Enough me! Its you now!

Friday, March 28, 2014

Berliburan di Jawa Timur, Surabaya - Hari 1

Assalamualaikum…

Apa khabar? Harap sihatlah semua hendak-Nya.

Entri penuh Surabaya, klik sini.

Pray for MH370.  Saat-saat macam ni, aku nak menulis pun tak ada mood sangat.  Tapi aku gagahkan hati sebab life goes on.  We have to pray for them but still, we cannot forget our obligations.

Aku lama tak bersiaran sebab berpindah awal bulan 2 hari tu.  Pindah tempat kerja dan pindah rumah.  Tempat kerja baru tiada internet, komputer dan kemudahan lain.  Bahkan, hari pertama sampai tempat kerja, masuk office dan mengemas.  And now, dah ada semua.  Alhamdulillah.  Kami perintis (if you guys are wondering kenapa tak ada apa-apa kat situ).  So, nak dijadikan cerita, hard disk laptop kesayangan (umur: 4 hampir masuk 5 tahun) telah merosakkan diri beliau.  Maka, semua entri yang aku karang dalam words telah dimamah kerosakan itu.  Aku nak betulkan lappy tersebut, tetapi mengambil masa sebab nak kena pergi Low Yat nun.  Jauh! Sedih!

Jom sambung entri Surabaya.  Hari pertama.  Kami bertolak dari LCCT jam  9.30 pagi dan tiba di Surabaya jam 11.30 pagi (waktu Indonesia).  Setelah selesai urusan imigrasi, kami bertiga (me, my lil sis and my mom) keluar dari ketibaan.  Tercari-cari akan Pak Nur.  Kelihatan seorang lelaki perrtengahan umur, kurus dan ketinggian sederhana tercari-cari akan seseorang.  Dia pandang aku dan tegur nama aku.  Aku jawab dengan senyuman je lah.  Lantas di ambil segala beg dan dimasukkan didalam kereta Avanza.  Lalu, kami meminta Pak Nur membawa kami ke rumah makan kerana perut sudah berkeroncong.  Lapar!

Kami makan disini!

Selesai makan, kami langsung ke Bromo.  Yes, on day one ni, itinerary kami Bromo dulu.  Perjalanan ke Bromo memakan masa kurang lebih setengah hari.  Kami tiba di Bromo pukul 5 lebih begitu.  Pak Nur bawa kami melihat pemandangan Bromo terlebih dahulu di penghujung jalan.  Hotel Cemara Indah.  Tempat paling hujung dan berdepan dengan Bromo.  Untong le sape mampu nak duduk sini.  Ada restoran yang kat sini if korang nak makan malam.  Kami bawa bekal dari rumah, so untuk malam tu, makan nasi dan rendang!

Pemandangan sepanjang perjalanan ke Bromo


Tak sabar nak tengok dari dekat!

Setelah puas dinginkan badan, rehatkan kaki, kami terus ke hotel tempat kami menginap.  Hotel Sukapura Permai.  Bermalam satu malam.  Hotel ni okay.  Within our budget.  Aku memang beritahu Pak Nur yang sepanjang di sana (Surabaya) aku punya bajet agak terhad.  So, dia memang carikan hotel within the budget.  Bagus Pak Nur.


Sebelum kami rehat-rehat, Pak Nur beritahu yang esok aturcara bermula jam 4.30pagi.  Right after subuh.  Mak aku dah siap-siap kunci jam dan tidur awal.  In fact, dorang juga akan buat wake-up call sebab risau kita terlepas pemandangan pagi yang cantik tu...

Tu je lah yang mampu aku tuliskan dalam masa yang singkat ni.  Nanti aku sambung lagi.

Till then,

Saturday, March 8, 2014

Pray for MH370

Assalamualaikum…

Sumber: Facebook Berita Terkini Pesawat MH370

Dari jam 8.00 pagi tadi, aku dan keluarga masih tidak menukar channel.  Astro Awani, TV3.. Astro Awani, TV3..  Tak cukup info, aku terus meng’google’ tentang berita yang tergempar ini.  MH370 hilang di radar dan tidak dapat di kesan.

Pray for MH370.  Pray for MH370.  Pray for MH370.  Tu ayat yang berlegar di facebook dari pagi tadi.  Sebak hati aku.  Macam-macam andaian yang aku buat dalam kotak fikiran sambil berbincang dengan ayah aku. 

Sehingga jam 2.00 petang lebih, akhirnya, berita tentang MH370 di update lebih terkini.  Terhempas.  Sumber dari akhbar Vietnam, dipetik dari Yahoo News.  Sedih.  Sedih dan sebak.

Bila perkataan terhempas, otak aku sekali lagi berfikir.  Adakah sistem gagal berfungsi sebab kerosakan komponen dalam system perhubungan pesawat? Sedih dan lebih sedih.  Last sekali yang aku tengok (Buletin Utama TV3),  MH370 mampu terbang sehingga jam 8.30 pagi, tetapi sekarang sudah jam 9.00 malam.

Otak aku ligat berfikir tentang demo emergency oleh steward/ess masa aku naik flight.  Most people tends to let this demonstrate slips and look away.  Aku? Aku memang suka tengok steward/ess ni, cara dorang demo emergency ni.  Life jacket can be found under your seat.. bla bla.. Put your own mask before help others.  Fresh and clear.

I pray for all of them.  Pray for their safety.  Untuk itu, aku ucapkan takziah untuk keluarga mangsa atas kejadian pesawat hilang ini.  Let’s pray together supaya Allah SWT berikan petunjuk yang jelas dan permudahkan mereka dijumpai. 

Sumber: Sini.  The never landed flight.  Allahurobbi.. :(


Me is sad,


Saturday, March 1, 2014

Hait! Arigatou! Japan oh Jepun!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap semua sihat, inshaAllah... Maaf sebab dah lama tak bukak entri.  Aku baru pindah tempat kerja awal bulan 2 hari tu.  Letih pindah tak abis lagi, aku sambung bercuti ke antara negara tersibuk di dunia.  Jepun... satu negara yang tak perlu aku kenalkan lagi.  Negara yang mengagungkan bahasa ibunda mereka dan aku yakin, kat rumah korang mesti ada satu barang (sekurang-kurangnya) yang berjenama Jepun.

Percutian kali ni, rombongan cik jah 2 orang sahaja. Kental di tengah-tengah Jepun, kekdahnya.  Sepatutnya 4 orang, tapi drama ala-ala hindustan telah berlaku, dan akhirnya, 2 kecundang, 2 mara.  Hehehe.  Even though 2 orang, trip kali ni memberi aku hint bahawa "sejauh mana kita buat research akan sesuatu tempat, kita masih akan sesat dan masih akan confuse sebab research dan practical adalah 2 perkara berbeza".  Juga, trip ini juga, memberi petunjuk kepada aku bahawa aku masih lagi belum bersedia untuk travel solo.  Terima kasih berjuta-juta lemon kepada kak Aimi kerana bersabar dengan kerenah dan kesesatan jalan yang saya lakukan sepanjang disana.  Semoga trip kali ini merapatkan ukhwah kita lagi.  Maafkan saya (nada conan.. kekekek.. juga, Assalamualaikum)..

Rabu lepas, aku berjumpa Nobita, Doraemon dan rakan-rakan.  Sedangkan berberapa hari sebelum itu, aku bermain salji di hujung Jepun, juga masa hari pertama, aku ketemu Glico "Running man" di tempat pertama aku mendarat.  Aku pergi 3 negeri di Jepun kali ni, Osaka, Sapporo dan Tokyo. 3 negeri yang mempunyai keunikannya tersendri tetapi share satu benda yang sama, sibuk.

Entri akan menyusul dan sila jangan segan-segan kucen untuk bertanya itinerary aku, dan macam mana aku survive kali ini.  10 hari yang membawa makna Jepun, tak mudah untuk aku ceritakan.  Ia tersimpan rapi dalam kotak memori ini.  I am gonna missed Japan, like other countries.  And maybe, coming back for another deep trip.. inshaAllah.

Cik Jah and kawan, kami berdua sahaja kali ni

Till then,