Enough me! Its you now!

Friday, July 13, 2012

Solat ketika melancong

Assalamualaikum...

Entri aku kali ni bukan pasal Viet Nam ye, tapi entri apsal solat ketika melancong.  Hobi aku dari kecik sampai besar gedabak ni, mmg berjalan-jalan.  Bukan apa, tengok ciptaan Allah, sambil menerapkan diri dengan tawaduk and syukur..

Bila aku berada di Bandung bulan 4, aku tidak mengalami masalah untuk bersolat.  Sebab negara Indonesia merupakan negara Islam dan jika kita solat, orang tak akan pandang kita semacam sebab perkara itu normal.

Bila aku berada di Viet Nam baru-baru ini, aku mendapati memang kurang tempat solat awam.  Dan tour melawat kota Ho Chi Minh yang aku amik juga bukan tour muslim.  Jadi, bila kata solat, dorang terpinga-pinga.  *aku tak tanya pun tapi*.. heheh..

Aku mempunyai lagi satu trip yg melibatkan waktu subuh.. Walaupun jauh lagi tarikhnya, persediaan awal haruslah dilakukan.  Malah, tempat yang aku akan lawati kat sana, aku tak yakin ada tempat solat awam or stor yang orang boleh bg pinjam sesuka hati *ado ke?*..  Mmg kat bandar ada, tapi kat kawasan terpencil? bagaimanakah?

Jadinya.. aku google tadi, jumpalah persoalan yang telah dijawab...

Korang boleh refer disini:

1) Penerangan solat dalam kapal terbang/ kenderaan yang tak berhenti ketika waktu solat.

2) Pertanyaan seorang traveller pasal tak dapat solat zohor/asar

3) Solat atas kenderaan <-- ini lebih jelas

Yang nombor (3) lebih jelas penerangan tentang solat ketika melancong ke luar negara.  Kawan-kawan boleh la tgok and baca.  Aku bersyukur sebab dapat baca menda ni and aku akan lebih yakin untuk melihat bumi milik Allah ini..  Alhamdulillah...

Ehsan pakcik google

Till then, selamat beramal~


5 comments:

  1. kami selalu prepare plastik utk ganti sejadah.. pastu cari air utk wuduk & solat je kat mana2 yg agak2 bersih.. kalo ada shopping mall, pi je kat area exit or tangga yg kurang orang lalu lalang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke.. bagusnya... pernah terpikir.. tapi tak buat lagi.. heheh.. thnx for the tips~

      Delete
  2. betul - park ja mana2- bawak air dalam botolmineral - sekadar basahkan rata dengan tgn (ustaz kata bagi nampak air 3 titis air jatuh/meleleh - yg lain tu rata basah kulit la dgn yakin - cari tmpt bersih there u go, masa belajar obersea dulu buat gini selalu -
    masa dlm flight pray duduk ikut current time, ni pengalaman baru juga tahu ni masa g umrah- kalau masa tu matahari naik - subuh le hehe- life is such an easy n happy when we pray kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! betul.. rasa happy sbb dapat solat.. tak de menggelabah nak cari tempat solat kat tgah2 travel tuh... :)

      thnx for the info~~ :)

      Delete
  3. Siapa nak try beraya diperantauan?best!!satu pergalaman yg berbeza.kat perth pun ada holiday bungalows run by a muslim malaysian family. memang harga berpatutan dan service thumb up lah. kita boleh masak makanan halal sendiri. sebab makanan kat luar memang mahal. kami dah try penginapan. rumah sgt cantik dan kemas bersih and well fully furnished. sesuai untuk keluarga dan group. owner nya pun sgt peramah dan helpful. diaorg siap ada kereta dan mpv untuk sewa. harga sgt murah. Mereka ada buat pakej termasuk la pakej semasa ramadhan dan syawal.cuba la.memang menarik.oleh contact 0123360098 nama anak owner tu cik siti

    ReplyDelete