Enough me! Its you now!

Thursday, November 8, 2012

Rover in Tioman - Day 3

Assalamualaikum...  

Entri untuk hari pertama (25 Ogos 2012), klik sini.
Entri untuk hari kedua (26 Ogos 2012), klik sini.
Entri penuh utk Pulau Tioman, klik sini.


Lama da aku perap entri ni.  Da lebih sebulan rupanya.  Okay, tanpa melengahkan masa, kita sambung yok.  Entri untuk hari ke-dua ni lebih mencabar mental dan fizikal.  Bukan apa, kami sekeluarga berjalan kaki dari Salang ke Panuba.  Mmg menguji.  This entry is specially tribute to my mom, who is sooooo tough and..tough! Proud of you! I love you mom!

Hari kedua kami dimulai dengan breakfast yang best, nasi goreng.  Mak aku, macam biasa, masak nasi goreng, guna nasi impit nona dan perencah segera nasi goreng.  Tapi serius, tak sedap! *sorrryyyyy mak*.. Aku telan je, yang penting, makan.  Dan, ayah aku da siap2 pek barang.  Untuk ape??? trekking beb.  Macam tak percaya.  Memula nak mandi laut, tapi since ayah aku insist nak trekking, kami ikotkan sajo.  heheheh.  Mak aku da siap2 masak nasi impit dan panaskan lauk segera untuk dibawa bersama.

Mmg ada trek dari Salang ke Kg Air Batang.  In fact, mmg ada jalan darat dari satu tempat ke tempat yang lain dalam Tioman ni.  Just tak berapa digunakan sebab most tourists come for water sports, not for hiking.  Dihujung Salang ni, ada Salang Sayang Resort, which resort yang paling hujung.  From this Salang Sayang, ada direction ke Monkey Bay.  Dari Monkey Bay, terus shoot to Panuba Inn.  Panuba adalah private beach yang sgt cool.  Mmg next time datang, rasa cam nak duk sini sebab lebih tenang.  Tapi rasa cam tak mampu kerana ianya sgt mahal weh. 

Perjalanan kami berlima bermula seawal 9 pagi *kalo tak salah*.  Treknya mmg baik bukit turun bukit.  Trek dia, mmg sgt mencabar okay.  Tak tipu.  Paling gagah mak aku.  Dengan sakit kaki, beliau berjaya sampai ke Monkey Bay.  Dalam perjalanan ke Monkey Bay tu, kami berjumpa dengan mat salleh.  Omputih yang belajar kat KL, datang Tioman sebab holiday.  Dia lone ranger.  Hebat!


Ayah aku da start berjalan.. starting point, Panuba ada 103 tiang, and kami da meninggalkan Salang dalam 19 tiang.  Routenya sgt berbatu dan berbukit.

Pemandangan sebelum meninggalkan Salang, dari Salang Sayang :)

Seyus, penat sgt-sgt..dan sangat..

Pemandangan yang menyegarkan

Jalan punya jalan, sampailah ke Monkey Bay... ala, tak jauh pun.. adalah dalam 4 jam jerrrrr kalo langkahnya perlahan.. heheheh... Kami berehat, dan minum air.  Omputih tu tengah amik angin, no shirt on.  Agaknya, dia da mandi and da lama sampai.  Kami je yang slow and steady.  Kata nak menikmati alam! *kekdahnya*... Di Monkey Bay ni, mmg ada chalet yang tidak lagi digunakan.  Mungkin sebab teluk ni tak de jeti... jadi, chalet ni terbiar dan usang... Dalam 15 minit rehat, kami gigih teruskan perjalanan.


Atas: Akan jumpa jambatan ini.  Lain-lain: kami tiba dan rehat di Monkey Bay.

Perjalanan di teruskan lagi

Kami jalan lagi, alih-alih, sampai kat pantai sebelah Monkey Bay *after trekking*, which Monkey Bay jugak! Percaya tak? Geram time tuh.  hari da pukul 1 lebih.  Cadangnya nak lunches.  Tapi, apakan daya, lauk pauk yang kami panaskan tadi, tertinggal di bilik, atas katil sebab terlupa nak masuk beg abah.  Yang ada, nasi impit jerrr!! Air pun sebotol je, yang lain tinggal.  Waduh, nak patah balik, cam jauh... 

Monkey bay lagi... 

Ayah aku kata jom terus berjalan, tapi my bro g merendam badan time selang masa yang pendek tu.  Hebat.  Serius, masih ada 61 tiang ke Panuba, and kami telah meninggalkan Salang sebanyak 61 tiang jugak! Woah! Bertabah!

Aku asik amik gambar tiang bagi semangat kat diri sendiri

Macam makin hampir

Daki, turun, mencangkung, memeluk.. semua ada.  Route kali ini lebih mencabar dan sgt kene kuatkan hati.  Dalam perjalanan, terjumpa 4 orang omputih.  Ayah aku yang jauh nun didepan, telah dengan jayanya jadi inpektor pencen.  heheheh.  Ngan kami, mereka:

Mereka: Still alive?
Kami: Yeah.. *gelak-gelak, muka mmg penat gile*
Mereka: How was the path over there?
Kami: Kinda slippery... *masih penat*
Mereka: Owh, and you *point kat aku* wearing those thongs.  Better be careful..
Aku: Hahaha.. ok, ok... 
Mereka: Ok, we gotta go, c u around
Kami: Ok, bye then~

*lebih kurang perbualan, not exactly the same*

Yup, mmg slippery.  Maybe sebab semalam ujan and route yang ini melalui banyak akar pokok.  Path yang kami lalui, kejap naik, kejap turun.  Jalanlah lebih kurang 2 jam, sampai la katttttt.... pantai kecil tepi Panuba.    Bukan Panuba! Geram tak????? Time tu, kami dah nampak Panuba Inn and Tekek.  Tapi apakan daya, masa mencemburui kami sekeluarga.  Da pukul 3pm, and, kami dah trekking about 5 hours now, from 10.30am till 3pm.. 5 jam jerrrr.. hehehe.  Aku mmg da hampir terlena kat batu-batu ni.  Dah tak larat sgt-sgt... Mmg pancit weh.. Ngan seliper aku, ngn tak de air, and aku bawak duit rm30 je.  Sudah tu, kami decide nak ke Panuba sebab nak amik boat and balik ke Salang.

Bila da penat, da tak rasa menikmati alam da (My sis in law, 2012) *thumbs up*

Makin dekat, jalan makin mencabar, batu-batu, akar-akar yang besar

Semua orang da penat, rehatkan diri before meneruskan perjalanan

Bukan Panuba, tapi dah hampir dengan Panuba

Jalan lagi, dan jalan lagi, nampak cam dekat.  Tapi umang aiiii, jauhhhhhhh eeeaaaa.. At last, sampai gak.  Ayah aku da suruh buang tongkat kayu kami sebab dia kata "omputih tak pakai tongkat, kita kene tunjuk malays kuat!".. Aku turutkan sajaaaaa..  Dan, masa kami sampai di Panuba, aku beli air, cikedis (jajan), and air lagggiii.. Abes la duit yang sikit tu untuk kami berlima.  Nak makan, mak aku kata tunggu kat Salang, lauk ada lagi kat bilik.  Ikotkan saja, lagi pun, mmg tak lapar.  Adik and adik ipar aku da mandi-mandi kat Panuba tu.  Oh ye, Panuba tu private beach ea.. Ohsem tak? Mandi punya mandi, adik aku baru sedar, he has money dalam kocek.  Cek dan cek, rm50 da bagi kat ikan.  heheheehh.. Mmg tak ada rezeki.  *kesian..sobs3.. aku ingat lagi time tu zarip*.. So, nak balik, duit tambang tak cukup! Huwaaaaaaaaaa.. tak kan nak jalan balik ke Salang.  time cergas pun 5 jam, kalo da melepet, tak ke 10jam???? 

Tongkat yg bnyk berkhidmat sepanjang perjalanan

Windy kat Panuba ni, pantai dia bersih and dekat sangat dengan chalet =)

Sekitar Panuba Inn, silakan duduk disini.  Mmg ohsem~!

Laut bergelora, boat kecil mmg tak boleh nak keluar dari Panuba, so, kene tunggu feri datang

Kami nak amik boat taxi, rm20 seorang.  Tapi cuaca, mmg sgt kencang dan tidak mengizinkan.  Angin bertiup macam nak roboh jeti usang tu.  So, taxi boat, is a NO, NO.  Jadi, orang kat Panuba tu suh tunggu feri from Tg Gemok tuk amik kami.  Tunggu punya tunggu, akhirnya, sampai la feri tu.  Tambang, rm20 per person.  Ya Allah, duit tak cukup plak.  Ayah aku ada rm80 *kot* je time tu.  Campur baki duit aku, dalam rm15 kene hutang.  Dan, aku punyalah nak balik, aku pinjam duit akak dalam boat, and janji akan bayar time tiba di Salang.  And, akak tu ok and cool. *Thanks kak* Perbualan kami:

Aku: Akak mmg duk Salang ke?

Akak tu:  Aah, ni baru balik cuti raya.
Aku: Yeke, maaf lah kak. terpaksa pinjam duit akak.  Kami mmg tak cukup duit.  Tadi hiking dari Salang.. naik bukit, dasat la sini.
Akak tu: Hah? Akak yang duk sini da 20 tahun pun, tak pernah hiking.  
Aku: ...tergamam... *dalam hati - makkkkkkkkkk!! dorang tak pernah pun jalan kaki! nape kita hiking! nanes*
*perbualan lebih kurang yerr*

Sampai Salang, terus amik duit. and aku sebagai cagaran.  hahahahah.  Rupa-rupanya, akak tu pekerja kat Information Center at Salang.  So, patutnya kami nak tnye dia tentang hiking sume tu, tapi asik tutup counter tu.  Hmmmmm.. Apekah.. Nasib..nasib..Ayah aku berlari amik duit kat chalet and bayar akak tu.  Da bayar, aku cakap nak makan, mak aku, ok, jom, mak belanja~!!! Hoyehhhh.. hepi dapat makan.  Makanan dia quite nice and large portion.  Mmg tak abih kalo sensorang.  Mahal dalam rm2 je compare ngn kat sini.  

Dah makan kenyang-kenyang, ape lagi, membuto~!!! hahaha.. Tu je la setakat third day kat Tioman ni.  T sambung lagi tuk hari last kat Tioman ni... and juga, susunan hotel kat Salang ni.. hope membantu semua ye... :)

Till then,


5 comments:

  1. walaupun dah tua, berjaya jugak sampai je panuba, tahniah...ingatkan nak semput tengah jalan dah. kalau pergi maybe aku la kot yang semput, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.. tu lah.. aku pun tak sangka aku lepas.. cam nak pitam dah rasanya...

      ko boleh punya.. hahaha..

      Delete
  2. Tgk gmbar, saya pun terkejut... pakai selipar je???? hahaha

    ReplyDelete