Enough me! Its you now!

Tuesday, March 27, 2012

Big Sales kembali lagi..

Assalamualaikum~


Big Sales yang kembali menyengat


Big sales AirAsia kembali lagi! *what? berapa kali setahun ni?*..hehe.. Mmg bnyk tiket yg terjual hari tu, dorang akan kasi up sikit jumlah tiket terjual pada sales kali nih.. kalo nak tgok senarai harga, boleh la klik sini.

Aku doakan korang semua berjaya grab tiket kay.. tahun mmg da kering and limited travel! warrghh... harap gaji naik lagi lepas nih *doa*..

Pastikan rancang travel terlebih dahulu

Good luck!!


pandangan seposen: mesti ramai kene sengat lebah esok.. sila sediakan ubat sapu segera ea.. heheh..


Till then..

Wednesday, March 21, 2012

Next~~~

Assalamulaikum..

Cuti - da mohon..
Lulus - Belom !!!! *pitam*
Ke mana - Rahsia *senyum kambing*. InsyaAllah, jika ia betul kenyataan dan yang terbaik untuk aku, Allah akan permudahkan.
Bajet - masih dalam perangkaan *gigih*

Entri kali ni mmg sgt simple..sbb aku tengah tunggu gambar dari kemera adik aku sbb nak buat entri Kelantan last weekend. Aku spazzing gambo se dulu..


Till then,

Friday, March 16, 2012

It must be fiction

Assalamualaikum korang~

Phewwww, tajuk entry aku this night seems heavy than my mind thought, actually. But, it has to be done and must be burst out before someone explode! (me la tu *gelak2*)

A: Tak rasa membazir ke melancong sini sana?
aku: membazir ke? kereta, ada...simpanan, insyaAllah, tak lupa..mak abah, wajib!..ermm...

A: Dari kau melancong, baik ko g betulkan kereta ko tu..lagi best, g buat downpayment kereta baru..
aku: er..kereta aku tu mmg tua pun..sob3 *nanes*

A: Ko kene ingat, hidup kita ni macam2 kene pikir.. bukan idop setakat sehari dua.. kene long term..
aku: aku ada beli insurans nyawa! ...*senyap*

hasil perbualan/ chatting/ mesyuarat tingkap/ soksek terhenti sekejap sbb aku blur and tak tau nak jawab ape...I am twenty something, with no and unsure house, cars (yg boleh rosak bebile *satu kali pening*), saving (*dua kali pening*), investment (*migrain*) dan lain-lain..

Aku selalu tekankan "ukur baju di badan sendiri","doesn't means everyone owns it, you must have one", dan lain2 perkataan gula-gula untuk diri.. Tapi ianya bukan gula-gula or perasa manis, tapi ianya pedoman hidup aku. Lagi tak best hidup aku last year, aku kerja and kerja, tapi duit tak nampak ke mana..

I love what I'm doing right now. When the time come, I will stop. InsyaAllah, aku cuba mencari orang muslim dlm dunia Allah yang luas ni. Misi yg terselit ketika berjalan-jalan, melihat kehidupan muslim di pelosok dunia. Belajar mengenal diri sendiri dan pastinya, menanam rasa insaf dlm hati...till then ye..

"You can bought anything, from expensive house to luxury accessories, but one place that you will go one day, its called Dunia Akhirat"






Wednesday, March 7, 2012

Rover in Pangkor (Part 2 of 2)

Assalamualaikum...

Okay, moh sambung pasal Pangkor.. On day 2 and day 3 pulaksss..

Day 2, kitorang naik banana boat, 2 kali pusing kat...dia bawak sampai kat tengah-tengah laut nun. Kecut perut aku, mmg jerit2 la bile dia pusing2 ligat..budak tu mmg saja..(tak kot)..So, after banana boat, kami di bawa untuk ke snorkling kat Pulau Giam. Bro tu letak kami kat the other side of usually-snorkeling-spot. Masalahnya, air terlalu cetek and bnyk sgt "Timun Laut". Besau gile..air takat paras betis pun dia ada, da besar cam lengan budak umur 2-3 tahun...besarrrrrr..erk..

Aku mmg penggeli, sekian (dan abaikan kenyataan ini).. Kawan2 aku pun tak ley tahan tgok timun laut ni, so, kitorang balik pantai and try to go the other side using pulau, which means, kena kredah hutan. Redah punya redah, akhirnya sampai ke tempat orang yg ramai snorkling tu. Ku sangka panas, rupanya hujan di tengah hari.. Diingatkan sekali lagi, aku tak berniat apa-apa and tak berniat untuk menyakitkan sesapa dengan bakal-kenyataan iku ni.

After keluar daripada hutan nipis tu, kitorang masuk kat kawasan air yg penuh dgn coral, which kawasan dlm tali. Oh no, coral mmg tajam, kawan aku luka jari behliau and berdarah..bnyk... Bila duduk atas pantai...mmg ramai orang berlukaan di sitew. Termasuklah budak comel kecik yang nangis tak berhenti.. Orang besar pun tahan sakit cam nak gile, inikan plak budak kecik..aaaaa...nanes..

Kitorang benti snorkling, and lepaking atas pulau Giam.. Okay, aku bwk RM10 dlm poket sbb my mom selalu pesan "if kita ke mana-mana, bawa at least RM10 dlm poket in case kita lapo or sesat"..hehe...beli burger la..ape laie..burger ayam biasa RM3 satu..hehehe..sudahnya, bro yg anta kami tadi, amik kitorang and then, kitorang balik bilik and tido after mandi and solat. It is a good though. Be with nature, mmg cantik tempat Giam tu, but not a snorkeling port. Hehe.. Sorry its harsh, but its a fact (statement with no harm syg!)

Malam tu, ada BBQ session yang disediakan oleh pihak agent. Kitorang tolong masak sbb kitorang sampai dulu..and paling best, dipanggil pembantu oleh other tourists (WTH?)..its not that I'm unwillingly be a waitress or what so ever, but feel ashamed when you are asking too much food, even in your plate still have it bang~ Okay, move on... Akhirnya, after like 1 hour of tolong panggang, kitorang makan tak hengat donia.. mmg sedap, ada ketam, ikan, lala, ayam.. Bila other tourists da balek, abg2 tour giude tu bg semua lebihan yg teramat bnyk pada kami :) Ape lagi, makan la sampai rasa tak muat seluar :P

After makan, dok jln2 kat kedai selipar, amik gambar lompat2 kat tepi pantai malam2 buta. Hehehehe.. Seronok! Balik bilik, pastu tido sakan sbb penat main air time siang.. Bayangkan, dari pukul 8pg till 3pm dok dlm laut, pastu, mlm plak makan bnyk2..Mmg jadi ulau le..aku akhiri malam ke-2 aku dgn pack barang2 and kemas2 beg...

Day 3, pagi2 buta da keluar bilik rite after subuh just for sightseeing in Pangkor in the morning..Took several pictures and my phone..tettt....kong..kong...hehhee...ini je yg sempat ambil.

jalan sampai hujung teluk nipah

After sarapan, hari mula menunjukkan kegelapan and gerimis mula membasahi lantai bumi Pangkor. Pulau ni sedih kot sebab kitorang da nak balik (omo~!) ..hehehe.. After sarapan, kitorang bertolak balik..Balik tak payah bayar tiket..FOC, hehe. Sampai-sampai jer, terus borong cenderahati kat waterfront..and then, sambung shopping kat deretan kedai2 after melintas jalan. Situ sangat murah okay! Waterfront mahal! Menyesal! Tapi, mahalpun, aku borong hampir RM100 for foods and FM.. :P Paling menarik aku jumpa benda best..tgok gambar le..


first time aku jumpa ini..nda berani terai

After shopping sakan, kitorang cari surau nak zohor. Memandangkan hari da makin gelap, so kitorang ingat nak solat kat depan jetty since ada surau. Tetapi, apakah??? heheeh...langsung singgah masjid yg berdekatan untuk solat jamak memadangkan kitorang akan sampai S.Alam after Maghrib :)

eh, Sunday closed la mak!

As conclusion, mmg best sbb:
1) Da lama aku tak pergi Pangkor
2) Kawan2 yg buat menda ni best

Ini antara gambar yang aku sempat ambil dengan kamera HP-mini aku.. Kualiti mmg nanhado.. Hehe..p/s: gambar mmg tak bnyk ye kawan2, sbb aku tak bawa kamera cap ayam aku tuh..and pulau ni aktiviti air..mmg tak de la kekdahnya..

Pangkor in the morning, evening

burung enggang pun hado

Okay la till then...


Macam menarik

Assalamualaikum...

menarikkan?

(1) KL - HK - Macau - Guilin - Guangzhou - KL



(2) Chengdu - Jiuzhaigou valley - Chongqin - Xian - Beijing - KL


till then..

Monday, March 5, 2012

Rover in Pangkor (part 1 of 2 )

Assalamualaikum..

entri aku kali ni aku mulakan dengan first day aku..second day, third day, nanti dulu ea...walaupun, aktibiti aku tak bnyk mana, tapi aku dpt ketenangan and masa kualiti ngn kawan-kawan aku..esp, my buddy yang bakal berkahwin...no more my travel partner..huk3 (emo plaks). By the way, kitorang g Pangkor guna pakej from GoPangkor.com sbb member aku ni malas nak wat inteneri, sbb busy katanya. So, kami amik je pakej. Hasilnya, rm230 shj tuk 3h2m yg memang berbaloi. itorang amik tiket shah alam - lumut..tiket rege rm24.80 sehala, pukul 9pg. Nak dijadikan cerita, aku rasa kalo drive dari shah alam ke lumut, tak de la jauh mana, tapi bus ni guna jalan lama, kuala selangor, teluk intan, dia lalu la..huish, kul 230 ptg kitorang sampai.

Tiket, jeti and kami

Beli tiket kat jetty. Rate ferry, rm10 return. Okay, ni plak gambar kat waterfront, jetty and tempat tiket ke pangkor..layannnn~


jeti yang menghubungkan Lumut dan Pangkor

jari and tiket kitorang ke Pangkor :)

kedai baju kat waterfront (skirt and baju ala-ala flowy sgt murah compare dgn shah alam; cenderamata dLL

pemandangan dalam feri from my seat

Sampai sana da pukul 4 ptg gitu. Terik, panas pantai. Itam terus muka aku yg dah itam nih..kekekek.. Tak lama tu, tour guide kitorang bg Aya Chalet, 2 bilik for three. Besau gak le, just ada katil, bilik air (bershower), and tV. That is it. But, for a pulau, what can you expect? Padang golf? Hehe. Sepangjang jalan nak ke chalet tu, bnyk chalet yg kitorang jumpa and most of it, sgt dekat dengan pantai. Kalo nak betul2 depan pantai, ada chalet nama dia seawaterfornt ape tah. Tak ingat kekdahnya..hehe...Most of chalets here are renovated from a house. So, kedudukan chalet2 ni agak berterabur and dekat dengan satu sama lain.

tour guide ngah uruskan penginapan and bilik aku (abaikan barang2 atas katil)chalet sebelah yang spazzing gilos..mat minah salleh sume duk sini, mmg ala western design chalet dia

Dari chalet to pantai, dlm 5 minit jalan kaki. Petang tu, after solat jamak sume, kami redah pantai, tak mandi pun, just basah2kan kaki..mungkin sbb terlalu penat nak mandi, therefore, amik angin udoh. Kalo redang and perhentian or pulau sekitar laut china selatan, airnye nampak biru2, sini, air nampak hijau..hehe..hijau mata ku..damai jerrrr...

assorted pictures at Pangkor

Nak dekat maghrib, kitorang balik bilik, mandi and solat. Encik tour giude kitorang da pesan suh tuggu kul 8mlm tuk dinner seafood. Kedai yg kitorang makan tu mmg best, sedap woo...Ikan 3 rasa and sayur campur. Kalo makan sendiri, mau dekat rm40 tuk 4 orang :) o ye, time tu hujan renyai2, jadinya, kami kena makan dlm kedai. Ada la mat salleh ni 3 orang ni da angkat meja dorang kat tempat yg kosong, located kat dalam kedai. What happen is, our tour guide ni pegi cop meja tu time mat sallehs tu, where mereka suma ngah amik kerusi dorang. Mmg sgt takut time tu and embarrassed since we are Malaysian (tapi aku pelancong jugakkan??).. Tour gude kami boleh gaduh ngn mat salleh tu pasal nak bg kitorang layanan istimewa..Cool. (omo~!)....After makan, kenyang da. tapi nak jenjalan and feel the nite life. Boring gak la, tak de menda pun memalam tapi best lepak tepi pantai. Kitorang main batu seremban sambil makan jagung...

Ak kalo atas pulau ni mmg tak bawak phone sbb malas nak pegang, so gambar nite life mmg nanhado..hehehe..Tamatla hari pertama kitorang, just relaxing from city and be with nature and friends (love you guys~!)..okla,
nnt aku sambung lagi ea, penat la taip panjang2 and tepek gambar kay..heheh...

And just my 10sents, pada pendapat aku, pulau pangkor ni sesuai untuk orang2 yang inginkan percutian pualu yg bajet, berilex2 and having fun time.

till then dear..