Enough me! Its you now!

Showing posts with label tempat tinggal di Perth. Show all posts
Showing posts with label tempat tinggal di Perth. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Perth, Wait Awhile (WA) - Day 3

Assalamualaikum...


Sudah setahun kes MH17 dan negara kita dilanda macam-macam musibah.  Mohon semua tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan negara kita.  Amin!


Al-Fatihah.  Allah tak akan menguji umatNya lebih dari apa yang mampu ditanggung.  Sabar!

Before aku nak bercuti raya ni, aku nak try buat sedikit entri untuk Perth.  Mohon sabar and if korang perlukan apa-apa maklumat, jgn segan-segan untuk mail-e aku ok.  Jom, Perth!

Entri untuk Perth, klik sini.
Entri untuk Perth, day 1 (24 Ogos 2013), klik sini.
Entri untuk Perth, day 2 (25 Ogos 2013), klik sini

Hari ke-tiga ni, kami keluar rumah Haji dalam jam 9 pagi.  Pagi-pagi kami breakfast and then, Haji Yon beri kunci kereta.  Drivers semua pergi test drive kereta manakala aku duk tepi, seat back and relax.  Kami hari ini akan ke Caversham Wildlife Park dan terus head north, ke Cervantes, untuk rehat.  Macam biasa, kami memang tak rushing untuk ke sana ke mari since trip kali ini, santai mode. Hehe.

First stop, Caversham Wildlife Park.  Pendapat 2sen aku, menarik!  Sebab most haiwan-haiwan ni kita tak jumpa di Malaysia.  Especially, yang comel-comel.  Disini, selain pertunjukan binatang-binatang yang sangat menarik, anda juga boleh melawat ke Transportation Museum dan Fish Ladder.  Menarik, serius!  Even dia penuh fakta, tapi berbaloi untuk mempelajari seusatu yang baharu.  Jom layan...

Sekarang sudah naik AUD4.. Total, AUD28/person. (Maaf gambar lama.. hehe)


Wonda!

Mampu tak menahan diri dari lihat kecomelan buttercup ni?  hehe...



Cutie pie

Our cute tour guide.  Tour guide ni diberi percuma je. 



Transportation museum


Da puas tawaf hampir 5 jam disini, kami shoot ke Danish Pastries.  Which lebih kurang 20-30 minit dari Caversham.  Memandangkan kedai pastries halal ni tutup jam 3.30 pagi, maka kami mengambil keputusan untuk borong mana-mana yang patut dan makan je dalam kereta.  Buat alas perut.


Halal tau.  Dan sedap.


Kami kemudiannya berhenti di bahu jalan untuk solat asar dan zohor.  Kemudian terus ke utara Perth.  Kami menetap di Pinnacle Motel untuk semalam.  Aku bukan nak puji melambung, tapi dengan harga yang kami bayar untuk sebuah family unit with kitchen, sangat mengagumkan dan ada class!  Bersih dan besar! Ada hot shower dan lengkap dengan kitchenette (kelengkapan dapur).  So, boleh la guna!  Ada microwave juga peti ais.  Kami ambil 2 bilik, 1 for girls (4 beds), 1 for boys (queen bed).

Da mandi dan bersihkan diri, kami makan.  First time aku masak guna microwave dan ianya menjadi! Kagum jap dengan diri sendiri.  Hehe.  So, da sudah makan, aktiviti melelapkan mata mengambil tempat.  Walaubagaimanapun....  Aku mengalami satu perkara yang amat aneh dan menakutkan.  Well, tak adalah menakutkan sangat, more kepada funny.  Hehe..

Kami tidur memang tutup lampu, so, bilik aku dan kak Aimi agak gelap dengan hanya bertemankan lampu dari luar (pintu sedikit terbuka).  Kak Ima dan Ja masih lagi diluar, belum tidur tapi senyap je.  Mengemas-ngemas kot.  So, aku baring atas katil.  Masa aku baring-baring tu, ada bunyi air menitik atas syiling, dari hujung sudut bilik terus ke atas muka.  Airnya tak ada, tapi menitik di atas syiling.  Dari perlahan ke kuat!  Meremang bulu roma aku!  Aku panggil nama kak Aimi.  Senyap.  Aku toleh ke arah katil dia, senyap dan gelap.  Memang tak nampak apa!  

Aku baca al-fatihah dan surah-surah yang aku tau.  Sambil hati kecil berdoa agar Allah lindungi aku disini.  Kebetulan, masa tu, siang-siang tu aku ada tengok FB kawan aku yang dok bg gambar hantu "gula-gula".  Time-time macam ni, benda tu terbayang-bayang kat mata ni, dan tiba-tiba aku fikir...  MANA ADA HANTU "GULA-GULA" KAT PERTH NI, DRACULA ADA LA!!! Tak jadi takut, terus aku gelak perlahan.  Haha.. 

Tak lama lepas tu, bunyi pintu bilik air kat luar terbuka, laaaa.. kak Ima baru keluar bilik air rupanya.  Patutla Ja senyap je dari tadi.  Sistem paip air dorang problem kot!

Haaa.. kelakar kan? Memang aku serius rasa lawak.  Memang orang melayu, hantunya begini, orang barat, hantunya begitu.  Sudah mana satu nak fikir jika kita kat bumi orang asing.  Lawak.  Sudahnya, jadi bahan cerita aku tiap kali orang tanya "Perth ada apa ye?".. hehehe..

Sudah habis cerita day 3.  Memang cerita aku pendek-pendek je since memang santai mode la katakan.  Kalau amazing race, agak-agak aku boleh semput!  Lagipun, dekat WA ni banyak speed trap, so hati-hatilah driving tu ye kawan-kawan.  Haji Yon memang berpesan banyak kali sebab dia kata saman trafik sangat mahal disini.

p/s: bagi kawan-kawan yang tidak mahu menyewa transport ke Caversham wildlife park, mungkin boleh mendapatkan public transport.  Mungkin masa lawatan agak singkat.  Boleh tengok official website Caversham disini.

Ok, till then.





Thursday, May 15, 2014

Perth, Wait Awhile (WA) - Day 1


Assalamualaikum…

Entri untuk Perth, klik sini.

Supir/ driver yang bawa aku jalan-jalan sewaktu di Padang-Bukittinggi dahulu sudah punya syarikat sendiri.  Boleh contact/whatsapp +6285355505655 (Riki) untuk booked perkhidmatan beliau.  Dia sangat okay orangnya dan korang boleh request untuk ke mana-mana tempat yang korang nak pergi.  Nak makan tempat sedap dan murah pun dia tahu.  Aku ada review pasal Riki kat entri Padang/Bukittinggi.  Highly recommended.
***

Waktu yang ditunggu-tunggu dah tiba.  Perth.  Negara orang berkulit putih ini menjanjikan suatu kelainan.  Betul dan tepat sekali.  Mungkin sebab aku pergi dengan sahabat-sahabat yang sekepala, aku tak berapa nak "hangat" sangat sepanjang perjalanan disini.  I do have A LOT of fun.

Persediaan sebelum pergi seperti biasa, VISA.  Penting ye.  Tak ada visa, no entrance in Perth.  Aku dapatkan visa kat Intan.  Contact ni aku dapat sari Janggel.  Before aku bercerita lebih lanjut, biar aku kenalkan rombongan kak Ton.  Kenalkan~


Kak ton-kak ton... tapi tak ada aku

Flight AAx kami selewat jam 11.45 malam.  Dijangka tiba jam 5 pagi waktu Aussie, which time different: 0 hour.  Longitud Malaysia sama dengan Perth.  Aku dalam flight memang tidur je, tak ingat apa dah.  Before landing, pramugari tu bagi kad putih untuk diisi, which ada declaration on foods yang kita bawa.  Aku isi and declare semua.  Product tenusu pun diorang tanya.  Raw meat and type of foods yang kita bawa.  Sampai di airport, semua muka baru bangun tidur.  Immigration yang selalu orang complaint sebab ketat.  Kena declare every food yang kita bawa.  If raw food (makanan mentah), masalah sedikit.  But if cooked food (makanan masak, including makanan dalam tin, kotak, mi segera) tak ada masalah.  Aku syukur sangat sebab kami berenam sangat mudah masa immigration tu.  Dia tanya soalan ringkas dan kami gelak-gelak.  Dah settle!  Tak sampai 5 minit.  Alhamdulillah.


Usai solat di ruangan solat di airport (ada tempat solat disini), aku minta kak Aimi call Haji Yon.  Contact number Haji boleh klik sini.  Haji dah sampai rupanya.  Haji membawa kami ke homestay yang kami akan stay.  Homestay ini sebenarnya part of rumah Haji.  Dia modify bilik belakang jadi homestay and he and his wife stay kat bahagian depan homestay.  Hometay ini ada 3 bilik, boleh accommodate dalam 8-10 orang at one time.  Boleh masak dan basuh baju.  Everything ada disini.  Macam kat rumah sendiri.  Mak Ila pula wife kepada Haji.  Sangat comel and peramah.

Lepas check in, kami segarkan badan, breakfast, bekal roti dan terus keluar.  Untuk hari pertama dan kedua ni, kami tak ambil kereta since nak try public transport kat Perth ni.  Tempat yang kami lawat untuk first day ini adalah Perth City Center sahaja.  Nak round city Perth dengan lebih dekat lagi.   Lawatan ke masjid Perth juga diselitkan pada hari pertama ini.

Rumah Haji Yon yang very lovely.

From Hj Yon house, kami ambil bas ke Mirrabooka station. Masa ni terlalu seronok sampai terlupa tentang pondok bas punya number.  Untuk tiket, kami beli tiket untuk 2 orang, AUD 11.60 untuk any Transperth ride.  Means, korang share ticket as family dan tiket ini boleh digunakan untuk seluruh buses in Transperth.  Train kena beli tiket asing.  Ada juga bas kuning, biru dan merah untuk free ride.  Since pamphlet untuk CAT (bus free ni) dah habis, aku n the geng main redah sahaja.  But make sure korang dah baca destination bas ini.






Pagi ni, kami jalan-jalan sekitar Hay Street and Murray Street dahulu.  Beli sedikit souvenir dan tengok-tengok apa yang ada.  Jalan punya jalan, tengok-tengok, dah penat semua, then kami decide untuk zohor di Perth Mosque. Kelakarnya aku tak bawak peta pedastrian, aku bawak peta vehicle. Kami jalan ikut maps tersebut sampai lenguh-lenguh kaki. Perut lapa and hati berharap ada kedai makan disekitar mosque. 

Perth Museum

Masa jalan-jalan, kami terjumpa Perth Museum. Bergambar jap walaupun tak masuk.  Sambung jalan lagi. Peluh memang tidaklah since Ogos adalah musim sejuk bagi Perth tetapi angin tak ada sangat.  So, tak adalah terlalu sejuk.  Cuma dingin dan sedap untuk joging *eh*. Hahah, masa ni ada sedikit peluh tapi tak berapa nak keluar. Jalan-jalan, and kami dah start tanya pedastrian yang lalu-lalu. Then jumpa a couple, kami tanya tentang lokasi kami.

We: "Do you know where this is?" (point out kat peta and address of the mosque)
They: "I believe we do not know that, but you guys on the right track. This is William St" (tunjuk kat peta kami)
We: "Oh really? It suppose to be over there?"
They: " Yeah. Walk as far as you can, you not gonna missed it."

Krik..krik.. kelaka!! After the couple walk away, kami gelak sakan. Dia pun tak pasti but then, dia dah membantu dengan sebaik mungkin. Tiba disimpang, kami lihat ada kedai kebab halal and kami yakin mesti masjid area-area situ sahaja. Kami ambil kiri then, jalan lebih kurang 5 stores, nampak masjid sebelah kanan. Kalau tak cari betul-betul, mesti tak nampak sebab ianya berpagar batu tinggi.


Masjid ni masih lagi proses baik pulih


Putar tombol pintu pagar depan, alamak, kunci. Then, kami cuba pusing ke belakang untuk cari pintu lain. Kak aimi try pusing, alamak tutup lagi. Sudah, nak solat kat tepi masjid inikah? Kalau ye, mana nak ambil wuduknya? Tiba-tiba, kuasa Allah kan, ada orang dari dalam buka pintu sebab dia nak keluar. Rupa-rupanya, pintu tu tarik keluar and agak sedikit ketat *penerangan inoocent kak Aimi. hehe*.. Akhirnya tercapai juga hajat kami untuk solat di Perth Mosque ni. Ruang solatnya yang dibuka cuma kecil dan masjid dalam proses membaikpulih. Walaupun kecil, ada orang solat dan budak-budak datang solat kat sini. Kelebihan dalam pembinaan masjid boleh rujuk sini.  Maybe boleh rujuk pada saudara kita disana untuk menyumbang kepada membaikpulih masjid.

Balasan bagi orang yang membangunkan masjid.
Balasannya ialah Allah akan membinakan sebuah rumah seumpamanya di syurga. Kata Imam An-Nawawi, maksud rumah seumpamanya itu ialah; 1) rumah besar(istana) yang tidak pernah di lihat mata dan tidak pernah di dengar telinga dan tidak pernah terlintas dalam hati seseorang. 2) rumah yang mempunyai kelebihan daripada rumah-rumah dalam syurga seperti kelebihan masjid berbanding dengan rumah-rumah dalam dunia.

After solat, kami singgah makan kebab. Walaupun harganya memang boleh tahan mahal (AUD 12 ~ RM 36), tapi amount kebab ini boleh makan 2 orang. Mungkin anda tidak percaya, tetapi bayangkan roti john yang sederhana panjang penuh inti dan kulitnya nipis, laratkah nak makan sorang. After kami makan, kami jalan pulang ke Hay Street, kali ini nak ke Harbour Town. Untuk pulang ke Hay Street, jalan yang kami lalu lebih singkat bahkan hanya 10-15 minit sahaja untuk ke sini. Dekat!  Sreet ini seumpama Vietnamese street sebab kedai-kedai dan restoran - restoran mostly run by Vietnamese community.



Kalkulas adalah bidang kami! (not for fifi and ja)

Jalan yang kami ambil tu, straight keluar ke Jambatan yang berhampiran Wellington Bus Station.  Kami tunggu Yellow Cat yang akan bawa kami ke Harbour Town (Stop 17). Apa itu Harbour town? Rujuk kakiberangan.  Haha, ini tempat shopping dear.  Masa kami sampai Harbour Town tu, hari sedikit gelap sebab masa tu dah hampir 5pm. Perth city if weekend memang sangat awal tutup kedainya, seawal jam 6 petang. Kami cuci mata sahaja. Ada kedai kebab halal di dalam Harbor Town ni, jangan risau kalau tiada tenang untuk shopping. Juga ada Boost Juice yang sedap untuk hilang dahaga ye kawan-kawan.



Memandangkan masa kami tiba tu kedai mostly dah tutup, kami keluar and duduk sambil tunggu Yellow Cats untuk bawa kami pulang ke Wellington Bus Station. Then, after tiba di Wellington Bus Station, kami ambil bas ke Mirrabooka and seterusnya ambil bas ke Marangaroo. Untuk pulang ke Marangaroo kami ambil bas nombor 370. Stop number? Masa ini kami tak ingat stop number pun. Dok la carik park yang dok posing-posing time siang tadi. Malangnya gelap gelita. So, Fifi ke depan and bertanya pada driver bus tersebut. Rupa-rupanya kami tak masuk ke Marangaroo lagi, kata sorang lady ni. After dah masuk simpang Marangaroo, lady tadi beritahu ini area Marangaroo.  Yang penting driver ni very helpful. Beliau bawa slow and help us to our bus stop destination.  Kami terturun di bus stop yang awal sikit dari yang sepatutnya.  Jalan dalam 2 - 3 minit, jumpa the right bus stop, catit number, then head to homestay.

Sampai je rumah Hj Yon, Ja terus siap-siap untuk masak and the rest bersihkan diri. Sempat juga berjumpa wifey Hj Yon, Mak Ila. Mak Ila baik sangat! Peramah! and paling penting, macam ibu-ibu dan buat aku rindu mak aku! After makan, kami rest and tidor.  Thanks Ja for dinner!

Tips for public transporting in Perth:

1) List all tempat yang korang nak pergi dengan melihat Transperth. Make sure korang dah ada semua information tentang bus station yang korang nak naik tu. If korang nak menapak macam kami *serius penat*, boleh je. Kami kat Perth bulan 8, which bulan winter.  So, sejuk jugalah berjalan-jalan tu.

2) CAT adalah free. In fact, ada 3 jenis CAT di Perth City. Yellow, Blue and Red. Anda boleh naik CAT ini di station khas (yang ada tulis CAT stop number bla..bla). So, do not worries about CAT and importantly, CAT sgt menepati masa yang dorang catatkan. For e.g "next bus will be arriving in 10 minutes". So, tunggu je la 10 minit.

3) Kalau anda merupakan family 4 orang (2 adults, 2 concessions), anda boleh ambil one day pass yang bernilai AUD 11.60 for all four of you. Menariknya tiket ini boleh digunakan untuk naik semua bas dan train yang under Transperth. Just show your ticket and off you go. If anda berenam macam kami, ambil one day ticket for 2 person (tak ada concessions), still harga ticket menjadi AUD 5.80 per person. Accessible for all Transperth. Nak kata berbaloi, aku tak pasti. Tetapi, if korang malas nak drive or nak merasa public transport di Perth ni, berbaloilah.

4) Pack your lunches. Make sure korang bawa air or any foods untuk cut cost. Aku memang dah include dalam itinerary aku untuk sepanjang Perth city et al, memang makan sahaja kebab dan lain-lain. Sebabnya if kita explore outside Perth (north or south WA), memang susah nak jumpa makanan halal. So, kami simpan makanan kami yang ada tu untuk 3 days trip yang outside Perth. Korang boleh bajet untuk sekali makan diluar untuk cover lunches dalam RM 50/ person. Memang pricey but if boleh share for two, then it will cost you guys about RM 25 ~ AUD 8++.

5) Solat. If korang tanya, macam mana korang solat kat Perth tu? Tak takut ke? Ke korang tak solat? Huishh.. Perth Mosque kan just few steps away. Boleh sangat nak singgah. In fact, masa kat Fremantle (next entry), kami solat kat lorong-lorong. Janji bersih. Sila bawa sejadah *aku terlupa.. hehehe.. thnx kak Ima, kak Aimi and Faris yang bagi saya pinjam* untuk solat and alas kaki bila nak sujud. Wuduk? Ambil kat toilet.  Sinki for all but air tuk kaki, tadah air dalam botol then basuh kaki kat toilet (aku buat ni kat Jepun).  Masa kami kat luar Perth juga kami solat di tepi jalan je.  People looks, but then they just walk away and Alhamdulillah, Allah Maha Membantu. Dia lindungi kami masa kami solat. Tipu kalau kata tak awkward, but then it just fine and syukur dah solat!

Erk, tak ada tips dah. Aku tak berapa nak ingat daaa. Hehehe. So, if you have any comments or questions. Sila tanya je, jangan memalu.

Till then,

Monday, September 2, 2013

Perth, Wait Awhile (WA)

Assalamualaikum..

Sementelah 8 hari berada di Perth, WA, aku kembali bersiaran. Balik muka burn. Rombongan kak Ton kali ni semua burned. Cuaca sejuk, tapi angin laut itu boleh menyebabkan kita hitam. Tanpa kita sedar. Aku rasa ini fakta, tapi tak pasti tentang kesahihan benda ni. hehe.

Rombongan kak Ton kali ni disertai oleh 6 orang. Nasib baik kak Ton-kak Ton sekalian sangat peramah dan membuatkan kak Ton yang sorang ini terhibur. Among the best trips I've had before. Terima kasih kepada John, Dan Arif, Janggel, JM dan lain-lain yang banyak memberikan info tentang Perth. Wait Awaile merupakan word given by australian itself, Western Australia = Wait Awhile. Seriously kelaka but maksudnya dalam. But still, funny! hehe..

York, WA

Cerita menyusul kemudian ye. Lepas ni dah tak ada travelling oversea till next year. InshaAllah. Bolehlah pelan-pelan kayuh entri tertunggak. 

Accommodations:

Perth City (with cars)
Haji Yon (if nak email address and phone number, please email)

Cervantes (north Perth)
Pinnacle Desert Motel (family room with kitchen)

Augusta (south Perth)
Clovelly Holiday Unit (family unit with kitchen)

York (east Perth)
The Hillside Country Retreat (cottage - historical place of Aussie)

Hope link yang aku sediakan boleh membantu anda semua merancang tempat tinggal.  Semua tempat yang aku duduk ni, memang aku highly recommended. First time merasa duduk cottage dengan AUD60/person. Memang tragic dan horror kisah kami kat York. Nantikan ye.

Till then,