Enough me! Its you now!

Showing posts with label inbound. Show all posts
Showing posts with label inbound. Show all posts

Monday, April 28, 2014

Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2)

Assalamualaikum..

Semalam, hari Ahad, my parents and I went to KLIA 2.  This airport is a new airport which will be operating soon, in May, inshaAllah.  The airport were open to public up to 7.00 pm.  Speaking, cheeewwaaaahhh~

Pendapat aku:

1.  Lepas ni, memang wajib ada 2 jam sebelum masuk ke tempat menunggu since tempat menunggu jauh ke dalam.

2.  Shopping and lepak'ing can be done here (no doubt) since there are LOTS of shop.  Uncle 'K' pun ada ye.

3.  Tempat parking pun okay dan banyak space duduk untuk tunggu flight.

4.  Aerobridge digunapakai di sini.  So, tak perlu menapak jalan kaki ke kapal terbang.

5.  Jadual untuk bas ke KL Sentral dan lain-lain tempat juga ada disini.

6.  ERL pun ada you alls.  Tak perlu berpanas-panas turun bas then terpaksa berjalan tanpa aircond untuk ambil flight.  ERL dalam bangunan ini sahaja.

7.  Pili di water basin juga dah pakai sensor (tak perlu tekan pili untuk air), tong sampah recycle dan jam banyak.  Tak perlulah nak wondering dah pukul berapa.  Information on flight, buses, ERL juga banyak disediakan.

Tu je pendapat aku.  Aku tak tau la nak komen apa, but then number (1) VERY IMPORTANT.  Ruang menunggu juga banyak.  Kita juga tidak perlu malu jika ada pelancong beritahu, owh, that place is small.  I cant breath in there.  Sekarang ni, ko nak berlari pun boleh.

Paling penting, jika korang dari oversea and keluar dari immigration juga sangat jauh.  Jika korang landing jam 5 petang, maka suruhlah orang menunggu tu ada di airport jam 5.30 petang.  Aku tak sabar nak rasa KLIA 2 ni.  Akan tiba masanya bulan depan.  Can't wait!  Cuci mata ngan gambar ni ye!


All the facilities!

Information hub.  Cant get enuf? You may take a look at the arrival hall.  The screen is bigger and better

Fun fact.  I wonder why the Air Asia airport tax is in total of RM28?  Contradiction over there, isnt it?


Bahagian bawah ni tempat collect luggage



Our pass for KLIA2 runaway and bridge.




Canggih!

Till then,

p/s: aku tahu ramai yang akan beri negative comments on how this airport is bla-bla-bla.  Korang ni tahu complaint je kan?  Cuba positive sikit.  Give them a time to build up the system even though tak mencapai standard.  Malaysia is developing country.  The people should be a developing people as well, isnt it!

Monday, May 6, 2013

Bekerja di Kota Kinabalu, Sabah (Part 3 of 3)

Assalamualaikum...

Entri penuh tuk KK, klik sini.
Entri tuk hari pertama (2 Dis 2012), klik sini.
Entri tuk hari kedua (3 Dis 2012), klik sini.

Hari ke-tiga di Kota Kinabalu ni acaranya lebih kepada melawat-lawat ke tempat-tempat yang sempat untuk di lawati, dari after zohor till malam.  Sebelah pagi sehingga tengahari, kami berkonferens.  Sesudah habis sesi konferens pagi, terus lunch.  After lunch tersebut, maka tamatlah sidang konferens tersebut.  Jadinya, kami mengambil kesempatan untuk melawat tempat-tempat menarik disekitar KK, dengan waktu yang agak terhad.

Sementara tunggu lunch, singgah ambil angin

Conference last day

Tempat pertama yang dilawati, mestilah rumah terbalik.  Rumah terbalik ni mmg one of the kind in Malaysia. No pictures are allowed in the house.  Memang agak sedikit pening bila kat dalam ni.  By the way, sangat menarik okay.  Even though the house is so simple, but the idea, the idea is unique and a lot of glue needed.  heheh. *joking*.. 

Kan, rumah ni terbalik.. kagum tau

hehee.. kereta pun terbalik tau

After rumah terbalik, we head to Jambatan Tamparuli.  Jambatan Tamparuli is the bridge used by locals untuk seberang sungai.  Tapi, jambatan ni sgt la jambatan gantung.  Dan aku memang sangat gayat.  Untuk seberang tu, aku mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Akan tetapi, kanak-kanak seumur 10 tahun aku kira, berlari-lari anak atas jambatan tu.. *apekahhhhh*.. Jangan kata aku termotivate, rasa nak menangis lagi adalah, sebab aku mmg gayat tinggi.  If bungee jumping or any extreme activity, I am okay with it, but this thing, sgt membuatkan aku gayat.  

Waduh... tengok gambar pun teringat time aku gayat tu... *nanes*

Jambatan tamparuli

Jalan yang sempit tu tak jem pun.  Bagus orang Sabah, sabar je ambil turn untuk lalu jalan kat bawah ni

Akhirnya, sampai jugak ke seberang

By the by, aku sampai jugak ke hujung dengan selamatnya.  hehe.  Kebetulan, ada pasar petang aku kira, so, dapatlah tengok apa yang dijual oleh locals.  Menarik pasarnya.  Tiba-tiba, hujan renyai-renyai and kami malas nak patah balik guna jambatan tersebut.  Maka, Azdi menawarkan diri beliau untuk amik kereta.  heheh.  

Hujan dah

Sesudah jambatan tamparuli, kami ingat nak ke Kundasang dengan masa yang ada.  Mana tau, boleh tengok-tengok apa yang ada.  Akan tetapi, hujan yang renyai-renyai tadi semakin lebat.  So, nak tak nak, memang kena patah balik.  Tak ada dah tempat yang terlintas di fikiran, then, we shoot to bandar KK.  

Setiba di bandar KK, kami hunt mutiara murah.  Masa tu dah pukul 5pm.  Teringat kata-kata Dr Riaza, she told us that there is a shop, Jamilah.  Memang murah mutiara yang dia jual.  Cari punya cari, akhirnya jumpa, but then, the store were closed already.  Tak apa, masih ada lagi esok, which flight kami petang, heheh.  Jadinya, kami round-round dengan jalan kaki sahaja ke sekitar kawasan tu then, jumpa pasar malam, sebelah Le Meridien Hotel, (thank Diane Teo!).... Then, setelah beli apa-apa yang patut di pasar tersebut, perut mula lapar.

Perut yang lapar tadi, kami pilih untuk makan di medan ikan bakar di bandar KK ni.  Memang murah tau.  Kami ambil ketam, ikan, udang, tomyam and sayur for 5 person only cost us around (plus minus) RM100.00.  Murah laaaaaaa.  Sedap pun sedap.  Banyak gerai kat sini, pick wisely ye.  hehe..

Nom..nom.. sedap tau.. 

Sudah makan, memang terus pulang hotel sahaja sebab dah terlalu penat and dah terlalu mengantok.  Esok sudah mahu pulang.  heheh..

*** end day - 3 ***

Last day in KK, we head home.  Pagi-pagi lagi dah kemas barang, and terus breakfast.  Breakfast kat kedai makan seberang jalan Sutera Harbour.  Then, shoot to aiport untuk hantar Azdi.  Flight beliau pagi sebab naik mas *eh, tetiba*... hehe.  After hantar Azdi, kami terus ke Jamilah.  Menunggulah kedai tu bukak sebab memang awal lagi.  Kami memborong sakan sebab memang murah.  Sangat murah and berbaloi.  :)

Rupa depan kedai ini

After Jamilah, kami ke pasar kraftangan and pasar ikan masin.  Untuk mencari barang-barang souvenir for the vary last minutes.  Aim, balik ke hotel before 12 noon since check out time is 12 noon.  Sapa nak bayar if terlajak check out...  heheh.  Kat pasar ikan masin tu, korang boleh tengok rumpai laut yang femes tu, collogen.. Murah tau dia jual compare kat sini.  But I do not know the grade.  hehe.. Tgok boleh, makan ok, tapi grade, sorry tak dapek nolong do.  hehe..

Sorry, gambar tak banyak sebab dok ralit pilih barang.. hehehe..

Akhirnya, kami berjaya menyoppingkan diri and pulang ke hotel dalam 11am gitu.  Kemas-kemas sikit and then, terus ke airport tuk flight pukul 4.20 petang.  Sampai di airport, cari surau untuk solat zohor dan jamak asar.  Sambil tu, mengemas sikit barang-barang yang dibeli tadi.  hehe.  

Airline yang membantu aku walaupun harga makin mahal.. tapi aku mengerti sebab minyak makin mahal, gaji makin mahal, airport tax makin naik.  Jadinya, tiket pun mahal.  But, still, it is the cheapest one :)

Dah, tamat sudah.  Hope korang baca la apa yang aku merapu ni.  Alhamdulillah, aku da jejak kaki aku kat Kuching and KK last year.  Tahun 2012 yang lepas, banyak mengajar aku how to manage my cuti rehat and manage my money just for holiday.  I know I am not a fully backpacker and I am not trying to be.  I am an independent traveller (suit me, I think).  Hopefully, this year, aku boleh limitkan kepada 4 places sahaja.  Tak mahu rushing-rushing.  heheh..

K la, habis dah entri KK.  Which I think the last one.  Ada lagi entri, entri ke Langkawi and Gambang Waterpark Resort.  Tu event family and event termpat kerja.  Entri menyusul nanti ye.  Thanks for reading this entri and bye-bye~

Till then,


Wednesday, May 1, 2013

Bekerja di Kota Kinabalu, Sabah (Part 2 of 3)

Assalamualaikum...

Entri penuh tuk KK, klik sini.
Entri tuk hari pertama (2 Dis 2012), klik sini.

Tuk hari ke-dua ni, kami semua melakukan tugas-tugas rasmi *kunun*.. heheh.. mengembangkan ilmu dan juga bersosial dengan pelbagai pihak.  Kami daftar dulu, then, dapat buku yang berkenaan, terus masuk bilik-bilik yang berkaitan.  Aku macam biasa, masuk ke bilik mathematics. :) *love maths*

Proof: We are here!

Dalam pukul 5.30ptg konferens habis tuk hari ni, and then, kami mengambil peluang untuk bersiar-siar disekitar Sutera Harbour.  Jalan kaki keluar dari dewan, terus jumpa swimming pool di belakangnya.  Sutera Harbour ni ada 2 resort, Magellan and Sutera Pacific.  Dari Sutera Pacific, korang boleh jalan kaki ke Magellan, sambil menikmati angin petang.  Romantik gitu.  hehe.. Tambahan pulak, malam ini (3 Dis) ada dinner rasmi dengan pengajur.  Rezeki.  

5.30 ptg di Sabah sudah hampir gelap and pukul 6.30ptg, macam dah malam.  Sunset view, mmg cantik and suasana ini lebih asyik dengan view bot-bot yang di parkir kat Sutera Harbour ni.  Terasa macam kat oversea je.  hehe..  Jom cekidout gambau kami tengok sunset yang memang cun *love it*..

Nampak tak betapa cantiknya susunan bot-bot ini?

It is getting dark

Yang diatas kanan tu bot untuk dinner rasanya, cruise.. 

Berlabuh untuk seketika ke? Yang pasti, kapal layar ini admirable.  I want one!

My fren merenung sunset.  Lampu tepi pantai sekitar sutera harbor telah dibuka and sgt cantik suasana ini

Finally, we are heading to our room.  Still, it is beautiful.  Allah Maha Besar

Malam tu, dinner dianjurkan oleh pihak IEEE.  Makanan yang dorang sediakan, masakan melayu, dan paling best, ada macam-macam.  Kenyang. alhamdulillah.  

Persembahan oleh orang Sabah.   Turut serta dalam majlis ni, omputeh telah diberikan peluang untuk join the persembahan.  Sgt lucu but sgt menghiburkan.. :)

Time aku beratur nak amik makanan, ada sorang scholar from Japan ni::

Scholar man : What is this? (point out to soto)
Me : errr... *soto in english apakah?* SOTO.
Scholar man : Owh? Sot-tok? *bunyi macam orang Jepun SOT-TOK*
Me : haaa, yes it is.  This is the rice and the soup.  You just have to mix it up and walla, SOT-TOK.. *gelak-gelak*
Scholar man : Owh, rice? ok.. *senyum dengan hensemnya*

By the by, scholar man ni memenangi hadiah best writer.  Hebatkan? Kagum aku.  Ok, da makan, apa lagi, balik resort, tido atas katil yang empuk..  K la, sambung nanti ea.. Banyak gambar je sebab aku ni bukan mahir sangat bab-bab penulisan ni.  Take care of yourself yarrr~!!

More info for Sutera Harbour :: official website

Till then,



Bekerja di Kota Kinabalu, Sabah (Part 1 of 3)

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. aku berjaya juga gagahkan diri untuk menaip entri kerja di KK, Sabah ini.  Actually, perginya 2hb Dis, pukul 6.30 pagi flightnya.  Pukul 3.30 pagi gigihkan diri untuk ke LCCT.  Itu je tiket murah.  RM130 return.  Masa tu, ada promosi visa card holder.  Pe lagi, rembat la.. hehe.

Kami tiba lebih kurang 9 am, dan kami berempat, kak Her, kak Ima, kak Aishah and me.  Sesampai di airport KK, terus sewa kereta untuk ke Sutera Harbour.  RM 120, rasanya, sehari.  Sepatutnya, aku dan kak Her duduk di Best Western Hotel yang terletak di bandar KK sendiri.  Akan tetapi, sesi pertemuan aku dan kenalan sekolah rendah, menyebabkan dia mengofferkan dirinya untuk bagi satu bilik di Sutera Harbour.  Heaven!!!! Free of charge!! *owe you Kiut, nanti ada bilik lebih aku bg hang*.. Yuran konferens ni RM 1600 ye.. kalo full board RM 2100 *pitam*.  

Sesampai di Sutera Harbour, check in dulu.  Kami stay di Magellan Resort dan Sutera Harbour ni ada sediakan shuttle bus untuk ke bandar KK secara free ye. Sebab ada masalah teknikal, tak check in, and tak pe, terus ke Gaya Street.  Ramai sgt orang dan tambahan, cuti sekolah.. memang macam semut je semua orang.  hehe.  Untuk pengetahuan, jika bawa kereta, anda boleh parkir di mana-mana tempat yang dirasakan tidak menggangu lalu lintas.  Jalan-jalan, perut lapar, singgah kedai area Gaya Street juga.  Sesudah itu, kami pulang ke hotel.

Things sold at Gaya Street

Wahhhh.. menarik iklan ni.. Yang bas tu, kedai aiskrim ye

Our lunches.  Sedap sungguh rojak ni...

Sebelah petang pula, kak Ima, kak Aishah and aku melawatlah sekitar bandar KK sehingga ke One Borneo.   One Borneo ni terletak jauh sikit dari pusat bandar KK.  Menarik tau tempat ni. Minum-minum then, head to Karambunai.  Buat apa? Tengok sunset yang indah.  Serius, cantik.. :)

Singgah amik angin

GPS help us to get there, One Borneo Mall.. thnx kak Aishah *hugs*

Cantikkan?

Zoom sikit... time ni langit makin gelap... 

Dari Karambunai, kami pulang ke hotel and rehat-rehat.  Esok nak start konferens dah.  Dapat kunci bilik, terus check in.  Tak sempat nak amik gambar sebab terlalu penat.  Rehat awal sebab esok nak berkonferens dah.  Sehari suntuk.

T aku sambung lagi ea? tahun ni masih lagi terfikir-fikir nak pergi konferens mana.

Till then,





Saturday, December 8, 2012

Bekerja di Kota Kinabalu, Sabah

Aku ngah berangan dilaut private Sutera Harbour, Kota Kinabalu

Assalamualaikum korang...

Ape khabar, sihat? Aku sihat, alhamdullillah... Baru balik dari KK.. Penat pun tak hilang lagi.. Rasanya, aku pernah bagitahu dalam entri before this, yang aku akan ke KK. Haaa, da balik pung.  heheh..

Aku pergi berkerja bukan fully cuti ye.. and syukur sgt, rezeki murah.. dapat duduk Sutera Harbour for 3 nites, for free.. heheh.. best sgt resort nih!! Kelas giloooo~  Ada private beach, private boat parking, golf resort, dan lain-lain.. Pun ada cruise.. mmg kaya orang yang mampu ke sini.. kalo aku, plural mampu kot.. hehehe.. Gambar kat atas ni, no editing, except for 'tag'.. diambil masa sunset di tempat boat parking at Sutera Harbour.

Nanti aku story mory lagi kay? Kasi habis entri Kemboja and Krabi, Kuching... baru masuk KK.. Ape yang mampu aku kata, orang KK mmg penyabar kot... ke, aku yang mmg jenis tak sabar.. heheheeh..  Papehal, KK and orangnya terbaik bah!

K la, t aku story lagi ea.. jenuh menaip entri Kemboja ni.. kurus jari aku.. *tetiba* heheh..

Till then,

Sunday, November 11, 2012

Rover in Tioman - Day 4 (Last day)

Assalamualaikum..

Entri untuk hari pertama (25 Ogos 2012), klik sini.
Entri untuk hari kedua (26 Ogos 2012), klik sini.
Entri untuk hari ketiga (27 Ogos 2012), klik sini.
Entri penuh utk Pulau Tioman, klik sini.

Hari ke-empat, 28 Ogos 2012, merupakan hari terakhir kami berlima di Salang.  Boat yang kami bakal ambil adalah pada 10.30 pagi, kalau tak silap.  Salang merupakan stop yang terakhir bagi ferry tersebut.  Jadinya, pagi tu, after breakfast kat kedai, aku pun meronda dari hujung ke hujung.  Ukur jalan.  heheheh.  Tak bnyk pun yang aku snap, just nak tau kedudukan setiap chalet yang ada kat Salang ni.  Manalah tau, nanti ada rezeki, insyaAllah, datang lagi.  Menikmati alam semulajadi.  =)

Untuk pengetahuan, Salang Indah Resort yang aku duduk disini, merupakan resort/ chalet yang berada ditengah-tengah Salang.  Jarak Salang Indah dan jeti tak sampai 5 minit.  In fact, dari jeti, kita boleh nampak Salang Indah.  Restorannya besar dan pilihan makanan banyak.  

Aku mulakan menghadap Salang dari jeti, sebelah kiri, chalet yang dari hujung.  Salang Hut.. Mmg sgt okay tempat ni.  In fact, chalet yang paling hujung ni, quite simple and unique.  Kenapa unique? sebab mereka mengguna recycle items to make their own decorations.  Tak caya, ley tgok gambar kat bawah ni.  This place quite far from the jetty, tapi lebih private untuk mandi-mandi.  Chaletnya kecil dan muat untuk 2 persons shj aku rasa.


See.. how creative they are?? *kagum*

Chalet at Salang Hut

Next to Salang Hut, is Ella's Place.  Ella's place punya bilik, lebih kurang besar Salang Hut.  Yang menariknya, kedai makannya, berkonsepkan taman.  Feeling-feeling sepoi angin laut.. gitewww.. =) Ella's place juga menawarkan tempat untuk belajar mencanting/ melukis batik.  Aku rasa yang pergi ni, mat saleh je.  Aku da penah buat batik time sekolah menenga dulu.  Cukupla time tu je.  heheheheh..


Comel tempat nih

Ok, next to Ella's Place, adalah Salang Beach Resort.  Kami amik package snorkel dari sini.  Ada minimart and kedai makan yang jual seafood fresh.  Mmg meliurkan time aku lalu malam hari tu.  Kerang bakar, ikan bakar, u name it, insyaAllah, they have any kind of seafood here.  =) Resortnya, cantik, tapi tak dekat sgt dengan pantai, compare to Ella's Place and Salang Hut.  Tapi, aku rasa tak sampai 3 minit kot kalo jalan kaki.  hahahhaah..


Inilah Salang Beach Resort.  Aku tak amik gambar sebab malas nak keluar dari susur jalan *hehehe*

Next is, Salang Indah, which I think, the biggest resort.  *aku rasalaaaaa,maaf kalo salah*.  Ada chalet atas air.  Cool.  Kedai makan yang bermacam jenis makanan dijual.  Cool.  Dekat dengan jeti.  Cool.  Affordable.  Friendly staffs, and dekat dengan semua accommodations.

Inilah rupa chalet-chalet kat Salang Indah

Kemudahan yang disediakan oleh pihak chalet

Jalan depan sini, which lalu belakang kedai-kedai makan yang tak berapa nak bukak, korang akan jumpa satu sungai *ke*, and dah sampai di Salang Pusaka Resort.  Salang Pusaka ni, dibahagian belakang.  Jauh sikit dari pantai.  Means, korang akan seberang sungai tu guna jambatan.  Tempat ni lagi private *for me* sebab kawasan tu mmg orang tak lalu lalang.  Korang nak melepek depan bilik sambil baca buku, tak de sape nak tgok.  heheheh..
Muka depan chalet sahaja

Then, korang akan jumpa Pak Long Chalet.  Well, Pak Long Chalet ni, kepunyaan sedara akak yang tolong aku dalam my previous entry.  In fact, Pak Long chalet ni, lain sikit.  Hmmmm... tak ada signboard tentang chalet ni.  Ada 4 bilik sahaja, and sebelahnya, diving centre.  Err.. korang tgok gambar ini ok..


Kuninnyaaaaa

The last resort is Zaid's Place, or Salang Sayang Resort.  Aku mmg highly recommended if korang nak duduk kat sini.  Even bilik dia sedikit mahal, tapi resort ni terletak betul-betul depan pantai yang boleh mandi.  Unlike Salang Indah, pantai yang boleh mandi depan chalet korang, nan hado.. Berbalik kepada Salang Sayang, susunan biliknya lebih teratur,  in fact, korang boleh minta bilik yang mengadap laut and sunset.  Indah wehhhh.  Atas bukit tu lagi best, nampak semua.  Ok, layan gambar kat bawah nih.


Ada pantai kat depan chalet and mmg sume orang stay kat Salang mandi kat pantai depan chalet ni.

Tempat makan korang jgn risau, bnyk sgt tempat yang korang boleh makan, just bawa duit.  Lebih duit.  Ok? heheh.  then, for souvenirs, boleh beli di Jeti Mersing or di Tioman.  Kat Tg Gemok tak ada FM tu sume.  And, kalo korang mencari pakej murah tuk snorkel, pilih la memana.  Sume sama jerrr..


Antara gerai-gerai kat Salang nih

Ok, dear readers, tu sahaja entri tuk Tioman ni.  Terima kasih sebab baca, and aku harap korang enjoy and aku harap entri ni dapat membantu korang sedikit sebanyak mengargai pulau negara kita.  Trust me, our island is more private and more beautiful.  =)



p/s: aku mengalami masalah overload gambar kat blog nih.  So, bile google, dapatlah tricknya.. korang boleh view kat sini.

Till then,