Enough me! Its you now!

Tuesday, December 25, 2012

Magical Dust of Cambodia (Day 3)

Assalamualaikum..

Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 2 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 1 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 1  ~ 05092012), klik sini.
Entri untuk Kembja trip, klik sini.

Okeh, korang ape kabar? aku alhamdulillah.. sehat.. Ni baru pas booking hotel tuk trip awal tahun depan.  Booking guna hotel.. kang kalo hotel tu bg rate mahal, aku guna agoda je.. hehehe.. tak pe, tinggalkan dulu booking tu, yang penting, entri Kemboja ni kene wajibkan diri untuk siapkan.. *paham tak?*.. heheheh..

Lupa plak nak cerita.. time kami kat Central Market, kami terserempak dengan orang Indonesia.. ganteng banget sih!! Dia tnya la "Malaysian?".. kami "yes, yes..".. dorang, "we are Indonesian".. ok... tak pe Indon, janji ganteng!.. yang paling bestnya.. aku cakap 'Jawa' ngn dorang.. boleh tak????????? Bile mereka da berlalu, baru aku tersedar... nape aku speaking ngn dorang!! Mereka bukan omputih ok... *aku ni memalukan diri sendiri.. sekian*

***

Sambung untuk hari ke-tiga nih.  After subuh, kami bergegas tuk siap-siap ke Siem Reap.  alhamdulillah, barang-barang da siap packing before tido semalam.  Dalam 6.15am, van untuk ke Siem Reap datang menjemput depan Asia Hotel..  Ingatkan bagi je tiket, boleh terus naik and pilih any seats.  But man, I am wrong. Dalam tiket tu ada seat number! Pulak dah!  So, seb bek kami dapat duduk sebelah-sebelah.  Aku dok sebelah kak fiza.  Perjalanan? Bumpy and really dusty.  That's why tajuk entri aku Magical dust in Cambodia.  hehehe.

Orang reramai nak g keje.. ramai sungguh sampai jem jalan yang sebatang tu

Bekalan kami.. and, korang boleh tgok, moto bisa angkut ape je.. and, lori boleh angkut orang > 20 orang! Hebat!

Tanah merah berdebu itu hasil dari cuaca yang terik dan kawasan itu baru membangun.  Tambahan pula, musim hujan and tanah sungai.. Ye,ye je aku nih.. Sejarah SPM pun aku gagal.  hahahahah..  *maafkan ketidakcukupan ilmu aku*.. Sepanjang perjalanan aku makan kuaci, berborak bahasa melayu.. and, tgok orang tido? me nak tido, mmg tak de makna.. Aku mmg jenis jarang tido siang.. Just tido bila betul-betul penat.  Tak cayo sudah.. lalalalaaaa..

Van ini berhenti one stop for tea.  But, not for us, no tea or whatsoever.  Takut nak makan.  Kalo dia tulis free pork pun aku tak mau.. heheh.  kami goes for buah mangga yang achik tepi jalan jual.  Cantikkan dia potong buah nih?? terliur nak makan.. Bila da makan, umang aih, masammmmmm sungguh!

Cantik mangga yang masam tu

Tempat rehat.. Kampong Thom market.. Kampung..
Kuda itu juga lapa tau

Kira-kira pukul 11.30 am, kami sampai di Siem Reap.  Comment aku, patutlah ramai omputih kat sini.. This place is better than Phnom Penh.  More calm and minimal dust.  In fact, it is not as hot and sunny as Phnom Penh.  Masa sampai di hentian van, turun je van, ramai gile orang kerumun for tuktuk ride.  Malangnya, hotel yang kami pilih mmg ada pick up service.  heheheh.  Beg-beg anda sila jaga ye, sebab mereka akan mengambil beg anda tuk paksa anda naik tuktuk mereka.  In fact, driver van kami da siap-siap angkat beg kami straight ke dalam kedai bagi mengelakkan kami jadi mangsa tuktuk ini.  *skema kan ayat aku*.. hehehe

Sampai dah kat Siem Reap

Tut tuk untuk angkut kami berenam

Pick up service yang dihantar oleh hotel, adalah... tuktuk juga!!!! hehehe.  Dengan barang bnyk, naik la 3 tuktuk.. penuh ngn barang-barang.  Tu la, sape suh shopping awal-awal.  heheh.  Da masuk hotel, alhamdulillah, dorang bg kami refreshment.  Hotel itew sgt best!!!! sgt cool.. Bagi towel tuk lap muka, and bg kami masuk hotel secepat mungkin.  

Hotel in highly recommended

Bilik ok, pemandangan pun ok

Da lepak-lepak and solat.. Kami keluar lagi.  Kali ini, untuk lunch and driver kali ini, abang Nasir.  Abe Nasir ni mmg femes dikalangan forumers and aku mmg highly recommended abang ni.  Boleh kecek malay, and dia cool je.  heheheh.  Kami dibawa makan ke restoran haji musa, untuk makan lembu naik bukit.  Seyus sedap!!! Layan gambar makan ni ea...

Restoran Haji Musa ni dekat ngn masjid

Nasik dan air teh o ais.. heaven time cuaca paneh..

Sup ayam, sambal belacan and kangkong goreng belacan

Sayur campor

Lembu naik bukit

Ikan masak 3-rasa.. sedap!

Sesudah makan

Sambil kami makan-makan, haji cerita pasal Kemboja and macam mana dia boleh cakap melayu.  Even aku failed sejarah, aku masih ingat lagi cerita haji ini.. Kalau laaaaa ada orang cam dia cerita tentang sejarah form 4 and form 5 dulu, confirm, aku A1 ok... *sori cekgu*..

Da kenyang, kami gerak ke Tonle Sap... dalam kul 4.30ptg.. yela, keluar tadi pun da lambat, lunch tadik dah kul 2.30.. borak-borak, gelak-gelak.. da kul 4.30ptg.  hehehe.. Tonle Sap... cantik.. walaupun airnya keruh.. yang cantik adalah, langit biru yang matching dengan air teh susu.. dan yang menarik, penghuni Tonle Sap... 

Entrance jeti Tonle Sap

Our nakhoda for today

Macam-macam jenis bot

Budak ni mintak 2usd.. dalam berkerja, bapak dia tease his son for being wet dek kene air bot besar

Suasana di Tonle Sap

Penuh orang minta pertolongan

Kami berhenti di sebuah kedai untuk minum.. tapi aku cam bese, tak minum sebab aku ada air.  Tgok buaya sudah.. hehehe..Ambil gambar and lepak-lepak.. Sesudah itu, kami menyusuri Tonle Sap dan hari semakin gelap... bile pasang flash, terus gambar jadi gelap.. hahahaha.. mmg gagal aku amik gambar.. layankan je la..

Posing-posing sikit

Senja nan biru

Abg Nasir juga berhentikan van tuk kami ambil gambar teratai.. tapi teratai sudah dipetik orang.... guane??

Rumah rehat pengutip biji teratai

Teratai dari kejauhan

Pengutip biji teratai...

Sampai hotel, aku solat, rehat-rehat, and decide nak ke pasar malam Siem Reap.  Dikhabarkan pasar malam ini sgt havoc and ramai orang.  Mmg betul.. Dengan naik tuktuk, (USD2 per tuktuk) da sampai.. jarak hotel kami and pasar malam ni tak de la jauh mana pun, atas dasar malas jalan, naik je tuktuk. heheh..

Malam tu, tido nyenyak sebab penat berjalan.  Esok nak kene bangun seawal mungkin.. sebab nak tgok sunrise Angkor Wat.. Tak sabar rasanya!

K la, aku nak g unpack barang.. Balik dari Gambang ni rasa cam 1000x malas... *sedih*

Jawa refers to English.. in my workplace, we called English is bahasa 'Jawa'.. to me its funny. period!

Till then,



Sunday, December 16, 2012

Magical Dust of Cambodia (Day 2 ~ Part 2)

Assalamualaikum..

Entri untuk Kemboja trip (Day 2 - part 1 ~ 06092012), klik sini.
Entri untuk Kemboja trip (Day 1  ~ 05092012), klik sini.
Entri untuk Kembja trip, klik sini.



After pergi ke Killing Field, kami dibawa ke Old Market. Old Market ni ada jual barang-barang.  And, pelancong muslim jarang ke sini.  Barangan yang dijual adalah barangan in bulk and benda-benda harian biasa.  Harga? mahal seh sebab kami pelancong.  Entrance dia bnyk, so make sure korang alert kat mana korang masuk.  Normally, aku akan amik gambar and ingat kedai tu jual apa.  Senang nak carik.

Macam-macam ada

Cerek elektrik yang sgt kecil.
Yang aku pegang tu cawan elektrik.. yang ada pemanas.. cool!
Makcik yg senyum tu jual telur ayam kampung yang mentah.. elok tuk awet muda tahu..

Er.. baju ni made in indonesia.. heheh
Kak fizah rembat iron comel.. rugi plak rasa aku tak beli

Dah puas round Old Market, kami minta driver bawa ke kedai makan halal.  Dia bawak ke Cafe Malaya.  Tu je address yg ada, dia bawak ke sana.  Nasi putih, lauk, sayur and air, total USD 5.  Tak kesahlah amik makanan apa, lunch mmg USD 5.  Sedap? boleh laaaaa.. Bagi aku ok-ok sajork.  Da kenyang, perjalanan kami diteruskan ke National Museum.

Murah.. USD 5 sekali makan

Entrance fees for this place is USD 3.  Tak ada apa didalam.  But I see art.  I love art, always. heheheh.  *poyo*.  Kat dalam tu patung buddha je banyak and siap ada orang jual colok untuk upacara pujaan mereka.  Nak amik gambar tak boleh, aku just amik curi-curi sahaja.  Best jugak la... art.. seni.. visualization.. pada aku, cantik lagi and unik lagi masjid.. Indah and tenteram.  =)

Entrance National Museum

Unik and gambar ni aku tak edit, just crop.. cantik banget tone..

Hari yg terik

Bunga kemboja yang suci

Penat berjalan, kami keluar dan head to next stop, Russian Market.  Russian market ni stuffy, and barang jualan dia bnyk.. sama cam Old Market.  So, in case korang tak beli kat Old Market, boleh beli kat Russian Market.  By the way, mereka jual juga winter coat... winter coat tu rege USD15.. Aku cam rasa barang second.. boleh tak? sebab stuffy sgt kat situ.  heheeh.. Menyesal plak tak rembat selai.. huissshhh...

Barangan di Russian Market

Penuh orang and sesak

Balik dari Russian Market, head to Central Market.  On the way tu, pemandu van kitorang tu masuk laluan yg motor shj boleh lalu.  Laluan tu ditutup untuk kereta and dia one way.  Akhirnya, ada polis kat depan... and driver kitorang da cuak.  Dia reverse punya reverse... ada motor kat belakang ni, tak mau gerak ke tepi.  Tung...!! dia langgar motor belakang tu dengan kelajuan 5km/j.  Gile selowwww ok!  Pakcik belakang ni bengang, and suh driver turun tuk settle.  Polis yang nak dielakkan tu datang ke tempat kejadian.  Motor pakcik tu, pecah sikit kat pelindung tayar, bahagian depan.  Dan paling best, tempat tu mmg da rosak pun.. siap ada selotape lagi.  Mmg dia nak mamat driver ni ganti.  Dia minta USD 10 and tgok kami kat dalam van.. Pelancong, lagila dia suh bayar.  Polis tu suh driver kami bayar.  Yang paling sedih, bile driver tu bukak wallet dia, ada la dalam 100 riel kot.. Tak de note USD langsung.  Mmg kasihan.  =( Lepas driver tu bayar (maybe guna duit minyak van yang bos bagi), dia nak van and said "nothing serious" and drive macam biasa.  Kami terlopong je.. Nway, kehidupan mereka yang terdesak mebuatkan mereka begitu.. kan?

Pakcik yang dilanggar

Sesudah itu, kami gerak ke Central Market *lagi??*.. Aku just beli cincin batu Nilam for my mum.  Hadiah hari jadi beliau.. Kak Fara and neo yang baru nak pergi.. Kitorang balik dulu sebab nak rehat.. Beli air botol zenya yang best, terus balik hotel untuk rehat...  

For you, mum... Cantik kan gemstone ni? Nilam katanya..

Makan malam di KFC bawah hotel..  Sebab da penat sgt nak jalan ke mana dah..KFC dia quite ok.. rasa sama je, yelah, dari Malaysia jugak menda nih.. aku tak amik gambar sebab bateri kong-kong.. sah, kene beli bateri extra for next year trips.. :)

Tamat dah hari ke-dua kat Phnom Penh ni.. Gigih jugak la sedut debu sepanjang perjalanan.  Nasihat aku, bawak penutup mulut and hidung.  Pakai juga losen-losen.  Aku mmg jenis suka hitamkan diri sendiri, so, mmg membazirla kalo pakai losen-losen ini.  heheeheh..  *poyo je kan*.. Malam tu aku tido awal sebab esok pepagi da nak gerak ke Siem Reap..

K la, takat ni dulu, jari aku da agak kurus da nih.. hehehehe.. 


Till then,





Saturday, December 15, 2012

Magical Dust of Cambodia (Day 2 ~ Part 1)

Assalamualaikum..

Entri untuk Kemboja trip (Day 1), klik sini.

Entri untuk Kembja trip, klik sini.


Dalam pada aku dok siap-siapkan barang-barang nak ke Kuantan next week, aku still mahu siapkan entri aku ke Kemboja 5 - 9 September lepas.  Aku ke Kuantan, berkerja lagi ye.. bukan holiday... sekian... *sila jgn jemles*.. Yok sambung day 2, on 6 September 2012.  Hari ke-dua ni, kami dah booked siap-siap tour kat hotel tempat kami menginap, Asia Hotel.  USD 10 per person tuk beberapa tempat menarik di Phnom Penh ni.  Antara tempat yang kami lawati; Royal Palace, Killing Field and Genocide Museum, National Museum, Russian Market, Old Market and lastly, Central Market (lagi???!!!)... heheheh.. Van ok dan beraircond sejuk, and driver sebelah kanan, bukan kiri.  heheh.. Selamat disitu..


Suasana di pagi hari di Phnom Penh city

Seawal 8.00 am kami da bersiap-siap.. Untuk pengetahuan, pihak hotel mmg ada sediakan sarapan.  Tapi yang boleh dimakan, just roti and jem. butter.. aku tak makan sebab aku mmg agak memilih dari segi cutlery yang dorang gunakan.  Tapi aku da sarapan dengan roti+tuna yang aku bwk.  Konyang da tuh! Tepat 8.30 pagi, kami ke Royal Palace.  Royal Palace ni kene byr, and aku tak masuk sebab kene bayar.  Tak ingat berapa, so kami sakan amik gambar kat luar je la... heheehehe..  Pun, ntah-ntah ada raja kat dalam tu.. nak tgok beliau mungkin kene bayar.. heheheheh *melawak je ok*

Dihadapan Royal Palace, jalannya memang ditutup.. and monk berada dimana-mana

Yang tua juga melawat royal palace

We are in front of Royal Palace

Maybank pun hado ye tuan2 dan puan2

Da settle bergambar bagai nak rak, kami gerak ke Killing Field and Genocidal Museum.  2 tempat ni sebelah-sebelah shj.  USD 5 for 2 places.  Killing field adalah tempat yang menyeramkan *bagi aku*, sebab itu tempat kekejaman Pol Pot.  Pol Pot tu siapa? Nah, baca laaaa..

Pol Pot (19 May 1925 – 15 April 1998), born Saloth Sar Pol Pot (Khmer), was a Cambodian Maoist revolutionary who led the Khmer Rouge from 1963 until his death in 1998. From 1963 to 1981, he served as the General Secretary of the Communist Party of Kampuchea. From 1976 to 1979, he also served as the prime minister of Democratic Kampuchea. Pol Pot became leader of Cambodia on April 17, 1975, and his rule has been described as being a dictatorship.  During his time in power he imposed agrarian socialism, forcing urban dwellers to relocate to the countryside to work in collective farms and forced labor projects. The combined effects of forced labor, malnutrition, poor medical care, and executions resulted in the deaths of approximately 21 percent of the Cambodian population.  In all, an estimated 1 to 3 million people (out of a population of slightly over 8 million) died as a result of the policies of his three-year premiership.


In 1979, after the Cambodian–Vietnamese War, Pol Pot fled to the jungles of southwest Cambodia, and the Khmer Rouge government collapsed.  From 1979 to 1997, he and a remnant of the old Khmer Rouge operated near the border of Cambodia and Thailand, where they clung to power, with nominal United Nations recognition as the rightful government of Cambodia. Pol Pot died in 1998 while under house arrest by the Ta Mok faction of the Khmer Rouge. Since his death, rumors that he was poisoned have persisted.
sumber [Pakcik Wiki]

Pendek kata, pak Pol Pot ni menyebabkan Kemboja berperang.  Kemboja merupakan negara yang diserang oleh rakyat mereka sendiri.  Membunuh orang yang bijak pandai, tak bagi ilmu, suh duk dediam.. Sume laaaa.. Mmg sedih dengan cerita negara Kemboja ni.  By the by, yang earphone tu boleh bercerito dalam bahasa Melayu uolss.. Layankan gambar ye, sebab mmg aku tak ingat ape pun fakta tangtang tempat nih, just know it is such sad place. =(


Pintu masuk dan hari yang teramat terik

Tak ada tour guide yer. Dorang beri kita satu headphone and ianya berbahasa melayu!


Makam yang menempatkan berjuta-juta rakyat yang menjadi mangsa kezaliman Pol Pot

Baju-bajan, tulang-tulangan yang berselerakan

Sekitar tempat bersejarah diletakkan nombor.. korang hanya perlu tekan butang guidance ikot tempat itu punya nombor

Lagi bukti hasil galian

Pokok yang tak bersalah dijadikan tempat pembunuhan kanak-kanak

Baju tradisi rakat kemboja zaman dahulu kala

Dalam museum tu ada tunjuk movies and several stories written on the kekejaman Pol Pot and salasilah pemimpin kuku besi ini.  Boleh la baca.. Aku baca and menyebabkan semua orang menunggu aku.. hahaha.. sorry korang!

Oklaaaa, takat ni dulu.. aku da cam maleh nak edit gambar.. hehehehe.. ok, gurau jer..t aku buat entri yang berikutnya ye... Terima kasih sebab sudi luangkan mata korang tgok ayat aku nih.. heheheheh

Till then,