Enough me! Its you now!

Saturday, March 1, 2014

Hait! Arigatou! Japan oh Jepun!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap semua sihat, inshaAllah... Maaf sebab dah lama tak bukak entri.  Aku baru pindah tempat kerja awal bulan 2 hari tu.  Letih pindah tak abis lagi, aku sambung bercuti ke antara negara tersibuk di dunia.  Jepun... satu negara yang tak perlu aku kenalkan lagi.  Negara yang mengagungkan bahasa ibunda mereka dan aku yakin, kat rumah korang mesti ada satu barang (sekurang-kurangnya) yang berjenama Jepun.

Percutian kali ni, rombongan cik jah 2 orang sahaja. Kental di tengah-tengah Jepun, kekdahnya.  Sepatutnya 4 orang, tapi drama ala-ala hindustan telah berlaku, dan akhirnya, 2 kecundang, 2 mara.  Hehehe.  Even though 2 orang, trip kali ni memberi aku hint bahawa "sejauh mana kita buat research akan sesuatu tempat, kita masih akan sesat dan masih akan confuse sebab research dan practical adalah 2 perkara berbeza".  Juga, trip ini juga, memberi petunjuk kepada aku bahawa aku masih lagi belum bersedia untuk travel solo.  Terima kasih berjuta-juta lemon kepada kak Aimi kerana bersabar dengan kerenah dan kesesatan jalan yang saya lakukan sepanjang disana.  Semoga trip kali ini merapatkan ukhwah kita lagi.  Maafkan saya (nada conan.. kekekek.. juga, Assalamualaikum)..

Rabu lepas, aku berjumpa Nobita, Doraemon dan rakan-rakan.  Sedangkan berberapa hari sebelum itu, aku bermain salji di hujung Jepun, juga masa hari pertama, aku ketemu Glico "Running man" di tempat pertama aku mendarat.  Aku pergi 3 negeri di Jepun kali ni, Osaka, Sapporo dan Tokyo. 3 negeri yang mempunyai keunikannya tersendri tetapi share satu benda yang sama, sibuk.

Entri akan menyusul dan sila jangan segan-segan kucen untuk bertanya itinerary aku, dan macam mana aku survive kali ini.  10 hari yang membawa makna Jepun, tak mudah untuk aku ceritakan.  Ia tersimpan rapi dalam kotak memori ini.  I am gonna missed Japan, like other countries.  And maybe, coming back for another deep trip.. inshaAllah.

Cik Jah and kawan, kami berdua sahaja kali ni

Till then,

10 comments:

  1. Helloo...
    Mohon cepat hilang penat berpindah tu. Sbb x sabar nak baca entri sapporo.

    ReplyDelete
  2. Betul tu apa yang awak katakan "sejauh mana kita buat research akan sesuatu tempat, kita masih akan sesat dan masih akan confuse sebab research dan practical adalah 2 perkara berbeza". Tahun lepas saya pergi Jepun dengan mommy saya pun boleh saya tersesat walaupun saya pergi kali ke-2. Saya yang buat research dari a-z dan juga yang menunjuk jalan, akhirnya sesat juga. Tapi itu manusia kan. Mana satu tidak pernah buat kesilapan? Yang penting, we learn from our mistakes =)

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tunggu entry pasal sopporo..
    sbenarnya zette, sedangkan dalam Malaysia pun kita boleh sesat inikan pula di negara orang. Yang penting jauh perjalanan luas perjalanan.. =)

    ReplyDelete
  4. main snow di Sopporo..tak sabar nak tunggu entri ke Jepun..

    ReplyDelete
  5. how was sapporo this year.? rindu nye been there last year! :-)

    ReplyDelete
  6. i've to tokyo last year. best.. anyhow, cepat update tau. nak baca..

    ReplyDelete
  7. Wah bestnya gi Sapporo. Cant wait for ur entries. Another rujukan, itu pasti!

    ReplyDelete
  8. Well Jepun senang sesat sebab ketidak ramaian orang jepun mampu berkata dalam english..
    Tulisan pulak aduhai semua dalam jepun huhuu... tapi memang sebuah negara yang cantik.. sesat pun seronok kan :D hahahaaa..

    ReplyDelete
  9. Alaaaaa baru intro ke x sbr nk baca sbg rujukan ke sana nanti. Sesat tu perkara biasa dan jm pun pernah alami then klau dpt partner yg sporting oklah kan dan juga time travel je kita akan tau the truth of our friend, lekas update plzzzz

    ReplyDelete
  10. kelakar pulak padam muka gitu hihiks.. beshnya ke jepun..

    ReplyDelete