Enough me! Its you now!

Saturday, March 8, 2014

Pray for MH370

Assalamualaikum…

Sumber: Facebook Berita Terkini Pesawat MH370

Dari jam 8.00 pagi tadi, aku dan keluarga masih tidak menukar channel.  Astro Awani, TV3.. Astro Awani, TV3..  Tak cukup info, aku terus meng’google’ tentang berita yang tergempar ini.  MH370 hilang di radar dan tidak dapat di kesan.

Pray for MH370.  Pray for MH370.  Pray for MH370.  Tu ayat yang berlegar di facebook dari pagi tadi.  Sebak hati aku.  Macam-macam andaian yang aku buat dalam kotak fikiran sambil berbincang dengan ayah aku. 

Sehingga jam 2.00 petang lebih, akhirnya, berita tentang MH370 di update lebih terkini.  Terhempas.  Sumber dari akhbar Vietnam, dipetik dari Yahoo News.  Sedih.  Sedih dan sebak.

Bila perkataan terhempas, otak aku sekali lagi berfikir.  Adakah sistem gagal berfungsi sebab kerosakan komponen dalam system perhubungan pesawat? Sedih dan lebih sedih.  Last sekali yang aku tengok (Buletin Utama TV3),  MH370 mampu terbang sehingga jam 8.30 pagi, tetapi sekarang sudah jam 9.00 malam.

Otak aku ligat berfikir tentang demo emergency oleh steward/ess masa aku naik flight.  Most people tends to let this demonstrate slips and look away.  Aku? Aku memang suka tengok steward/ess ni, cara dorang demo emergency ni.  Life jacket can be found under your seat.. bla bla.. Put your own mask before help others.  Fresh and clear.

I pray for all of them.  Pray for their safety.  Untuk itu, aku ucapkan takziah untuk keluarga mangsa atas kejadian pesawat hilang ini.  Let’s pray together supaya Allah SWT berikan petunjuk yang jelas dan permudahkan mereka dijumpai. 

Sumber: Sini.  The never landed flight.  Allahurobbi.. :(


Me is sad,


2 comments:

  1. Yerr jm pun setia menanti perkembangan terkini situasi skrg. Lets pray for them aminnnn

    ReplyDelete
  2. Moga dipermudahkan .. Ya Allah .. bantulah mereka dalam mencari dan menyelamat MH 370 :(

    ReplyDelete