Enough me! Its you now!

Monday, October 29, 2012

Pernah rasa tak?

Assalamualaikum...

Entri kali ni, just aku merepeks.  Tak nak baca, boleh klik pangkah kat atas nun.  Silakan.  heheh.  Some cakap yang travelogue ni kahs for travelogue, tapi hade aku kesah? Nope, aku tak kesah.  This is my travelogue, travelogue of my life.  *Patut tukar dari amateur travelholic to travelogue of amateur travelholic..heheheh*

I just wonder, pernah tak korang rasa penat.  Penat untuk kerja, penat untuk holiday? Penat for all things.  Mood mmg ke lantai.  Aku macam malas nak travel to Krabi this Thursday.  haha.  Funny? kan? Dah siap semua, bilik, duit, trip, semua dah booked.  But, I feel not going.  Kebenaran keluar negara oleh incik bos, tok sah citer, da lulus sekejap sgt, 2 minggu tak silap, even kebenaran tu datang dari vc.

Hmm.. mungkin aku penat, after a month, travel again.  A month after this trip (krabi), pack for KK plaks.  Then, pack again, pack again, non stop till August.  Gilo po den nih.  So, bila orang beli tiket, aku just.. dunno.. tak nak beli dah.  Just a couple tickets that i've promised my friends to go travel with them... *Pun tak beli, tgok jer dulu* Entri berhabuk dan berjaman, entri Tioman (last day), Kuching (A memoir of friendship) and Cambodia.. aku cuba.. cuba.. untuk publish..

Source: here

Doakan aku masih dalam track travelling  and doakan aku utuh dengan kerjaya aku.  Doakan aku juga tenang.   Aku sentiasa mendoakan mereka yang mendoakan aku.  :)

Till then,






Thursday, October 11, 2012

Rover in Tioman - Day 2

Assalamualaikum... 

Entri untuk hari pertama (25 Ogos 2012), klik sini.
Entri penuh utk Pulau Tioman, klik sini.


Meh kita sambung perjalanan kami sekeluarga yang happy pada hari ke-2.  Entri ni kureng gambar sebab, mmg leka berenang.. tak do kojo nak bergamba selalu. hehehehehehe.  So,layan je la aku membebel..

Ok, untuk hari ke-2 kat Tioman ni.  Kami breakfast bihun goreng.  Celah mana pulak la bihun munchul di Pulau ini.  Mestilah, perencah segera bihun+bihun segera.  Sedap woooo.. Just tak de ayam and sayur.  Dengan tak mandi, kami bersiap-siap untuk mandi kelaut.  Hari ini, aktivitinya, snorkelling.  Aku bahagikan cerita snorkle aku ini kepada 2 bahagian: 1) Snorkel bayar, dan 2) Snorkel tak tak berbayar.  Hmmmm... Saat aku nak cerita ni, mmg pengalaman indah *ngeri je aku rasa*...

Snorkel bayar
Fantastic.  Mabeles.  Sgt cool~ Tu je.  Dengan rm63, kami dapat life jacket dan snorkel dibeberapa tempat.  Tempatnya adalah: tulai island, pulau biawak *heheh*, marine park.  Dijanjikan 4 tempat, iaitu lagi satu tempat, soyak island.  Tapi ntah nape, deme bawak kitorang ke 3 tempat aja.  Tak pe la, 3 tempat ni pun da cukup best.  Activities, mmg snorkel la kan? hehehhe..  Tulai Island, tempatnya cantik dan juga coral pun cantik.  Mmg boleh leka tgok ikan-ikan ni.  Da dalam lebih kurang 30-40minit, kami dipanggil balik untuk makan tengah hari.

Muka hepi sebab nak snorkel

Corals at Tulai Island

Lunch mmg korang kene sediakan sendiri.  Makan kat Biawak Island or Long beach kot orang panggil.  Aku panggil Biawak Island, sebab bila kami makan, biawak panjang adalah dalam 1.5m, datang nak tumpang 4 kaki.  Tak bnykpun, adalah dalam 4 ekor je.  hehehe..  Kami makan makanan dalam tin dan makan segala hape yang kami bawak supaya tak berat beg.  That's the deal.

Ni la biawak tu.  Kami makan ye, tak do amik gamba. heheheh.

Abeh da lunches, terus gerak g Marine Park.  Mak aku da penat and takut, tak mau snorkel kat situ.  Dalam woo air kat situ.  Ikan? Ikan besar sampaikan aku dok pikir ikan selar yang besar ni kalo jual kat pasar bape la sekor.  Aku tak tau. ehheheh.. Tukun tiruan dan spesies landak laut bnyk kat Marine Park ni.  Mmg tak ada coral.  Ikan je lebih, sebab orang suka bg makan.  Tu yang dorang datang.  Papehalpun, mmg seronok kat Marine Park sebab ayah and adik lelaki aku buat aksi terjun.  hehehhehe.  Adik ipar aku kejap je snorkel, terus naik sebab penat.. and, teman mak aku.  hehehe.  Mak aku dari atas, dok melepor roti, lempar punya lempar, kene kat atas badang aku.  terus ikan datang.  Menakutkan sebab ikan dia besar, besar sampai korang nampak gigi dia yang sebaris tu! Kalo dorang gigit camne.... wu3..

Ikan yang bnyk, dan tukun tiruan yang diletakkan.  Banyak jugak landak laut yang scary.

Habis dah aktiviti pertama.  Snorkel berbayar.  Next aktiviti, snorkel tak berbayar.  Previous day, kami diberitahu oleh native Tioman yang baru 2 hari lepas ada orang meninggal.  Tak pakai life jacket.  So, kami mengambil keputusan untuk meminjam lebih masa life jacket yang snorkel tadi, tuk aktiviti yang berikutnya; Snorkel free a.k.a snorkel tak berbayar...

Snorkel tak tak berbayar
Aktiviti leisure ni disertai oleh ayah, adik lelaki dan me.  Ayah aku didepan, asik tersasar je dia punya snorkelling route.  hehehe.. aku kat belakang, dalam 3 meter gitu.  My bro, kat belakang.  Misi: ke Soyak Rock.  Dekat je dari pantai salang, in fact, boleh nampak dari pantai.  *Time pegi ni, aku ingatkan Malang Rock, tapi rupa-rupanya, Soyak Island* 

Ok, snorkel punya snorkel, kami memasuki lorong antara batu.  Air yang hangat tadi, mula terasa sejuk.  Laut yang jernih, bertukar menjadi biru gelap.  Suasana? tok sah cakap.  Gile seram!  Tapi pemandangan bawah masih lagi batu-batu besar.  Sebab kami snorkel kat tepi-tepi.  Aku da mula rasa lain macam, and tunggu my bro.  Aku cakap, "gue mau pulang ke pesisiran".  Dia kata, "no worries, i have your back".  Aku ikotkan aje, even hati time tu da serem gilo.  

Lastly, jumpa ayah aku dok berehat and berdiri atas batu.  Which batu tu terbelah tengah2.  My dad's foot about 5cm from that belahan batu itu.  Seraya aku cakap, " abah, jgn berhenti kat situ".  Sudahnya, adik aku bg cadangan suh balik ke pantai sebab dah rasa tarikan ombak makin kuat dan ianya merbahaya.  Dan, tempat kami berhenti tu, dah tinggal 1/2 dari hasil snorkel.  Means, dah dekat dengan Soyak Island.  Tapi, keselamatan punya pasal, kami bertiga berenang pulang.  Sebelum pulang, kiranya, dah melepasi lorong antara batu, kami berhenti untuk bagi makan ikan.  Makanan ikan, abah yang pegang.  hehehehe.

Bila tengah2 bagi ikan makan tu, jumpa la sekumpulan omputih berenang.  Nampak gaya cam nak pegi Soyak Island.  Aku macam biasa, tak nak ikot.  Adik aku juga.  Ayah aku sahaja yang follow dari jauh group itu.  Gagahkan?.. Hebat.. hehehe.

Lai, lai.. makan mari ikan-ikan

Hampir 5ptg, kami pulang ke pantai dan mandi-mandi kat tepi tu.  Ayah aku pun da balik.  Kata dia, omputih tu balik, den pun join lah sekali.. heheheheh.  Then, my bro, my sis in law and I, menggagahkan diri ke pelantar.  Kami je yang pakai life jacket.. orang lain yang lepak situ.. semua tak pakai life jacket.  And, ada 3 sisters (rasanya), dok main terjun-terjun.  

Da lepak-lepak, kami pulang.  Apa yang aku perasan, aku mmg dah tak larat nak kayuh tangan aku.  Jadinya, adik aku akan melempar aku untuk pulang ke tepian....thnx bro~!  Dalam area 6.30pm, kami berangkat pulang ke chalet.  Aku mmg penat sgt-sgt.  Makan megi cup.  Dan, terus tido.  Pun badan tak berapa nak tido sebab terlalu penat. Tapi, aku berjaya melelapkan mata.

Aku terjaga bila adik aku ngn ayah aku gelak.  Ntah apelah yang diborakkan oleh mereka.  Aku tak amik port.  Lastly, aku bangun sebab badan and tangan aku terlalu lenguh.  Amat lenguh.  Tetiba*:

Bro: Ko tau tak kat tempat yang kita nak snorkel tadi petang tu ada shark?
Aku: .....camne ko tau?
Bro: Aku tnye kat orang jual burger kat depan ni tadi..
Aku: eiiiiiiiii... seram....
Bro: Orang tu ckp kat aku.. kalo bertuah boleh tgok shark.. tinggi lebih kurang 1.5 meter.. tu pun baby shark...
Aku: Bertuah apekah itu???? eiiiii... seram la tempat tadi...
*perbualan yang lebih kurang, not excatly the same..

Al-kesahnya... seb bek tak jumpa shark.  Malam tu terus aku tak boleh tido, sebab tangan teramat lenguh.. dan paling pasti.. aku mmg teringat-ingat kat tempat aku snorkel tadi siang.  Serammmmmmmmmmm!!!! Kalau jumpa shark, camno? tak ke kene geget?? takut.... :(

Ok, tu saja entri kali ni, tuk hari ke-2 di Tioman.. Mmg seram, tapi bile pikir-pikir balik, mmg kelakar.  Tu lah, menyelam tak de ilmu.  Mmg gigih la kalo jumpa shark.  Tak ke kene baham!   

Till then,


Friday, September 28, 2012

Rover in Tioman - Day 1

Assalamualaikum...


Apa kabar? seronok tak hari-hari mendatang nih? Aku cam bese, menangguhkan diri or mengurangkan stress diri dengan menulis blog ini.  Entri kali ni, entri aku ke Tioman.  Entri ke Saigon or HCMC sudah di tamatkan, korang boleh la baca slow-slow and enjoy.  Tamao stress-stress kay?

Entri penuh tentang Tioman, boleh ketik sini.  Entri hari pertama, yang haku dok menaip ni lah.  heheheheh.. First of all, before aku membebel lebih lanjut, aku nak bagitahu laaaa, yang gambar ni, hasil tangkapan adik and adik ipar yang aku cayangi, Zarip and Yani.  hehehe.. kamera aku tak boleh masuk air kekdahnya.  Kamera dorang chantteeeekkk and kuuurrrrlllaaasssttt gitew.. ko hade?.. hehehe.. aku tak hado.. huk3.. T_T

Ok, meh la kita cerita.  Pendek kata, perbelanjaan aku di Tioman, untuk 3 orang dewasa, tak termasuk makan, dalam RM800.  Makan, mak aku masak.  Beliau adalah chep yang hebat, daebak!.. Butiran aku as below:

Bilik : RM100/ nite (room for 5 person) @ Salang Indah Resort
Snorkle : RM63/ person (no equipment just life jacket)
Feri : RM70/ person, return
Parking : RM10/ day
Marine park: RM5/ person
Bilangan hari merewang di Tioman : 4h 3m
Tahap keseronokan??? tak ternilai.... ^^

Kami bertolak dari negeri sembilan kira-kira jam 5pg.. Perjalanan kali ni, kami menggunakan route Pilah-Muadzam-Rompin-Tg Gemok.  Dalam 6pg, kami singgah di Masjid India di Kuala Pilah, subuh dan meneruskan perjalanan ke Muadazam Shah, route Bahau.  Hujan renyai-renyai yang iringi kitorang pagi tu.  Adik ipar aku tido, adik aku drive... Pendek kata, semua orang tidur kecuali, ayah and adik aku.  Sebab pagi sgt kekdahnya.. Breakfast kat tepi jalan dan Alhamdulillah, dalam pukul 9am gitu.. kami tiba di jeti Tg Gemok~!!! Rasa excited da mula terasa.  Feeling-feeling laut nan biru mula menyapa.. eh, aku puitis gitew~~~.. heheheh...

Kami terus ke kaunter tiket feri.  O ye, adik aku telah menge'book' tiket feri untuk mengelakkan tak de tiket.  Setelah urusan tiket dan tiket parking kereta selesai, aku round-round jeti tu.  Snap gambar sikit dan beli juga tiket marine park.  RM5 sorang.




Suasana perjalanan ketika pagi itu.. Dingin dan mengantuk.. heheheh..

Kami disambunt dengan Peta yang cute nih~


Kiri (atas): Tiket parking kereta, sehari, RM10
Kiri (bawah): Korang boleh pilih mana-mana feri yang korang berkenan
Kanan (atas): Kami pilih ini! Jam 1130am punya
Kanan (bawah): Tiket feri, boarding pass pun hado tau.... 

Kiri (atas): Harus memberitahu nama keluar dan masuk pulau Tioman
Kiri (bawah): Kaunter marine park
Kanan (atas): Ruangan menunggu untuk boarding feri
Kanan (bawah): Tempat berlepas

Mak memegang tiket merine park yang bernilai RM5 setiap satu

Kiri: Yeah!!! kami akan ke Salang!!
Kanan (atas): Snorkel aku~
Kanan (bawah): aku pun tak paham nape aku amik gamba nih.. heheheeh

Antara barangan yang dijual di Jeti Tg Gemok

Tunggu punya tunggu, hari pun sudah pukul 11.30am.  Ferry boleh dinaiki pada pukul 11.15am gitew.  Awal jugak laaa....  Ferry ada aircond and selesa... Feri tu hanya memulakan perjalanan pada pukul 12pm kot..  Perjalanan selama 3jam tu, aku isikan dengan snap gambar dan seterusnya, meratap.. sebab kamera aku beteri habih..kong-kong...  Feri ni sampai kat Tioman awal je.. tapi, dia mmg berhenti bnyk kali, dan paling lama di Tekek.  (Disebut 'e' seperti sebut 'emak')...  So, last stop adalah Salang, which around 3.30pm... 


Atas: Jeti Tg Gemok
Bawah (kiri): Di Tekek
bawah(kanan): Jeti Kg Genting

Aku da booked bilik di Salang Indah Resort, dah lamaaa... mau dekat 3-4 bulan lepas.  Setelah habis bayar bilik, masuk la bilik tersebut.. Ok la, tv tak de ye.. Bilik untuk 5 orang, tapi kami stay bertiga je.  Bro and his wifey kat bilik double, RM90 per nite.  hehehhe... Lunch kami dalam bilik je.. Nasi impit dengan sambal ikan bilis kacang.  Mmg sedap dan mabeles mak aku masak~!!!! Terbaik... kenyang-kenyang..

Lunch aku... sebelum dan selepas..erk, alhamdulillah~

And, petang tu, kami sekeluarga bersiap-siap untuk mandi manda.. Duk pulau weh, mandi dalam bilik air cam pelik plak rasanya.. kan?? heheh.. Mandi-mandi and test snorkel equipment, kasi air tak masuk... tengah syok-syok mandi, kami di'serang' oleh segerombolan ikan kecik2.. ramai sungguh ikan tu!! menakutkan at first, then rasa seronok.  Ikan-ikan kecik ni menyambut kami yang da lama tak datang, Terharu!

Testing alatan snorkel.. seronok sgt time nih

Pemandangan dalam laut

Diserang oleh ikan kecik ini

Da penat manda-mandi, kami balik bilik.  Mak aku macam biasa, prepare megi untuk makan malam.  Megi pun, megi laaaa maaakkkk, janji konyang.  Aku tak berapa nak lalu, sebab aku mmg tak makan sgt megi.  

Malam tu, kami sekeluarga keluar ambil angin pulau.  Survey harga untuk island hoping pada esok hari.  Akhirnya, jumpalah yang sesuai dan murah.  Oh ye, aku dah beli snorkel equipment lebih awal, sebab aku mmg merancang untuk lebih serius dalam sukan air nih *kekdahnya ko*.  hehehe.. Sesudah menawar-nawar dengan adik manis kat kedai tu, kitorang jalan-jalan ke jeti.  tengok orang memancing, tgok orang yang tgok kitorang... dan lain-lain.  

Ambik angin kat jeti.  Tgok coral time malam and orang memancing

Tetiba...

Abah: eh, ada trek la ke Tekek.
Kami: ....diam...
Aku: Ada ke? mana abah tau? pasti ke tu route dia?
Abah: Yelah, ada, dalam poto tuh..
Aku: Nak trekking ke? boleh caya ke peta tu?
Abah: .... diam...
Adik aku: Aah la, ada.. *sambil tunjuk kat peta*

**nota: perbualan lebih kurang, bukan exactly the same

Aku terus g kaunter information kat tepi jeti, malangnya, tak ada orang sebab dah pukul 10pm.  Da tutup.. Perbualan tadi tu, terhenti disitu.. hehehe... Da puas amik angin, pe lagi, balik hotel and tido lagi laaaaa... Qada' yang pagi tadi punya.. Esok kene bangun pagi tuk island hoping! Excited! hehehe.. K la, t aku sambung lagi ea.. Thanks kepada penunggang.bulan.putih, sebab ko intend nak bagi aku FM from oppa Psy.. heheheeh... aku bg ko Cambodia punya ea...

Till then,