Enough me! Its you now!

Friday, September 20, 2013

Padang - Bukittinggi, Indonesia (Second day)

Assalamualaikum...

Entri untuk Padang-Bukittinggi, klik sini.
Entri untuk Padang-Bukittinggi (First day), klik sini.

Early wakeup. Dalam jam 8.30 pagi sudah turun untuk breakfast. Breakfast di Karisma enak banget. Simple but the food is tasteful. I really enjoy Indonesian taste. Semuanya rich in flavour and the ingredients tak kedekut. Hehe.  Masa tengah breakfast, famous tentang narkoba. Narboka itu dadah or herion (aku pun tak pasti tentang ini). Yang tersangka narkoba adalah Rafi Ahmad. Masa itu memang jadi bualan hangat dalam 2 - 3 hari juga. Perbincangan tentang narkoba dan lain-lainnya memang hebat diperbahaskan pagi itu. 



Sementara tunggu Riki

Koto Gadang
Tempat bersejarah ini merupakan salah satu tempat pelancongan yang popular dikalangan penduduk setempat atau dari luar negara (kami lah tu). Boleh baca selanjutnya mengenai Koto Gadang ini disini. Masa ni kami tak masuk sebab terlalu ramai orang di dalam. Kalau tak salah, boleh memakai pakaian asli minangkabau disini. Berhadapannya, Masjid Nurul Iman. Cantik masjidnya. Bergambar dulu. 


Koto Gadang


Silverwok
Disini, kita boleh melihat teknik membuat silver atau perak. If ada yang korang berkenan, boleh tempah dan boleh datang ambil kemudian. Memang cantik dan halus hasil kerjanya. Murah pun murah. My mom beli rantai dengan loket, which cost < RM 100. Perak ini perak asli dan warna putih kelabu. Bersinar-sinar dan cantik sekali!


Peraknya putih. Cantik sungguh miniature Koto Gadang tu. Harga tak tanya, tak berani. hehe

Halus buatannya. Semuanya hand-made.

Panorama
Di Panorama, pemandangan semulajadi yang cantik dapat kita lihat. Kedudukan kedai ini di atas bukit dan sayup nun sana, ada bukit-bukit yang menghijau. Padi menghijau. Segar je mata masa ni.



Melihat rumah-rumah di pinggiran bukit. Sawah di tepi bukit. Juga jarang dilihat di Malaysia

Tasik Maninjau
Di tempat ini kami ambil port di kedai dan duduk minum. Santai-santai. Makan-makan. Kami memang begitu, suka ambil masa pada sesuatu tempat. Sambil-sambil tengok pemandangan tasik di hujung sana. Masa kami disana, Riki tak turun ke bawah sebab jalannya agak berliku dan agak licin. Baru lepas hujan renyai-renyai. Usai makan, kami ke tempat menjual barangan cenderamata. Di tepi tempat kami minum tu pun ada orang jual cenderamata, tapi pasal terlalu ramai dan sesak dengan penjual, Riki bawakan ke tempat tak ada orang menjual-jual ni. If korang pandai tawar, sila tawar. Aku? Serahkan pada yang pakar. :)

Tasiknya nun disana

First time aku makan ini. Ini apam labu. Ianya SEDAP! Sila cuba.

Bayam salut tepung. Rangup and sedap juga!

Bundo Kanduang (Tempat cendol labu)
First time aku makan cendol labu. Seriously, from my humble opinion, it is tasty! Sedap sangat sampai nak tambah lagi. Bersebelahan tempat cendol labu ni, ada kedai menjual kerepek-kerepek dan keropok-keropok yang biasa dan luar biasa. Baru aku perasan, sepanjang kat sini, orang Padang memang suka makan apa-apa aje dengan keropok. Hmm. Kami beli berberapa jenis keropok. Aku cuba makan keropok kerang. Best keropok I had! Seriously, sila beli.


Kat tanah air tercinta tak ada ni

Plaza Bukittinggi & Jam Gadang
This is the last place for today. Kami minta Riki berhentikan kami disini dan tak guna perkhidmatan dia untuk ke hotel petang ni. Nanti makan malam baru dia datang balik. Masa kami disini, hari hujung minggu. Hujung minggu disini sangat meriah dengan pelbagai jenis makanan, cenderamata and orang. Tempat ni dekat dengan Pasar Atas dan Jam Gadang. So, melintas je jalan untuk ke Jam Gadang. Street food juga banyak. Bolehlah cuba-cuba..

Plaze Bukittinggi ni shopping complex

Kukuh dan segak


Pasar Atas
Pasar ini merupakan tempat menjual-jual baju-bajan, kain-kain dan lain-lain. Dari baju bayi sehingga ke baju orang dewasa memang ada disini. Rambang mata memilih. Pasar Atas ini tidaklah sebesar Pasar Baru Bandung, tetapi pilihan yang ada agak sama. Cuma bedanya harga yang ditawarkan. Yang paling penting, boleh tawar lagi. Dibahagian luarnya terdapat pelbagai gerai yang menjual souvenir yang cantik-cantik. Kami sampai hari dah agak lewat dan esok (hari ketiga) nak singgah sini lagi. Jadi, survey-survey dulu.

Banyak pilihan. Make your wise decision. Masa kat dalam Pasar Atas, memang tak ambil gambar sebab sibuk membeli =)

Tekun mencari sesuap nasi

***

Dah puas berpusing-pusing, kami pulang ke Karisma Hotel. Dari Pasar Atas ke hotel cumaan 15-20 minit berjalan kaki. Memandangkan masing-masing kepenatan dari siang tadi. So, kami jalan selow motion. Duduk kejap, jalan balik. Singgah kedai dan sambung jalan. Sempat juga bertembung dengan tugu Bung Hamka. Tak singgah tapi sempatlah snap gambar ini.

Gambar kanan merupakan tugu menunjukkan segala kuasa sihir berjaya ditumpaskan. Yang berdiri itu Imam Bonjol yang terdapat pada wang kertas Indonesia.

Dah sampai bilik, mandi, solat and rehat.  Malam tu, adik aku minta Riki membawakan kami makan ke tempat yang locals suka makan. Yelah, nak cuba juga apa yang best disini. Kata Riki, yang enak itu ayam penyet, bebek penyet dan pecel lele. Pecel lele tu ikan keli goreng. Kedai yang dibawa Riki tu sangat best! Locals sangat. Kedainya bersih sahaja. Aku ambil ayam penyet. Ada juga yang pesan pecel lele. Ayamnya ayam kampung, memang kurus hokay, tapi isinya lembut. If nak ayam banyak, boleh tambah. Murah pun murah *tak berapa ingat harga*. Pecel lele memang terbaik! Cukup rasa semuanya. Adik aku sampai tambah 2 kali. 

Puas hati sangat-sangat dapat makan local dish. Kat Malaysia pun ada penyet-penyet ni, tapi dapat rasa yang asalnya sangat puas hati. Ok, t aku sambung lagi ye. 

Till then,


9 comments:

  1. Bayam Salut Tepung..?? Apam Labu..??? waaa.. sedapp tu.. untung la...

    Sawah di tepi bukit tu.. bertingkat2 ek.. lawa panorama tu.. :D

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rindu bangat dgn BT , tak pe next year nak ripit balik...hehe
      kedai makan local tu nama apa? next time nak terai makan situ

      Delete
  3. Kain RM20 je sepasang kalu beli borong? Gulp.
    Buleh la ko meniaga online kalu rajin hi hi hi.

    ReplyDelete
  4. wahhh...btol2 explore bukit tinggi eh
    murah la sis dpt rm20 sepasang

    ReplyDelete
  5. waaa..kene jejakkkan kaki gak kesini ni nanti!!!

    ReplyDelete
  6. macam nk pergi.. huhuhu tapi x sure best @ tak

    ReplyDelete
  7. assalam, kami ada menyediakan ground pakej ke Padang-Bukit Tinggi dengan harga yg sangat berpatutan!bermula RM450, siap makan, hotel, entrance fee, transport, driver, tinggal bawa duit shopping je tau ^_^
    .
    whatsapp +6012-6047593
    ig @percutianbajet

    ReplyDelete