Assalamualaikum…
Apa khabar? Jom ambil berberapa saat untuk sedekah al-Fatihah pada MH370. Lately baca di FB tentang kemarahan rakyat China dengan kelambatan pihak Malaysia menyampai maklumat berkenaan MH370. Aku mula risau. Kota Tembok China tu seakan-akan menutup pintu bagi warga Malaysia. Aku harap perkhabaran itu palsu dan tidak benar sama sekali. Moh la kita sambung entri Surabaya 2013. Lama betul tertangguh.
4.30 pagi. Orang
datang kejut untuk ke Bromo. Kami
tunggu subuh kejap. Kemudian, terus ke Bromo. Naik jeep. Suasana? Sejuk kematu. Udara? Berkabus dan gelap. Harga satu jeep RM250 kot. Tak berapa ingat sebab habis boleh aku
mintak diskaun. Kami dijanjikan untuk ke tiga tempat. Bromo, Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik.
Kami sampai agak terlewat dan orang da ramai. Tapi tak kesah lah, janji dapat lihat Bromo
dan pemandangan sunrise. Cuacanya sejuk banget! Sejuk sungguh sampai biru bibir adik aku. Dia pakai
sweater biasa. Aku kira-kira suhu dalam
10-12 degree. Da puas tengok sunrise dan
kesejukan, kami turun ke bawah utk mencari jeep. Pemandu jeep tu memang dah suruh hafal no
jeep dia, tak adalah melilau mencari jeep tu.
Kami sempat singgah kedai minum teh dan makan megi. Nak bg rasa panas. Memang santai gila.
Dalam gelap-gelap tu, memang tak ada maknanya baca ni. Aku ambil gambar shj
Cantik!
Suasana sebenarnya... gile tak ramai
Mai secawan mi sedap
Jalan-jalan sikit, kami jumpa jeep, pemandu tu bawa ke kaki Bromo tuk kami panjat. Di tengah-tengah jalan, pemandu tu berhenti untuk satu lagi pemandangan cantik Bromo. Kebetulan, masa tu, kabus datang bahagian bawah. Kabus macam berlari dan menyeliputi Bromo. Cantik dan kusyuk kami tengok masa tu. Orang pun tak ramai kat situ.
Tiba di kaki Bromo, aku mendongak. Mak oi! Anak tangga ke atas bukan main banyak! Kami liat sebab nak panjat kena exercise Jadinya, kami decide tak mau naik sebab tinggi sangat. So, kami ke tandas, kemudian beli apa-apa yang patut, antaranya t-shirt Bromo. Memang rezeki orang tu sebab mak aku memang borong t-shirt sebanyaknya.
Next is Bukit Teletubbies. Nak tau kenapa di panggil Bukit Teletubbies? Sebab bentuk bukit tu macam dalam cerita teletubbies. Comel sgt! Masa kami sampai,
bukit masih diseliputi kabus. Kurang
lebih 30 minit, kabus mulai hilang dan nampaklah bukit tu. Hijau! Sgt hijau dan cantik. Subahanallah.
Last place to visit, Pasik Berbisik. Masa kami sampai tu keadaan masih clear dan pemandangannya pelik. Tadi hijau and now, coklat gelap. Memang pasir. Tak ada apa melainkan pasir. Cantik sangat! Kami bergambar puas-puas. In the meantime, ramai pelancong yang dating singgah. Anak depa berlari-lari kat tengah-tengah pasir tu. Untuk aku ke sana, macam takut pun ada. Takut pasir jerlus. Tak pasal-pasal jadi drama. Hehe. Masa tengah-tengah bergambar tu juga, kabus datang menghambat pemandangan. Memang diseliputi kabus. Putih je. Tapi peristiwa tu jarang berlaku kata Pak Nur. Memang rezeki kalau dapat tengok.
Selesai jalan-jalan kat area Bromo tu, kami pulang ke hotel. Mandi dan makan bekalan Malaysia, terus ke Malang. Untuk petik buah. Juga melawat taman bunga. Area Malang merupakan kota tinggalan Belanda. Jadi, banyak orang Belanda kat sini. Kami menginap semalam kat sini. Pun duduk tempat yang best. Rumah lama yang dijadikan tempat tinggal. Ditengah-tengah rumah ini ada pokok dan kebetulan, masa kami sampai, ada sekumpulan orang dari Belanda menginap disini untuk research dorang mungkin. Aunty owner tu bawak tour sampai atas hotel. Lupa pula, aunty tu orang Belanda okay, fasih berbahasa Indonesia.
Adik aku bersila makan buah epal. Kecil je buahnya, tapi manis :)
Kebun bunga
Tempat kami menginap
Sebelum check in, Pak Nur bawa kami beli susu segar yang agak terkenal di Kota Malang ni. Kat kedai tu ada jual kek-kek dan susu segar. Juga ada produk cheese mereka sendiri. Halal ok. Kami beli lebih untuk makan malam. Malam tu, kami tidur dengan nyenyak je. Mungkin keletihan dan bangun awal sgt. Esok kami akan ke Kebun Binatang. Nantikan entri hari ketiga... :)
Till then,
Till then,
Hydrangea tu memang hidup kat iklim sejuk je kot. Kemain gumuk dia hidup.
ReplyDeletePasir berbisik tu mcm takut je kan. Ntah2 jerlus..abis la.tu kawasan apa sbnarnya? Besar ke?
View dari Mt.Penanjakan tue cantik. I mean, clear view. Nampak semuanya. To be at the peak of Mt.Penanjakan overlooking the view is one of the best moment in my life. Cantik sangat. Couldnt express more.
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu cite ko yang seterusnyeee....bile la hajat aku nak sampai ctu ek....hehehe :D
ReplyDeleteOm my god no wonder ramai yg nk ke bromo tu
ReplyDeletepusulabet
ReplyDeletesex hattı
https://izmirkizlari.com
rulet siteleri
rexbet
4ETH4
çorum
ReplyDeletekaraman
niğde
osmaniye
kuşadası
1JNM15