Assalamualaikum...
Lamanya la aku tak update apa-apa kat blog ni. Da bersawang.. Bukan tak mahu update, tapi kekangan masa dan waktu yang sangat mencemburui aku, aku terpaksa menjadikan blog ini a part time job instead of doing it full time. Lama juga tidak ber-update, 2 bulan. Dan, bulan ini adalah yang terakhir pada 2013. Ok, kita sambung ea.. Keep on reading please.. :)
***
Entri untuk Padang-Bukittinggi, klik sini.
Entri untuk Padang-Bukittinggi (First day), klik sini.
Entri untuk Padang-Bukittinggi (Second day), klik sini.
Pagi-pagi lagi kami dah check out dari hotel. Malam ini (malam ke-3) kami akan
tidur di Padang. Aku dah book hotel Hang Tuah melalui Agoda.com. Horror gile
hotel ini. SILA JANGAN
DUDUK if book guna online.
Ini my 10sen opinion. If korang nak caras or rasa tak patut aku buat begini,
sila baca blog lain. Tak payah baca blog aku. *tetiba sentap*. hehe. Sepanjang
perjalanan kami dari Bukittinggi ke Padang, banyak tempat yang kami singgah.
Diantara perjalanan itu, kami dibawa ke tempat makan tepi kolam (tak ada gambar, maaf) juga tempat membeli alpulkat.. alpulkat or avocado.. rasa avocado ni kelat-kelas lemak. Bagi aku kurang sedap, tapi orang lain, rasanya sedap je. Aku yang cerewet mungkin..

Rupa alpulkat yang lemak-lemak kelat
Kedai baju saiz jumbo
Jumbo itu saiz besar. Memandangkan adik aku ingin mencari baju-baju bersaiz jumbo, beliau meminta Riki membawakan dia ke tempat-tempat itu. Maka, Riki membawa kami ke 2,3 buah kedai juga yang terletak di Bukittinggi ini. Kalau ada saiz, boleh beli. :)
Tabek Patah
Tempat ni aku rasa tak perlu diperkenalkan lagi. Ianya merupakan kunjungan wajib untuk merasa kopi herba unik. Ada bunga lawang, kulit kayu manis dan lain-lain campuran. Ianya dikatakan berkhasiat dan bisa mengurangkan darah tinggi dan kencing manis. Kami mencuba kopi ini dengan pisang salai. Sedap sangat-sangat. Dengan pemandangan lagi. Dah puas borak-borak and habis mengopi, kami membeli sikit makanan untuk dibawa pulang ke semenanjung.

Kopi herba + kulit kayu manis + pisang salai = terbaik
Coklat yang unik.. Kulit penyu ini asli ye.. ni Riki yang btau.. kasihan lak rasa
Sulaman Hajah Rosmah
Toko sulaman ini juga tak perlu aku perkenalkan pada korang.
Tempat ni famous kot. Cer Google, macam famous je, macam famous je.
hehe. Hajah Rosmah memang tak asing lagi dalam dunia sulaman. Kedai
sulaman dia ramai penyulam dan sulamannya kemas dan cantik-cantik. Aku
sempat beli 2 helai tudung, cantik dan kemas sulamannya. Harga? Jujur
cakap, luar kemampuan sebab nggak murah. Masa ni taraf ribuan je semua.
Tapi sulaman memang kemas, jika anda semua peminat sulam dan pentingkan
kualiti, sila beli. Pasti tak rugi.
Istano Bosa Pagar Ruyung
Tempat
terakhir yang dibawa Riki adalah istana ini. Istano bosa pagar ruyung.
Istana ini beratapkan minagkabau dan ukiran dibadan istano amatlah
cantik. Kami pun camwhore depan istano ni umpama kami sendiri punya.
Juga masa ni, hari dah kelihatan suram dan hujan rintik-rintik mula
menitis. Kami berlari ke kedai di seberang jalan istano. Beli apa
yang patut, terus shoot to Hotel Hang Tuah.
Hotel Hang Tuah
Jika anda nak juga duduk disini, sila minta supir yang booking. Memandangkan aku book guna Agoda.com, aku nak complaint pun tak berapa sedap (yelah, dah murah hotel ni). Masalah yang aku hadapi antaranya tidak ada free wifi, receptionist yang kurang mesra, bilik yang usang (katil tua yang reput), toilet tersumbat dan kotor. Please jangan tinggal disini. Ini review aku as one of the customer.
Bertentangan hotel Hang Tuah ini ada Ramayana dan kami singgah lagi. Jalan kaki sahaja dari hotel. Da puas tawaf, pulang ke hotel untuk bersihkan diri. Malam tu, kami dinner seafood di Padang ini sebab kata Riki, sedapnya disini adalah seafood. Percaya atau tidak, total kami makan berenam dan pelbagai lauk adalah RM40 lebih sahaja. Siap sotong goreng tepung 2 pinggan (sebab tak tahu 1 porsi besar mana). Sila cuba seafood di Padang! Minta supir korang bawakan. Dah makan, tidurlah di hotel horror itu.. nak buat macam manakan. Esok nak balik dah. Flight pagi...
Tamat sudah cerita Padang-Bukittinggi, Indonesia. Maaflah sebab aku terlalu mengambil masa untuk trip ini. Kerja hakiki berkejaran dengan kerja peribadi. Bari tadi terbaca kisah allahyarham Ammar, pelajar Malaysia di Turki yang mati syahid. Mengagumi beliau, merantau untuk ilmu. Terpana aku sekejap. Aku berdoa agar semua trip yang aku telah/akan pergi, Allah beri hidayah dan pahala yang berlipat ganda. Misi aku setelah Perth telah membuka mata dan aim aku. Apa aim aku? Tungggggguuuuuu...
Till then,