Enough me! Its you now!

Friday, July 13, 2012

Saigon - a city with honk (part 3)

Assalamualaikum...
Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.  
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..

Kali ni, entri aku masih lagi berada di hari ke-dua di Saigon, a.k.a Ho Chi Minh City.  Bukan ape, perjalanan hari ke-dua aku kat sini, terlalu panjang and sampai kaki aku rasa cam kejung/ kejang/ keras.. pendek kata kesian kaki aku.. huwaaaa....*over la ko nih.. hehe*

Sian kaki aku gabak nih. Tapi mmg syg gile kat sandal aku, terbaik dari ladang kerana tidak melecetkan kaki tuannya

Tuk part 2 of day 2 ni, aku akan ceritakan after terjadi or route kami (aku and Kasha) untuk tempat-tempat menarik di sekitar HCMC.  heheeh.. Aku tak de plak amik copy peta lebih dari tuan hotel Thien Hong tu.  Kasha yang pegang map and kitorang mmg berjalan based on peta and ingatan apa yang kami baca dari forum cari.  

Orait, tempat yg kami cover adalah:

Saigon Square, Tugu Ho Chi Minh, Parkson, Dong Du Mosque, Post Office, Cathedral of Notre Dame,  Hard Rock, Independent Palace, War Remnants Museum, Water Puppet show and last but not least, Ben Thanh Night Market..

Kat bawah ni aku tepekkan gambar peta yang extract from Google Map.  Some places dalam Google Map ada yang salah, so, aku letakkan tempat tu as symbol kay? If aku salah label or salah tempat dalam peta ni, aku terlebih dahulu minta maaf, just point it, and I'll correct that places later on. 

Peta ni aku extract from Google Map, klik tuk tumbesar picture

Yang jalur2 menunjukkan perjalanan menggunakan kaki kami.. totally on foot ye people.  Aku letak hotel AVA and SP2 sbb most people dok situ kekdahnya.  Yang star besau tu, Ben Thanh ye kawan-kawan.  Nombor pulak:

(1) Saigon Square, Tugu Ho Chi Minh and HCMC Museum
(2) Opera House, Parkson, Dong Du Mosque and Halal@Saigon (nampak Renaissance Hotel betul belah kiri, terus masuk kiri and anda berada di Dong Du street)
(3) Post Office, Cathedral of Notre Dame and Hard Rock Cafe
(4) Independent Palace, War Remnant Museum and Water Puppet show

Yang nombor-nombor ni aku tunjuk agak korang ley wat keputusan tuk menapak or amik cab..  Aku lebih suka menapak.. hehheheh.. luas pemandangan kekdahnya.  Oh ye, aku mmg tunjukkan jalan yang aku amik *tak termasuk sesat..hehehe*.. Therefore, feel free to used any path/ routes that suites you dear..

First stop, Saigon Square.  Tujuan aku datang sini untuk carik long john and any winter wear.  Serius bnyk gile winter wear disini.  Aku grab selai long john je sbb mmg tak teringat langsung untuk membeli winter wear yang lain time tu.  *boleh gitu plak?*.  

Pemandangan sekitar berjalan mencarik Saigon Square.  Kedai Bunga and Nogc Thao bertentangan dengan Saigon Square.
Saigon Square juga betul-betul bersebelahan Sedona Suites yg tengah renovate. 

Menapak jugak mencarik Saigon Square sbb Kasha tak plan untuk ke sini.  Tapi aku mmg plan ke sini.  Before pergi Ben Thanh, kami mmg dah tanya owner tentang kedudukan Saigon Square.  Berdasarkan maklumat yang aku dapat dari forum, mmg agak mengelirukan *maaf, sori, ini betul*.. Mungkin sbb ramai orang, ramai la pemahamannya.  Kami sesat sbb terus amik jalan yang menghala ke AVA hotel, which bertentangan dengan Saigon Square.  Bila tanya pada Polis Pelancong (Tourist Police - pakai baju ijau juga!), dia tunjuk arah yang betul.  Le Loi street suppose to be the location for Saigon Square.  Jalan punya jalan, jumpa kedai specs.  Da dekat da ni.  Jalan lagi, aku amik gamba, Kasha tgok sekeliling.  Akhirnya, jumpa juga! Alhamdulillah.  Jeng, jeng, jeng...


Bergambar depan Saigon Square di Le Loi street


Atas: Yeay, jumpa long john ; Bawah (kiri): Aku beli kat kedai 20A; Bawah (kanan) : Pemandangan di Saigon Square

Memula aku carik long john, mmg tak jumpa sbb dorang tak faham apakah long john.  Penggunaan English disini juga agak kurang, kerana mostly shoppers are orang Vietnam sendiri, just a few foreigners.  Aku dengan gigihnya, menunjukkan bahasa isyarat, terketar - ketar bagai.  Dorang tunjuk baju bubble tu. Aku kata no, no.  Last sekali, time nak blah tu, aku tunjukkan baju aku, aku cakap, inner, inner..  Baru dorang mengangguk.  Dorang bawak aku ke kedai yang mmg menjual long john.  Lawak betul rasa time tu.  

Sampai di kedai itu, ada sorang amoi, dia berusaha untuk menjual long john kepada aku.  Aku tabik beliau kerana mencuba untuk bercakap engerish ngn aku yg separuh mati jugak tak reti engerish.  hehhehee..  Dia letak rege VND150k.  Aku minta kurang ke VND120k, tapi apakan daya, tak juga turun rege tu.  Aku putus asa.  Bayar je la, aku da malas nak bertekak or mencarik kedai lain.  Aku rembat gak la long john north face immi selai.  Mak aku pesan suh carik blouse tuk adik aku, tapi tak terjumpa aku sbb fesen dorang terlalu open air sgt, kang adik aku tak pakai, membazir.  Lagipun, fesen yg dia berkenan tiada di situ.

Dah beli, kami decide nak ke carik Parkson.  Pun kami amik arah yang bertentangan *sesat la maksudnya ye*.  Huhuuh.. Masa jalan depan hospital/ rumah sakit/ klinik kerajaan (dekat dengan Ben Thanh), aku amik gambar.  Then, tetiba ada guard cakap something and macam nak mintak something dari aku.  Aku da takut sbb takut tak ley amik gambar hospital/ rumah sakit/ klinik kerajaan, aku terus wat pekak.  Cam bese, belagak cool.  Dia kejar, Kasha toleh.  Guard tu datang kat aku and point to my camera.  Bahasa isyarat beliau mengatakan jaga elok-elok, kang kene ragut. Seram mek, terus aku pegang tightly and benti amik gambar seketika *degilkan aku ni?*


 Lepas kene sound ngn guard pun, aku masih boleh bergambar *aku mmg tak makan saman*

Kasha juga!

Perjalanan kami diteruskan lagi dengan mencari jalan untuk ke Parkson.  Bila da pusing balik ke arah Saison Square, kami melintas jalan.  Sbb apa? aku pun tak sure time tu.  Kaki melangkah, aku truskan sajo.  Kami ke Parkson sbb nak pekena D'Anjung.  Buat lapik perut.  *bukan alas perut kah?*.. hehe.. Tapi, bukan Parkson yang kami jumpa, tapi tugu Ho Chi Minh and HCM Museum.  Apa lagi, bergambar la beb.  heheh.. ni gambarnya..

Kami! Latar sama, angle and orang je lain. heheh..

Begambar dengan tugu Ho Chi Minh.  Ho Chi Minh ni la yang mengeluarkan belenggu Viet Nam dari kancah perperangan

Lagi mengenai sejarah Ho Chi Minh di blog Ridwanaz.  Da puas bergambar, kami patah balik ke arah jalan yang tadi untuk mencari Parkson.  On the way, kami terjumpa ngn couple yg baru kawin kot.  Amik gambar perkahwinan.  Cantik!.. Kami lalu lorong yg cerita pasal education for children in Vietnam.  Sgt bagus! Sebelah kiri kami jalan and sebelah kanan (bertentangan Parkson) ada construction.

Education for children in Viet Nam.  Patut di baca time lalu lorong ni.


I love you darla~ *tu apa yang dorang ckp kot.. hehehe*

Kami jalan lagi, tapi kami tak jumpa Parkson, yang kami jumpa Opera House di seberang jalan!  Waduh, lain yang aku carik, lain yg aku ketemu.. heheheh.. tak ape, amik je gambar dulu, dari jauh je.  

Pemandangan depan Opera House

Kami amik gambar masing-masing.. heheh...

Lastly, kami pusing kiri kanan, nampak la Sunwah Tower and Renaissance Hotel di belah kanan.  Ok, cam da betul.. pusing kiri, there you go.. ada Hotel Continental Saigon.  Sebelah hotel ni je!  heheh.. terus ke sana la... 

Jumpa dah! Parkson and Kasha before melintas jalan di Parkson

Parkson dia grand, *nama pun Parkson Grand*.  Ada orang bukak pintu lagi.  Kalo kat sini, ko tak bukak, tak de sape pun ajak ko masuk.  hehe.  Bahagian bawah, butik Coach, and beg2, perfumes.  Kami naik atas sekali untuk ke D'Anjung.  Tapi, malangnya, D'Anjung tak ado pun.  Yg ada just kedai pakistan yang jual makanan halal.  Kecewa.  Kami berdua tak de la lapa sgt, so, aku beli jus oren.. which mmg sgt sedap!  Sambil rehat, sambil tu juga dok bincang pasal nak g mana.  First stop, masjid tuk solat zohor jamak asar.  Sbb water puppet show jatuh pada pukul 6.  Magrib lak kul 6.30pm.  Setelah berbincang, kami gerak.


Suasana di food court.  Time ni aku and Kasha da letih banget! Lepak dulu.  KFC = Ga Ran Kentucky. Jual nasik kot sini.

Study peta and itinerary yg aku ada masa tu.  Aku plak dok kira bajet semua.

Sesudah merayap sikit dalam Parkson, kami keluar untuk ke Dong Du Mosque and teringin nak makan kat Nyonya Kitchen.  So, menapak lagi.  Arahnya adalah ke Renaissance Hotel.  Before tu, sempat lagi kami bergambar disekitar perjalanan menapaking to mosque.  

Hantra traveling noetbooks to Malaysia, can or not?

Majalah yang dijual di depan tapak pembinaan and tepi jalan. Kau hado? .. heheh... ado~!

Kalo keluar main pintu Parkson, nak ke Dong Du Mosque haruslah ke arah kanan.  Korang akan jumpa Opera House and then, Renaissance Hotel belah kiri. Bila nampak Renaissance Hotel tu, terus masuk kiri, then go straight.  Jumpa la Halal@Saigon sebelah kanan, and Dong Du Mosque belah kiri.

Jap, tetiba rasa entri ni cam panjang.  Next entri la aku sambung pasal day-2 aku ni.  Panjang lagi... Ni belom masuk g post opis sume tuh.  Korang baca dulu ea.  Thanks for reading my blog~ Gambar yg aku rasa over menarik aku letak kat blog aku lagi satu.  Ley la terjah..

K, till then


8 comments:

  1. wahh best nya..HCM.zaty akak minta izin copy map tu yer ...

    -nora-

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kak.. amik la.. bukan sy punya pun.. sy mintak kat pakcik google.. hehehehee...

      harap dapat membantu..

      Delete
  2. memang menapak lagi best dari naik kenderaan.. tu sbb masa duduk sana, kami selalu jumpa benda/kedai pelik2.. masuk lorong sana sini.. rupanya byk kedai kecik2..

    sorry ya sbb i baru tau d'anjung tu dah tutup.. kedai makan belakang masjid pon dah tutup..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh.. ada kedai belakang masjid? bukan tepi masjid yg da tutup? bertentangan dengan halal@saigon?

      Delete
  3. D'Anjung dah tutup ek? As far i remembered, there's only 2 halal stalls kat Parkson tue which is D'Anjung and the Pakistani shop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. masa carik2 tu mmg tak ada.. in fact, ada satu family makan kat kedai pakistani tu.. da pusing dari KFC sampai ke hujung...

      Delete
  4. jauh menapak tu byk calorie bakar heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. agakla jugak... mmg sgt lapa bila balik dari menapak...

      Delete