Enough me! Its you now!

Saturday, April 26, 2014

Berliburan di Jawa Timur, Surabaya - Hari 4

Assalamualaikum...

Muka aku berbelang.  Baru balik Langkawi kekdahnya.  Seronok pergi kali ni sebab kami sekeluarga (9 orang) dapat berkumpul di luar rumah.  Satu keajaiban.  Kami ke Kilim Tour dan naik cable car. Seronok sangat! Selebihnya, bershopping chocolate dan mandi laut.  Aku tak mandi laut, tapi tidur di tepi pantai.  Angin sepoi-sepoi  Seronok.  Mana tak hitamnya.  Hehe.

***
Entri penuh Surabaya, klik sini.
Entri hari pertama, 23 April 2013, klik sini.
Entri hari kedua, 24 April 2013, klik sini.
Entri hari ketiga, 25 April 2013, klik sini.

Jom sambung entri hari ke-empat dimana agenda utamanya, kami shopping! Yes, habiskan duit shopping.  Kami bershopping di 2 tempat, Pusat Grosir Jambatan Merah dan Pusat Grosir Surabaya.  Tetapi sebelum shopping, kami singgah di kilang rokok Sempoerna.  Kilang rokok.  Melihat perkembangan pembuatan rokok.  Banyak barang kepunyaan pemilik Sempoerna ni seperti contoh, motosikal, set alat muzik.  Rokok disini dibuat secara manual dan pekerjanya sangat laju.  Sangat menarik dan aku kagum kejap.





Kemudian kami ke Pusat Grosir Jambatan Merah dulu, then baru ke Pusat Grosir Surabaya.  Shopping.  Grosir bermaksud pukal/ wholesale manakala eceran bermaksud runcit/ jualan satu-satu.  Masa di Jambatan Merah, kami lihat-lihat dahulu dan membeli apa-apa yang patut.  Aku beli tudung untuk jualan.  Kualiti tudungnya sangat elok dan bawal kelas petama yang cun melecun tu hanya RM15.  Bidangnya besar dan sedap dipakai.  Ada yang murah, cuma bidangnya sedikit kecil dan jarang.  Dah shopping sikit-sikit sebab harganya agak tidak memuaskan, kami pergi lunch di kedai makan semalam.  Ayam goreng pemuda.





Lunch sudah dan kami langsung ke Pusat Grosir Surabaya.  Komen aku?  Jauh murah dari Pasar Baru Bandung dan Jambatan Merah.  Fesyen up-to-date dan kalau nak murah, kena beli secara grosir.  Tapi paling best, boleh mix and match tetapi kena pastikan harga mix and match tu sama.   Murah-murah!!!  Apa lagi, terus borong jubah cotton dan blouse yang cantik-cantik.  Harga jubah tu jatuh RM30 sehelai tetapi kami beli secara pukal.  Tetapi ingat, kena beli secara pukal tak boleh eceran.  Rugi!

Jambatan Merah ni seumpama Pasar Baru Bandung dan harga pun lebih kurang.  Macam mana aku tahu?  Sebab bulan depannya tu, aku ke Vietnam dan Bandung, sekali lagi.  Aku dah buat comparison. Harga yang aku boleh katakan, Surabaya lagi murah dari Bandung.  Terutamanya Pusat Grosir Surabaya.  Tak tipu.  Sila ke Surabaya.

Pelancongan kami bertiga ke satu lagi tempat menarik.  Makam Wali Songo.  Korang boleh baca pasal wali songo yang tekenal ini di dalam wiki dan blog lain.  Ramai sangat orang dan yang membaca al-Quran, Yassin dan lain-lain.  Kami sempat menghadiahkan al-Fatihah kepada wali ini.  Kemudian, kami ke kedai-kedai di luar makan.  Dimana mostly menjual barang dagangan untuk Negara Arab.  Aku beli jubbah, RM30.  Sini tak dapat harga ni.  Dan kebanyakkan harga jubbah sekitar RM20 – RM100.  Aku diberitahu peniaga disitu, jubbah ni dorang ambil dari manufacture pembuat jubbah tuk tanah Arab.  Aku tak kesah pun, janji cantik dan sedap di pakai.  Aku recommend akan kedai yang first sebelah kiri.  Murah dari kedai lain.  Makin hujung, makin mahal akan tetapi still under RM100.

Sesudah itu, Pak Nur bawa kami ke shopping complex untuk beli roti.  Sebabnya, kami tak mau dinner heavy.  So, kami beli roti dan air susu kotak.  Juga sedikit buah.  Then, balik hotel untuk istirahat.  Tu je entri kali ni.  Esok, hari ke-5 adalah hari untuk kami pulang.  Tapi flight kami petang, so masih ada lagi tempat menarik yang kami akan pergi.

** Sorry entry tak banyak gambar sebab kamera habis bateri dan busy shop-shop**

Till then,


Friday, April 25, 2014

Berliburan di Jawa Timur, Surabaya - Hari 3

Assalamualaikum...

Semua sihat?  Sebelum memulakan entri aku, aku nak cerita jugalah.  Sedih bila bos aku melarang aku bercuti lagi.  Katanya, cuti kita dalam tempoh 6 bulan sepatutnya tinggal separuh dari jumlah keseluruhan.  Baki cuti awak memang tinggal 7 hari? Memang sedih.  Nak menangis.  Mana taknya, aku dah beli tiket untuk ke utara okay.  Cuti kami unik, ada beku ada cair.  Time cair banyak awal tahun, so aku memang bercuti je.  Time hujung tahun tu, raya dan raya haji je aku cuti sebab ujung tahun cuti mostly membeku.  Gila tak sedih.. Gila tak meroyan?  Huk3.. tiket dah beli, semua dah ada.. takkan nak cancel.

Entri penuh Surabaya, klik sini.
Entri hari pertama, 23 April 2013, klik sini.

Entri hari kedua, 24 April 2013, klik sini.


Untuk hari ketiga ini, aku terjaga agak awal since subuh di sini awal.  Suasana hotel agak dingin.  Lepas subuh dan segarkan badan, kami keluar untuk sarapan.  Disini diberikan breakfast percuma.  Sambil makan, kami menikmati suasana rumah lama yang diubah suai menjadi hotel ni.  Ada 2 tingkat dan di tengah-tengah rumah ini, ada pokok yang besar dan rimbun.  Pokok tu dah tinggi sejajar dengan usia rumah ini mungkin.  Unik sekali.


Usai breakfast, kami ke kebun binatang.  Masa di Bandung, aku tak sempat nak ke zoo sebab habis masa bershopping.  Lalala.. Sebelum masuk ke entrance, ada orang jual lobak merah untuk diberikan pada binatang-binatang itu nanti.  Kami beli seikat.


Muka depa masuk kat tingkap.  Air liur meleleh.  Kami dok gelak sakan dengan keletah haiwan ni!

Untuk kali ini, kami ke kebun binatang sebab katanya tempat ini unik.  Kita dalam kereta dan binatang dilepaskan.  Aku ada tebaca tentang krisis kebuluran haiwan-haiwan disini (masa tu aku dah balik Malaysia), tetapi sepanjang disana, tak perasan pula keadaan haiwan tu.  Tapi pada pendapat aku, kawasannya besar dan haiwan diberi makan.  Mereka hidup dalam dunia hampir sama dengan hutan.  Kat Negara kita, haiwan dikurung dan manusia di luar, mereka tak bebas berlari.  Sebenarnya, sama je.  Sebab mereka dibawa keluar dari habitat asal mereka.  Sedikit sebanyak kita dah mengganggu kitaran hidup dia.  Tak kiralah kita di dalam or kita diluar kereta.  Ntah, my 2cent.


Harimau bintang punya tempat sangat jauh dari jalan raya sebab ianya boleh melompat dengan baik dan ia juga laju.

First time tengok babi hutan

"Mbak, wartel dikit ya!" .. hahaha

Apakah binatang ini? Cantik balung dia



Kambing gurun seperti di gurun

Hari ni, aku berpeluang bergambar dengan anak singa dan beruk.  Haha.  Bukan selalu dapat buat macam ni.  Hampir setengah hari kami di kebun binatang.  Sudah penat pusing kebun binatang, kami check in di Wildodaren Hotel. 

Bukan aku

Harimau albino.  Putih.. Unik dan cantik sangat

Ambil angin Australia

Show yang ada di kebun binatang!

Hotelnya cantik dan selesa banget!  Untuk makan malam, Pak Nur bawa kami makan ke restoran Ikan Bakar.  Sedap okay! Sambal je da sedap.  Sudah makan, kami di bawa oleh Pak Nur untuk ke factory outlet.   Kami singgah di berberapa factory outlet tetapi kurang memuaskan.  Cuma brand ZARA cukup banyak disini.  Item reject.  Masa tengah beli-beli, adik aku sempat bertanya di mana lagi tempat membeli-belah disini.  Kata salesgirl tu, di Pusat Grosir Surabaya dan Jambatan Merah.  Jambatan Merah terkenal tetapi Pusat Grosir tidak berapa terkenal dikalangan pelancong.  Langsung kami bertanya pada Pak Nur tentang Pusat Grosir ni dan Alhamdulillah, dia tahu.  Bagus!  Agenda esok betambah lagi satu tempat. Hehe.

Til then,



Wednesday, April 2, 2014

Berliburan di Jawa Timur, Surabaya - Hari 2

Assalamualaikum…

Apa khabar? Jom ambil berberapa saat untuk sedekah al-Fatihah pada MH370.  Lately baca di FB tentang kemarahan rakyat China dengan kelambatan pihak Malaysia menyampai maklumat berkenaan MH370.  Aku mula risau.  Kota Tembok China tu seakan-akan menutup pintu bagi warga Malaysia.  Aku harap perkhabaran itu palsu dan tidak benar sama sekali.  Moh la kita sambung entri Surabaya 2013.  Lama betul tertangguh.

Entri penuh Surabaya, klik sini.
Entri hari pertama, 23 April 2013, klik sini.

4.30 pagi.  Orang datang kejut untuk ke Bromo.  Kami tunggu subuh kejap.  Kemudian, terus ke Bromo.  Naik jeep.   Suasana? Sejuk kematu.  Udara? Berkabus dan gelap.  Harga satu jeep RM250 kot.  Tak berapa ingat sebab habis boleh aku mintak diskaun.  Kami dijanjikan untuk ke tiga tempat.  Bromo, Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik.

Kami sampai agak terlewat dan orang da ramai.  Tapi tak kesah lah, janji dapat lihat Bromo dan pemandangan sunrise.  Cuacanya sejuk banget!  Sejuk sungguh sampai biru bibir adik aku.  Dia pakai sweater biasa.  Aku kira-kira suhu dalam 10-12 degree.  Da puas tengok sunrise dan kesejukan, kami turun ke bawah utk mencari jeep.  Pemandu jeep tu memang dah suruh hafal no jeep dia, tak adalah melilau mencari jeep tu.  Kami sempat singgah kedai minum teh dan makan megi.  Nak bg rasa panas.  Memang santai gila. 

Dalam gelap-gelap tu, memang tak ada maknanya baca ni.  Aku ambil gambar shj

Cantik!

Suasana sebenarnya... gile tak ramai


Mai secawan mi sedap

Jalan-jalan sikit, kami jumpa jeep, pemandu tu bawa ke kaki Bromo tuk kami panjat.  Di tengah-tengah jalan, pemandu tu berhenti untuk satu lagi pemandangan cantik Bromo.  Kebetulan, masa tu, kabus datang bahagian bawah.  Kabus macam berlari dan menyeliputi Bromo.  Cantik dan kusyuk kami tengok masa tu.  Orang pun tak ramai kat situ.



Tiba di kaki Bromo, aku mendongak.  Mak oi!  Anak tangga ke atas bukan main banyak! Kami liat sebab nak panjat kena exercise  Jadinya, kami decide tak mau naik sebab tinggi sangat.  So, kami ke tandas, kemudian beli apa-apa yang patut, antaranya t-shirt Bromo.  Memang rezeki orang tu sebab mak aku memang borong t-shirt sebanyaknya. 


Next is Bukit Teletubbies.   Nak tau kenapa di panggil Bukit Teletubbies? Sebab bentuk bukit tu macam dalam cerita teletubbies.  Comel sgt!  Masa kami sampai, bukit masih diseliputi kabus.  Kurang lebih 30 minit, kabus mulai hilang dan nampaklah bukit tu.  Hijau! Sgt hijau dan cantik.  Subahanallah.  


Last place to visit, Pasik Berbisik.  Masa kami sampai tu keadaan masih clear dan pemandangannya pelik.  Tadi hijau and now, coklat gelap.  Memang pasir.  Tak ada apa melainkan pasir.  Cantik sangat!  Kami bergambar puas-puas.  In the meantime, ramai pelancong yang dating singgah.  Anak depa berlari-lari kat tengah-tengah pasir tu.  Untuk aku ke sana, macam takut pun ada.  Takut pasir jerlus.  Tak pasal-pasal jadi drama.  Hehe.  Masa tengah-tengah bergambar tu juga, kabus datang menghambat pemandangan.  Memang diseliputi kabus.  Putih je.  Tapi peristiwa tu jarang berlaku kata Pak Nur.  Memang rezeki kalau dapat tengok. 


Selesai jalan-jalan kat area Bromo tu, kami pulang ke hotel.  Mandi dan makan bekalan Malaysia, terus ke Malang.  Untuk petik buah.  Juga melawat taman bunga.  Area Malang merupakan kota tinggalan Belanda.  Jadi, banyak orang Belanda kat sini.  Kami menginap semalam kat sini.  Pun duduk tempat yang best.  Rumah lama yang dijadikan  tempat tinggal.  Ditengah-tengah rumah ini ada pokok dan kebetulan, masa kami sampai, ada sekumpulan orang dari Belanda menginap disini untuk research dorang mungkin.  Aunty owner tu bawak tour sampai atas hotel.  Lupa pula, aunty tu orang Belanda okay, fasih berbahasa Indonesia.

Adik aku bersila makan buah epal.  Kecil je buahnya, tapi manis :)

Kebun bunga

Tempat kami menginap

Sebelum check in, Pak Nur bawa kami beli susu segar yang agak terkenal di Kota Malang ni.  Kat kedai tu ada jual kek-kek dan susu segar.  Juga ada produk cheese mereka sendiri.  Halal ok. Kami beli lebih untuk makan malam.  Malam tu, kami tidur dengan nyenyak je.  Mungkin keletihan dan bangun awal sgt.  Esok kami akan ke Kebun Binatang.  Nantikan entri hari ketiga... :)

Till then,