Enough me! Its you now!

Thursday, October 11, 2012

Rover in Tioman - Day 2

Assalamualaikum... 

Entri untuk hari pertama (25 Ogos 2012), klik sini.
Entri penuh utk Pulau Tioman, klik sini.


Meh kita sambung perjalanan kami sekeluarga yang happy pada hari ke-2.  Entri ni kureng gambar sebab, mmg leka berenang.. tak do kojo nak bergamba selalu. hehehehehehe.  So,layan je la aku membebel..

Ok, untuk hari ke-2 kat Tioman ni.  Kami breakfast bihun goreng.  Celah mana pulak la bihun munchul di Pulau ini.  Mestilah, perencah segera bihun+bihun segera.  Sedap woooo.. Just tak de ayam and sayur.  Dengan tak mandi, kami bersiap-siap untuk mandi kelaut.  Hari ini, aktivitinya, snorkelling.  Aku bahagikan cerita snorkle aku ini kepada 2 bahagian: 1) Snorkel bayar, dan 2) Snorkel tak tak berbayar.  Hmmmm... Saat aku nak cerita ni, mmg pengalaman indah *ngeri je aku rasa*...

Snorkel bayar
Fantastic.  Mabeles.  Sgt cool~ Tu je.  Dengan rm63, kami dapat life jacket dan snorkel dibeberapa tempat.  Tempatnya adalah: tulai island, pulau biawak *heheh*, marine park.  Dijanjikan 4 tempat, iaitu lagi satu tempat, soyak island.  Tapi ntah nape, deme bawak kitorang ke 3 tempat aja.  Tak pe la, 3 tempat ni pun da cukup best.  Activities, mmg snorkel la kan? hehehhe..  Tulai Island, tempatnya cantik dan juga coral pun cantik.  Mmg boleh leka tgok ikan-ikan ni.  Da dalam lebih kurang 30-40minit, kami dipanggil balik untuk makan tengah hari.

Muka hepi sebab nak snorkel

Corals at Tulai Island

Lunch mmg korang kene sediakan sendiri.  Makan kat Biawak Island or Long beach kot orang panggil.  Aku panggil Biawak Island, sebab bila kami makan, biawak panjang adalah dalam 1.5m, datang nak tumpang 4 kaki.  Tak bnykpun, adalah dalam 4 ekor je.  hehehe..  Kami makan makanan dalam tin dan makan segala hape yang kami bawak supaya tak berat beg.  That's the deal.

Ni la biawak tu.  Kami makan ye, tak do amik gamba. heheheh.

Abeh da lunches, terus gerak g Marine Park.  Mak aku da penat and takut, tak mau snorkel kat situ.  Dalam woo air kat situ.  Ikan? Ikan besar sampaikan aku dok pikir ikan selar yang besar ni kalo jual kat pasar bape la sekor.  Aku tak tau. ehheheh.. Tukun tiruan dan spesies landak laut bnyk kat Marine Park ni.  Mmg tak ada coral.  Ikan je lebih, sebab orang suka bg makan.  Tu yang dorang datang.  Papehalpun, mmg seronok kat Marine Park sebab ayah and adik lelaki aku buat aksi terjun.  hehehhehe.  Adik ipar aku kejap je snorkel, terus naik sebab penat.. and, teman mak aku.  hehehe.  Mak aku dari atas, dok melepor roti, lempar punya lempar, kene kat atas badang aku.  terus ikan datang.  Menakutkan sebab ikan dia besar, besar sampai korang nampak gigi dia yang sebaris tu! Kalo dorang gigit camne.... wu3..

Ikan yang bnyk, dan tukun tiruan yang diletakkan.  Banyak jugak landak laut yang scary.

Habis dah aktiviti pertama.  Snorkel berbayar.  Next aktiviti, snorkel tak berbayar.  Previous day, kami diberitahu oleh native Tioman yang baru 2 hari lepas ada orang meninggal.  Tak pakai life jacket.  So, kami mengambil keputusan untuk meminjam lebih masa life jacket yang snorkel tadi, tuk aktiviti yang berikutnya; Snorkel free a.k.a snorkel tak berbayar...

Snorkel tak tak berbayar
Aktiviti leisure ni disertai oleh ayah, adik lelaki dan me.  Ayah aku didepan, asik tersasar je dia punya snorkelling route.  hehehe.. aku kat belakang, dalam 3 meter gitu.  My bro, kat belakang.  Misi: ke Soyak Rock.  Dekat je dari pantai salang, in fact, boleh nampak dari pantai.  *Time pegi ni, aku ingatkan Malang Rock, tapi rupa-rupanya, Soyak Island

Ok, snorkel punya snorkel, kami memasuki lorong antara batu.  Air yang hangat tadi, mula terasa sejuk.  Laut yang jernih, bertukar menjadi biru gelap.  Suasana? tok sah cakap.  Gile seram!  Tapi pemandangan bawah masih lagi batu-batu besar.  Sebab kami snorkel kat tepi-tepi.  Aku da mula rasa lain macam, and tunggu my bro.  Aku cakap, "gue mau pulang ke pesisiran".  Dia kata, "no worries, i have your back".  Aku ikotkan aje, even hati time tu da serem gilo.  

Lastly, jumpa ayah aku dok berehat and berdiri atas batu.  Which batu tu terbelah tengah2.  My dad's foot about 5cm from that belahan batu itu.  Seraya aku cakap, " abah, jgn berhenti kat situ".  Sudahnya, adik aku bg cadangan suh balik ke pantai sebab dah rasa tarikan ombak makin kuat dan ianya merbahaya.  Dan, tempat kami berhenti tu, dah tinggal 1/2 dari hasil snorkel.  Means, dah dekat dengan Soyak Island.  Tapi, keselamatan punya pasal, kami bertiga berenang pulang.  Sebelum pulang, kiranya, dah melepasi lorong antara batu, kami berhenti untuk bagi makan ikan.  Makanan ikan, abah yang pegang.  hehehehe.

Bila tengah2 bagi ikan makan tu, jumpa la sekumpulan omputih berenang.  Nampak gaya cam nak pegi Soyak Island.  Aku macam biasa, tak nak ikot.  Adik aku juga.  Ayah aku sahaja yang follow dari jauh group itu.  Gagahkan?.. Hebat.. hehehe.

Lai, lai.. makan mari ikan-ikan

Hampir 5ptg, kami pulang ke pantai dan mandi-mandi kat tepi tu.  Ayah aku pun da balik.  Kata dia, omputih tu balik, den pun join lah sekali.. heheheheh.  Then, my bro, my sis in law and I, menggagahkan diri ke pelantar.  Kami je yang pakai life jacket.. orang lain yang lepak situ.. semua tak pakai life jacket.  And, ada 3 sisters (rasanya), dok main terjun-terjun.  

Da lepak-lepak, kami pulang.  Apa yang aku perasan, aku mmg dah tak larat nak kayuh tangan aku.  Jadinya, adik aku akan melempar aku untuk pulang ke tepian....thnx bro~!  Dalam area 6.30pm, kami berangkat pulang ke chalet.  Aku mmg penat sgt-sgt.  Makan megi cup.  Dan, terus tido.  Pun badan tak berapa nak tido sebab terlalu penat. Tapi, aku berjaya melelapkan mata.

Aku terjaga bila adik aku ngn ayah aku gelak.  Ntah apelah yang diborakkan oleh mereka.  Aku tak amik port.  Lastly, aku bangun sebab badan and tangan aku terlalu lenguh.  Amat lenguh.  Tetiba*:

Bro: Ko tau tak kat tempat yang kita nak snorkel tadi petang tu ada shark?
Aku: .....camne ko tau?
Bro: Aku tnye kat orang jual burger kat depan ni tadi..
Aku: eiiiiiiiii... seram....
Bro: Orang tu ckp kat aku.. kalo bertuah boleh tgok shark.. tinggi lebih kurang 1.5 meter.. tu pun baby shark...
Aku: Bertuah apekah itu???? eiiiii... seram la tempat tadi...
*perbualan yang lebih kurang, not excatly the same..

Al-kesahnya... seb bek tak jumpa shark.  Malam tu terus aku tak boleh tido, sebab tangan teramat lenguh.. dan paling pasti.. aku mmg teringat-ingat kat tempat aku snorkel tadi siang.  Serammmmmmmmmmm!!!! Kalau jumpa shark, camno? tak ke kene geget?? takut.... :(

Ok, tu saja entri kali ni, tuk hari ke-2 di Tioman.. Mmg seram, tapi bile pikir-pikir balik, mmg kelakar.  Tu lah, menyelam tak de ilmu.  Mmg gigih la kalo jumpa shark.  Tak ke kene baham!   

Till then,


10 comments:

  1. Kena banyak tengok APL (animal planet) @ 1 lagi channel (tak ingat apa mende) psl hewan2 liar.

    Sebelum berenang2 di kejar shark.. baik studi dulu.. kang jd sup feberet shark pulak ko ni haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... APL tak ada.. kalo tv1 maybe boleh diusahakan.. serius seram kat situ.. rasa cam lain macam... tempat tu ada orang mati 2 days before tu... lagi la menambahkan perasa dalam renangan tu...

      Delete
  2. takper zette, shark takut dengan orang melayu, dengan omputih jer dia berani, hehe...

    aku pong tak sabar-sabar nak terjun ke laut jugak nih, argh...jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. betull. orang putih cam tak kesah kalo mati.. kita ke yg terlebih sayang nyawa???

      hehe.. bile pergi? kemana? :)

      Delete
  3. shark kat malaysia masih jinak... asal jgn buat aksi yg bakal mengancam keselesaan mereka.. hehehe.. tu boss saya cakap.. sbb dia hantu nyelam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah... takut jugak... sbb gigi dia beribu.. kang tersepak, dia mengamuk... camne... T_T

      Delete
  4. Biawak tu bebas ke eeeuuu geli i takutttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. bebas je... mmg dia bnyk and besar.. dalam 1 meter gitu. Tapi dia tak kacau orang. :)

      Delete
  5. Kat tioman susah dpt restoran ka?? berkira2 nak pegi gak la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak.. bnyk restoran.. harga mmg mahal sikit dalam rm2.. tapi portion dia banyak.. berbaloi for money...

      Delete