Enough me! Its you now!

Tuesday, July 31, 2012

Saigon - a city with honk (part 5)

Assalamualaikum...

Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.  
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 2), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 3), 06.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..

Haccoy.. moh le sambung baca entri aku yg last, panjang berjela-jela ni, sambil makan keropok lekor or biskut kering.  Opppsss... pose la.. weh, tak pose ker??? :) Salam Ramadhan everybodi!  Doa ku untukmu, juga untuk diriku, semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramdhan yang lepas.. insyaAllah.. :) *senyum ikhlas okay*

Perjalanan menapaking kami diteruskan lagi dari nombor 3 ke nombor 4.  Peta seperti dibawah ye Tuan2 dan Puan2.. 

Dari Post Opis ke Independent Palace > War Remnants Museum > Water Puppet Show

Dari Post Office tadi, kami patah balik, lalu balik la lorong kecik tu, and pastinya, lalu juga ke Notre Dame Cathedral.  Kami amik jalan yg lalu balik pintu depan cathedral.  Sekarang, pintu besar cathedral sebelah kanan korang, then, pandang depan, supaya tidak dihon secara kuat oleh kenderaan.. heheheh.. *tetiba plaks*.. Di depan tu ada dua lorong, satu belah kiri and satu belah kanan.  Amik yang belah kanan, dimana nampak pokok rimbun2.

Kiri: Pemandangan sekitar park in the city.. cantik.. hijau je.
Kanan: rumah yang sgt laaa unik!

Welcome, welcome! Bayar dulu sebelum masuk tau~

Perjalanan kami ditemani pokok2, which aku rasa taman.  Cantik and aman je.  Tapi, ramai orang kat situ.  Tak tahu la dorang wat pe.  Tak kurang jugak yg pandang kami berdua.  Aku and Kasha jalan terus je.. without knowing what's waiting ahead of us.  Aku plak, menyenap gamba diseberang jalan and gambar park tu.  Sedar-sedar je, da sampai independent palace.  Boleh tak kami tak masuk, hahahah.. sebab rasa cam kene bayar and time tu mmg tak de rasa pun nak masuk.  Ramai gile orang.. So, amik gambar je laaaa...

Untuk yang tak masuk, boleh amik gambar dari luar.. cam aku ni haaaa..

A cute bus *sori gambar tiang je lebey ^^*

Setelah membelek-belek palace dari luar, orang makin ramai.. aku and Kasha merancang untuk meneruskan menapaking ke War Remnants Museum plaks.  Kami agak konpius dengan peta yang ada, jadinya, polis pelancong menjadi petunjuk arah.  Dari pintu utama museum (pemandangan depan adalah taman tadi), pusing kiri, dan terus.  Simpang ke-dua, masuk kiri dan terus.  Aku dan Kasha konpius dengan arah yang polis pelancong bagi, tapi kami teruskan je dengan mengekori omputih 2 orang.  On the way to museum, we found a building.  Tak pasti building apa.  Tapi yg pasti macam sekolah.  Baru aku perasan, aku tak jumpa kids pun kat Viet Nam ni.  Tak ramai.  Konpius jap.  Da amik gamba, teruskan lagi.  Sedar-sedar, da sampai museum on the other side of the road.

Jap, ni sekolah ke? sekola kotttt

Atas: Aku dan pintu utama War Remnants Museum
Bawah (kiri): tiket kami
Bawah (kanan): 15k vnd ye.. peta aku hilang kat sini! *adoi*

Us in front of War Remnants Museum!

Yatta~~ sudah sampei didepan pintu museum.. kami pun bayar la tiket 15k vnd.. Da bayar tiket, terus bergambar shj.. bergambar dengan hasil tinggalan US seperti kereta kebal, aircraft, dll.  Ada tiga tingkat.  Bawah, tingkat dua dan atas.  Bahagian bawah museum ini menerangkan pasal kerjasama between Viet Nam, Korea, Jepun, dan lain-lain negara.  Menceritakan juga penderitaan yang warga Viet Nam alami sepanjang tempoh peperangan tersebut.  A picture does create lots of words and thought.  I couldn't said that I was not moved by the pictures and descriptions.  Tapi hati kene kental.  Nanti aku bg a piece of my simple mind dalam sudut dari kacamata ok.

Cam-whoring dengan aircraft tinggalan US 

Lagi cam-whoring! 

Hasil nulkilan kanak-kanak Jepun tentang Viet Nam.  Maybe ada yang boleh jadi Picasso the II? kan? kan?

Bahagian atas museum ini lagi sedih.  During war, after war, post mortem kot *tak amik port sgt..hehe*.  Agent orange yg dihantar oleh US mmg dasat kesannya ke atas penduduk Viet Nam.  Mengikut wikipedia, agent orange adalah:
"Agent Orange is the code name for one of the herbicides and defoliants used by the U.S. military as part of its herbicidal warfare program, Operation Ranch Hand, during the Vietnam War from 1961 to 1971. Vietnam estimates 400,000 people were killed or maimed, and 500,000 children born with birth defects"
Di tingkat 2 ni, kami masuk yg beginning, during war.  Gambar-gambar yg dipaparkan mmg menyayat hati.  Serius! Sebab bnyk gambar kezaliman dan kekejaman hasil tangan sesama manusia di muka bumi nih.  Aku mmg tak tatap gambar tu lelama sbb nanti aku menangis.  *aku mmg sensitip ngn menda-menda gini*.  Layankan la gambar ni yeeeee...

Kasha at bilik pertama tingkat 2

Sejurus keluar daru bilik pameran pertama tu, kami ke bilik pameran ke-dua.  Which describe more on agent orange.  Gambar kat sini lagi haru.  Menunjukkan kesan-kesan agent orange and gambar-gambar hasil peperangan and agent orange.  Aku snap2 gambar and baca description.  No seeing the picture with my naked eyes.  Its a big NO! *nanes laju-laju*...

Ayat-ayat yang menyentuh.  Hasil perang membunuh ramai orang.  Senjata is the last option ye. 
No perang-perang

Bilik terakhir menunjukkan post mortem ttg pemulihan Viet Nam, South, terhadap peperangan ini.  Mmg sedih bila kita fikir-fikirkan.  Its not I am being all sarcastic or what-so-ever, but I am being realistic. Mathematics people cam aku ni suka fikir realistic, and I like what I am.  Hooohhhoooo..  Ada juga surat yg di paparkan, surat dari mangsa agent orange kepada Presiden US, Barrack Obama.  That letter describe memohon pertolongan ke atas Viet Nam, secara khususnya, kepada mangsa agent orange.  Ayat simple penulis itu, "korang da anta agent orange kat negara aku, menyebabkan rakyat negara aku ni suffer, ko senang-senang je nak lepas tangan kan?".  Ni ayat aku okay, bukan ayat penulis tu, and ini cara aku terjemahkan kepada penulisan yg lebih direct.  Sonang~

Atas: me kusyuk melihat tentang pembinaan yang dilakukan di HCMC after war
Bawah (kiri): Kasha with a banner *cant remember what the banner describe/ about
Bawah (kanan): melihat HCMC selepas peperangan

Gambar secara panorama di bilik satu dan dua

Sementelah keluar dari bilik last tu, aku cam da malas and penat nak ke tingkat paling atas.  So, aku ajak Kasha g tgok water puppet sbb nak amik show yg pukul 5 petang.  Keluar dari Museum tu, sepatutnya boleh belok kiri and melitas jalan untuk amik lorong pertama di seberang, tapi aku and Kasha amik kanan.  Langsung ikut jalan jauh.  

Kiri: Pizza Hut, sebelah pizza hut ada Guardian!
Tengah: Ni restoran.  and cantek banget kok~
Kanan (atas): Peti besi yg dijual sgtlah murah
Kanan (bawah): Kedai ni comel wehhh...

Sampai dah!!! Bergambar di depan water puppet show's place, the tickets and ada arca kerbau.

Setibanya di tempat water puppet, jam baru pukul 4 petang, ada sejam lagi.  Pe lagi, terus patah balik ke Ben Thanh sbb fikir la sempat nak carik barang - barang yg tak dibeli pagi tadi.  Sepanjang tu, aku tengok memang bnyk arca kerbau/ haiwan, nape ea??  *Tetiba konpius sendiri*.. Da beli sikit-sikit barang, then patah balik ke water puppet show.  Mmg penat gile tahap dewa time tu.  Tapi, on the way balik ke tempat water puppet show tu, ada plak kedai - kedai sukan.  Baru aku tau time aku google peta hcmc tu, mmg tempat tu sports area.  Patutla ramai je orang jual barangan sukan disitu.

Atas (kiri) AVA Hotel, nampak tak?
Atas (kanan) dan bawah (kanan): Kami bergambar dengan bola gedabak..
Bawah (kiri) perjalan menuju ke Ben Thanh

Da sampai tempat water puppet, mmg tepat-tepat tempat tu penuh ngn orang.  Pe lagi, berhiburlah kami berdua dalam show tu.  Menarik sgt.. aku ada video, half je sbb bateri kamera habisssss... Mmg tak dapat nak amik gambar semua.  So, korang jgn risau.. bg aku mmg berbaloi sgt water puppet ni.  Worth to see.

Time ni water puppet show kul 5 da nak mula.

Da abis water puppet, kami pulang ke hotel melalui jalan pulang ke Ben Thanh.  Haa, laluan ini juga akan melalui Ava Hotel yang femes tu, untuk ke Ben Thanh.  Balik hotel, rehat-rehat, solat-solat.  Tunggu Minh datang tuk buat Baju Kurung Kasha.  Tapi, kami cancelkan Minh datang sbb kami nak ke Pasar Malam.  hehehe..

Pasar malam di HCMC ni disekitar Ben Thanh je.  Banyak sangat pilihan untuk perhiasan rumah, key chain, magnet, bj kurung, tshirt dan lain-lain.  Mmg sgt bnyk barang, duit je kene cukupkan.  heheheh..  Aku masa ni, cam biasa, survey saja semua.  Beli jugak la baju krung tuk kawan aku.. Gambar pasar malam tak do tau.  Bateri kamera kong-kong.  Heheheheh..

Ok, tamat sudah hari ke-dua punya adventure.  hari ke-ktiga and empat mudah sikit, sbb pakai tour guide.  nnt kita sambung lagi ea? Jangan rindu aku plaks.. *ngade ko ea...nyampah..heheh*

Till then,







Wednesday, July 18, 2012

Saigon - a city with honk (part 4)

Assalamualaikum...
Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.  
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 2), 06.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..

Sementelah berjaya menggrabkan diri dengan tiket yang tidak berapa nak murah *aku redha*, meh la aku sambung entri pasal Saigon okeh.. 

Entri tuk hari ke-dua (part 3) ini disambung dengan melangkah kaki ke Dong Du Mosque and Halal@Saigon...

Tumbesaran peta tahap maximum

Kiri: Ada bran? Singapore Frog Porridge.  Kanan: Tugu tentera, tak sempat snap dari bahagian hadapan

Aku da buat tumbesaran peta yg kami lalu untuk ke Dong Du.  Berdasarkan previous entri untuk ke sini, korang jumpa jika Renaissance Hotel kiri, terus masuk kiri.  Hotel ni mmg gedabak! Orang kaya je yang dodok sini, aku mmg tak mampu wehhh.. Jalan terus dan akan jumpa Dong Du Mosque sebelah kiri and sebelah kanan adalah Halal@Saigon.

Tempat ambil wuduk di Dong Du Mosque

Pemandangan muka depan Dong Du Mosque

Tempat solat untuk kaum Hawa terbuka and tempat wuduk juga agak terbuka.  Paip untuk air wuduk juga tiada, bahkan, yg menarik, mereka letakkan tong air berserta paip yg melekat di tong tersebut.  Cool~  Amik wuduk, duduk beb... Kaum Adam pulak, amik wuduk di kolah.  heheh.. Nak amik wuduk juga agak terbuka sbb betul2 depan aku, rumah orang! Kanan semua umah orang jugak! Bezanya, orang tgok kita ke tak.  Tapi umah depan tempat wuduk tu cam da ditinggal orang.  

Aku solat and then, habis solat, aku termenung dan tengok sekeliling.  Majority, warga muslimah yang ada disitu, berumur.  Ada sorang budak kecil, minta bantuan ikhlas.. Aku point kat tabung derma masjid, and cakap "given already".  Dia angguk tanda paham.  Usai solat, kami berdua ke Halal@Saigon tuk isi perut aku nih.  Sampai dalam tu, lagu Siti..  Aku tanya Kasha, Siti penah datang kedai ni ke? Awat dok pasang lagu Siti sajo.. Kasha kata, tak tahu.. hehehe.. kami gelak je time ni.. Datang la orang yang amik order, cakap melayu, pekat. Tak de sore Viet Nam langsung! Kagum! Bangga jadi Malaysian.

Lunch @ 3pm @ Halal@Saigon

Sementelah study pasal menu, kami order nasi putih, sup sayur and ayam coffee.  Ok, nasihat aku... sesiapa yang rasa lidah tak ley makan benda pahit, jgn order ayam kopi.  Aku makan sikit je *2 sudu nasik je.. hehehe.. :P*, sbb tak ley telan ayam tu.  Kasha yg makan semuanya.  Pun dia telan je sbb tak nak membazir.  Thanks Kasha!  Da makan, da rehat and da kenyang, kami bayar..  Semuanya adalah dalam273k VND.  Lebih kurang, RM45.  Tuk 2 orang, di Saigon, kira murah la tuh.. Orang Viet Nam masak.  hehhhee..

Atas: Kasha before makan, muka kami berdua mmg penat habis
Bawah: Alhamdulillah, licing~

Da makan, kami meneruskan perjalanan ke Post Office, Notre Dame Cathedral and Hard Rock Cafe.  

Me in front of Opera House. The architecture is really mesmerizing!

Disekitar perjalanan ke Post Office, bla bla..

Peta ke destinasi bernombor-3

Tanda 'love' is Parkson.  Bila dari Dong Du nak ke kawasan-3, kami lalu semula Opera House and Parkson tadi.  Aku letak 'love' sbb tu je simbol yg berbeza. Jgn pikir aku suka plak menepek kat Parkson tuh! hehe..  Terus shj dan korang akan nampak sebelah kiri Post Office, sebelah kanan, which betul2 tengah jalan raya, Notre Dame Cathedral.  Kami ke Post Office dulu~

Aku ngan Post Office

Kiri: Kasha di depan pintu masuk Post Office
Kanan (atas): Waktu Post Office di bukak
Kanan (bawah): Aku di depan Post Opis

Bersebelahan Post Office, Notre Dame Cathedral.  Sebelah luar Post Offic, bnyk penjaja.  Dalam Post Office juga boleh beli barang-barang tu sume.. heheh.. mmg cantik, siap boleh ada pondok telefon yang mempunyai jam setiap negara barat! Tapi Malaysia tak ada! Tapi Malaysia femes okay! *geram tetiba*

Kiri and kanan (atas): Comel sgt telephone corner nih and ada peta kat atas booth
Kanan (bawah): Kasha, her fan and mail box to Viet Nam

Aku just rembat first day cover for my friend and setem for my self collection.  Gembira sgt2 time tgok setem tuh.  Aku ada 3 collection, China, Bandung and Viet Nam..  How cool is that?! *ko ni nerd la...ada aku kesah?* hehehe.. Mmg bnyk orang dalam tu, and ada juga gerai yg jual souvenir..

Antara souvenir yang dijual dalam Post Opis

Pun antara souvenir yang dijual didalam bangunan ini

Sementelah penat menelaah barang hiasan tu.. Kami bergerak menuju ke Notre Dame Cathedral.  Sebelah je pun.  Cross the road and take pictures.  Tempat tu buka for public on certain days only.  Kami tak masuk, just amik gambo je kat lua nun.  Ha, layannnnnnnn~

Cantik bangunan ini.

Sementelah bergambo, kami berdua terus shoot to Hard Rock Cafe.  Aku mmg tak de menda pun nak beli kat sini.  Just memenuhi permintaan kamera aku yg nak ke HRC, voley gitu? hehehe..  Tak jauh pun dari Post Opis and Notre Dame ni.  Diantara kedua bangunan ini ada jalan besar and ada satu simpang kecil sebelah post opis.. masuk situ, terus je.. Da jumpa HRC.  

Pemandangan yg aku lalui ketika di lorong kecil itu

Us in front of HRC

Me~!!

Okay, itu shj buat kali ini.. Pengembaraan ke places in number 1,2 and 3 already been explained to you guys.  heheh.. *ngengade cakap omputih kan??* Lepas ni, last stop our feet in menapaking to places in number 4.  Gambar kereta and phone booth ley tgok kat sini.

Till then,


Friday, July 13, 2012

Priority to Big Card Holders

Assalamualaikum..

Pemegang kad Big, sada berita best~ sebab kita boleh beli tiket seawal 15hb Julai ni, pukul 12pm..  Tapi apakah, aku kerja Ahad nih, mmg tak dapat nak booking la kekdahnya..



Jom perabih duit~!!



Saigon - a city with honk (part 3)

Assalamualaikum...
Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.  
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..

Kali ni, entri aku masih lagi berada di hari ke-dua di Saigon, a.k.a Ho Chi Minh City.  Bukan ape, perjalanan hari ke-dua aku kat sini, terlalu panjang and sampai kaki aku rasa cam kejung/ kejang/ keras.. pendek kata kesian kaki aku.. huwaaaa....*over la ko nih.. hehe*

Sian kaki aku gabak nih. Tapi mmg syg gile kat sandal aku, terbaik dari ladang kerana tidak melecetkan kaki tuannya

Tuk part 2 of day 2 ni, aku akan ceritakan after terjadi or route kami (aku and Kasha) untuk tempat-tempat menarik di sekitar HCMC.  heheeh.. Aku tak de plak amik copy peta lebih dari tuan hotel Thien Hong tu.  Kasha yang pegang map and kitorang mmg berjalan based on peta and ingatan apa yang kami baca dari forum cari.  

Orait, tempat yg kami cover adalah:

Saigon Square, Tugu Ho Chi Minh, Parkson, Dong Du Mosque, Post Office, Cathedral of Notre Dame,  Hard Rock, Independent Palace, War Remnants Museum, Water Puppet show and last but not least, Ben Thanh Night Market..

Kat bawah ni aku tepekkan gambar peta yang extract from Google Map.  Some places dalam Google Map ada yang salah, so, aku letakkan tempat tu as symbol kay? If aku salah label or salah tempat dalam peta ni, aku terlebih dahulu minta maaf, just point it, and I'll correct that places later on. 

Peta ni aku extract from Google Map, klik tuk tumbesar picture

Yang jalur2 menunjukkan perjalanan menggunakan kaki kami.. totally on foot ye people.  Aku letak hotel AVA and SP2 sbb most people dok situ kekdahnya.  Yang star besau tu, Ben Thanh ye kawan-kawan.  Nombor pulak:

(1) Saigon Square, Tugu Ho Chi Minh and HCMC Museum
(2) Opera House, Parkson, Dong Du Mosque and Halal@Saigon (nampak Renaissance Hotel betul belah kiri, terus masuk kiri and anda berada di Dong Du street)
(3) Post Office, Cathedral of Notre Dame and Hard Rock Cafe
(4) Independent Palace, War Remnant Museum and Water Puppet show

Yang nombor-nombor ni aku tunjuk agak korang ley wat keputusan tuk menapak or amik cab..  Aku lebih suka menapak.. hehheheh.. luas pemandangan kekdahnya.  Oh ye, aku mmg tunjukkan jalan yang aku amik *tak termasuk sesat..hehehe*.. Therefore, feel free to used any path/ routes that suites you dear..

First stop, Saigon Square.  Tujuan aku datang sini untuk carik long john and any winter wear.  Serius bnyk gile winter wear disini.  Aku grab selai long john je sbb mmg tak teringat langsung untuk membeli winter wear yang lain time tu.  *boleh gitu plak?*.  

Pemandangan sekitar berjalan mencarik Saigon Square.  Kedai Bunga and Nogc Thao bertentangan dengan Saigon Square.
Saigon Square juga betul-betul bersebelahan Sedona Suites yg tengah renovate. 

Menapak jugak mencarik Saigon Square sbb Kasha tak plan untuk ke sini.  Tapi aku mmg plan ke sini.  Before pergi Ben Thanh, kami mmg dah tanya owner tentang kedudukan Saigon Square.  Berdasarkan maklumat yang aku dapat dari forum, mmg agak mengelirukan *maaf, sori, ini betul*.. Mungkin sbb ramai orang, ramai la pemahamannya.  Kami sesat sbb terus amik jalan yang menghala ke AVA hotel, which bertentangan dengan Saigon Square.  Bila tanya pada Polis Pelancong (Tourist Police - pakai baju ijau juga!), dia tunjuk arah yang betul.  Le Loi street suppose to be the location for Saigon Square.  Jalan punya jalan, jumpa kedai specs.  Da dekat da ni.  Jalan lagi, aku amik gamba, Kasha tgok sekeliling.  Akhirnya, jumpa juga! Alhamdulillah.  Jeng, jeng, jeng...


Bergambar depan Saigon Square di Le Loi street


Atas: Yeay, jumpa long john ; Bawah (kiri): Aku beli kat kedai 20A; Bawah (kanan) : Pemandangan di Saigon Square

Memula aku carik long john, mmg tak jumpa sbb dorang tak faham apakah long john.  Penggunaan English disini juga agak kurang, kerana mostly shoppers are orang Vietnam sendiri, just a few foreigners.  Aku dengan gigihnya, menunjukkan bahasa isyarat, terketar - ketar bagai.  Dorang tunjuk baju bubble tu. Aku kata no, no.  Last sekali, time nak blah tu, aku tunjukkan baju aku, aku cakap, inner, inner..  Baru dorang mengangguk.  Dorang bawak aku ke kedai yang mmg menjual long john.  Lawak betul rasa time tu.  

Sampai di kedai itu, ada sorang amoi, dia berusaha untuk menjual long john kepada aku.  Aku tabik beliau kerana mencuba untuk bercakap engerish ngn aku yg separuh mati jugak tak reti engerish.  hehhehee..  Dia letak rege VND150k.  Aku minta kurang ke VND120k, tapi apakan daya, tak juga turun rege tu.  Aku putus asa.  Bayar je la, aku da malas nak bertekak or mencarik kedai lain.  Aku rembat gak la long john north face immi selai.  Mak aku pesan suh carik blouse tuk adik aku, tapi tak terjumpa aku sbb fesen dorang terlalu open air sgt, kang adik aku tak pakai, membazir.  Lagipun, fesen yg dia berkenan tiada di situ.

Dah beli, kami decide nak ke carik Parkson.  Pun kami amik arah yang bertentangan *sesat la maksudnya ye*.  Huhuuh.. Masa jalan depan hospital/ rumah sakit/ klinik kerajaan (dekat dengan Ben Thanh), aku amik gambar.  Then, tetiba ada guard cakap something and macam nak mintak something dari aku.  Aku da takut sbb takut tak ley amik gambar hospital/ rumah sakit/ klinik kerajaan, aku terus wat pekak.  Cam bese, belagak cool.  Dia kejar, Kasha toleh.  Guard tu datang kat aku and point to my camera.  Bahasa isyarat beliau mengatakan jaga elok-elok, kang kene ragut. Seram mek, terus aku pegang tightly and benti amik gambar seketika *degilkan aku ni?*


 Lepas kene sound ngn guard pun, aku masih boleh bergambar *aku mmg tak makan saman*

Kasha juga!

Perjalanan kami diteruskan lagi dengan mencari jalan untuk ke Parkson.  Bila da pusing balik ke arah Saison Square, kami melintas jalan.  Sbb apa? aku pun tak sure time tu.  Kaki melangkah, aku truskan sajo.  Kami ke Parkson sbb nak pekena D'Anjung.  Buat lapik perut.  *bukan alas perut kah?*.. hehe.. Tapi, bukan Parkson yang kami jumpa, tapi tugu Ho Chi Minh and HCM Museum.  Apa lagi, bergambar la beb.  heheh.. ni gambarnya..

Kami! Latar sama, angle and orang je lain. heheh..

Begambar dengan tugu Ho Chi Minh.  Ho Chi Minh ni la yang mengeluarkan belenggu Viet Nam dari kancah perperangan

Lagi mengenai sejarah Ho Chi Minh di blog Ridwanaz.  Da puas bergambar, kami patah balik ke arah jalan yang tadi untuk mencari Parkson.  On the way, kami terjumpa ngn couple yg baru kawin kot.  Amik gambar perkahwinan.  Cantik!.. Kami lalu lorong yg cerita pasal education for children in Vietnam.  Sgt bagus! Sebelah kiri kami jalan and sebelah kanan (bertentangan Parkson) ada construction.

Education for children in Viet Nam.  Patut di baca time lalu lorong ni.


I love you darla~ *tu apa yang dorang ckp kot.. hehehe*

Kami jalan lagi, tapi kami tak jumpa Parkson, yang kami jumpa Opera House di seberang jalan!  Waduh, lain yang aku carik, lain yg aku ketemu.. heheheh.. tak ape, amik je gambar dulu, dari jauh je.  

Pemandangan depan Opera House

Kami amik gambar masing-masing.. heheh...

Lastly, kami pusing kiri kanan, nampak la Sunwah Tower and Renaissance Hotel di belah kanan.  Ok, cam da betul.. pusing kiri, there you go.. ada Hotel Continental Saigon.  Sebelah hotel ni je!  heheh.. terus ke sana la... 

Jumpa dah! Parkson and Kasha before melintas jalan di Parkson

Parkson dia grand, *nama pun Parkson Grand*.  Ada orang bukak pintu lagi.  Kalo kat sini, ko tak bukak, tak de sape pun ajak ko masuk.  hehe.  Bahagian bawah, butik Coach, and beg2, perfumes.  Kami naik atas sekali untuk ke D'Anjung.  Tapi, malangnya, D'Anjung tak ado pun.  Yg ada just kedai pakistan yang jual makanan halal.  Kecewa.  Kami berdua tak de la lapa sgt, so, aku beli jus oren.. which mmg sgt sedap!  Sambil rehat, sambil tu juga dok bincang pasal nak g mana.  First stop, masjid tuk solat zohor jamak asar.  Sbb water puppet show jatuh pada pukul 6.  Magrib lak kul 6.30pm.  Setelah berbincang, kami gerak.


Suasana di food court.  Time ni aku and Kasha da letih banget! Lepak dulu.  KFC = Ga Ran Kentucky. Jual nasik kot sini.

Study peta and itinerary yg aku ada masa tu.  Aku plak dok kira bajet semua.

Sesudah merayap sikit dalam Parkson, kami keluar untuk ke Dong Du Mosque and teringin nak makan kat Nyonya Kitchen.  So, menapak lagi.  Arahnya adalah ke Renaissance Hotel.  Before tu, sempat lagi kami bergambar disekitar perjalanan menapaking to mosque.  

Hantra traveling noetbooks to Malaysia, can or not?

Majalah yang dijual di depan tapak pembinaan and tepi jalan. Kau hado? .. heheh... ado~!

Kalo keluar main pintu Parkson, nak ke Dong Du Mosque haruslah ke arah kanan.  Korang akan jumpa Opera House and then, Renaissance Hotel belah kiri. Bila nampak Renaissance Hotel tu, terus masuk kiri, then go straight.  Jumpa la Halal@Saigon sebelah kanan, and Dong Du Mosque belah kiri.

Jap, tetiba rasa entri ni cam panjang.  Next entri la aku sambung pasal day-2 aku ni.  Panjang lagi... Ni belom masuk g post opis sume tuh.  Korang baca dulu ea.  Thanks for reading my blog~ Gambar yg aku rasa over menarik aku letak kat blog aku lagi satu.  Ley la terjah..

K, till then