Enough me! Its you now!

Tuesday, July 14, 2015

Perth, Wait Awhile (WA) - Day 3

Assalamualaikum...


Sudah setahun kes MH17 dan negara kita dilanda macam-macam musibah.  Mohon semua tidak putus-putus berdoa untuk kesejahteraan negara kita.  Amin!


Al-Fatihah.  Allah tak akan menguji umatNya lebih dari apa yang mampu ditanggung.  Sabar!

Before aku nak bercuti raya ni, aku nak try buat sedikit entri untuk Perth.  Mohon sabar and if korang perlukan apa-apa maklumat, jgn segan-segan untuk mail-e aku ok.  Jom, Perth!

Entri untuk Perth, klik sini.
Entri untuk Perth, day 1 (24 Ogos 2013), klik sini.
Entri untuk Perth, day 2 (25 Ogos 2013), klik sini

Hari ke-tiga ni, kami keluar rumah Haji dalam jam 9 pagi.  Pagi-pagi kami breakfast and then, Haji Yon beri kunci kereta.  Drivers semua pergi test drive kereta manakala aku duk tepi, seat back and relax.  Kami hari ini akan ke Caversham Wildlife Park dan terus head north, ke Cervantes, untuk rehat.  Macam biasa, kami memang tak rushing untuk ke sana ke mari since trip kali ini, santai mode. Hehe.

First stop, Caversham Wildlife Park.  Pendapat 2sen aku, menarik!  Sebab most haiwan-haiwan ni kita tak jumpa di Malaysia.  Especially, yang comel-comel.  Disini, selain pertunjukan binatang-binatang yang sangat menarik, anda juga boleh melawat ke Transportation Museum dan Fish Ladder.  Menarik, serius!  Even dia penuh fakta, tapi berbaloi untuk mempelajari seusatu yang baharu.  Jom layan...

Sekarang sudah naik AUD4.. Total, AUD28/person. (Maaf gambar lama.. hehe)


Wonda!

Mampu tak menahan diri dari lihat kecomelan buttercup ni?  hehe...



Cutie pie

Our cute tour guide.  Tour guide ni diberi percuma je. 



Transportation museum


Da puas tawaf hampir 5 jam disini, kami shoot ke Danish Pastries.  Which lebih kurang 20-30 minit dari Caversham.  Memandangkan kedai pastries halal ni tutup jam 3.30 pagi, maka kami mengambil keputusan untuk borong mana-mana yang patut dan makan je dalam kereta.  Buat alas perut.


Halal tau.  Dan sedap.


Kami kemudiannya berhenti di bahu jalan untuk solat asar dan zohor.  Kemudian terus ke utara Perth.  Kami menetap di Pinnacle Motel untuk semalam.  Aku bukan nak puji melambung, tapi dengan harga yang kami bayar untuk sebuah family unit with kitchen, sangat mengagumkan dan ada class!  Bersih dan besar! Ada hot shower dan lengkap dengan kitchenette (kelengkapan dapur).  So, boleh la guna!  Ada microwave juga peti ais.  Kami ambil 2 bilik, 1 for girls (4 beds), 1 for boys (queen bed).

Da mandi dan bersihkan diri, kami makan.  First time aku masak guna microwave dan ianya menjadi! Kagum jap dengan diri sendiri.  Hehe.  So, da sudah makan, aktiviti melelapkan mata mengambil tempat.  Walaubagaimanapun....  Aku mengalami satu perkara yang amat aneh dan menakutkan.  Well, tak adalah menakutkan sangat, more kepada funny.  Hehe..

Kami tidur memang tutup lampu, so, bilik aku dan kak Aimi agak gelap dengan hanya bertemankan lampu dari luar (pintu sedikit terbuka).  Kak Ima dan Ja masih lagi diluar, belum tidur tapi senyap je.  Mengemas-ngemas kot.  So, aku baring atas katil.  Masa aku baring-baring tu, ada bunyi air menitik atas syiling, dari hujung sudut bilik terus ke atas muka.  Airnya tak ada, tapi menitik di atas syiling.  Dari perlahan ke kuat!  Meremang bulu roma aku!  Aku panggil nama kak Aimi.  Senyap.  Aku toleh ke arah katil dia, senyap dan gelap.  Memang tak nampak apa!  

Aku baca al-fatihah dan surah-surah yang aku tau.  Sambil hati kecil berdoa agar Allah lindungi aku disini.  Kebetulan, masa tu, siang-siang tu aku ada tengok FB kawan aku yang dok bg gambar hantu "gula-gula".  Time-time macam ni, benda tu terbayang-bayang kat mata ni, dan tiba-tiba aku fikir...  MANA ADA HANTU "GULA-GULA" KAT PERTH NI, DRACULA ADA LA!!! Tak jadi takut, terus aku gelak perlahan.  Haha.. 

Tak lama lepas tu, bunyi pintu bilik air kat luar terbuka, laaaa.. kak Ima baru keluar bilik air rupanya.  Patutla Ja senyap je dari tadi.  Sistem paip air dorang problem kot!

Haaa.. kelakar kan? Memang aku serius rasa lawak.  Memang orang melayu, hantunya begini, orang barat, hantunya begitu.  Sudah mana satu nak fikir jika kita kat bumi orang asing.  Lawak.  Sudahnya, jadi bahan cerita aku tiap kali orang tanya "Perth ada apa ye?".. hehehe..

Sudah habis cerita day 3.  Memang cerita aku pendek-pendek je since memang santai mode la katakan.  Kalau amazing race, agak-agak aku boleh semput!  Lagipun, dekat WA ni banyak speed trap, so hati-hatilah driving tu ye kawan-kawan.  Haji Yon memang berpesan banyak kali sebab dia kata saman trafik sangat mahal disini.

p/s: bagi kawan-kawan yang tidak mahu menyewa transport ke Caversham wildlife park, mungkin boleh mendapatkan public transport.  Mungkin masa lawatan agak singkat.  Boleh tengok official website Caversham disini.

Ok, till then.