Assalamualaikum...
Semua sihat? Sebelum memulakan entri aku, aku nak cerita jugalah. Sedih bila bos aku melarang aku bercuti lagi. Katanya, cuti kita dalam tempoh 6 bulan sepatutnya tinggal separuh dari jumlah keseluruhan. Baki cuti awak memang tinggal 7 hari? Memang sedih. Nak menangis. Mana taknya, aku dah beli tiket untuk ke utara okay. Cuti kami unik, ada beku ada cair. Time cair banyak awal tahun, so aku memang bercuti je. Time hujung tahun tu, raya dan raya haji je aku cuti sebab ujung tahun cuti mostly membeku. Gila tak sedih.. Gila tak meroyan? Huk3.. tiket dah beli, semua dah ada.. takkan nak cancel.
Entri penuh Surabaya, klik sini.
Entri hari pertama, 23 April 2013, klik sini.
Entri hari kedua, 24 April 2013, klik sini.
Untuk hari ketiga ini, aku terjaga agak awal
since subuh di sini awal. Suasana hotel
agak dingin. Lepas subuh dan segarkan
badan, kami keluar untuk sarapan. Disini
diberikan breakfast percuma. Sambil
makan, kami menikmati suasana rumah lama yang diubah suai menjadi hotel ni. Ada 2 tingkat dan di tengah-tengah rumah ini,
ada pokok yang besar dan rimbun. Pokok
tu dah tinggi sejajar dengan usia rumah ini mungkin. Unik sekali.
Usai
breakfast, kami ke kebun binatang. Masa
di Bandung, aku tak sempat nak ke zoo sebab habis masa bershopping. Lalala.. Sebelum masuk ke entrance, ada orang
jual lobak merah untuk diberikan pada binatang-binatang itu nanti. Kami beli seikat.
Muka depa masuk kat tingkap. Air liur meleleh. Kami dok gelak sakan dengan keletah haiwan ni!
Untuk kali
ini, kami ke kebun binatang sebab katanya tempat ini unik. Kita dalam kereta dan binatang
dilepaskan. Aku ada tebaca tentang
krisis kebuluran haiwan-haiwan disini (masa tu aku dah balik Malaysia), tetapi
sepanjang disana, tak perasan pula keadaan haiwan tu. Tapi pada pendapat aku, kawasannya besar dan
haiwan diberi makan. Mereka hidup dalam
dunia hampir sama dengan hutan. Kat
Negara kita, haiwan dikurung dan manusia di luar, mereka tak bebas
berlari. Sebenarnya, sama je. Sebab mereka dibawa keluar dari habitat asal mereka. Sedikit sebanyak kita dah mengganggu kitaran hidup dia. Tak kiralah kita di dalam or kita diluar kereta. Ntah, my 2cent.
Harimau bintang punya tempat sangat jauh dari jalan raya sebab ianya boleh melompat dengan baik dan ia juga laju.
First time tengok babi hutan
"Mbak, wartel dikit ya!" .. hahaha
Apakah binatang ini? Cantik balung dia
Kambing gurun seperti di gurun
Hari ni, aku
berpeluang bergambar dengan anak singa dan beruk. Haha.
Bukan selalu dapat buat macam ni.
Hampir setengah hari kami di kebun binatang. Sudah penat pusing kebun binatang, kami check
in di Wildodaren Hotel.
Bukan aku
Harimau albino. Putih.. Unik dan cantik sangat
Ambil angin Australia
Show yang ada di kebun binatang!
Hotelnya
cantik dan selesa banget! Untuk makan
malam, Pak Nur bawa kami makan ke restoran Ikan Bakar. Sedap okay! Sambal je da sedap. Sudah makan, kami di bawa oleh Pak Nur untuk
ke factory outlet. Kami singgah di
berberapa factory outlet tetapi kurang memuaskan. Cuma brand ZARA cukup banyak disini. Item reject.
Masa tengah beli-beli, adik aku sempat bertanya di mana lagi tempat
membeli-belah disini. Kata salesgirl tu,
di Pusat Grosir Surabaya dan Jambatan Merah. Jambatan Merah terkenal tetapi Pusat Grosir tidak berapa terkenal dikalangan pelancong. Langsung kami bertanya pada Pak Nur tentang Pusat
Grosir ni dan Alhamdulillah, dia tahu.
Bagus! Agenda esok betambah lagi
satu tempat. Hehe.
Til then,
zette,
ReplyDeletekita ne senasiblah....balik dari tanah jawa nanti dah tak boleh cuti..dibekukan utk 3 bulan..mau tak meroyan tak blh nak jalan2 dah waaaaaaaaaaaa
wah ternyata sama je ya seperti safari di bogor car masuk dan bisa memberi makan hewan :)
ReplyDeleteTaman Safari Indonesia.. suka tengok binatang yang jinak tu.. Memang dia datang kat kereta tau sebab attract dia dengan makanan? huhuuu :D
ReplyDeletecutenya..binatang2 yg datang kat tingkap kereta tu...pengalaman yg berbeza berbanding pergi zoo..memang sesuai dipanggil kebun binatang..
ReplyDeleteWow bestnya! Dah mcm kat nite safari kat sg ngan safari kat everland. Saya suka experience cenggini
ReplyDeleteNi dekat tmn safari bogor tu ek ke lain sbb waktu jm oegi jakarta pun ada gak tmn safari cenggini
ReplyDeletekuşadası
ReplyDeletecekmekoy
kartal
hatay
karaman
2İU0N