Enough me! Its you now!

Friday, September 6, 2013

Padang - Bukittinggi, Indonesia (First day)

Assalamualaikum...

Entri untuk Padang-Bukittinggi, klik sini.

Nak kata pergi sini berliburan, tidak.  Nak kata pergi sini, rehat-rehat, pun tidak. Travel ni menggunakan semua anggota badan and ianya bukan cuti. Ianya bersenam. Tapi aku classify percutian kali ni sebagai percutian membeli-belah, shopping! Rombongan kali ni disertai oleh 5 orang.  My mom, adik and wifey dia, adik bongsu and me.  Tak sampai 24 jam aku duduk LCCT, esok malam dah kembali kat LCCT untuk flight awal ke Padang, Indonesia.

Untuk trip shopping kali ini, aku book transport dengan Aldi, famous driver kat Padang-Bukittinggi ni. Oleh kerana Aldi sudah dibooked oleh orang lain, dia beri aku pemandu, Riki. Orangnya baik. Bahkan, sebut sahaja korang nak makan kat mana (tempat murah, tempat mahal) semua dia boleh bawakkan.  Ni nombor telefon beliau: +6285355505655.  Untuk perkhidmatan Aldi pula: FB, Email. Kalau korang booked tour dengan Aldi ni, harga transport+hotel memang murah dia bagi.  Plus, kami duduk bilik superior.  Harga yang terpampang untuk pelancong memang jauh lebih mahal jika Aldi yang bagi. Kiranya, Aldi bawak pelanggan, pihak hotel akan bagi harga murah.

Aku dan adik bongsu aku dah ada kat LCCT jam 1.30 pagi.  Park kat tepi car park (tak masuk lagi), tidur. Dalam pukul 5.00 pagi, ayah aku datang ketuk tingkap kereta.  Aku park kereta kat parking nearby LCCT sebab mudah dan aku tidak mahu menyusahkan sesiapa hantar aku. Kami check in barang-barang dan kemudian menunggu di ruangan menunggu.

Sepanjang atas flight kami berlima tidur sebab mak, adik and his wifey gerak jam 3 pagi dari kampung. Sesudah touch down, masa keluar dari flight, terjumpa Kashaz (Atika Ramlan), otai MBC and BBM. Aku pernah pergi HCMC dengan Kashaz, sempoi minah ni. Kami siap lambai-lambai dari kejauhan.  Rindu nak travel dengan dia ni lagi.  =)

Trip kali ni, aku mulakan dengan tempat-tempat yang kami lawati dari hari pertama hingga hari pulang. Gambaran tentang perjalanan, aku kabur. Kebanyakan tempat yang kami lawati memang dibawa oleh Riki. Dan mana-mana tempat yang kami nak pergi, khabarkan pada dia dan dia akan bawakan. Untuk tempoh 5 hari, hanya 4 hari yang pemandunya dihire.  Perjalanan kami dari 2 till 6 Feb 2013.

Airport Minangkabau. Date tagging aku salah. Travel date :: 2 - 6 Feb 2013

Landasan keretapi didepan rumah. Wow

Kami diberi makanan ini secara gratis oleh Riki. Ianya memang sedap dan mantap!

Rumah Makan Lamun Ombak
Pagi-pagi tu, kami terus isi perut yang berbunyi di RM Lamun Ombak. Katanya famous dikalangan Malaysian. Breakfast dulu dengan pelbagai pilihan makanan. Harga murah dan makanannya enak sekali. Pilihan menunya banyak. Korang boleh cuba masakan panas and paling penting, kena cuba air lamun ombak. Warna biru. Sedap tapi sedikit pening untuk dicuba dipagi hari. Macam rasa tapai-tapai and masam manis. Air masak memang diberikan secara gratis disini.



Yang biru itu air lamun ombak. Rasanya? Sedap, tetapi tak berapa sesuai jika minum pagi-pagi. hehe

Air terjun Lembah Anai
Kami dibawa ke air terjun. Air terjun Lembah Anai. Menariknya, walaupun air terjun ini sebelah jalan raya tetapi ianya sangat cantik. Terpegun sekejap sebab aku dah lama tak tengok air terjun. Dikatakan kalau membasuh muka atau mandi menggunakan air ini, awet muda. Aku cuma tengok, sebab nak mandi terlalu open air. Segan.

Lembah anai yang sangat cantik. 


Kerepek belado antara kegemaran aku

Pusat Kebudayaan Minangkabau
Sesudah itu, kami bergerak ke rumah minang. Pusat kebudayaan minangkabau lebih tepat. Rumah ini teramatlah unik, ukirannya cantik dan keasliannya ada. Walaupun aku orang nogori, tetapi kat nogori boleh bilang dengan jari berapa banyak rumah sebegini yang ada. Tak sempat mendengar penerangan orang di pusat ini sebab sedikit terlambat.  Di rumah ini ada menyediakan informasi tentang sejarah minangkabau.



Kisah sejarah yang tak sempat kami ikuti. Tapi boleh baca tentang ianya disini.

Kedai sulaman
Sepanjang perjalanan ke Bukittinggi, kami memang singgah berberapa buah kedai sulaman. Habis beratus ribu- ratus ribu. Memang cantik! Puas hati kalau beli kat sini. Aku niat memang nak membeli untuk hari raya, terus beli dalam 2-3 pasang. Hampir habis berjuta juga untuk semua ini. *haih*. Kalau ditanya mana lokasi aku membeli, aku pun tak pasti sebab Riki yang bawa. Dia lebih mahir. Kalau kami tak puas hati dengan kedai ini, dia akan bawa lagi ke kedai lain sampai kita puas hati. Bagus sekali!

Penginapan
Setelah penat bershopping, kami di bawa ke hotel Karisma. Tempat kami menginap di Bukittinggi ni. Hotelnya bagus sekali. Bersih dan nyaman. Tetiba keluar dialect indon. Funny. Bilik yang kami dapat 2 bilik superior, satu bilik 3 orang dan satu bilik lagi untuk 2 orang. Biliknya luas dan bersih. Ada lift ye, jangan risau sakit lutut ye. Harga? Aldi yang booking untuk kami, siap ada discount. Harga yang Aldi beri sangat murah dan berbaloi. Sesudah check in, kami berehat, membersihkan diri dan solat. Dah janji dengan Riki untuk keluar makan malam dalam jam 7.

Bilik kami paling atas dan view bandar. Cantik banget!

Restoran Sederhana (Masakan Padang)
We had our dinner at this restoran sederhana. Restoran ini menyediakan masakan padang. Lauk sedap and murah. Kami tak asing-asingkan lauk yang kurang digemari, cuma, kalau memang tak usik, kami ketepikan semasa sudah makan tu. Masa makan tu, terjumpa pinggan yang ditanda tangan oleh collogue adik aku. Snap gambar as bukti. Baru aku teringat, kami tak ambil lunches sebab pagi itu dah breakfast dengan makanan berat. Jimat, jimat. hehe.

Collogue adik aku, Prof Dr Nor Hayati. Ada conference kot kat sini.

Makanan yang menjadi pilihan aku. Satay tu enak tapi sedikit berlemak.

***
Habis day one. Esoknya kami ke tempat menarik juga. Tapi more to sight seeing instead spending our money. Haha. Ongkos nipis dah first day ni. Nanti aku sambung untuk day-2 ni ye. Tadi baru jumpa geng kak Ton untuk tukar pictures. InshaAllah, akan cuba habiskan entri Padang-Bukittinggi and Surabaya dalam masa terdekat ni. Aku bersyukur sangat sebab I have siblings (adik ipar juga siblings) yang kamcheng and travel-mate (PPRT, kak Ton, kemboja, hcmc, etc) yang sangat best! Alhamdulillah. Allah permudahkan. =)

Ayat al-qurah yang aku gemari lately and aku gunakan tuk panduan hidup aku sehari-hari, inshaAllah:

"So remember me, I will remember you"
Al-Baqarah (152)

Till then,


43 comments:

  1. I love istana pagaruyung, megahnya dan indah bangunannya, ditunggu postingan selanjutnya :)

    ReplyDelete
  2. salam...
    suka baca part yg awal2..treveling ni bukan bercuti sgt pn...memang akan rasa penat tp bebaloi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau nak berehat.. hujung minggu je la rehattttt..

      Delete
  3. aku suka padang...padang-bukit tinggi lah tempat pertama aku g travel obersea..masa tu memang excited abis,frst time naik kapal terbang la katakan..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... sekarang ni mesti ko merindukan nak naik kapal terbang lagi :) take care!

      Delete
    2. aduii..mana ko tau nih..mmg sgt merindui kapal terbang okeh..nages asyik bc cerita travel org lain...haha tp,bekorban demi anak-anak..*macam dh tua sangat aku ni bunyiknya*

      Delete
    3. hahaha.. tak pe la.. nnt da bersalin, da kuat sikit, sambung travel.. ko dapat inspire anak2 ko.. kagum aku!

      Delete
  4. I missed Nasi Padang Sederhana a lot! Ya Allah, feel like having it now!

    ReplyDelete
    Replies
    1. me too.. if saya nak makan nasi padang.. macam nak terbang ke sana je.. :D

      Delete
  5. Bila tengok RM Lamun Ombak, Air Terjun Lembah Anai dan Pusat Kebudayaan Minangkabau ni, teringat kenangan JM ke padang-bukit tggi beberapa tahun lepas..kalau ke sana..setiap tourist akan di bawa ke tiga2 tempat ni. Pastu cuaca dingin je kan dalam perjalanan ke Bukit Tingi tu :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. dingin je.. masa kami pergi tu, ada ramai je orang malaysia yang ada disitu juga... mereka macam 20-30 orang..

      Delete
  6. Aishh seronoknya dpt jalan2 cuci mata. Bila la nak bercuti lagi. Ni yg buat rasa teringin nak ke sana.
    Terima kasih entry yg best ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. g padang ni seronok membeli-beli.. heheheh..

      Delete

  7. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  8. Tunjukla kain2 yg dibeli tu..nk tngk gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. kain tu dah abis jadi baju kak.. pakai time hari raya hari tu... :D

      Delete
  9. Macam best je kalau nak kenal sama itu Riki.. macam puas hati jugak dia bawa jenjalan dri gambaran ni.. :D

    Banyak nyer lauk atas meja tu.. boleh habis ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Riki tu. If nak book dia, kena melalui Aldi. Request je mana, dia boleh bawakkan.. tu yang best tu...

      Lauk tu? hahaha.. namapun restoran padang, makan mana yang kita nak je. dorang akan kira mana yang kita makan shj..

      Delete
  10. entri padang BT dah keluar...banyak tertunggak nampaknya
    Riki, ok nnt nak book dia lah..
    always remember u my dear..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhe.. riki tu ok je.. nak kemana.. dia bawak je kak.. :D

      Delete
  11. Tidak pernah pun terfikir nak pergi Padang tapi lepas baca blog awak, rasa nak book pergi Padang sekarang. Hahaha.. Adakah nama nasi padang diambil berdasarkan name tempat nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. its more too scenery (if you dont like shopping)..

      Delete
  12. Assalam anakanda, boleh baga e mail Aldi.akan ke Padang Disember nanti.Insyaa Allah.my email. Scahayamurni@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Mencari pakej ke Padang Bukittinggi?Kami uruskan utk anda.Insyaallah harga yang sangat berbaloi dan murah.Bandingkan harga kami!!
    Hubungi saya ditalian 0126665436 call,sms,whatsapp.
    Sebarang pertanyaan akan dilayan.Terimakasih

    ReplyDelete
  14. salam

    boleh emailkan sy email Aldi??? Saya akan travel solo ke sana.

    terima kasih

    ReplyDelete
  15. salam

    boleh emailkan sy email Aldi??? Saya akan travel solo ke sana.

    terima kasih

    ReplyDelete
  16. Salam
    Boleh berikan email aldi. Saya nak bawa student ke sana dan perlu belanja semurah mungkin. Cost pengangkutan masa disana berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini email aldi

      aldi_safri@yahoo.com

      boleh tnya aldi.. biasanya kita boleh kowtim dengan dia... dia sgt la okay~!!

      Delete
    2. dia tgok berapa ramai yang pergi.. if ramai, lagi murah sebab pakai bas..

      Delete
  17. Assalamualaikum ^^,

    Boleh tak share itinerary masa kat Padang and Bukit tinggi? :D
    Sbb plan nak pegi sana next year berdua with my fren. 1st time for me and 2nd times for
    my fren. Rmai yg suggest hire supir and it cost RM600 for 5d4n ( actually more to 4d4n ^^;; coz pgi2 lagi dah bertolak blk ) for hotel+transport and food. Appreciate your help ^^. please do email me at shafathiah@gmail.com

    Thank you

    *btw, saya pn minat drama korea n running man :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. sy tak ada itinerary pun actually.. yang buat semua supir tu.. just memang saya bgtau saya nak allocate satu hari untuk shopping tanpa supir.. tempat menarik sekitar padang-bukittinggi ni susah nak sampai if tak pakai supir...

      Delete
    2. Tq sbb reply ^^
      So from hotel+food+transport smua supir tu yg bt?
      how much dia charge ye? frm what time until what time sbb ade contact yg sy dpt
      frm 8am-8pm je and dia xnk kurangkn harga tuk shari, dia nk jg charge tuk 5d4n...

      Delete
  18. nak tumpang tanya,,, masa booking tu bayar dulu deposit kat sini n baki kat sana @ bayar semua dekat sini @ bayar semua dekat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap dapat balas ya,,, mungkin dekat email saya lovely_atien@yahoo.com sebab saya akan ke sana pada bulan April :)

      Delete
  19. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Apa bila Tuan/Puan ingin melawat bersama family atau rakan-rakan kat Padang - Bukittinggi dan memerlukan kenderaan jangan risau hati, KITA HOLIDAYS INDONESIA menyediakan PAKET TOUR dan PENGKHIDMATAN KENDERAAN dengan harga yang sangat berpatutan, dan dengan driver yang mesra, educated, baik hati,sopan dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pelayanan pada pelancong dari Malaysia. Menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna.

    Contact person :
    RIKO ADRYANSYAH

    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
    E_mail : riko_kitaholidays@yahoo.com
    http://kitaholidays.blogspot.co.id/


    Wassalam

    ReplyDelete
  20. assalam, kami ada menyediakan ground pakej ke Padang-Bukit Tinggi dengan harga yg sangat berpatutan!bermula RM450, siap makan, hotel, entrance fee, transport, driver, tinggal bawa duit shopping je tau ^_^
    .
    whatsapp +6012-6047593
    ig @percutianbajet

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum..

    Salam dari BUKITTINGGI PADANG.

    Salam juga buat admin.Mohon ijin untuk tumpang promotion kat sini.
    Salam dari saya Komen ajo.
    Saya nak menyapa tuan dan puan.pak cik dan mak cik.Abang dan akak.dan korang semua yang nak berencana untuk mengadakan lawatan ke bukittinggi padang.Saya ada penawaran harga menarik untuk percutian anda.
    Untuk info detail nya silahkan contact saya di talian.

    KOMEN AJO.
    Call/sms/whatsapp.+6281363990477

    Email.sopirpelancongan@gmail.com

    Terimakasih admin.

    Wassalam

    ReplyDelete