Enough me! Its you now!

Showing posts with label Cambodia. Show all posts
Showing posts with label Cambodia. Show all posts

Sunday, February 17, 2013

Magical Dust of Cambodia (Day 5)

Assalamualaikum korang..

Entri untuk Kemboja trip (Day 4 - part 2 ~ 08092012), klik sini.

Entri untuk Kemboja trip (Day 4 - part 1 ~ 08092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 3 - 07092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 2 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 1 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 1  ~ 05092012), klik sini.
Entri untuk Kembja trip, klik sini.

Last day of Cambodia.. akhirnya.. For this last day, kami bergerak dari Siem Reap menaiki minivan.. Perjalan yang seawal 6pagi.. Tak sempat nak breakfast pun.. Owner hotel ni bagi bekal roti kepada kami tuk dimakan dalam minivan ni.. No wonder hotel ini bnyk dapat pujian dalam TripAdvisor.. =)

Our bags.. bnyk kan? Pepagi la driver ni beli bunga tuk digantung kat depan ni.. bunga apa ye?

Pit stop, still sama, kedai makan yang tak boleh nak makan.. Kak Fizah sempat la rembat handphone satu buah.. heheh.. Aku tido dengan nyenyak je dalam minivan ni..  Sebelum tido, aku sempat la snap sedas dua..

See, berdebu tak? O ye, kayu kayan tu diangkut dalam van.. Ayam pun dibawa begitu shj

Korang nampak tak gear dia sampai eman.. Kak fiza senyum sampai telinga bila dapat phone baru.. hehe

Kami tiba di Phnom Penh dalam pukul 11 pagi, sedangkan flight kul 4 petang.. First thing, turun kat Asia Hotel untuk letakkan barang and then, amik perkhidmatan transport dengan mereka.. Lagipun, aku tertinggal handphone kat hotel ni.. Jadinya, mmg kene patah sini, whatever pun jadi.. Dah amik handphone, kami makan kat KFC sebelah hotel ni.. Kali ni, aku snap gambar ye..

Air dia sedap.. Pendek kata, semua sedap jerrr..

KFC scenery.. Kenal tak sapa yang ditemubual tu? Tu yang sign duit Malaysia kita tau.. femes tul, tv Singapore temubual dia time ni..

Da kenyang, kami ke Central Market, untuk menyopping for the last time.. Beli batu-batuan, fridge magnet.. dan lain-lain.. Akhirnya, kami ke epot sementelah puas shopping mata.. hehehe...

Beli kat kedai ni, semua barang dia, inshaAllah murah ;)


Solat dulu.. kat airport ada musolla.. solat jap before naik flight

Bersiap sedia untuk pulang... bye Kemboja!

Ok, habis dah entri Cambodia, thnks kat semua yang sudi membaca, mengomen, dan mendoakan keselamatan aku.. tak kira aku kat mana.. Now, rehat till bulan hujung bulan 4.. akan keep on updating ye..


Till then,

Magical Dust of Cambodia (Day 4 ~ Part 2)


Assalamualaikum korang..

Entri untuk Kemboja trip (Day 4 - part 1 ~ 08092012), klik sini.

Entri untuk Kemboja trip (Day 3 - 07092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 2 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 1 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 1  ~ 05092012), klik sini.
Entri untuk Kembja trip, klik sini.

Ok, lets continue on Cambodia, magical dust country.  For this day 4, part 2, kita sambung dari after melawat Angkot wat kay?  Do you guys still remember, I asked about the building structure... nape ley tegak berdiri.. time kat sana, aku tnye gak akak-akak ni.. katanya, dibawah tanah tersebut, MUNGKIN.. MUNGKIN.. terdapatnya kubur manusia.. sebab tu ianya tegak sampai ke hari ni.. aku cakap MUNGKIN! errr.. fikir-fikir.. sereeeemmmmm... 

Sesudah melawat angkor wat, abang Nasir membawa kami ke Bayon.. dia dropkan kami dapan pintu gerbang and pe lagi, camwhore time.. hehehehe.. ada gajah, tapi aku tak naik... sebab, tak nak bayar.. heheheh.. 

Gajah ini gagah

Percubaan pertama.. ko nampak tak berapa ramai punya kenderaan?

Baru nak ambil gambar gerbang sepenuhnya, banyak pulak kereta time ni.  So, aku tangkap je la gambar kepala segala worrior kat tepi pintu gerbang ni.  Banyak kepala yang telah musnah and UNESCO telah memberi funding untuk menambah segala kepala yang telah pecah tu.. *bunyi macam pelik*.. Papepun, layan gambar...

Gambar kepala-kepala di jambatan

Percubaan seterusnya juga tidak menjadi.. ramai sangat orang

Kepala kat belakang tu cam bengang sebab aku duk depan dia.. kekeke


Senyuman menawan dari kami.. erkk..

Dapat pun posing depan pintu gerbang ini

Da penat posing-posing and ambil gambar, kami dibawa oleh abang nasir ke dalam.  Ke tempat angkor yang lagi besar and paling penting.. tempat Lara Croft: Tomb Raider.. Kami singgah dulu ke angkor pertama, sekejap sahaja.. untuk ambil gambar sahaja...

However, masa tengah sakan amik gambar.. kamera aku kehabisan bateri.. ini bukan kali pertama perkara sebegini terjadi.. tapi aku pasrah.. redha... so, aku memasukkan diri aku dalam kamera orang... kamera kak farah.. heheheeh.. da puas bergambar, kami terus ke tempat - tempat menarik disekeliling angkor wat ni.. besar kot kawasan ni.. so, macam biasa, no camera, no picture.. gambar kat bawah ni je yang ada..

Rupa paras angkor

Zoom ini siketttt..

Dok posing depan angkor ni haaa.. panas kot time ni

Posing lagi..

Kami bertiga pusing dalam angkor ni lama juga sampai abang nasir kena pusing.  Penat naik turun angkor ini, kami bertiga balik ke van semula.  Next stop, Lara Croft shooting place.  Gambar pun tak ada, tapi yang mampu aku katakan.. harus mempunyai kekuatan mental dan fizikal tuk sampai ke tempat ini.  Sebabnya, sangat jauh untuk berjalan kaki.  Dah la aku bangun awal then tak breakfast, berjalan kaki.. Memang lesu gila kot..

Macam biasa, kami posing-posing dengan kamera kak farah.. *no pictures, sorry*.. Sambil - sambil ambil gambar ni, ada juga tour guide yang bg salam... muslim aku rasa.. memula cam pelik dan rasa reragu nak jawab or tidak, tapi akhirnya kami buat kesimpulan, beliau muslim... =)

Da penat bergambar dengan pelbagai posing, maka, kami keluar dari tempat itu... abang nasir da siap tunggu da... kat pintu keluar tu, ramai kanak-kanak menunggu untuk kami beli barangan dorang.. malangnya dik, akak ni bajet ciput.. mmg ciput je.. tak masuk dalam listt... sorrryyy sgt-sgt.. *sob3*.. Masuk kereta, perut bebunyi... terus tido.. heheheheh.. memang tak ingat ape dahhh time tuuu.. heheheh..

Kami dibawa abe Nasir tuk makan di kedai makan melayu.. The cooker is Indonesian, but the place is owned by Malaysian... ada hotel lagi kat atas tu.. so, pepagi buta, dapatla sarapan halal.. rasa? boleh la sedap... =) Jangan tnye aku ape nama kedai tu.. kan udah dibilang, kameranya sudah kehabisan bateri.. 

Da makan, sampai hotel, terus tido.. Kami janji dengan abang Nasir tuk amik kami dalam kul 4 gitu untuk melihat matahari terbenam kat kawasan Angkor tu juga.. Kat Bakheng Hill.. so, balik hotel, rehat-rehat.. aku and kak Fizah mengambil keputusan untuk ke Old Market.. Nak tengok apa yang ada.. Time tu aku da charge kamera ok.. heheheh..

Beras murah tau kat sana

Haus, kemboja ni mmg super duper kering and panas, sila minum air kelapa tuk basahkan tekak.. =)

Old market ada jual macam-macam.  Especially, barang keperluan rumah.  Dari gardening tools till jewelleries..  Banyak tau..

Dalam pukul 5, abe Nasir amik aku and kak fiza di old market, then, shoot to BakHeng Hill... This hill is actually for susnset view.. yang paling best, hanya 300 orang shj yang boleh naik diatas pada satu-satu masa.  Korang kena naik bukit, tak jauh pun, tapi mendaki, mmg semput.  hehe.  Kena naik tangga yang banyak.  Banyak macam tangga angkor wat tu~

Mmg time aku naik tu, masih ada ratus lagi boleh naik, but time kak fiza naik (dia kat belakang), dia orang paling last... Kat atas ni, aku jumpa berberapa orang from other countries.. Borak-borak cam biasa tuk tukar pengalaman and all..

Ambil gambar macam biasalaaaa.. Sunset macam tak berapa nak menjadi sebab awan bnyk.. Aku guna mode sunset supaya gambar aku cantik.. cehhhh.. nak wat camne, amaturrrr..

Ko nampak tak betapa ramainya manusia yang menanti sunset kat Bakheng Hill ni?

Depan aku berdiri, ada mamat jepun yang SGT KACAK duduk borak-borak.. hehe.. 2 orang.. sorang agak dark, and sorang putih jepun... But then, bile dorang bangun tuk amik gambar sunset.. aku cam bising-bising dalam bahas ibunda.. Bila mamat tu toleh, aku selamba rocknya:

Aku: you are tall (and handsome - dalam hati), can you seat, I barely see the sunset view..
Mamat tu (putih): Oooo.. you can stand in front of us.. (sambil beri laluan)

Aku terus ke depan and then, say thanks.. tak tengok lelama, kang jatuh chenta lebih dalam!

Aku: Where are you from?
Mereka: Japan, and you?
Aku: Malaysia.. been there?
Mamat jepun (dark): Yes.. *terus angkat baju dia.. aku cam... eh, pehal plak mamat ni nak bukak baju*

Then, he showed his passport, which have Malaysia stamp.. 2008.. lama da tu..

Mamat jepun (dark): I will be heading to Kuala Lumpur next week..
Aku: O ya? Kuala Lumpur is so nice.. I live in Selangor, next to Kuala Lumpur.. *senyum*.. how long have you been here, in Cambodia?
Mamat jepun (dark): Two months in several countries? *dia cam mengira*..
Mamat jepun (putih): I just arrived here, last week..
Aku: Wow, incredible journey, isn't it?...! *thumbs up*

See, dorang duk depan kami.. Gambar atas tu, aku ngah amik gambar, tetiba dia bangun.. @%$$#^

Aku pun senuym, dorang senyum.. and then, aku terus toleh.. lelama pandang boleh migrate aku ke Jepun wehhhhh!! Kami amik la gambar dengan sakannya..

Cubaan pertama - gagal

Tambah gelap sikit, pun gagal

Dark sikit lagi, cam dah ok

Pun tak lawa - fed up! Balik jom!

Da fed up amik gambar sunset yang asik tak jadi, kami (aku, tika and fiqah) terus turun tuk pulang.  Aku and fiqah snap gambar dulu..

Sempat lagi.. hehe

Tika yang dah turun snap gambar aku.. Hasilnya:

Kami bersama dalam gambar.. literally..

Nak repeat Cambodia lagi, boleh? Tuk jumpa orang kepun kachak cam dorang.. hehehe.. ;p  Time turun Bakheng Hill tu, aku snap satu gambar sunset, which sgt cantik!

Bagi aku cantik.. Beauty is subjective =)

O ye.. tau tak, orang jepun boleh bezakan Malaysian women dengan Indonesian dari segi pemakaian scarf.  Aku ada jumpa sorang Japanese time beli penkek.  Kata beliau, "yes, I can recognize you are Malaysian from your scarf, the way you wearing it..".. Alhamdulillah, ada juga orang tahu bezakan..

Aktiviti malam kami, macam biasa, mencari souvenier untuk di bawa pulang.  Shopping kat Night Market la.. Then, balik untuk packing-packing baju sebab esok nak Phnom Penh tuk pulang ke tanah air tercinta.. Which means, nanti aku sambung untuk entri Cambodia, day 5 pula ye...?

K la, till then..






*computer kat rumah problemo sebab tak ley log in gmail, sebab tu lama tak update blog*


Saturday, January 12, 2013

Magical Dust of Cambodia (Day 4 ~ Part 1)

Assalamualaikum korang..

Entri untuk Kemboja trip (Day 3 - 07092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 2 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 1 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 1  ~ 05092012), klik sini.
Entri untuk Kembja trip, klik sini.

Meh la sambung entri Kemboja yang berhabuk dan bersawang ini... hehehhe...

Pagi ni, seawal 6 pagi, after solat subuh, da keluar hotel.. Ni lah, nak pegi tgok sunrise angkor wat.. Dengan muka toyo je, da keluar.. aku sarung stokin sepanjang kat sini, Kemboja, sebab berdebu.. Tak tahan nak sental kaki sendiri *dasar pemalas aku ni*.. hehehe..

Bila sampai depan Angkor Wat tu, mmg penuh ngn orang.. Kami diminta beratur dan paling penting, diminta untuk mengambil gambar dengan muka baru bangun tidur.. Entrance fees aku tak berapa nak ingat, tapi korang ley masuk bnyk kali untuk sehari.. Tok sah risau...  Korang beli pass tuk bnyk hari pun boleh if nak masuk berjota-jota kali.. tak de sape nak kesah.. heheeheheh..janji simpan tiket, kang tak de tiket time pengawal dia check, naya nak kene beli baru!

Gelap pun ramai sungguh manusia

Abang Nasir tunggu kami semua siap-siap beli tiket dan terus shoot to tempat kejadian, yakni, Angkor Wat.. amik view sikit.. manusia tok sah cakap.. aku, tikah and fikah dah ditolak-tolak dan akhirnya mengalah.. Sabar je laaaaaa... tapi amik je la gambar, jadi ke tak, aku tak tau..Tetiba ada orang blah.. Orang tu depan kami.. apelagi, aku masuk laaaaa.. hehehe.. syukur.. tapi view tak berapa nak cantik.. yang dapat pun gambar as below... layankan...

Time ni tak dapat nak ke depan... aku shoot dari jauh... duduk dibelakang orang yang tinggi-tinggi belaka

Usaha jaya lagi... shoot jauh... tak cantik.. tapi ada rona merah tu.. cantik!

Ini hasil aku amik sementelah berbelas kali shoot...

Ko nampak bape bnyk tangan orang tuh???

Aku zoom... and korang perasan gambar aku senget?? ada orang tolak tangan aku kot time ni

Hasil shoot sementelah orang depan aku meninggalkan tempat dia.. hehehe... berebut ngn orang putih.. aku berjaya! Ini yang cantik!

Ini tak berapa cantik sebab time ni aku ubah setting cahaya... brighter but the colour... 
 
Ok, aku fed up! aku terus blah time ni... tapi cantik gak la hasilnye

Kamera orang, lens panjang.. lnese pendek..semua ada.. Kami posing-posing.. Penat posing, makan laaa bekalan roti+tuna yang dibawa tadi.  Kak Fizah and kak farah dah duk kat main entrance tuk menjamu gak..  Masa dok makan-makan, ada anjing datang dekat... serius, masa tu aku da lari... ntah ape yang berlaku, aku pun tak tau.. Orang yang tgok gelagat kami, semua tergelak and tak kurang juga dok mengata.. hahahah.. nak wat camne, mmg tak dilatih dari kecik tu bermanja dengan anjing ni... sabar je laaaaa...

Aku sempat berposing.. sebelah tangan aku pegang roti yang dibawa untuk sarapan

See.. ramai tak orang???

Makan roti n tuna... dan dikejar anjing sebab anjing itu lapa.. kak fizah lempar roti dia bg anjing tu makan

Sudah makan, ambil gambar, kami berjalan-jalan ke dalam.. Ada someone datang dekat and dia merupakan tour guide.. Tour guide tuk angkor ni.. Kami bargain baik punya, dapatlah USD12 per tour.  Mmg murah *bagi aku*...  Tour guide dia mmg fluent english, and in fact, aku tak berapa nak dengar sebab aku lemah sikit bab-bab sejarah ni.. *maafkan aku!*.. heheh.. Bnyk juga mamat ni cerita.. But one fact caught attention, which is, he is able to speak spanish.. bila tnye mana belajar "through the internet baby"... eheheeh.. ok, part baby aku tambah~~

Kami menyusur masuk ke dalam angkor wat ni

Pempuan baju oren tu melukis kerakter on the wall.. Wall tu cerita pasal perebutan antara setan monyet ngn ramayana (kot) tuk sebut sita (kot).. tak tau.. and tak dengar tour guide tu cakap ape actually.. heheheh

Tour guide kami ngah bercerita

Yang petak tu center of angkor wat

Mendaki untuk ke tempat lebih tinggi

At last, sampai kat tempat untuk ke puncak angkor wat... er... panas kot time ni.. kul 12 noon

Layan

Akhirnya, kami kene naik tangga ni, untuk tengok scenery Angkor Wat yg lebih jelas. Tangga dia kecik and very steep.. Pakaian kene appropriate ye.. Oh ye, tour guide tu mmg guide sampai sini je sebab kat atas tu just nak tgok pemandangan.. So, kami bergambar sakan je.. Nothing much actually..

Kene naik tangga ni untuk view atas

See the clothing rules.. we all actually melihat omputih-omputih yang tak ikot dress code ni.. and bertepuk jika dorang lepas untuk naik ke atas.. and, selamber je dorang sarung seluar tengha orang ramai if dorang pakai skirt time tu... =p

View puncak angkor

Masih dalam pembaikian

Time to step down

Actually, angkor wat ni sesuai for those yang sukakan art.. crafting.. mmg halus.. well, for me... mmg tempat ni ada penunggu.. hahahaah.. serius agak 'lain' berada disini.. No one knows.. Allah Maha Mengetahui.. One thing bile aku ada kat sini...

"Kenapa bangunan ni tak runtuh even zaman dolu-dolu tak ada pencacak tiang besi yang orang selalu guna tuk buat bangunan tinggi-tinggi la ni??"

Korang fikir ea... kang kongsi ngn aku yang hanya tahu nombor nihhhhh... ^_^.. K la... t aku sambung lagi ape yang kami buat for this day-2 in Siem Reap.. =) By the way, sekarang ni aku mmg sibuk sgt... thnx kepada yang wish bufday.. *group hugs*..

Panas terik...and gambar ni..buat.. aku nampak gemuk!

Till then,