Enough me! Its you now!

Tuesday, March 26, 2013

Paper Krabi - Day 3

Assalamualaikum...

Entri untuk Krabi trip (01112012 ~ 04112012), klik sini.

Entri untuk Krabi trip, day 1 (01112012), klik sini.
Entri untuk Krabi trip, day 2 (02112012), klik sini.

Untuk hari ke-3 ni, kami pilih untuk buat aktiviti on ground sahaja since keadaan Kak Fiza tak berapa nak mengizinkan.  So, kami pilih pakej:

Our package

Memandangkan ada visit to Emerald pool, aku dengan jayanya memakai pakaian yang tidak berapa cantik.  Dengan harapan, bolehlah tukar if nak mandi later on.  First stop, kami dibawa ke Tiger Cave Temple, which  untuk ke Temple diatas, dan lihat pemandangan, sangatlah tinggi.  Perlu mendaki 1000 lebih anak tangga.  Aku naik dalam half, dah turun kembali sebab tangga dia makin curam dan makin narrow (mengecil).  Then, kami lepak di bawah sahaja untuk menikmati pemandangan di sekitar temple.  Oh ye, time aku memanjat anak tangga tersebut, terdapatlah beberapa orang boys, dengan penuh semangat berlari-lari naik anak tangga.  Untonggglaaaaaaaa.. *tetiba*

Ko nampak bape banyak anak tangga tuhhh?? 

The temple and its guardian


Ramai sami today sebab hari Sabtu tu dorang ada upacara dorang

Sesudah itu, tour guide tu bawa kami ke tempat gajah.  Yup, elephant trekking.  First time aku naik gajah.  But, aku rasa tu gajah muda sebab kecil.  Gajah asia.  Memang takut sebab gajah tu cam malas nak jalan and asik masuk selut je.  A few minutes memang rasa nak muntah, but then, a couple minutes after that, I was fine. ^_^.  Then, tengok baby elephant show.  Sgt mencuit hati.  And, gajah tu memang dah ditrain untuk mengambil hati pengunjung.  Aku bagi dia makan pisang juga.. sayang kat gajah ni.  Ciptaan Allah, mana tak sayang, ye tak..

Gajah owh gajah

Lunch kami disitu juga sebab kami.  Lauk sama macam semalam, just ada ayam green curry.  Rasa? Not bad! Yang penting, halal, in sha Allah.. :)  Da kenyang, kami di bawa ke hot spring waterfall.  Cuci kaki and tidak basuh muka.  Air dia memang panas.  Tak mandi since tempat dia sempit sikit.  Tak ada gambar ye tuan-tuan dan puan-puan, sebab kamera sudah kehabisan bateri.  

Sesudah itu, kami di bawa pula ke tempat terakhir, yakni, Emerald pool.  Korang kene jalan jauh juga untuk ke pool ini.  Jauh ke dalam tau.  Emerald pool ni berpunca dari air gunung, tetapi, kolamnya buatan manusia.  Aku tak mandi pun, just melihat pemandangan.  Macam ulu bendul aku rasa tetiba. heheh.. Jahat tak aku? Pendek kata, nak mandi pun tak berapa best sebab ramai sgt orang.  Hari Sabtu kot time kami kat situ.

Kami dibawa pulang lebih kurang jam 4 petang.  Ape lagi, mmg rest je lah.  Tido dan mandi-manda kat bilik air.  Malam tu, kami dinner di restoran yang di rekomen oleh pekerja hotel *lagi*.  Sesudah makan-makan, cek duit, masih ada baki, rembat souvenir.  *lagi?*.. Then, berdekatan hotel, nampak pulak ada Thai massage.  Aku amik pakej full body massage dengan harga RM25 shj.  Murahkan? Kat sini cecah ratus tau sekali urut.  Aku request masseuse perempuan shj dan nak bilik yang tetutup.  Yes, rupa-rupanya tempat tu mmg khas tuk perempuan je.  So, masa nak urut tu, mmg aku da Tikah je yang urut full body.  Kak Fiza and kak Rin urut kaki, pun sedap sgt kata mereka.  

Keadaan bilik urut ni.  If sensorang macam segan and takut kan.  If berdua, ok, macam selamat.

Signage kedai tu.  Dia kat luar cam saloon and wat tatoo.  But, kat dalam, ada taman.. heheh.. This rumah urut is besides milano collection and krabi delite.  :)

Sedap tau Thai massage ni.  Sgt selesa badan aku.  Da makan, urut-urut, pe lagi, balik hotel dan tidur.  Esok nak balik Malaysia terchenta dah.  Nanti aku sambung lagi.  :)

Till then,



Sunday, March 24, 2013

Photobook korea (part 1) sudah sampai...

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua.. 

Ya ampun, paper Krabi masih lagi tak marking, aku da buat entri potobook Korea.  Yes, aku ada beli potobook punya coupon.  So, rege yang ratus-ratus tu, dapat la dalam pulu-puluh.  Potobook ni dah lama sampai tapi aku baru nak buat entri.  Aku beli coupon ni pun dah lama, just bila balik tang Korea hari tu, ada masa sikit, aku buat sikit-sikit.  Meh aku bg tips nak buat potobook ni, style aku, tapi aku amatur.  Korang jangan expect aku ni pro dalam potobook plak.  

  1. Pilih gambar yg ko rasa paling cantik di mata ko.  If ko tengok gambar ko tu cun tahap miss universe, ha, amik la.  Cut, then paste kat folder tuk potobook.  Pilih la sampai ko puas hati.
  2. Dah siap pilih, sila edit gambar tersebut.  Make sure colour di timbul and pencahayaan cantik.  Kita nak gambar kita tu dalam potobook, menyerlahhhh je.  Tak mau malap-malap.  Sebab paper tu glossy, nanti bila print, dia tak naik.  Sebab tu, retis make up tebal-tebal, pengantin mekap tebal-tebal.  Nak kasi warna tu naik time dalam gambar.  Korang boleh edit guna potosyop, picasa, office pic editor dan lain-lain.
  3. Bila pilih gambar untuk background (dalam proses nak buat potobook), korang boleh ambil gambar pemandangan yang cantik-cantik tuk di jadikan background.  Then, letak gambar korang and susun elok-elok.
  4. Boleh juga ambil shadow or frame kat bahagian edit kat kanan (merujuk kepada software potobook malaysia shj).  If ada drop shadow, korang expand, and blurkan.  The the opacity tu kasi kecik sikit.  Opacity tu untuk kasi warna shadow tu pekat or cair.


Tu je la tips nya.  If korang pakai DSLR, aku rasa pencahayaan dah ok.  Tak perlu edit.  Cam aku, cap ayam je, mmg kene timbulkan warna gambar.  *tak mampu nak rembat DSLR*.  Kalo korang tanya aku, bape banyak potobook diperlukan tuk satu trip.  Sila ikot suka hati anda.  For me, as long as gambar tu cantik, aku nak simpan, aku boleh buat potobook till 5 buku (like Korea).

Untuk nak tau kat mana korang boleh coupon, sila pergi ke website Groupon, LivingSocial, MyDeal.  Normally, aku cam malas nak browse sesatu, aku tengok kat Yaloa.com je.  Dorang mmg listkan potobook coupon dalam 'others' tab.  Korang boleh tengok company coupon mana yang ada bg coupon tuk potobook ni.  O ye, sila beli potobook dari company Photobook Malaysia dan Pixajoy.  So far, ini sahaja 2 company yang aku rasa ramai bg positive feedback.

Nah, ni lah hasil aku buat potobook tu...

Hasil editing, if tak edit, warna biru langit tu tak timbul.

Korang boleh tak caption yang funny and sometimes, stories yang membuatkan kita macam "Yes, its true"

Susun cantik-cantik supaya mata kita senang melihatnya

Korang boleh buat potobook ni, untuk simpanan sendiri.  Pada pendapat aku, gambar dalam softcopy tak kekal.  Hardcopy juga tidak kekal, tetapi lebih menarik jika disimpan dalam bentuk buku.  Penceritaannya jelas dan tak ada orang boleh bawak lari sekeping if saiz 4R.

If ada soalan, angkat jari dan taip kat komen.  Aku akan cuba membalas segala pertanyaan korang dengan sebaik mungkin.

Till then,

  




Thursday, March 21, 2013

Paper Krabi - Day 2

Assalamualaikum...

Entri untuk Krabi trip (01112012 ~ 04112012), klik sini.
Entri untuk Krabi trip, day 1 (0112012), klik sini.

Mari sambung tuk entri Krabi yang lapuk lagi bersawang.. hehe..

Pagi-pagi lagi da bangun tuk solat subuh.  After solat, terus terjah roti, sup and megi.  Makan tuk breakfast.  Aku memang jarang makan breakfast kat luar sebab jimat lagi rasanya.  Depends.  Dah makan, siap-siap untuk island tour.  Kami ambil pakej Phi Phi Island.  Tepat 8 pagi, ada bus datang pick up.  Bus ini bukan macam bus kat negara kita ye.  Ntah la.. lori kot.  Yang pasti, open air dan sangat best. heheh.  Cuaca pun, alhamdulillah, menyebelahi kami.. tak panas dan tak gelap.  Tapi, tanda-tanda mahu hujan ada.

Kami antara orang terawal yang mereka pickup.  Ada perempuan muslim yang uruskan kami.  Orang pattani.. Boleh cakap melayu kelate jugok.. Sikik-sikik.  hehe.  Lama juga mereka pick up, lebih kurang sejam setengah.  Bus ni dah mula penuh and majority is foreigner, kulit putih belaka.  Kami yang sawo matang ni, adalah, berberapa orang.  heheheh.

Dah abis pick up orang-orangan, terus ke tepi pantai.. suatu kawasan yang aku rasa tempat semua kapal-kapal berlabuh.  Orang tour tu suh berkumpulikut jenis tour yang diambil.  Baru laaa aku tau yang kita boleh g PhiPhi Island instead of tido di Aonang.  Hari ni, snorkel je.  Banyak tempat yang menjadi persinggahan.. Meh kita tropong satu-satu:

Suasana before bertolak untuk Island Hoping

Perjalanan pergi.. One of our boat man.. hensem~~ hehe

Our tour guide and nakhoda

First stop.. the blue lagoon

Monkey bay? hahaha..

Cantik sgt... cantik...

Speechless

Maya Beach

Lunch at PhiPhi Island... jgn risau, halal yer... sedap!!!!

Merenung jauh ke masa depan kat PhiPhi Island.. :)

Kami dibawa pulang pada jam 4 lebih.. dalam 5 lebih dan dah sampai hotel.  Bersihkan diri dan solat.  Terus carik port nak makan.  Esoknya, kami masih lagi blur-blur nak buat ape.  Time tu hujan dah renyai-renyai.  Singgah 7E, beli poncho.  Korang jgn beli kat kedai tepi jalan, semuanya jual dengan mahal.  Gila, offer aku sampai 70 baht.  G 7E, dapat dalam 15 baht je.  Pakai pocho, carik kedai makan.  Kali ni, kami pergi ke restoren muslim di tepi pantai.  Time makan, hujan start turun dengan lebatnya, serius lebat.  Lama juga hujannya, dan air penuh kat jalan raya.  Bila hujan dah reda, kami terus mencari souvenir.  Banyak kedai kat sini.. dan, SILA tawar.  Kalo tak tawar, dorang letak rege men suka hati dorang je.. Then, kami decide untuk ke pasar malam krabi.. Dengan naik tut tut, korang boleh tawar untuk rege satu tut tut.  Dorang memang letak harga melampau sometimes, oleh itu SILA TAWAR lagi~

Suasana kat pasar malam tersebut

Makanan pun murah.. but before beli makanan, tengok orang pakai tudung ada beli ke tak.. if tak ada, jgn beli... If yg jual tu muslim (pakai tudung/ ada logo halal), inshaAllah.. selamat untuk dimakan..


Eskrim kelapa ini SANGAT SEDAP!!! Boleh beli.. serius sedap.. gerai dia cam gambar kat atas ni..

Aku borong banyak souvenir kat sini.. sgt cute!!!!

Da beli souvenir kat pasar, perut da kenyang. Kami balik ke Aonang, dalam pukul 10 malam.  Pergi balik ke Anna Universal Traveller tu, tuk beli tour untuk esok pula.  Kak Fizah bgtau dia sakit kaki dari naik turun boat.  So, kami ambil keputusan tuk g tour on the road je esok tu.  P mana? tunggu ye.. nanti aku sambung lagi.. hehe..

Till then,