Enough me! Its you now!

Tuesday, March 26, 2013

Paper Krabi - Day 3

Assalamualaikum...

Entri untuk Krabi trip (01112012 ~ 04112012), klik sini.

Entri untuk Krabi trip, day 1 (01112012), klik sini.
Entri untuk Krabi trip, day 2 (02112012), klik sini.

Untuk hari ke-3 ni, kami pilih untuk buat aktiviti on ground sahaja since keadaan Kak Fiza tak berapa nak mengizinkan.  So, kami pilih pakej:

Our package

Memandangkan ada visit to Emerald pool, aku dengan jayanya memakai pakaian yang tidak berapa cantik.  Dengan harapan, bolehlah tukar if nak mandi later on.  First stop, kami dibawa ke Tiger Cave Temple, which  untuk ke Temple diatas, dan lihat pemandangan, sangatlah tinggi.  Perlu mendaki 1000 lebih anak tangga.  Aku naik dalam half, dah turun kembali sebab tangga dia makin curam dan makin narrow (mengecil).  Then, kami lepak di bawah sahaja untuk menikmati pemandangan di sekitar temple.  Oh ye, time aku memanjat anak tangga tersebut, terdapatlah beberapa orang boys, dengan penuh semangat berlari-lari naik anak tangga.  Untonggglaaaaaaaa.. *tetiba*

Ko nampak bape banyak anak tangga tuhhh?? 

The temple and its guardian


Ramai sami today sebab hari Sabtu tu dorang ada upacara dorang

Sesudah itu, tour guide tu bawa kami ke tempat gajah.  Yup, elephant trekking.  First time aku naik gajah.  But, aku rasa tu gajah muda sebab kecil.  Gajah asia.  Memang takut sebab gajah tu cam malas nak jalan and asik masuk selut je.  A few minutes memang rasa nak muntah, but then, a couple minutes after that, I was fine. ^_^.  Then, tengok baby elephant show.  Sgt mencuit hati.  And, gajah tu memang dah ditrain untuk mengambil hati pengunjung.  Aku bagi dia makan pisang juga.. sayang kat gajah ni.  Ciptaan Allah, mana tak sayang, ye tak..

Gajah owh gajah

Lunch kami disitu juga sebab kami.  Lauk sama macam semalam, just ada ayam green curry.  Rasa? Not bad! Yang penting, halal, in sha Allah.. :)  Da kenyang, kami di bawa ke hot spring waterfall.  Cuci kaki and tidak basuh muka.  Air dia memang panas.  Tak mandi since tempat dia sempit sikit.  Tak ada gambar ye tuan-tuan dan puan-puan, sebab kamera sudah kehabisan bateri.  

Sesudah itu, kami di bawa pula ke tempat terakhir, yakni, Emerald pool.  Korang kene jalan jauh juga untuk ke pool ini.  Jauh ke dalam tau.  Emerald pool ni berpunca dari air gunung, tetapi, kolamnya buatan manusia.  Aku tak mandi pun, just melihat pemandangan.  Macam ulu bendul aku rasa tetiba. heheh.. Jahat tak aku? Pendek kata, nak mandi pun tak berapa best sebab ramai sgt orang.  Hari Sabtu kot time kami kat situ.

Kami dibawa pulang lebih kurang jam 4 petang.  Ape lagi, mmg rest je lah.  Tido dan mandi-manda kat bilik air.  Malam tu, kami dinner di restoran yang di rekomen oleh pekerja hotel *lagi*.  Sesudah makan-makan, cek duit, masih ada baki, rembat souvenir.  *lagi?*.. Then, berdekatan hotel, nampak pulak ada Thai massage.  Aku amik pakej full body massage dengan harga RM25 shj.  Murahkan? Kat sini cecah ratus tau sekali urut.  Aku request masseuse perempuan shj dan nak bilik yang tetutup.  Yes, rupa-rupanya tempat tu mmg khas tuk perempuan je.  So, masa nak urut tu, mmg aku da Tikah je yang urut full body.  Kak Fiza and kak Rin urut kaki, pun sedap sgt kata mereka.  

Keadaan bilik urut ni.  If sensorang macam segan and takut kan.  If berdua, ok, macam selamat.

Signage kedai tu.  Dia kat luar cam saloon and wat tatoo.  But, kat dalam, ada taman.. heheh.. This rumah urut is besides milano collection and krabi delite.  :)

Sedap tau Thai massage ni.  Sgt selesa badan aku.  Da makan, urut-urut, pe lagi, balik hotel dan tidur.  Esok nak balik Malaysia terchenta dah.  Nanti aku sambung lagi.  :)

Till then,



8 comments:

  1. hoyee..dpt naik gajah..tapi gajah kat sana come2 kan compare to HatYai..

    Kesian gajah tu tak sempat nak mandi heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tak mandi pun JM.. rasanya, gajah-gajah tu makan pun tak diberi.. kesian..

      Delete
  2. Emerald pool memang dalam perancangan aku nak pergi tahun ni, sebab tengok gambar abang ipar aku pergi, perhh...cantik giler siot. macam ko cakaplah, tak best sebab ramai orang...tapi tak kira, nak pergi jugak, hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg cantik.. suasana dalam hutan.. tapi sajesan aku, try g time hari weekdays.. not wiken.. too many people.. too crowded..

      Delete
  3. konon nak pi baru ni tapi banyak halangan pulak...

    cantik..!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh.. sila pergi.. ianya menarik~!!! :D

      Delete
  4. Scarry eh aku nengok guardian kat temple tu.

    Sakit tak masa dorang urut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sakit.. and, sgt sedap... puas hati~

      Delete