Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 2), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 3), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 4), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 4), 06.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..
Ok, moh le kita teruskan pengembaraan cik zette and cik Kasha ke alam Viet Nam.. untuk hari ketiga.. on 07.07.2012.. Best woo hari ketiga ni.. Lebih mengancam and lebih padat.. kununnya laaaaa... heheeh.. Oh ye, Selamat menyambut Hari Raya ye kawan-kawan.. :)
Before tido semalam, aku sapu kaki and tapak kaki dengan balm.. dengan bnyknya. Pagi bangun, kaki kurang keras and kurang sakit. heheh. Gigih kami bangun and call Minh tuk datang ukur baju Kasha. Kasha call Haji Nasir tuk sarapan pagi. Aku kelaparan sbb malam semalam makan simple2 je. So, memandangkan kami nak ke Chu Chi Tunnel hari ni, jadi, makanan berat wajib jadi pilihan.
Sarapan kami dengan Haji Nasir.. sedap gile...
After sarapan, Minh datang and time tu ada lagi dalam 20 ke 30 minit untuk gerak ke Chu Chi Tunnel. Uncle and Auntie Thien Hong ni dah btau semalam yg tour guide akan datang jemput kami. So, lepas je Minh ukur and all, terus turun. Mmg tour guide tu dah tunggu pun. Hehe. Kami mmg lambat sikit. *sorrii*.. Sesudah kami turun, tour guide tu pergi jemput orang lain juga.. Ada hotel Miu Miu, ke MiMi.. berdekatan juga dengan Thien Hong. Kami berdua sahaja yang malays, yg lain, chinese, japanese, and mat salleh op kos. Da jemput tourists di sekitar hotel kami, perjalanan ke tempat menunggu bas plak. Tunggu la bersapau menanti bas, lebih kurang, pukul 9.30 pg baru tiba. Bas tour tu berhenti-henti juga sepanjang jalan sbb nak kutip lagi berberapa orang tourists. Yang nyata, kami juga yang malays.. hmmm... aku amik gamba sepanjang dalam bas tu. Jadi, layankan je la ek...
Our ticket
Sementara menunggu minibus, ramai penjual yg datang. Untuk mengelakkan aku pandang mereka, aku amik la gambar pemandangan bangunan
Our tour guide, lupo dah nama pak cik ni
Banyak motor.. scooter dorang comel!
Atas: pasar basah mungkin
Bawah: tokong
Ni backpackers area, and bus tengah pick up several tourists.
Atas (kiri): Iklan tepi jalan
Bawah (kiri): Muatan terlebih ni, saman, saman, opppsss, this is hcmc la beb! not Malaysia
Kanan: Traffic light for motorcyclist. cool. tak de la jenuh nak mandang ke atas.
Hentian pertama bukan sebab dah sampai, tapi tempat pembuatan lacquerware.. a.k.a Lacquerware Factory. Dalam kilang ni, pekerjanya adalah mangsa agent orange, mostly. Cerita pasal agent orange, boleh rujuk entri yang sebelum ini, or rujuk terus ngn pakcik wiki. Penyinggahan ini adalah salah satu dari tour program untuk melariskan product lacquerware dan menambah pendapatan mangsa agent orange. Mereka ni mostly handicapped people, which, involving in this work is good for them. Tak perlu meminta-minta dan mengamalkan prinsip berusaha dengan tulang empat kerat sendiri. Kagum!
Tour guide bg tuorist lebih kurang 1jam - 1.5 jam untuk melihat - lihat produk dan melakukan proses membeli belah. Bnyk perhiasan dan pingan mangkuk yang dijual. Harga? boleh tahan... Meh la layankan gambar. Aku tak beli pape pun disini sebab aku rasa mahal. Over d bajet. heheh
Antara barangan yang dijual disini
Smurf pun ada~
Terompah pun ada, yang menarik, almari laci yang cantik
Selepas melakukan sesi camwhore, kami pun terus keluar menunggu bas untuk meneruskan perjalanan. Destinasi berikutnya, Chu Chi Tunnel~
Sesampai Chu Chi, mmg manusia, seyus, ramai gilos. Ntah mana satu group aku, aku pun tak pasti. Mmg konpius habis.. Tapi aku adalah perasan ngn omputih yang pakai kopiah kait segroup ngn aku. Pe lagi, pollow dia. Korang jgn risau, tour guide akan jaga korang and insyaAllah, korang takkan sesat dalam tour Chu Chi ni. Dalam pukul 1pm ke 2pm tah, dah abih da tour ni. O ye, ada gak dijual jagung rebus kat dalam Chu Chi ni. aku tak beli sbb aku bawak snickers.
Telupo plak nak cerita pasal Chu Chi. Korang just type je Chu Chi, ramai je orang mengatakan pasal Chu Chi tunnel ini dan sejarahnya. Info yang aku baru dapat, hasil dari tgok Samantha Brown ke Viet Nam, adalah, rupa-rupanya, tunnel yang ada sekarang saiz dia 3 kali ganda besar dari yg asal. *Biar betik!*. Sebab mmg tunnel tu kecik yang hamat. Aku tak masuk, tapi masa Sam masuk tu, mmg da kecil and dia membongkok. Hebat orang Viet Nam ni..
Malas nak cerita panjang sebab aku pose ri ni *tetiba*. Layankan gambar je la yerrrrrr... :)
Dorang bagi peta, which kami guna as kipas. Panas.
First stop: jerangkap samar yang dalam ada cerucuk. Seram...
Orang Viet Nam demo untuk masuk ke Tunnel. Even so, tour guide aku siap cakap "this tunnel is enlarged to make sure it suits European people".. waduhhh.. kecik sungguh mereka..
One of Malaysian cuba. Muat~!! Tahniah Malaysia. Aku? confirm tak muat.. heheheh..
Bergambar dengan patung-patung tentera Viet Nam.
Jenis - jenis trap yang ada
Rolling ni yg paling menakutkan aku rasa
Nak masuk tunnel? guna laluan ini ye..
Dorang tunjuk cara-cara buat bom dahulu kala
Kasha makan jagung di tempat menembak
Rice paper ni mmg famous. Tak sure dorang buat untuk apa
Kami sekitar chu chi tunnel tour
Bergambar lagi...^^
Time ni boleh cuba masuk tunnel, tapi aku tak masuk, sebab malas........ sgt malas time ni... da penat kot..
Antara souvenir yang dijual. Hasil dari tin minuman
Time pulang, mmg kejenya tido aja sebab penat sgt, berjalan kaki seluas padang bola aku rasa. *ke 2kali padang bola tah*. Bas tour ni akan berhenti di berberapa stop, first, War Remnants Museum, second, Ben Tanh, last one, Tuan Travel Agency. Kami berhenti yang last stop sebab nak balik hotel and solat. Da tanya kat tour guide tu, dekat tak Backpackers area ni dengan hotel kami. Dia kata "yes, o yes, not far". Aku nodded, then, turun bas, serius, tah mana alam ni. Tour guide tu kata terus je. Sudahnya, kami naik teksi je, sebab tak tahu mana alam tu. Naik Vinasun, tak sampai 10 minit, da sampai hotel. hehhe.. sah mmg dekat. Maybe ada pedestrian walk/ lorong yang kami tak tahu. Yelah, backpackers area ni, orang kita tak pergi. Yang ada, foreigner. But, what can i say, this is an interesting area. Will come back to explore backpackers area ni. InsyaAllah.....
Kiri: Menariknya jajan tu, tapi aku tak berani beli
Kanan (atas): Tuan travel head office
Kanan (bawah): apela yang akak ni jual ye..
Pemandangan sekitar backpackers area
Tak jumpa jalan balik, sudahnya, kami amik vinasun balik hotel
Tamat sudah hari ke-tiga aku. Bosankan? hehehe.. not so-boring for me. Sebab aku tgok bnyk benda. yang paling best, tengok Mat Salleh amik gambar rice field. Yelah, tempat dia tak ada. heheheh.. Malam tu aku tido ngn nyenyaknya... Esok nak ke Mekong Delta tour plakssss..
Malam tu minum kopi susu ais... Mabelessss~~
Juga minum susu ini! Sedap sebab sejuk kot.. heheheh..
Till then,
tour guide tu pakcik ker?macam makcik jer tengok...kalau aku pergi,aku nak belajar buat bom tu.bila raya, tak main ler mercun, main bom pulak, hehe..
ReplyDeletehahhaha.. pakcik la... mamat tu mmg kuruih gile melengkung hahahaahah... ha, sila pergi.. kalo ko buat bom, sah havoc msia nih.. :)
DeleteMasa saya kat Chu Chi Tunnel ni kami makan ubi kayu rebus + aiskrim... tapi selama 4 hari kat Ho Chi Minh ni agak terasa kelaparan dan sangat rindukan nasi.... hahaha, susah nak cari makanan halal
ReplyDeleteMmg.. betul.. susah dapat makanan halal.. kalau yang ada pun, mahal kemain..
Delete