Enough me! Its you now!

Showing posts with label bercuti ke Ho Chi Minh City. Show all posts
Showing posts with label bercuti ke Ho Chi Minh City. Show all posts

Monday, September 17, 2012

Saigon - a city with honk (part 7) - last day

Assalamualaikum... 

Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 2), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 3), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 4), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari ketiga, 07.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..

Walaupun aku tengah membusy-busykan diri dengan persiapan ke Frangipangi (ngantuknya) tapi aku akan sambung jugak entri ini.  Meh la sambung entri ke Saigon.  Kota Saigon yang aku rindui.  Untuk hari ke-empat ni, aku and Kasha menyusuri sungai mekong.  Kali ni, kami berempat: aku, Kak Watie, kak Im, dan Kasha.  Last day in Saigon, aktiviti menyusuri sungai Mekong, boleh dikatakan wajib bertapak kasut korang dulu kat sini.  Tak de lah kempunan time orang bercerita nanti.  Ye tak... heheheh

Pagi-pagi lagi kami dah call Haji Nasir untuk deliver makanan tuk di buat lunch ketika berada di sungai Mekong nanti.  Untuk breakfast, roti Viet Nam jadi pilihan.  Ala-ala sandwich berotikan roti prancis.  Sedap~!!! Ada daging, sayur salad.. nom..nom..nom.. heheh..  Untuk lunch, kami tapau pho Hj Nasir version.  Aku tak lalu sgt, so, aku mmg tak makan pagi tu.. Nanti-nanti boleh makan.  Seawal pukul 7 lagi kami di pick up oleh tourist guide..  Tiket untuk sg Mekong ni, dalam USD12 ke USD15 per person.  *aku tak hengattttt.. da tua kekdahnya*. Yang penting, lagi murah daripada harga yang aku dok dok survey.

Tunggu punya tunggu, akhirnya about one hour gitu, bas pun sampai.  Aleh-aleh, tgok mamat tourist guide yang semalam tu jugak la yang jadi kami punya tourist guide for today.  Dia pun terkejut kulat tgok aku and Kasha dalam bas tu.  Mmg gigih okay dia nak carik lawak lain, sebab lawak dia sama jer... hehehe.. still funny for me by the way... Sepanjang penerangan beliau, barulah aku tau yang kita mmg boleh ambil tour for sg Mekong untuk berberapa hari.  *mmg kene repeat untuk tour itew*...  And, dalam bas, hanya kami sahaja yang malays muslim.


Kiri (atas): Kak Watie, kak Im and Kasha
Kiri (bawah): Bekalan lunch kami
Tengah: Orang menjual dipagi hari
Kanan: Pengilat kasut.  Kasut aku sandal je, tak perlu rasanya.. heheheh


Atas:  Pemandangan sambil tunggu bas
Bawah kiri: Bukan bas kami
Bawah kanan: Tiket yang penting

Pemandangan sepanjang perjalanan

Pemandangan lagi

Kiri: Pasar tani rasanya
Kiri atas: Tol di Vietnam

Pemandangan lagi.  Vietnam bersih.

Perjalanan agak panjang, kira - kira 3 ke 4 jam.  Dah pukul 11 baru sampai ke jeti sg mekong.  Masuk-masuk sg mekong, ramainya umat dan bnyk juga jualan disitu.  


Ni dia jeti Sg Mekong.

Kami naik bot sambil penerangan diberi oleh tourist guide tersebut.  Tak berapa dengar sebab bunyi bot lagi, bunyi orang bercakap lagi... and even dia pakai mic, mmg tak dengar.  Kene pasang telinga baru boleh paham.  Dia buat lawak pun, aku tak dengar.  heheheheh..  Ada 3 stops, first: tempat pembikinan coklat kelapa (or gula kelapa), second: lunch stop, and lastly, perkampungan sg mekong.  


Pemandangan sepanjang menyusur sg Mekong.  Jambatan PP pun hado tau.

Pemandangan.  Layan je la ea...

First stop: Kilang gula kelapa
Tempat ini mendemokan cara-cara buat gula-gula perisa kelapa.  Hmmmm.. bagi aku yang berasal dari kampung, memang dah biasa tengok, so, tak berapa menarik hati aku.  Just menarik tengok mat saleh punya reaksi.  heheheheh... 


Sampai da di tempat pembuatan Coconut Candy


Susun atur buat Coconut Candy.  Aku tak try sebab aku rasa tempat tu cam tak bersih.  Tapi it is up to you nak try or tidak.  Kat Msia ni pun, belom tentu bersih, ye tak?

Kat tempat tu jual juga cenderahati dan arak eksotik.  Arak eksotik tu contohnya, arak ular, arak kala jengking.  


Jom tambah tenaga.  Ape barang minum tongkat ali tuh! heheheh. *melawak*


Lain-lain yang ada di kelang itew

Sesudah menjamu mata, kami keluar dari kilang tersebut.. terus ke  tempat "anda boleh pegang ular".. mmg sgt menakutkan.. even dia da 'tundukkan' ular tersebut, bagi aku, risikonya tetap ado~ So, tengok je la.. Kami berempat mmg bergambar sakan disekitar tempat tu.  


Berani beb.  Aku mmg surrender dari awal

Then, we move forward to tempat pembikinan rice paper or kertas nasi? kertas beras? nipis gile and sedap *kata kak Watie and Kak Im*.. aku pandang and tak makan pun.  heheeeh.. Sementelah sejam lebeh disana, kami gerak ke second stop, lunch time~

Kak Im da borong.  Sedap tau.

Second stop: Lunch hour
Untuk lunch hour ni, kami dibawa ke tempat ape tah, aku pun tak tahu namanya.. Dragon Island, Chicken Island? tak dengar mamat tu cakap ape weh.. *aku yg pekak tak dengar kekdahnya* heheheheh... So, menu lunch, pho dan air masak. Orang putih, nasi ayam.  Mmg confirm2 la kami tak boleh makan sebab mmg non-muslim.  Tetiba tourist guide tu kata "you cannot eat this, ok.. have babi".. Oh no! Dia kata babi.. sesuka hati jeeeeee!!! hahaha.. kami terkejut jugak time dia cakap tu.. hahaha.. tapi rasa cam lawak pun hado..


Kiri atas: Lunch aku.  Others: Pemandangan.


Usai makan, kami lihat-lihat sekeliling and sebelah tempat makan, ada taman mini yang penuh dengan sculpture dragon.  Time tu paneh kemain, jadi, snap je la gambar secepat mungkin.  So, bila da puas bergambar, kami duduk dikedai sambil tunggu tourist guide ajak pulang.  Time tu plak perut aku mendidih.  Agaknya, pho tadi pedas, tu yang tak tahan.  Sudahnya, aku ke toilet.  Seb bek ada air mineral sebotol besar, guna la menda tu sebab air mmg nan hado kek toilet tesobut.  Gagal weh... heheheeh...


Posing-posing sekejap.  hehehe

Da tuh, semua orang melepek kat restoren, tunggu bot kami.  Ntah yang mana satu.  Last-last, tourist guide kami datang kata "aiyo, all of you want to stay here?".. kitorang pelik and buat muka heran, sebab bukan kami je, ada lagi ramai tourist yang melepek ngn kitorang ni haaa!.  Sudahnya, dia pegi gatherkan semua orang tadi.

Last stop: Perkampungan Sg Mekong
Our next destination, minum air teh+madu+limau.  Ok, teh o limau.  Kedai mamak pun hado!.. Actually, madu yang dia pakai, madu yang belom jadi cecair.  Honey comb.  Yes, sarang lebah dia letak dalam air tu.  Dorang jual macam-macam lagi produk.  Aku minum ngn teragak-agak.  Tapi aku yakin, ianya halal.  Just kebersihan tu je laaaaa.. *makcik ni cerewet sikitttt*...


Minuman kami disini.  Hensem budak nih. :P

Sudah habis minum air limau, kami dibawa untuk menaiki sampan.  Kemana? Ke tempat perkampungan Sg Mekong lagi.  Menarik tau. Sepanjang perjalanan, ada bnyk buah kelapa..  Buah kelapa yang bukan cam kat sini.  Huh? Camno bontuk ea? Camni haaa...

Kelapa? apakah jenis ini? Adik aku kata pokok nipah... adakah buah pokok nipah ini digunakan untuk membuat coconut candy tadi?? Nay, thnx bro.. ur d best~!! ^^

Sempat posing atas sampan.  Masa ni mmg takut sampan ni terbalik.  Gigih makcik pengayuh tu.

Sampan yang dikayuh ole seorang ahjumma yang kuat, akhirnya berhenti disebuah perkampungan.  Layankan gambar tuk tengok apa yang ada kay?

Hasil buatan tangan untuk dijual.

Nyanyian lagi tradisional Vietnam.  

Jom makan buah.  Semua ni ada kat Msia.  Omputih je tak pernah tgok.

Antara hasil jualan dan kraftangan orang di perkampungan Sg Mekong

Tour perkampungan sg Mekong tamat lebih kurang pukul 2pm gitu.  Sebelum ke jeti, sempat jugak la aku amik gambar yang bg aku menariks~

Kanan bawah:  Teringin menjadi seperti mereka, melancong bersama even da bangka.

Last pic before depart.

Kami tiba di bandar Saigon lebih kurang pukul5.30pm.  Balik tu, singgah la Ben Tahn, tuk carik kain.  Cukup 6pm, cepat-cepat pulang ke hotel Kak Watie and Kak Im, tuk solat.  Aku and Kasha pulang ke Thien Hong.  Lupa plak nak bgtau, kami berdua da check put pepagi buta before ke Mekong Tour sebab nak pindah Saigon Pink 2.  Kami tido di SP2 selama semalam, sebab nak senang angkut barang bagai.  Tahan teksi dari AVA, terus ke Thien Hong and amik barang, tahan taxi lagi, terus check in SP2.  hehehe.. expressssss~!!! Malam tu, tido dengan nyenyak and aku da pack sebab pepagi lagi nak balik dah.

Ok, tammat la sudeh pembebelan aku tentang percuti ke Saigon yang unik.  Selama 5 hari, jujur aku cakap, mmg tak cukup untuk meredah pelusuk Saigon.  InsyaAllah, ada kesempatan, aku akan merepeat lagi HCMC. Tapi kali ni route lebih panjang.  Doakan aku ye~


Kamera da nazak.  Sempat aku titip gambar ni tuk diri.

Till then, bye..








Thursday, August 16, 2012

Saigon - a city with honk (part 6)

Assalamualaikum...

Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.  
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 2), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 3), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 4), 06.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..

Ok, moh le kita teruskan pengembaraan cik zette and cik Kasha ke alam Viet Nam.. untuk hari ketiga.. on 07.07.2012.. Best woo hari ketiga ni.. Lebih mengancam and lebih padat.. kununnya laaaaa... heheeh.. Oh ye, Selamat menyambut Hari Raya ye kawan-kawan.. :)

Before tido semalam, aku sapu kaki and tapak kaki dengan balm.. dengan bnyknya.  Pagi bangun, kaki kurang keras and kurang sakit.  heheh.  Gigih kami bangun and call Minh tuk datang ukur baju Kasha.  Kasha call Haji Nasir tuk sarapan pagi.  Aku kelaparan sbb malam semalam makan simple2 je.  So, memandangkan kami nak ke Chu Chi Tunnel hari ni, jadi, makanan berat wajib jadi pilihan.

Sarapan kami dengan Haji Nasir.. sedap gile...

After sarapan, Minh datang and time tu ada lagi dalam 20 ke 30 minit untuk gerak ke Chu Chi Tunnel.  Uncle and Auntie Thien Hong ni dah btau semalam yg tour guide akan datang jemput kami.  So, lepas je Minh ukur and all, terus turun.  Mmg tour guide tu dah tunggu pun.  Hehe.  Kami mmg lambat sikit.  *sorrii*.. Sesudah kami turun, tour guide tu pergi jemput orang lain juga.. Ada hotel Miu Miu, ke MiMi.. berdekatan juga dengan Thien Hong.  Kami berdua sahaja yang malays, yg lain, chinese, japanese, and mat salleh op kos.  Da jemput tourists di sekitar hotel kami, perjalanan ke tempat menunggu bas plak.  Tunggu la bersapau menanti bas, lebih kurang, pukul 9.30 pg baru tiba.  Bas tour tu berhenti-henti juga sepanjang jalan sbb nak kutip lagi berberapa orang tourists.  Yang nyata, kami juga yang malays.. hmmm... aku amik gamba sepanjang dalam bas tu.  Jadi, layankan je la ek...

Our ticket

Sementara menunggu minibus, ramai penjual yg datang. Untuk mengelakkan aku pandang mereka, aku amik la gambar pemandangan bangunan

Our tour guide, lupo dah nama pak cik ni

Banyak motor.. scooter dorang comel!

Atas: pasar basah mungkin
Bawah: tokong

Ni backpackers area, and bus tengah pick up several tourists.

Atas (kiri):  Iklan tepi jalan
Bawah (kiri): Muatan terlebih ni, saman, saman, opppsss, this is hcmc la beb! not Malaysia
Kanan: Traffic light for motorcyclist.  cool. tak de la jenuh nak mandang ke atas.

Hentian pertama bukan sebab dah sampai, tapi tempat pembuatan lacquerware.. a.k.a Lacquerware Factory.  Dalam kilang ni, pekerjanya adalah mangsa agent orange, mostly.  Cerita pasal agent orange, boleh rujuk entri yang sebelum ini, or rujuk terus ngn pakcik wiki.  Penyinggahan ini adalah salah satu dari tour program untuk melariskan product lacquerware dan menambah pendapatan mangsa agent orange.  Mereka ni mostly handicapped people, which, involving in this work is good for them.  Tak perlu meminta-minta dan mengamalkan prinsip berusaha dengan tulang empat kerat sendiri.  Kagum!

Tour guide bg tuorist lebih kurang 1jam - 1.5 jam untuk melihat - lihat produk dan melakukan proses membeli belah.  Bnyk perhiasan dan pingan mangkuk yang dijual.  Harga? boleh tahan...  Meh la layankan gambar.  Aku tak beli pape pun disini sebab aku rasa mahal.  Over d bajet. heheh

Antara barangan yang dijual disini

Smurf pun ada~

Terompah pun ada, yang menarik, almari laci yang cantik

Selepas melakukan sesi camwhore, kami pun terus keluar menunggu bas untuk meneruskan perjalanan.  Destinasi berikutnya, Chu Chi Tunnel~

Sesampai Chu Chi, mmg manusia, seyus, ramai gilos.  Ntah mana satu group aku, aku pun tak pasti.  Mmg konpius habis..  Tapi aku adalah perasan ngn omputih yang pakai kopiah kait segroup ngn aku.  Pe lagi, pollow dia.  Korang jgn risau, tour guide akan jaga korang and insyaAllah, korang takkan sesat dalam tour Chu Chi ni.  Dalam pukul 1pm ke 2pm tah, dah abih da tour ni.  O ye, ada gak dijual jagung rebus kat dalam Chu Chi ni.  aku tak beli sbb aku bawak snickers.

Telupo plak nak cerita pasal Chu Chi.  Korang just type je Chu Chi, ramai je orang mengatakan pasal Chu Chi tunnel ini dan sejarahnya.  Info yang aku baru dapat, hasil dari tgok Samantha Brown ke Viet Nam, adalah, rupa-rupanya, tunnel yang ada sekarang saiz dia 3 kali ganda besar dari yg asal.  *Biar betik!*.  Sebab mmg tunnel tu kecik yang hamat.  Aku tak masuk, tapi masa Sam masuk tu, mmg da kecil and dia membongkok.  Hebat orang Viet Nam ni..

Malas nak cerita panjang sebab aku pose ri ni *tetiba*.  Layankan gambar je la yerrrrrr... :)

Dorang bagi peta, which kami guna as kipas.  Panas.

First stop: jerangkap samar yang dalam ada cerucuk.  Seram...

Orang Viet Nam demo untuk masuk ke Tunnel.  Even so, tour guide aku siap cakap "this tunnel is enlarged to make sure it suits European people".. waduhhh.. kecik sungguh mereka..

One of Malaysian cuba.  Muat~!! Tahniah Malaysia.  Aku? confirm tak muat.. heheheh..

Bergambar dengan patung-patung tentera Viet Nam.

Jenis - jenis trap yang ada

Rolling ni yg paling menakutkan aku rasa

Nak masuk tunnel? guna laluan ini ye..

Dorang tunjuk cara-cara buat bom dahulu kala

Kasha makan jagung di tempat menembak

Rice paper ni mmg famous.  Tak sure dorang buat untuk apa

Kami sekitar chu chi tunnel tour

Bergambar lagi...^^

Time ni boleh cuba masuk tunnel, tapi aku tak masuk, sebab malas........ sgt malas time ni... da penat kot..

Antara souvenir yang dijual.  Hasil dari tin minuman 

Time pulang, mmg kejenya tido aja sebab penat sgt, berjalan kaki seluas padang bola aku rasa. *ke 2kali padang bola tah*.  Bas tour ni akan berhenti di berberapa stop, first, War Remnants Museum, second, Ben Tanh, last one, Tuan Travel Agency.  Kami berhenti yang last stop sebab nak balik hotel and solat.  Da tanya  kat tour guide tu, dekat tak Backpackers area ni dengan hotel kami.  Dia kata "yes, o yes, not far".  Aku nodded, then, turun bas, serius, tah mana alam ni.  Tour guide tu kata terus je.  Sudahnya, kami naik teksi je, sebab tak tahu mana alam tu.  Naik Vinasun, tak sampai 10 minit, da sampai hotel.  hehhe.. sah mmg dekat. Maybe ada pedestrian walk/ lorong yang kami tak tahu.  Yelah, backpackers area ni, orang kita tak pergi.  Yang ada, foreigner.  But, what can i say, this is an interesting area.  Will come back to explore backpackers area ni.  InsyaAllah.....


Kiri: Menariknya jajan tu, tapi aku tak berani beli
Kanan (atas): Tuan travel head office
Kanan (bawah): apela yang akak ni jual ye..

Pemandangan sekitar backpackers area

Tak jumpa jalan balik, sudahnya, kami amik vinasun balik hotel

Da sampai Thien Hong, kami solat and sucikan diri.  And, keluar balik untuk ke Ben Tanh, dan aku telah beli 4 pasang kain cotton lagi kat sini.  Mmg heaven.. Pergi cari kak watie yang baru sampai dari Msia, another Carian, and, lepak bilik dia.  Makan.  Sambung g pasar malam~

Tamat sudah hari ke-tiga aku.  Bosankan? hehehe.. not so-boring for me.  Sebab aku tgok bnyk benda.  yang paling best, tengok Mat Salleh amik gambar rice field.  Yelah, tempat dia tak ada.  heheheh.. Malam tu aku tido ngn nyenyaknya... Esok nak ke Mekong Delta tour plakssss..


Malam tu minum kopi susu ais... Mabelessss~~

Juga minum susu ini! Sedap sebab sejuk kot.. heheheh..

Tahniah kepada Kasha sebab da ada travelogue sendiri.  Dan juga, kisah seram and horror di saigon boleh rujuk sini (post #790)  *bukan experience aku, mintak jauhkan*.. Amiiiiinnnn.  

Till then,