Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua..
Ya ampun, paper Krabi masih lagi tak marking, aku da buat entri potobook Korea. Yes, aku ada beli potobook punya coupon. So, rege yang ratus-ratus tu, dapat la dalam pulu-puluh. Potobook ni dah lama sampai tapi aku baru nak buat entri. Aku beli coupon ni pun dah lama, just bila balik tang Korea hari tu, ada masa sikit, aku buat sikit-sikit. Meh aku bg tips nak buat potobook ni, style aku, tapi aku amatur. Korang jangan expect aku ni pro dalam potobook plak.
- Pilih gambar yg ko rasa paling cantik di mata ko. If ko tengok gambar ko tu cun tahap miss universe, ha, amik la. Cut, then paste kat folder tuk potobook. Pilih la sampai ko puas hati.
- Dah siap pilih, sila edit gambar tersebut. Make sure colour di timbul and pencahayaan cantik. Kita nak gambar kita tu dalam potobook, menyerlahhhh je. Tak mau malap-malap. Sebab paper tu glossy, nanti bila print, dia tak naik. Sebab tu, retis make up tebal-tebal, pengantin mekap tebal-tebal. Nak kasi warna tu naik time dalam gambar. Korang boleh edit guna potosyop, picasa, office pic editor dan lain-lain.
- Bila pilih gambar untuk background (dalam proses nak buat potobook), korang boleh ambil gambar pemandangan yang cantik-cantik tuk di jadikan background. Then, letak gambar korang and susun elok-elok.
- Boleh juga ambil shadow or frame kat bahagian edit kat kanan (merujuk kepada software potobook malaysia shj). If ada drop shadow, korang expand, and blurkan. The the opacity tu kasi kecik sikit. Opacity tu untuk kasi warna shadow tu pekat or cair.
Tu je la tips nya. If korang pakai DSLR, aku rasa pencahayaan dah ok. Tak perlu edit. Cam aku, cap ayam je, mmg kene timbulkan warna gambar. *tak mampu nak rembat DSLR*. Kalo korang tanya aku, bape banyak potobook diperlukan tuk satu trip. Sila ikot suka hati anda. For me, as long as gambar tu cantik, aku nak simpan, aku boleh buat potobook till 5 buku (like Korea).
Untuk nak tau kat mana korang boleh coupon, sila pergi ke website Groupon, LivingSocial, MyDeal. Normally, aku cam malas nak browse sesatu, aku tengok kat Yaloa.com je. Dorang mmg listkan potobook coupon dalam 'others' tab. Korang boleh tengok company coupon mana yang ada bg coupon tuk potobook ni. O ye, sila beli potobook dari company Photobook Malaysia dan Pixajoy. So far, ini sahaja 2 company yang aku rasa ramai bg positive feedback.
Nah, ni lah hasil aku buat potobook tu...
Hasil editing, if tak edit, warna biru langit tu tak timbul.
Korang boleh tak caption yang funny and sometimes, stories yang membuatkan kita macam "Yes, its true"
Susun cantik-cantik supaya mata kita senang melihatnya
Korang boleh buat potobook ni, untuk simpanan sendiri. Pada pendapat aku, gambar dalam softcopy tak kekal. Hardcopy juga tidak kekal, tetapi lebih menarik jika disimpan dalam bentuk buku. Penceritaannya jelas dan tak ada orang boleh bawak lari sekeping if saiz 4R.
If ada soalan, angkat jari dan taip kat komen. Aku akan cuba membalas segala pertanyaan korang dengan sebaik mungkin.
Till then,



