Enough me! Its you now!

Wednesday, May 1, 2013

Bekerja di Kota Kinabalu, Sabah (Part 1 of 3)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. aku berjaya juga gagahkan diri untuk menaip entri kerja di KK, Sabah ini.  Actually, perginya 2hb Dis, pukul 6.30 pagi flightnya.  Pukul 3.30 pagi gigihkan diri untuk ke LCCT.  Itu je tiket murah.  RM130 return.  Masa tu, ada promosi visa card holder.  Pe lagi, rembat la.. hehe.

Kami tiba lebih kurang 9 am, dan kami berempat, kak Her, kak Ima, kak Aishah and me.  Sesampai di airport KK, terus sewa kereta untuk ke Sutera Harbour.  RM 120, rasanya, sehari.  Sepatutnya, aku dan kak Her duduk di Best Western Hotel yang terletak di bandar KK sendiri.  Akan tetapi, sesi pertemuan aku dan kenalan sekolah rendah, menyebabkan dia mengofferkan dirinya untuk bagi satu bilik di Sutera Harbour.  Heaven!!!! Free of charge!! *owe you Kiut, nanti ada bilik lebih aku bg hang*.. Yuran konferens ni RM 1600 ye.. kalo full board RM 2100 *pitam*.  

Sesampai di Sutera Harbour, check in dulu.  Kami stay di Magellan Resort dan Sutera Harbour ni ada sediakan shuttle bus untuk ke bandar KK secara free ye. Sebab ada masalah teknikal, tak check in, and tak pe, terus ke Gaya Street.  Ramai sgt orang dan tambahan, cuti sekolah.. memang macam semut je semua orang.  hehe.  Untuk pengetahuan, jika bawa kereta, anda boleh parkir di mana-mana tempat yang dirasakan tidak menggangu lalu lintas.  Jalan-jalan, perut lapar, singgah kedai area Gaya Street juga.  Sesudah itu, kami pulang ke hotel.

Things sold at Gaya Street

Wahhhh.. menarik iklan ni.. Yang bas tu, kedai aiskrim ye

Our lunches.  Sedap sungguh rojak ni...

Sebelah petang pula, kak Ima, kak Aishah and aku melawatlah sekitar bandar KK sehingga ke One Borneo.   One Borneo ni terletak jauh sikit dari pusat bandar KK.  Menarik tau tempat ni. Minum-minum then, head to Karambunai.  Buat apa? Tengok sunset yang indah.  Serius, cantik.. :)

Singgah amik angin

GPS help us to get there, One Borneo Mall.. thnx kak Aishah *hugs*

Cantikkan?

Zoom sikit... time ni langit makin gelap... 

Dari Karambunai, kami pulang ke hotel and rehat-rehat.  Esok nak start konferens dah.  Dapat kunci bilik, terus check in.  Tak sempat nak amik gambar sebab terlalu penat.  Rehat awal sebab esok nak berkonferens dah.  Sehari suntuk.

T aku sambung lagi ea? tahun ni masih lagi terfikir-fikir nak pergi konferens mana.

Till then,





6 comments:

  1. wahh..
    sutera harbour..
    ada gambar sunset dari sana tak..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada... entri next ye Dr.. hehehe.. :)

      Delete
  2. Ishh rasanya dh lama x drop kat c ni :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh... saya da lama tak taip entri.. tu yg lama tu.. hehehe :)

      Delete
  3. wow...dah start pergi konferens zette, best-best! ko ada submit paper sekali ker? untunglah dapat join konferens gah macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. la.. ko juga boleh... senang je.. ada submit.. kalo tak submit, tak dapat la duet nak pergi.. hehehe...

      sila wat paper dan pergi konferens gini... :)

      Delete