Enough me! Its you now!

Saturday, March 24, 2018

Perth, Wait Awhile (WA) - Day 5,6,7 and 8 (END)

Assalamualaikum...

**entri ini ditulis 3 tahun lepas. Aku minta maaf sangat-sangat. Semenjak jadi pelajar ni, makin tak mampu menulis blog**untuk penginapan di PERTH, kawan aku ada rumah tumpangan (homestay) di sana, ini FBnya.

Salam jauh dan mohon maaf atas kelewatan untuk info ke Perth.  Korang boleh refer link-link sebelum ini seperti dibawah.  Jujur aku cakap, sudah terlalu lama aku tinggalkan cerita Perth ni.  Aku akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan itinerary aku!  Dan, jika yang inginkan nombor Haji Yon dan ada yang hantar banyak komen dan lain-lain, aku minta maaf.. aku tak sempat nak reply.

Entri untuk Perth, klik sini.
Entri untuk Perth, day 1 (24 Ogos 2013), klik sini.
Entri untuk Perth, day 2 (25 Ogos 2013), klik sini.
Entri untuk Perth, day 3 (26 Ogos 2013), klik sini.
Entri untuk Perth, day 4 (27 Ogos 2013), klik sini.

Untuk hari ke-lima, kami bergerak ke selatan Western Australia.  Pendek kata, dari utara ke selatan. Untuk apa drive sejauh itu?  Untuk melihat rumah api yang famous tu dan, pertemuan antara 2 laut. Masa kami sampai, dah malam dan cuaca agak sejuk.  Bila dah check ini motel, its really freezing in there!  The room is nice and cozy, but the lack of heater make us shivering and berada dalam duvet je sepanjang malam.  Esok pagi dah check out sebab nak pergi melawat tempat paling hujung dan dekat dengan kutub selatan, yakni, Rumah Api, or Cape Leeuwin Light House. Untuk pengetahuan lebih lanjut, boleh digali di WIKI.


Gambar ehsan: Sini

**Maafkan aku juga, gambar lama semua sudah tiada. Yes, TIADA. Hilang. Menangis

Sesudah itu, kami berangkat pulang.  Harapan hati nak melawat Margaret River Chocolate Factory dan lain-lain, tetapi disebabkan bergambar sampai lebam kat ..., makanya, habis semua terlambat dan tak sempat.  haha..

Kami tiba lewat malam di rumah Haji Yon.  Dah sampai, makan, rehat dan tidur.  Esok dan lusanya nak pusing-pusing Perth city.

***

Perth, day 6 (29 Ogos 2013)
Pagi tu, kami hanya berehat dirumah dan mula keluar rumah hanya selepas selesai urusan makan dan solat.  Kami bergerak ke shopping complex dan mula membeli barang-barang souvenir dan lain-lain... 

Perth, day 7 (30 Ogos 2013)
Hari ni, hari pulangkan kereta dan melawat Fremantle, for the last time.  Kali ni, kami mengambil keputusan untuk ke Churrios, other stores that sells fish and chips.  Akan tetapi, tekak aku memang suka the first stores, ....  Dah makan, masanya untuk pulang dan kemas-kemas barang.  Malam tu kami ke airport untuk pulang ke tanah air sebab flight pagi (day 8, 31 Ogos 2013). 

***

Okayyyyy, alhamdulillah. Tamat sudah entri Perth.  Its not that much yang aku boleh share selain itinerary.  Kalau ditanya bajet, RM3,000 kot, termasuk shopping.  Maybe sesetengah orang, perkara yang ingin dibanggakan dan ingin disharekan, percutian/ trip korang murah lagi dari trip aku.  Tetapi, aku tak ambil port pun sebab its an individual perspective.  How do you see your vaccay is.. kalo ko rasa murah itu yang perlu dibanggakan, please do so.  Kalo ko rasa dapat melawat semua tempat dalam trip ko, feel free to brag bout it too...

For me, its more kepada how much AKU berubah dan AKU menerima diri AKU yang sebenarnya. Trip Jepun aku mengajar aku erti sabar dan persahabatan.  Ajar aku, siapa aku sebenarnya.  Ajar aku mematangkan dan perlu berubah.  Alhamdulillah, aku dah mula berubah dan aku akan lebih berusaha keras untuk berubah.  Its different and this is one of the trip (Japan) yang buat aku rasa aku makin dekat dengan-Nya.

Till then,



Perth, Wait Awhile (WA) - Day 4

Assalamualaikum...

**entri ini ditulis 3 tahun lepas. Aku minta maaf sangat-sangat. Semenjak jadi pelajar ni, makin tak mampu menulis blog
**untuk penginapan di PERTH, kawan aku ada rumah tumpangan (homestay) di sana, ini FBnya.

Hampir setahun lepas eh, 2 tahun lepas entri ni tertunggak.  Semenjak berpindah ke tempat baharu ni, kerja aku balik rumah dan rehat sahaja.  Inilah akibatnya duduk dengan keluarga.  Sungguh selesa! Haha.  

Terlebih dahulu aku nak memohon maaf atas kekhilafan aku.  Aku tidak sempat untuk membuka email ataupun blog.  Segala komen-komen anda, aku memang tidak membalasnya dan ketahuilah aku tidak sengaja!  (Nanes laju-laju).  Sebenarnya, dalam tempoh 2 tahun ni, macam-macam terjadi.  Pendekkan cerita, 1 tahun adaptation dengan tempat baru.  1 tahun lagi berusaha untuk meningkatkan ilmu diri (chewah!)

Anyhow, aku ada perkhabaran yang baik, inshaAllah dalam berberapa bulan lagi akan aku ceritakan disini dan kenapa aku menghilang hampir setahun, selain travel, aku juga menyempurnakan dokumen-dokumen penting.  Apakah yang aku sibuk sediakan tu? Ha, nantikan sahaja! :)

Jom kita sambung entri Perth.  Aku sambung ni sebab waktu sudah sedikit santai dan aku pening mengadap algorithm.  Pitam kejap.

Entri untuk Perth, klik sini.
Entri untuk Perth, day 1 (24 Ogos 2013), klik sini.
Entri untuk Perth, day 2 (25 Ogos 2013), klik sini.
Entri untuk Perth, day 3 (26 Ogos 2013), klik sini.

Hari keempat ni, waktu pagi kami disambut dengan suhu sederhana sejuk di Cervantes ini.  Berbekalkan lebihan pastries semalam dan juga maggi goreng, kami bersarapan sehingga kenyang.  Agenda hari ni di Cervantes, check out dan ke Pinnacle Desert dan Lancelin (pronounce: Lancelen).  

Sedikit info mengenai Pinnacle Desert, ando boleh godek dari encik wiki.  Tempat ini sangat unik.  Bukan apa, banyak batu ceracak di padang pasir.  Layanlah gambar bagi api sikit tuk korang ke sini. Kalau ada rezeki, boleh ketemu kangaroo.  Kalau kangaroo besar, mohon jauhkan diri sebab kalau ditendangnya, boleh maut ye.

Gambar ehsan: WA Tourism

**Maafkan aku juga, gambar lama semua sudah tiada. Yes, TIADA. Hilang. Menangis

Dah sakan bergambar, kami ke Lancelin untuk sand boarding.  Yes, you heard it right! SAND BOARDING!!! Haha.. biasa orang snow boarding je kan.. kali ni kita sand boarding.  Seriously, aku gayat and kalau boleh, memang tak mahu dah buat menda ni.  Haha.. Masa tu badan agak berisi dan tidak berapa fit.  Now, boleh.. kot? haha..

Untuk sewa board untuk sand boarding ni, ada banyak kedai di sekitar kawasan tu.. Harga pun tak jauh beza.  Kalau bajet agak kurang, boleh sewa 1 board and then, kongsi ramai-ramai.  

Sesampainya kami di kawasan untuk sand board tu, kereta kami tak berapa sesuai untuk masuk ke kawasan sand board.  Kena jalan kaki ke dalam.  Lebih kurang 5 minit jalan kaki, sampai sahaja di tempat sand boarding tu, Allahuakbar!!! Tingginya timbunan pasir.  

Paling menarik dan aku kagum, jalan depan sikit menurun timbunan tu, nampak lautan luas terbentang.  Teringat kata-kata hikmah... 


"Andai lautan itu dijadikan dakwat untuk uenulis , nescaya akan kering lautan itu untuk menulis Ilmu Allah yang ada di alam ini"

Timbunan pasir ini umpama bukit.  Boleh imagine tak?  Di puncak timbunan pasir tu, angin sedikit kencang dan kebetulan masa tu, hujan gerimis.  Jadi, nak naik bukit tu agak mencabar dan setelah tiba diatas, uishhhhh... kecut perut (bagi aku laaa).. haha.. untuk turun, ko kene sand boarding laaaaa... haha.. ok, jom layan gambar...

Gambar ehsan - sini

Sudah puas bersand boarding. kami teruskan perjalanan. Kali ini, ke selatan Perth.  Kami berhenti solat dan beli makanan sikit di tepi-tepi jalan.  Makanan yang kami beli macam buah, choc and nuts air and biskut sikit.  Lagi pun, maggi pagi tadi dan pastries masih ada lebih.

OK lah, dah siap aku maraton Perth tuk 2 hari berturut-turut.  Aku masih ingat lagi betapa bestnya trip kali ni, sebab semua sekepala and suka buat lawak-lawak.  Sindrom travel aku adalah "3'days syndrome", which after 3 days, kebanyakan travellers mula dah rasa penat dan akan start senyap dan cranky.  Tapi alhamdulillah, golongan mak jemah ini okay semuanya.  Haha.. Now, aku dah 90% positive dah tak ada penyakit 3-days syndrome ni.  Semuanya kerana Kak Aimie... hehe...

Till then,