Enough me! Its you now!

Monday, April 29, 2013

Berlibur di kota Jawa Timur: Surabaya

Assalamualaikum...

Sihat semua? Alhamdulillah, aku baru sahaja touch down dari Indonesia, Jawa Timur.. Kota Surabaya 27hb yang lepas, yakni hari Sabtu.  Percutian selama 5 hari ini sangat bermakna sebab banyak berlibur di wisata-wisata menarik di kota Batu, Bromo, Malang dan Surabaya sendiri.  Aku letak teaser dulu and ini nombor pak pemandu pelancong kami, Pak Nur (+628130989200).  Orangnya baik sekali, cakap je korang nak g kedai mana, murah ke, mahal ke, mesti dia usaha untuk bawakkan.  

Pemandangan dari cerun bukit.  Kabus mulai memenuhi sekitar Bromo. Subhanallah, cantik sekali

Cerita tentang Surabaya akan menyusul.. bila? nanti la ea.. If korang ada pertanyaan tentang Surabaya, just komen or email ye? InshaAllah, aku akan cuba menjawab segala pertanyaanmu itu sahabat.. :)

Till then,




p/s: aku juga ada jual hasil rembatan di sana.. ley tgok kat FB ni... ;)

Monday, April 15, 2013

Paper Krabi - Last Day - Day 4

Assalamualaikum...

Entri untuk Krabi trip (01112012 ~ 04112012), klik sini.

Entri untuk Krabi trip, day 1 (01112012), klik sini.
Entri untuk Krabi trip, day 2 (02112012), klik sini.
Entri untuk Krabi trip, day 3 (03112012), klik sini.

Moh kita sambung paper krabi tuk hari last day and aku akan buat summary, why I am failed this paper, and why do I need to repeat krabi.  First of all, aku letak map yang di cropped dari google maps, untuk kegunaan masyarakat setempat.  Tang mana aku amik anna universal traveller, tang mana ada CIMB, tan mana ada restoren muslim dan sebagainya.  Tapi, kedudukan ini tak berapa nak betul rasanya, sebab dah lupo.  Lamo bona.  Feel free to tell me the original position.

Ini aku agak-agak lupa.  Feel free to correct me. :)  Anna universal traveller berada between kedai makan muslim dan laut.  Ianya bertentangan.  Kedainya kecil, tetapi dekat dengan Aonang Orchid Hotel.

Hitam bersegi lima tu, Aonang Grand Inn.  Bulatan merah kecil tidak berlabel adalah restoran makanan muslim.  Sebelah kanan Aonang Grand Inn tu yang tak berapa nak murah.  Yang tepi laut tu harga lebih kurang tapi rasa sedap lagi.  Bulatan yang aku label tu satu, kedai makan.  Kedai ini bernama Jamal, if tak silap.  Agak tersorok sebab kedudukannya diantara kedai baju, and paling penting, kecil and dia kat bukit.  Hahaha.. Jika gerai-gerai tu, rasanya Jumaat, Sabtu and Ahada shj yang ada.  Kecik je Aonang ni, korang tak sesat punya.  Yang penting, muslim ramai.  :)

For this very last day, after breakfast dalam bilik, kami jalan-jalan sebab flight kul2pm.  Bas putih boleh tunggu di depan McD and jgn lupa beli tiket.  If tak ada tiket, boleh beli di Aonang Grand Inn or mana-mana kedai yang ada tulis "ticket bus to airport". Senangkan?

Besar tak selipar ni? Korang juga boleh tempah baju kat sini.  Harga? Tak tau sebab tak menempah.. hehe

Kami juga cari makan ringan-ringan di gerai-gerai depan Aonang Grand Inn, berhampiran McD.  Semua yang menjual adalah muslim.  In sha Allah.. :) 

Spring roll and udang ini sgt la sedap.  Sos thai tu yang wat ianya bertambah sedap.  Harga? Murah sedikit dari restoren.

U have to try air ini.  Aku try mango and sgt puas hati.. :)

Ok, before aku menamatkan penulisan tertunggak ni, aku nak ceritalah kenapa aku kena repeat Krabi.  Antara sebab-musabab yang aku rasa adalah:

  1. Krabi sangat BEST.  It's different.  Tetapi, aku dapat rasakan yang Redang cantik lagi.  I mean, hidupan di bawah laut lagi cantik di Redang.  (Sape da pergi, tolong share.. hehe)
  2. Aku masih ada lagi 2 island trip yang aku rasa patut pergi, which are Hong Island and 4 Island.  Gedik tak?  If next time pergi, aku shoot to Phuket je sebab pakej island hoping sama shj untuk Krabi dan Phuket (if I am not mistaken)..
  3. Sebab no 2. hehe.. dah tak ada dah.  Yang penting, no 2 tu.  =)

Anda semua juga boleh dapatkan tiket pulang ke Malaysia (guna jalan darat) di mana-mana kedai. Kat Aonang Grand Inn ni as picture below:

Harga tak disebut, but waktu bertolak ada.

Sementara tunggu bas putih hantar kami ke airport, aku sempat guna tenet kat Aonang Grand Inn ni.  Jangan tak tau, dorang memang ada internet, tapi berbayar.  heheh.. Bayar je laaa..

Ok, trip Krabi aku dah jadi tak tertunggak.  Ada lagi trip tertunggak 'bekerja di KK', 'Seoul in Sonata' and 'Padang-Bukittinggi Shopping Spree'.. Minggu depan aku nak fly lagi.  To Indonesia.. Doakan ye..

Till then,