Enough me! Its you now!

Showing posts with label introduction. Show all posts
Showing posts with label introduction. Show all posts

Friday, February 20, 2015

Telalu lama... nah, India!

Assalamualaikum...

Aku rasa terlalu lama aku tinggalkan blog aku ni.  Berhabuk! Penat aku cuba mengangkat bulu ayam tuk hapuskan habuk-habuk ini, namun ianya hangat-hangat tahi ayam.  Ok, straight to the point, last year aku tak ada travel mana pun, banyak spend time dengan family, 2 kali family trip.  Jepun je.  Tu je la last year.  Patut ke Bangkok and Chiang mai semua, tapi atas dasar keselamatan (masa tu darurat kat Bangkok), trip itu cancel.  Jimat cuti.  Hahaha..

Ok, this year, pembukaannya.. aku ke Saigon.. bawa rakan-rakan subahat untuk bershopping raya.  Awal gila shopping raya.  Haha.  Kendiannya, bulan 2, selama 16 hari mengembara di bumi Kari.  Ceritanya akan menyusul selepas aku sudahkan travel log yang tertangguh, yakni, Perth dan Jepun.  Yeay!! Ntah bila-bila la dapat update entry tersebut.  If nak tahu pasal India ni, jangan malu-malu.. akan aku assist korang sebaik mungkin.  Mana tau, dapat repeat.  haha.  India best hokay! Maybe sebab travel partner kali ni memang best.. aku blanja gambar kat Kashmir ea...

p/s: - azam tahun ni (2015), macam biasa 3k (kaya, kurus dan kahwin).  Akan ke situ.. cuma yang last K tu.. aku masih mengharapkan doa rakan-rakan semua.  :)



Till then,


Saturday, March 1, 2014

Hait! Arigatou! Japan oh Jepun!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap semua sihat, inshaAllah... Maaf sebab dah lama tak bukak entri.  Aku baru pindah tempat kerja awal bulan 2 hari tu.  Letih pindah tak abis lagi, aku sambung bercuti ke antara negara tersibuk di dunia.  Jepun... satu negara yang tak perlu aku kenalkan lagi.  Negara yang mengagungkan bahasa ibunda mereka dan aku yakin, kat rumah korang mesti ada satu barang (sekurang-kurangnya) yang berjenama Jepun.

Percutian kali ni, rombongan cik jah 2 orang sahaja. Kental di tengah-tengah Jepun, kekdahnya.  Sepatutnya 4 orang, tapi drama ala-ala hindustan telah berlaku, dan akhirnya, 2 kecundang, 2 mara.  Hehehe.  Even though 2 orang, trip kali ni memberi aku hint bahawa "sejauh mana kita buat research akan sesuatu tempat, kita masih akan sesat dan masih akan confuse sebab research dan practical adalah 2 perkara berbeza".  Juga, trip ini juga, memberi petunjuk kepada aku bahawa aku masih lagi belum bersedia untuk travel solo.  Terima kasih berjuta-juta lemon kepada kak Aimi kerana bersabar dengan kerenah dan kesesatan jalan yang saya lakukan sepanjang disana.  Semoga trip kali ini merapatkan ukhwah kita lagi.  Maafkan saya (nada conan.. kekekek.. juga, Assalamualaikum)..

Rabu lepas, aku berjumpa Nobita, Doraemon dan rakan-rakan.  Sedangkan berberapa hari sebelum itu, aku bermain salji di hujung Jepun, juga masa hari pertama, aku ketemu Glico "Running man" di tempat pertama aku mendarat.  Aku pergi 3 negeri di Jepun kali ni, Osaka, Sapporo dan Tokyo. 3 negeri yang mempunyai keunikannya tersendri tetapi share satu benda yang sama, sibuk.

Entri akan menyusul dan sila jangan segan-segan kucen untuk bertanya itinerary aku, dan macam mana aku survive kali ini.  10 hari yang membawa makna Jepun, tak mudah untuk aku ceritakan.  Ia tersimpan rapi dalam kotak memori ini.  I am gonna missed Japan, like other countries.  And maybe, coming back for another deep trip.. inshaAllah.

Cik Jah and kawan, kami berdua sahaja kali ni

Till then,

Monday, September 2, 2013

Perth, Wait Awhile (WA)

Assalamualaikum..

Sementelah 8 hari berada di Perth, WA, aku kembali bersiaran. Balik muka burn. Rombongan kak Ton kali ni semua burned. Cuaca sejuk, tapi angin laut itu boleh menyebabkan kita hitam. Tanpa kita sedar. Aku rasa ini fakta, tapi tak pasti tentang kesahihan benda ni. hehe.

Rombongan kak Ton kali ni disertai oleh 6 orang. Nasib baik kak Ton-kak Ton sekalian sangat peramah dan membuatkan kak Ton yang sorang ini terhibur. Among the best trips I've had before. Terima kasih kepada John, Dan Arif, Janggel, JM dan lain-lain yang banyak memberikan info tentang Perth. Wait Awaile merupakan word given by australian itself, Western Australia = Wait Awhile. Seriously kelaka but maksudnya dalam. But still, funny! hehe..

York, WA

Cerita menyusul kemudian ye. Lepas ni dah tak ada travelling oversea till next year. InshaAllah. Bolehlah pelan-pelan kayuh entri tertunggak. 

Accommodations:

Perth City (with cars)
Haji Yon (if nak email address and phone number, please email)

Cervantes (north Perth)
Pinnacle Desert Motel (family room with kitchen)

Augusta (south Perth)
Clovelly Holiday Unit (family unit with kitchen)

York (east Perth)
The Hillside Country Retreat (cottage - historical place of Aussie)

Hope link yang aku sediakan boleh membantu anda semua merancang tempat tinggal.  Semua tempat yang aku duduk ni, memang aku highly recommended. First time merasa duduk cottage dengan AUD60/person. Memang tragic dan horror kisah kami kat York. Nantikan ye.

Till then,


Monday, April 29, 2013

Berlibur di kota Jawa Timur: Surabaya

Assalamualaikum...

Sihat semua? Alhamdulillah, aku baru sahaja touch down dari Indonesia, Jawa Timur.. Kota Surabaya 27hb yang lepas, yakni hari Sabtu.  Percutian selama 5 hari ini sangat bermakna sebab banyak berlibur di wisata-wisata menarik di kota Batu, Bromo, Malang dan Surabaya sendiri.  Aku letak teaser dulu and ini nombor pak pemandu pelancong kami, Pak Nur (+628130989200).  Orangnya baik sekali, cakap je korang nak g kedai mana, murah ke, mahal ke, mesti dia usaha untuk bawakkan.  

Pemandangan dari cerun bukit.  Kabus mulai memenuhi sekitar Bromo. Subhanallah, cantik sekali

Cerita tentang Surabaya akan menyusul.. bila? nanti la ea.. If korang ada pertanyaan tentang Surabaya, just komen or email ye? InshaAllah, aku akan cuba menjawab segala pertanyaanmu itu sahabat.. :)

Till then,




p/s: aku juga ada jual hasil rembatan di sana.. ley tgok kat FB ni... ;)

Tuesday, February 26, 2013

Paper Krabi - Day 1

Assalamualaikum...

Entri untuk Krabi trip (01112012 ~ 04112012), klik sini.

Akhirnya, paper Krabi (day 1), masuk juga hari ni.. Aku pun da hampir lupa tentang paper Krabi ni.. Lama sangat tertangguh!  Maafkan daku!

Ok, mari kita mulakan.. First tips, for those yang teragak-agak nak ke Krabi or Phuket, aku sajeskan, g je dua-dua, sebab mmg dekat.. Sebelah menyebelah sahaja dong!  And, islands trip yang mereka berikan, sama sahaja.. pendek kata, bezenya, nama tempat dan bilangan bangla yang korang akan jumpa.. gitu.. =)

First day, flight petang.  Hari hujan.. tapi, Alhamdulillah.. selamat pergi dan selamat mendarat..  Dalam flight tu, macam biasa, baca la apa yang patut.. Kawan aku membekalkan buku tuk motivate aku yang memang mentally ill down.. da abis baca buku tu sepanjang di Krabi.. sweet sgt.. thanks kak Aimie..

Peneman setia time flight to Krabi.. yes, aku mmg cantik.. luaran dan dalaman! Tahun ni nak kawin! Eh.. doakan..

Aku dah book hotel siap-siap just nak bayar sahaja.  Hotel yang menjadi pilihan adalah Aonang Grand Inn.  Kami booked bilik untuk 4 orang.  3 orang naik flight, seorang lagi naik keretapi dari KL.  Gigih kak Fizah.. Thanks sebab join the crowd.  Alhamdulillah, process immi and segala-galanya Allah permudahkan.  Before keluar airport, memang ada satu kaunter yang menjual tiket bas ke pekan Aonang.  Kaunter itu terletak sebelah kanan and ianya kalo tak silap, memang satu-satunya company (maaf jika salah), yang menjual tiket bas ke Aonang..

Bas warrna putih ini banyak, so jangan la risau.  Harga? 150 baht.  Mudah dan murahkan?  Korang jangan risau, sebab ramai je tourist.  So, inshaAllah, kalo sesat, adalah dalam 10 orang lagi akan sesat dengan ko.  heheh..  Sebut je Aonang Grand Inn kat driver, nanti dia akan berhenti depan Aonang Grand Inn.  Aonang Grand Inn ni dekat dengan McDonalds.  Makanan muslim banyak kat sekitar ini.  Yang beza cuma harga dan rasa.  Hotel Aonang ini ok sangat dan ianya menyediakan internet berbayar. hehe. Ada juga jual tiket bas tuk ke airport and paling penting, ada jugak jual tiket minivan ke KL.. hehehe..

Bas putih ke Aonang and suasana dalam bas

Suasana dalam hotel

Petang itu, kami jalan-jalan disekitar Aonang.  Jalan till ke tepi pantai untuk bergambar.  Seriously, pantai Aonang tak de la cantik mana.  Jujur ea.  Cantik lagi PD.  In fact, air dari kedai and hotel semua mengalir ke sini.  Ada la berberapa pak and mak saleh mandi manda.

Bergambar di tepi pantai

Matahari da semakin malu dan menurunkan dirinya =) *using sunset mode with filtered light and color enhanced*

Kami jalan-jalan and terus balik ke hotel.  Nak tunggu kak Fizah sebab keretapi dia rosak, terus stranded.  Katanya, malam sikit baru sampai.  So, kami bertiga solat and bersihkan diri.

Mesin atm dalam van.. ko hade?

Suasana semakin meriah bila menjelang malam

Malam makin menjelang di Aonang

Da siap-siap, terus keluar untuk memenuhi permintaan perut yang dah start meragam.  Jadinya, kami decide untuk makan kat kedai area kanan Aonang (menjauhi pantai) sebab kata si pekerja hotel, ada banyak restoren muslim area situ.  Jumpalah kedai muslim, dimana perempuan itu boleh kecek kelate.  hehe.. Order punya order, makan punya makan.  Kesimpulannya, mahal dan tak sedap.  Tapi nak wat camne, dah order.  Overpriced semua makanan dia.

Sila jangan makan disini

Kami jalan-jalan lagi, nak tengok sekitar pantai Aonang sebelah malam.  Tak lama itu, kak Fizah call, kata dah sampai.  Woohhhooo.. cukuplah jemaah 4 orang.. Teman dia makan kat kedai muslim yang tak pemes and aku rasa harga dia murah.  Jamal restoren namanya.. Aku makan coklat banana penkek yang sedap!! Borak-borak, terus ke kedai tuk booking pakej tuk island hoping esoknya.

Suasana malam-malam di Aonang

Evacuation in case berlakunya Tsunami... 

Wahhh... da la aku ngah lapa ni..sedap kalo dapat penkek...

Kami decide nak ambil pakej oleh Orchid Aonang and request muslim food.  Memandangkan kami datang ketika peak season, harganya, mmg mahal.  RM120 seorang.  Dah book and sedikit shopping, terus balik and tido.  Before tido, sediakan barang-barang tuk snorkel esok.. Tour agent tu akan jemput sekitar 8 pagi. Get ready sahaja laaa.. heheh..

Beli air mineral yang berharga RM8.50 kat kedai ini.. kedai ini sebelah dia Anna Universal Traveller

Untuk breakfast esok.. ko nampak tak kebulurnya kami? 

End of day 1.  Tips for for new comers to Krabi:
  1. Korang boleh walk in kat Aonang ni.. harga aku tak sure.  tapi for peak season, seeloknya booking dulu.. seriously, ramai orang!
  2. Korang boleh pilih any tour actually and jangan lupa request muslim food even though korang pilih pakej dari agent yang bukan muslim.  Biasanya, dorang mampu fulfill permintaan anda.. Muslim bukan sesuatu yang asing di Krabi.. alhamdulillah...
  3. Sila pilih makanan yang murah di sekitar depan McD.  Ada gerai kecil-kecil and memang majority orang muslim berniaga disitu.  Sedap pun sedap, murah pun murah.. :)  
  4. Aku tak syorkan korang bawak anak-anak korang merayau tengah malam kat sekitar Aonang malam-malam sebab ramai GRO lelaki cam pempuan....  Menakutkan... errrkkk.. kalo tak bawak anak, nak tgok, ape salahnya.. heheh..
  5. Sila beli simkad thai sebab murah tuk call Malaysia.. O ye, kastam mereka bg simkad free of charge.. korang topup je..
Simkad free, yg pulsanya tidak ya..eh, tetiba

Tu je laaaa.. till then,






Thursday, January 24, 2013

I am away... again!

Assalamualaikum korang..

Ok, pendek kata.. aku akan away... for several daysssss... almost two weeks, I think.. *or its not that long?*.. hehehe.. aku akan melawat 2 negara berbeza dalam 2 weeks.. satu di utara and another one, diselatan... 

Doakan aku ye? maaf la, bnyk entri tertangguh sebab aku terlalu bnyk kerja hakiki yang wajib diselesaikan... Nanti balik, aku update cecepat ea?


Till then,






*this is an auto-publish entry, I am away, for like.. NOW*



Saturday, December 8, 2012

Bekerja di Kota Kinabalu, Sabah

Aku ngah berangan dilaut private Sutera Harbour, Kota Kinabalu

Assalamualaikum korang...

Ape khabar, sihat? Aku sihat, alhamdullillah... Baru balik dari KK.. Penat pun tak hilang lagi.. Rasanya, aku pernah bagitahu dalam entri before this, yang aku akan ke KK. Haaa, da balik pung.  heheh..

Aku pergi berkerja bukan fully cuti ye.. and syukur sgt, rezeki murah.. dapat duduk Sutera Harbour for 3 nites, for free.. heheh.. best sgt resort nih!! Kelas giloooo~  Ada private beach, private boat parking, golf resort, dan lain-lain.. Pun ada cruise.. mmg kaya orang yang mampu ke sini.. kalo aku, plural mampu kot.. hehehe.. Gambar kat atas ni, no editing, except for 'tag'.. diambil masa sunset di tempat boat parking at Sutera Harbour.

Nanti aku story mory lagi kay? Kasi habis entri Kemboja and Krabi, Kuching... baru masuk KK.. Ape yang mampu aku kata, orang KK mmg penyabar kot... ke, aku yang mmg jenis tak sabar.. heheheeh..  Papehal, KK and orangnya terbaik bah!

K la, t aku story lagi ea.. jenuh menaip entri Kemboja ni.. kurus jari aku.. *tetiba* heheh..

Till then,

Sunday, November 4, 2012

Paper Krabi yang failed!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. even dengan tak ada mood nak berjalan, aku tetap ke Krabi.  And, guess what, makin bnyk trip yang kami rancang bersama! Oh no! Tajuk aku Krabi yang failed, bukan bermaksud Krabi tak best, tapi aku wajib repeat paper Krabi.. wajib, wajib! *to my bro and my sis-in-law, korang akan diwajibkan merepeat ngn me next time.. hahaha*.. Nanti dah abih entri Cambodia, Kuching and Tioman, aku akan masukkan paper Krabi ni and akan aku ceritakan kenapakah aku wajib repeat.  Gambar bawah ni kat Maya Beach.  Aku paling suka gambar ni.  *aku nampak kurus*.. 

Merancang masa depan

Ribuan dan jutaan kasih sayang buat teman-teman yang mendoakan aku bersemangat trip yang kali ini.  Cayang korang sgt-sgt.. Aku doakan kalian berjaya disetiap pelusuk apa jua yang kalian lakukan... :)

Till then,


Sunday, September 9, 2012

Magical Dust of Cambodia

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... aku selamat touch down at 7.20pm tadi (waktu Malaysia).. dari negara Kingdom of Cambodia, or aku namakan magical dust of Cambodia.  It is a wonderful country.. Which I highly recommended for those yang memang inginkan kelainan.. Pengalaman aku akan aku coretkan.. maybe after selesai Saigon and Tioman travel last month punya.. *banyak betul kekdahnya*.  Ok, ini gambar aku amik semalam (on 8 Sept 2012) menggunakan kamera cap ayam *bukan dslr, makcik tak mampu.. huuuuwaaa*, untuk sunrise view, based on Angkor Wat scenery.  Sgt magic moment tu. Syukur dapat tengok ciptaanNya..

Sunrise scenery.  Very beautiful and magic moment.

Ok, aku nak menidurkan diri.  Ngantuk and thanks kepada Ermayum, Penunggang bulan putih *maybe beliau gi Gangnam sekarang.. heheeh*, Yan Elias, Zara ABmulan dan kawan-kawan yang lain sebab sudi mendoakan keselamatan aku kat sana.. Thankx and so sweet.. terharu... :)

Tak lupa juga kepada Pakcik Pissal.. kawan baru yang aku temui masa dalam flight.  Beliau sgt peramah and mmg kaki jalan.. Boleh add dia kay~  K la, nak tido ni.. 

Till then,








Monday, September 3, 2012

Frangipani - doakan aku~

Assalamualaikum...

Apa kabar korang? Aku? Aku ngah packing-packing barang.  Tak larat packing, aku rehat *malas kekdahnya* jap. heheheh... 

Not mine (credit: here

Ok, ni pulak checklist aku.  Pening da pale ni nak bawak ape... hmmmm... antaranya:

1. Duit
2. Passport
3. Itinerary
4. Alamat hotel
5. Pen hitam
6. Adapter and charger *belom lagi!!*
7. Ubatan *tak ada weh... ada tiger balm je.. wu3*

Setakat ni, tu je la barang yang aku kene pastikan ada.  Yang lain boleh rembat kat sana.. heheheh..  Doakan aku selamat berangkat dan selamat pulang ye... InsyaAllah, entri yang HCMC dan Tioman aku akan siapkan after pulang.  Semput kekdahnya.  Update notes for classes and bla bla bla.. *aku da mula merepeks..heheheh*

Till then,







Thursday, August 30, 2012

Rover in Tioman - Mukadimah

Assalamualaikum...

Salam Aidilfitri ye kawan-kawan.  Masih ada mood lagi beraya? Mesti bestkan raya kali ni.. baru je cuti sampai Selasa last week, dah cuti lagi esok.  hehheh.. *macam aku sorang je la paling happy*.. Orait, aku letak teaser je dulu sebab kulit dah itam legam *motippppp*... hehehe.. Tak de la, actually, ngah mengumpul maklumat-maklumat untuk ke negara bunga Frangipani next week.. Da la ada jamuan ghayo time Jemahat tu, molopeh nak makan free.. huuuuwwwaaa... *kunun je sedeh*.. hehehe..


Nanti aku hupdate segala cerita pasal Tioman ni okay? InsyaAllah, after cerita Vietnam aku da siapkan, aku akan susulkan entri pasal percutian aku ke Tioman.  ok tak?.. ^_^ *dah, aku nak makan bisekut cicah air kopi sambil baca benang Frangipani...

K, till then,






Thursday, January 26, 2012

first post-yehaaa-

Assalamualaikum semua..

ni merupakan blog ke-dua aku...and my focus, only focus, will be my angan-angan untuk travel. Traveling tu includes backpacking, travel agent (TA) or dengan family..insyaAllah, kalau tak ada aral melintang, aku akan travel secara serius...sebelum ini, aku mmg selalu travel, tetapi diatas sbb tertentu, antaranye:

i) conference
ii) release tension
iii) my mom ajak ;)
iv) melawat kawan-kawan

yang paling selalu aku buat adalah, nomot (ii) and (iii)..dulu zaman student mmg tak ada duit sangat and tak pernah terfikir untuk jadikan traveling sebagai hobi-mobi ini...jadinya, genap umur aku 2* tahun ini, aku ingin mengorak langkah sebagai traveler..bak kata seseorang::

"a traveller adalah orang yang menerokai sekeliling dan mencari kelainan di mana dia berada, jika seseorang suka bercakap dah pergi sini, and pergi situ, maka dia lebih kepada tourist" - aku amik pada someone kat forum..nnt aku da jumpa siapa yg ckp, aku letak sini ya :)

antara tempat yang pernah aku pergi adalah:

  1. brunei-limbang-labuan (conference)
  2. danau toba & medan (zaman kecik-kecik dolu)
  3. pulau perhentian (ni pun zaman tok wau dulu)
  4. melaka (release tension and melawat kawan aku)
  5. port dickson, n9 (kampung aku ngn pd, 30mins je)
  6. pulau jerejak, penang + penang tour (ni release tension, aku dibawa jln2 oleh native penang..seronok sgt)
  7. cameron highlands (ni tempat persinggahan family if pergi utara)
  8. genting highlands (time degree dulu, ngn teman sekuliah)
  9. kelantan (ni tempat tinggal aku dulu, so, selalu sgt ke sini time cuti or my mom nak beli belah)
  10. kuala terengganu (ni pun reason as (9))

dan lain-lain lagi...tapi most of my travels are using cars...which aku rasa aku macam tak bnyk kenangan semua...jadinya dengan kamera nikon hayem aku ni..aku ingin mengembara...doakan aku berjaya.peace.out