Enough me! Its you now!

Tuesday, July 31, 2012

Saigon - a city with honk (part 5)

Assalamualaikum...

Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.  
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 2), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 3), 06.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..

Haccoy.. moh le sambung baca entri aku yg last, panjang berjela-jela ni, sambil makan keropok lekor or biskut kering.  Opppsss... pose la.. weh, tak pose ker??? :) Salam Ramadhan everybodi!  Doa ku untukmu, juga untuk diriku, semoga Ramadhan ini lebih baik dari Ramdhan yang lepas.. insyaAllah.. :) *senyum ikhlas okay*

Perjalanan menapaking kami diteruskan lagi dari nombor 3 ke nombor 4.  Peta seperti dibawah ye Tuan2 dan Puan2.. 

Dari Post Opis ke Independent Palace > War Remnants Museum > Water Puppet Show

Dari Post Office tadi, kami patah balik, lalu balik la lorong kecik tu, and pastinya, lalu juga ke Notre Dame Cathedral.  Kami amik jalan yg lalu balik pintu depan cathedral.  Sekarang, pintu besar cathedral sebelah kanan korang, then, pandang depan, supaya tidak dihon secara kuat oleh kenderaan.. heheheh.. *tetiba plaks*.. Di depan tu ada dua lorong, satu belah kiri and satu belah kanan.  Amik yang belah kanan, dimana nampak pokok rimbun2.

Kiri: Pemandangan sekitar park in the city.. cantik.. hijau je.
Kanan: rumah yang sgt laaa unik!

Welcome, welcome! Bayar dulu sebelum masuk tau~

Perjalanan kami ditemani pokok2, which aku rasa taman.  Cantik and aman je.  Tapi, ramai orang kat situ.  Tak tahu la dorang wat pe.  Tak kurang jugak yg pandang kami berdua.  Aku and Kasha jalan terus je.. without knowing what's waiting ahead of us.  Aku plak, menyenap gamba diseberang jalan and gambar park tu.  Sedar-sedar je, da sampai independent palace.  Boleh tak kami tak masuk, hahahah.. sebab rasa cam kene bayar and time tu mmg tak de rasa pun nak masuk.  Ramai gile orang.. So, amik gambar je laaaa...

Untuk yang tak masuk, boleh amik gambar dari luar.. cam aku ni haaaa..

A cute bus *sori gambar tiang je lebey ^^*

Setelah membelek-belek palace dari luar, orang makin ramai.. aku and Kasha merancang untuk meneruskan menapaking ke War Remnants Museum plaks.  Kami agak konpius dengan peta yang ada, jadinya, polis pelancong menjadi petunjuk arah.  Dari pintu utama museum (pemandangan depan adalah taman tadi), pusing kiri, dan terus.  Simpang ke-dua, masuk kiri dan terus.  Aku dan Kasha konpius dengan arah yang polis pelancong bagi, tapi kami teruskan je dengan mengekori omputih 2 orang.  On the way to museum, we found a building.  Tak pasti building apa.  Tapi yg pasti macam sekolah.  Baru aku perasan, aku tak jumpa kids pun kat Viet Nam ni.  Tak ramai.  Konpius jap.  Da amik gamba, teruskan lagi.  Sedar-sedar, da sampai museum on the other side of the road.

Jap, ni sekolah ke? sekola kotttt

Atas: Aku dan pintu utama War Remnants Museum
Bawah (kiri): tiket kami
Bawah (kanan): 15k vnd ye.. peta aku hilang kat sini! *adoi*

Us in front of War Remnants Museum!

Yatta~~ sudah sampei didepan pintu museum.. kami pun bayar la tiket 15k vnd.. Da bayar tiket, terus bergambar shj.. bergambar dengan hasil tinggalan US seperti kereta kebal, aircraft, dll.  Ada tiga tingkat.  Bawah, tingkat dua dan atas.  Bahagian bawah museum ini menerangkan pasal kerjasama between Viet Nam, Korea, Jepun, dan lain-lain negara.  Menceritakan juga penderitaan yang warga Viet Nam alami sepanjang tempoh peperangan tersebut.  A picture does create lots of words and thought.  I couldn't said that I was not moved by the pictures and descriptions.  Tapi hati kene kental.  Nanti aku bg a piece of my simple mind dalam sudut dari kacamata ok.

Cam-whoring dengan aircraft tinggalan US 

Lagi cam-whoring! 

Hasil nulkilan kanak-kanak Jepun tentang Viet Nam.  Maybe ada yang boleh jadi Picasso the II? kan? kan?

Bahagian atas museum ini lagi sedih.  During war, after war, post mortem kot *tak amik port sgt..hehe*.  Agent orange yg dihantar oleh US mmg dasat kesannya ke atas penduduk Viet Nam.  Mengikut wikipedia, agent orange adalah:
"Agent Orange is the code name for one of the herbicides and defoliants used by the U.S. military as part of its herbicidal warfare program, Operation Ranch Hand, during the Vietnam War from 1961 to 1971. Vietnam estimates 400,000 people were killed or maimed, and 500,000 children born with birth defects"
Di tingkat 2 ni, kami masuk yg beginning, during war.  Gambar-gambar yg dipaparkan mmg menyayat hati.  Serius! Sebab bnyk gambar kezaliman dan kekejaman hasil tangan sesama manusia di muka bumi nih.  Aku mmg tak tatap gambar tu lelama sbb nanti aku menangis.  *aku mmg sensitip ngn menda-menda gini*.  Layankan la gambar ni yeeeee...

Kasha at bilik pertama tingkat 2

Sejurus keluar daru bilik pameran pertama tu, kami ke bilik pameran ke-dua.  Which describe more on agent orange.  Gambar kat sini lagi haru.  Menunjukkan kesan-kesan agent orange and gambar-gambar hasil peperangan and agent orange.  Aku snap2 gambar and baca description.  No seeing the picture with my naked eyes.  Its a big NO! *nanes laju-laju*...

Ayat-ayat yang menyentuh.  Hasil perang membunuh ramai orang.  Senjata is the last option ye. 
No perang-perang

Bilik terakhir menunjukkan post mortem ttg pemulihan Viet Nam, South, terhadap peperangan ini.  Mmg sedih bila kita fikir-fikirkan.  Its not I am being all sarcastic or what-so-ever, but I am being realistic. Mathematics people cam aku ni suka fikir realistic, and I like what I am.  Hooohhhoooo..  Ada juga surat yg di paparkan, surat dari mangsa agent orange kepada Presiden US, Barrack Obama.  That letter describe memohon pertolongan ke atas Viet Nam, secara khususnya, kepada mangsa agent orange.  Ayat simple penulis itu, "korang da anta agent orange kat negara aku, menyebabkan rakyat negara aku ni suffer, ko senang-senang je nak lepas tangan kan?".  Ni ayat aku okay, bukan ayat penulis tu, and ini cara aku terjemahkan kepada penulisan yg lebih direct.  Sonang~

Atas: me kusyuk melihat tentang pembinaan yang dilakukan di HCMC after war
Bawah (kiri): Kasha with a banner *cant remember what the banner describe/ about
Bawah (kanan): melihat HCMC selepas peperangan

Gambar secara panorama di bilik satu dan dua

Sementelah keluar dari bilik last tu, aku cam da malas and penat nak ke tingkat paling atas.  So, aku ajak Kasha g tgok water puppet sbb nak amik show yg pukul 5 petang.  Keluar dari Museum tu, sepatutnya boleh belok kiri and melitas jalan untuk amik lorong pertama di seberang, tapi aku and Kasha amik kanan.  Langsung ikut jalan jauh.  

Kiri: Pizza Hut, sebelah pizza hut ada Guardian!
Tengah: Ni restoran.  and cantek banget kok~
Kanan (atas): Peti besi yg dijual sgtlah murah
Kanan (bawah): Kedai ni comel wehhh...

Sampai dah!!! Bergambar di depan water puppet show's place, the tickets and ada arca kerbau.

Setibanya di tempat water puppet, jam baru pukul 4 petang, ada sejam lagi.  Pe lagi, terus patah balik ke Ben Thanh sbb fikir la sempat nak carik barang - barang yg tak dibeli pagi tadi.  Sepanjang tu, aku tengok memang bnyk arca kerbau/ haiwan, nape ea??  *Tetiba konpius sendiri*.. Da beli sikit-sikit barang, then patah balik ke water puppet show.  Mmg penat gile tahap dewa time tu.  Tapi, on the way balik ke tempat water puppet show tu, ada plak kedai - kedai sukan.  Baru aku tau time aku google peta hcmc tu, mmg tempat tu sports area.  Patutla ramai je orang jual barangan sukan disitu.

Atas (kiri) AVA Hotel, nampak tak?
Atas (kanan) dan bawah (kanan): Kami bergambar dengan bola gedabak..
Bawah (kiri) perjalan menuju ke Ben Thanh

Da sampai tempat water puppet, mmg tepat-tepat tempat tu penuh ngn orang.  Pe lagi, berhiburlah kami berdua dalam show tu.  Menarik sgt.. aku ada video, half je sbb bateri kamera habisssss... Mmg tak dapat nak amik gambar semua.  So, korang jgn risau.. bg aku mmg berbaloi sgt water puppet ni.  Worth to see.

Time ni water puppet show kul 5 da nak mula.

Da abis water puppet, kami pulang ke hotel melalui jalan pulang ke Ben Thanh.  Haa, laluan ini juga akan melalui Ava Hotel yang femes tu, untuk ke Ben Thanh.  Balik hotel, rehat-rehat, solat-solat.  Tunggu Minh datang tuk buat Baju Kurung Kasha.  Tapi, kami cancelkan Minh datang sbb kami nak ke Pasar Malam.  hehehe..

Pasar malam di HCMC ni disekitar Ben Thanh je.  Banyak sangat pilihan untuk perhiasan rumah, key chain, magnet, bj kurung, tshirt dan lain-lain.  Mmg sgt bnyk barang, duit je kene cukupkan.  heheheh..  Aku masa ni, cam biasa, survey saja semua.  Beli jugak la baju krung tuk kawan aku.. Gambar pasar malam tak do tau.  Bateri kamera kong-kong.  Heheheheh..

Ok, tamat sudah hari ke-dua punya adventure.  hari ke-ktiga and empat mudah sikit, sbb pakai tour guide.  nnt kita sambung lagi ea? Jangan rindu aku plaks.. *ngade ko ea...nyampah..heheh*

Till then,







6 comments:

  1. info yang sangat baik
    thanks for sharing

    ReplyDelete
  2. KIV dulu, nnti aku baca.
    Aku skodeng gambo je dulu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila.. sila... sila.. ko ley buat trip dari cambodia ke hcmc sbnrnya.. aku mmg teringin gile...

      Delete
  3. seronok nya tengok foto2 yg fresh ini.. i punya dah kekuningan sbb dolu2 guna filem je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. gambar ni sy edit... sbb kalo guna yang mmg ada dalam kamera tu tak terang sgt... :)

      Delete