikkan? hilang seteress tgok ikan ni

Obor-obor comel!

The next day, pagi-pagi lagi kami da bertolak pulang ke tanah besar.. Kami head to Penang.  And, aku pula, mengambil kesempatan untuk jumpa sahabat lama.  Sahabat yang aku rindu.. Zura and Nisah.. :)

Berjalan-jalan di pantai selepas pekena pasembor.  Tgok sunset dengan Zura.  :)

Cantikkan? Ntah lah, aku rasa, jika diizin Allah, aku nak tengok sunset kat merata dunia.

Terima kasih Nisah and Zura sebab sudi luangkan masa ngn aku.  Even korang sibuk dengan silibus masing-masing, korang masih boleh lagi luangkan masa tuk aku.  Aku harap korang and doakan korang success dalan master and phd, masing-masing.  :)

Maaf lah, hampir sebulan aku menyepi.  Bukan apa, bulan 5 lepas, aku pergi mengulang HCMC and Bandung.  Bisnes trip kekdahnya.  If korang nak tengok apa yang aku jual, boleh tgok kat bahagian kanan atas blog aku ni.  Nway, tahun ni, trip aku agak berkurangan sebab aku kena wajib limitkan trip sebab cuti aku 25 hari sahaja! Memang tak cukup.  Tolak raya, tolak raya haji bagai.  Memang sangat sedikit.  :)

Ok, till then,


Monday, May 6, 2013

Bekerja di Kota Kinabalu, Sabah (Part 3 of 3)

Assalamualaikum...

Entri penuh tuk KK, klik sini.
Entri tuk hari pertama (2 Dis 2012), klik sini.
Entri tuk hari kedua (3 Dis 2012), klik sini.

Hari ke-tiga di Kota Kinabalu ni acaranya lebih kepada melawat-lawat ke tempat-tempat yang sempat untuk di lawati, dari after zohor till malam.  Sebelah pagi sehingga tengahari, kami berkonferens.  Sesudah habis sesi konferens pagi, terus lunch.  After lunch tersebut, maka tamatlah sidang konferens tersebut.  Jadinya, kami mengambil kesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik disekitar KK, dengan waktu yang agak terhad.

Sementara tunggu lunch, singgah ambil angin

Conference last day

Tempat pertama yang dilawati, mestilah rumah terbalik.  Rumah terbalik ni mmg one of the kind in Malaysia. No pictures are allowed in the house.  Memang agak sedikit pening bila kat dalam ni.  By the way, sangat menarik okay.  Even though the house is so simple, but the idea, the idea is unique and a lot of glue needed.  heheh. *joking*.. 

Kan, rumah ni terbalik.. kagum tau

hehee.. kereta pun terbalik tau

After rumah terbalik, we head to Jambatan Tamparuli.  Jambatan Tamparuli is the bridge used by locals untuk seberang sungai.  Tapi, jambatan ni sgt la jambatan gantung.  Dan aku memang sangat gayat.  Untuk seberang tu, aku mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Akan tetapi, kanak-kanak seumur 10 tahun aku kira, berlari-lari anak atas jambatan tu.. *apekahhhhh*.. Jangan kata aku termotivate, rasa nak menangis lagi adalah, sebab aku mmg gayat tinggi.  If bungee jumping or any extreme activity, I am okay with it, but this thing, sgt membuatkan aku gayat.  

Waduh... tengok gambar pun teringat time aku gayat tu... *nanes*

Jambatan tamparuli

Jalan yang sempit tu tak jem pun.  Bagus orang Sabah, sabar je ambil turn untuk lalu jalan kat bawah ni

Akhirnya, sampai jugak ke seberang

By the by, aku sampai jugak ke hujung dengan selamatnya.  hehe.  Kebetulan, ada pasar petang aku kira, so, dapatlah tengok apa yang dijual oleh locals.  Menarik pasarnya.  Tiba-tiba, hujan renyai-renyai and kami malas nak patah balik guna jambatan tersebut.  Maka, Azdi menawarkan diri beliau untuk amik kereta.  heheh.  

Hujan dah

Sesudah jambatan tamparuli, kami ingat nak ke Kundasang dengan masa yang ada.  Mana tau, boleh tengok-tengok apa yang ada.  Akan tetapi, hujan yang renyai-renyai tadi semakin lebat.  So, nak tak nak, memang kena patah balik.  Tak ada dah tempat yang terlintas di fikiran, then, we shoot to bandar KK.  

Setiba di bandar KK, kami hunt mutiara murah.  Masa tu dah pukul 5pm.  Teringat kata-kata Dr Riaza, she told us that there is a shop, Jamilah.  Memang murah mutiara yang dia jual.  Cari punya cari, akhirnya jumpa, but then, the store were closed already.  Tak apa, masih ada lagi esok, which flight kami petang, heheh.  Jadinya, kami round-round dengan jalan kaki sahaja ke sekitar kawasan tu then, jumpa pasar malam, sebelah Le Meridien Hotel, (thank Diane Teo!).... Then, setelah beli apa-apa yang patut di pasar tersebut, perut mula lapar.

Perut yang lapar tadi, kami pilih untuk makan di medan ikan bakar di bandar KK ni.  Memang murah tau.  Kami ambil ketam, ikan, udang, tomyam and sayur for 5 person only cost us around (plus minus) RM100.00.  Murah laaaaaaa.  Sedap pun sedap.  Banyak gerai kat sini, pick wisely ye.  hehe..

Nom..nom.. sedap tau.. 

Sudah makan, memang terus pulang hotel sahaja sebab dah terlalu penat and dah terlalu mengantok.  Esok sudah mahu pulang.  heheh..

*** end day - 3 ***

Last day in KK, we head home.  Pagi-pagi lagi dah kemas barang, and terus breakfast.  Breakfast kat kedai makan seberang jalan Sutera Harbour.  Then, shoot to aiport untuk hantar Azdi.  Flight beliau pagi sebab naik mas *eh, tetiba*... hehe.  After hantar Azdi, kami terus ke Jamilah.  Menunggulah kedai tu bukak sebab memang awal lagi.  Kami memborong sakan sebab memang murah.  Sangat murah and berbaloi.  :)

Rupa depan kedai ini

After Jamilah, kami ke pasar kraftangan and pasar ikan masin.  Untuk mencari barang-barang souvenir for the vary last minutes.  Aim, balik ke hotel before 12 noon since check out time is 12 noon.  Sapa nak bayar if terlajak check out...  heheh.  Kat pasar ikan masin tu, korang boleh tengok rumpai laut yang femes tu, collogen.. Murah tau dia jual compare kat sini.  But I do not know the grade.  hehe.. Tgok boleh, makan ok, tapi grade, sorry tak dapek nolong do.  hehe..

Sorry, gambar tak banyak sebab dok ralit pilih barang.. hehehe..

Akhirnya, kami berjaya menyoppingkan diri and pulang ke hotel dalam 11am gitu.  Kemas-kemas sikit and then, terus ke airport tuk flight pukul 4.20 petang.  Sampai di airport, cari surau untuk solat zohor dan jamak asar.  Sambil tu, mengemas sikit barang-barang yang dibeli tadi.  hehe.  

Airline yang membantu aku walaupun harga makin mahal.. tapi aku mengerti sebab minyak makin mahal, gaji makin mahal, airport tax makin naik.  Jadinya, tiket pun mahal.  But, still, it is the cheapest one :)

Dah, tamat sudah.  Hope korang baca la apa yang aku merapu ni.  Alhamdulillah, aku da jejak kaki aku kat Kuching and KK last year.  Tahun 2012 yang lepas, banyak mengajar aku how to manage my cuti rehat and manage my money just for holiday.  I know I am not a fully backpacker and I am not trying to be.  I am an independent traveller (suit me, I think).  Hopefully, this year, aku boleh limitkan kepada 4 places sahaja.  Tak mahu rushing-rushing.  heheh..

K la, habis dah entri KK.  Which I think the last one.  Ada lagi entri, entri ke Langkawi and Gambang Waterpark Resort.  Tu event family and event termpat kerja.  Entri menyusul nanti ye.  Thanks for reading this entri and bye-bye~

Till then,


Wednesday, May 1, 2013

Bekerja di Kota Kinabalu, Sabah (Part 2 of 3)

Assalamualaikum...

Entri penuh tuk KK, klik sini.
Entri tuk hari pertama (2 Dis 2012), klik sini.

Tuk hari ke-dua ni, kami semua melakukan tugas-tugas rasmi *kunun*.. heheh.. mengembangkan ilmu dan juga bersosial dengan pelbagai pihak.  Kami daftar dulu, then, dapat buku yang berkenaan, terus masuk bilik-bilik yang berkaitan.  Aku macam biasa, masuk ke bilik mathematics. :) *love maths*

Proof: We are here!

Dalam pukul 5.30ptg konferens habis tuk hari ni, and then, kami mengambil peluang untuk bersiar-siar disekitar Sutera Harbour.  Jalan kaki keluar dari dewan, terus jumpa swimming pool di belakangnya.  Sutera Harbour ni ada 2 resort, Magellan and Sutera Pacific.  Dari Sutera Pacific, korang boleh jalan kaki ke Magellan, sambil menikmati angin petang.  Romantik gitu.  hehe.. Tambahan pulak, malam ini (3 Dis) ada dinner rasmi dengan pengajur.  Rezeki.  

5.30 ptg di Sabah sudah hampir gelap and pukul 6.30ptg, macam dah malam.  Sunset view, mmg cantik and suasana ini lebih asyik dengan view bot-bot yang di parkir kat Sutera Harbour ni.  Terasa macam kat oversea je.  hehe..  Jom cekidout gambau kami tengok sunset yang memang cun *love it*..

Nampak tak betapa cantiknya susunan bot-bot ini?

It is getting dark

Yang diatas kanan tu bot untuk dinner rasanya, cruise.. 

Berlabuh untuk seketika ke? Yang pasti, kapal layar ini admirable.  I want one!

My fren merenung sunset.  Lampu tepi pantai sekitar sutera harbor telah dibuka and sgt cantik suasana ini

Finally, we are heading to our room.  Still, it is beautiful.  Allah Maha Besar

Malam tu, dinner dianjurkan oleh pihak IEEE.  Makanan yang dorang sediakan, masakan melayu, dan paling best, ada macam-macam.  Kenyang. alhamdulillah.  

Persembahan oleh orang Sabah.   Turut serta dalam majlis ni, omputeh telah diberikan peluang untuk join the persembahan.  Sgt lucu but sgt menghiburkan.. :)

Time aku beratur nak amik makanan, ada sorang scholar from Japan ni::

Scholar man : What is this? (point out to soto)
Me : errr... *soto in english apakah?* SOTO.
Scholar man : Owh? Sot-tok? *bunyi macam orang Jepun SOT-TOK*
Me : haaa, yes it is.  This is the rice and the soup.  You just have to mix it up and walla, SOT-TOK.. *gelak-gelak*
Scholar man : Owh, rice? ok.. *senyum dengan hensemnya*

By the by, scholar man ni memenangi hadiah best writer.  Hebatkan? Kagum aku.  Ok, da makan, apa lagi, balik resort, tido atas katil yang empuk..  K la, sambung nanti ea.. Banyak gambar je sebab aku ni bukan mahir sangat bab-bab penulisan ni.  Take care of yourself yarrr~!!

More info for Sutera Harbour :: official website

Till then,