Enough me! Its you now!

Friday, November 23, 2012

Magical Dust of Cambodia (Day 1)

Assalamualaikum..

Entri untuk Kemboja trip, klik sini.

Harap semua sihat la ye.  Sekarang ni musim hujan, aku pun agak penin-penin lalat sebab asik kena ujan je.  Ok.. entri kali ni, adalah entri yang tertangguh.  Entri Cambodia.  Puas weh berjalan kat sana.  Tapi, tak sedalam HCMC.  HCMC tu kamikaze jalan kaki.  Ini, naik tuktuk.  Tuktuk comel.  hehehe..  Ok, entri ini adalah entri yang pertama, jatuh pada 5 September 2012.  One komen,  Kemboja panas! aku mmg burn, sila bawa sunblock.  hehehe..

Penerbangan kami, empat orang, dari KL ke Phnom Penh.  Flight tu penuh dengan 60% Malaysian, and another 40% is Cambodian itself.  Perjalanan kami dari KL seawal pukul 6pagi.  Sempat subuh di dalam ruangan menunggu.  Atas flight, aku berborak dengan seorang Cambodian women, yg dah kerja kat Malaysia ni, 2 tahun tanpa permit.  Oh my Me! Selama dia kerja mmg tak pernah orang datang cek pasport or dokumne sah kerja? ke? Tapi, aku tengok muka dia, mmg Melayu habis.  Korang takkan boleh beza, unless dia bukak mulut.  Ok, abaikan perempuan tadi.  hehe.  iklan. Kanan aku pulak, a pensyarah dari UUM.  Dr ape tah, penuh dengan dorang je satu flight.  Mereka tu datang atas dasar misi kemanusiaan. Membina sekolah dari duit poket masing-masing.  Aku kagum.  And, aku macam berminat sebab yelah, nak bina sekolah.  Bagus!!

Kebetulan, mag 3sixty cerita pasal Kemboja..

Alhamdulillah, touch down di Phnom Penh pada pukul 8 pagi (waktu Phnom Penh).  Lepas keluar dari amik bagasi, ramai je orang jual simcard.  Aku and kak fizah capai satu.  Kongsi.  Murah sgt kalo wat international call.  Sgt murah.  4 sen kot semenet.

Kemboja in-sight

Booth simcard, sila beli sebab murah kalo calling-calling

Kami dijemput oleh wakil Asia Hotel. Pemandu mmg tak reti engelish dan aku redha.  Janji aku sampai hotel sudah.  Time dia drive tu, baru aku perasan, pemandu tu memandu sebelah kanan.  Tapi bila aku toleh kat kereta sebelah, pemandu mereka kat sebelah kiri.  Bukan satu kereta, tapi semua.  hahahah.  Maksudnya, pajero yang kami naik ni, mmg ntah dari mana. heheh.  Bunyi hon, tak payah cakap. Bingit telinga ni.  Berdebu sikit kotanya.  =)

Diluar airport

Perjalanan ke hotel Asia

Sampai di hotel, keluar je dari pajero tu.  Orang tengok kami.  Kami tgok dorang.  kelaka ye disitu.  heheh.  Bilik telah dibook oleh kak Farah awal-awal.  So, kami amik bilik for 2 persons.  Besar and puas hati.  Bersih and ada peti ais.  Rujuk gambar dibawah untuk keterangan lanjut.  heheh.  Sebelah Asia Hotel ni, ada KFC.  KFC ini halal ye.  Halal logo bukan dari Jakim.  Jika anda mencari halal jakim, maka sila tak payah makan di Kemboja.

Our room.. nice, clean and huge for USD 50 for 2 nite/ per room

Usai jamak zohor dan asar, kami berempat bercadang untuk ke Center Market yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki dari hotel.  Korang boleh tgok peta kat bawah.  Actually, kalo korang Google pun boleh.. mmg itulah tempatnya... heheheh.. Kat luar hotel, penuh dengan tuk tuk yang menanti untuk fetch passenger.  Mudah banget kok! heheh.  Jalan punya jalan, melintas dengan rasa gerun, akhirnya, sampai ke Center Market.  Apa yang ada disini? Shopping la weh.  Barang yang di jual, dari dalam bilik air, ke bilik tidur, ke dapur, dan lain-lain.  Pendek kata, semua ada.  U name it, insyaAllah ado.  Pinggan lumiarc tu pun hado.

Harap dapat membantu

Peta tu amik kat hotel, and, kami jalan kaki ke Central Market

Yang menjadi kegilaan pelancong kalo datang ke sini, batu Cambodia.  Cambodian Gemstone.  Mmg cantik dan murah.  Aku rembat seketul, empat ketul jer..  hehehe.  Kain sutera kemboja juga ada dijual.  Kami decide nak shopping hari pertama dan kedua (sepanjang berada di Phnom Penh ni) sebab tak mau sopping da ketika di Siem Reap.

Layan gambar ye...O ye, jangan lupa tawar dengan gigih untuk dapat harga murah!

Suasana yang meriah

Semua murah.. seketul dalam rm30, tapi rege ikot size ye...

Da abes pusing-pusing Central Market, kami bercadang untuk round-round tempat-tempat menarik seperti dalam itinerary yang dibuat oleh Kak Farah.  Kak Farah ngn Neo time tu kat dalam bus, otw dari Siem Reap ke Phnom Penh.  Kami pulang ke hotel, dan minta guide tu hire tuktuk for us and bargain harga.  Akhirnya, dapatlah tuktuk untuk pergi 2 tempat yang kami suh pergi. rege lebih kurang 12 USD per tuktuk.

Naik tuktuk comel melawat 2 tempat

Tempat pertama yang dilawati, adalah, kuil ataupun, Wat Phnom.  Yes, kuil buddha yang aku tak akan jejak if kat Malaysia.  Tapi kat sana, aku amik gambar kat luar and architecture sgt mengagumkan.  Tangga dia bnyk.  And, seperti mana yang aku tgok dalam Nona TV3, burung pipit yang ada dijual adalah untuk menebus dosa seseorang.  Erm.. kepercayaan, layankan jer..

Please pay, heheh

Snap,snap and snap

Cantik ukiran di Wat Phnom ni

Souvenir and burung tuk korban

Rehat dulu

Budak depan ni tak ada 2-2 tangan and yet, still smiling...proud of you!!

Shoot aku yang paling cantik *aku rasa* dengan camera chap ayam yang aku cintai *over lak aku*

To me, tak ada ape pun kat Wat Phnom ni. Just feeling-feeling Angkor wat if ke sini.  Dok terbayang keindahan seni bina Angkor. heheh.  Aku suka je berjalan-jalan ni.  Feel free to unlike this place. Aku okay jah.  heheh.

Tempat kedua yang orang tuktuk tu bawa, kuil.. lagi.. ok, kali ni, kuil ada sedikit sami.  And, ak tak ingat nama tempat ini ape, sebab mmg tak paham tulisan Kemboja.  Kami bergambar sakan kat luar tu, sebab mmg tempat pelancong pun kuil ni.  Lepak-lepak untuk makan sikit roti yang dibawa.  Minum air. Amik gambar bebanyak ye.

Snap..snap lagi!

Lagi dan lagi!

Rehat-rehat and amik gambar lagi

Seberang kuil ini, ada sungai.  Waterfront orang panngil.  Kami lepak depan sungai ni je.  Before ke sungai, ada tugu perperangan *aku rasala*.  Cuaca terik sgt-sgt.  Ramai orang memancing.

Kamilah pejuang sejati!

Terik sgt nih... sungai yang luas, langit yang biru...^^ cantik

Bila hari hampir ke petang, kami singgah semula ke Central Market.  Kak Fiza mahu borong gemstone lagi.  And, aku borong kain pasang.  Tika and fiza borong tshirt.  heheheh.  Da penat shopping, pulang ke hotel dengan tuktuk tadi.  Pulang dari Central Market, kak Farah dan Neo dah sampai and dah siap-siap untuk carik tempat makan.  Kitorang pun letak barang, and terus ikut mereka.

Dinner at D'Nyonya.  D'Nyonya is a well-known halal restaurant kat Phnom Penh, Saigon, Hanoi.  Masa aku kat Saigon hari tu, rasanya D'Nyonya dorang melakukan operasi pindah tempat.  Harga, boleh tahan.  Semua dalam USD ye..  Standard harga kita.  Dalam USD 5 dan ke atas.  Err... cam tak sama kan? Lebih kurang la, sebab kita RM5, mereka USD 5..  Kan ke lebih kurang tu.  eheheheheh..  Jalan kaki dari hotel, which route can be found in the map earlier..

Kami sempat berkenalan dengan pengurus besar D'Nyonya.  Anak Dato'.  Panggil Atuk.  Dia peramah and dia melayan semua tetamu dia yang berada di restaurant.  Ok la kan? hhehe. Kami sempat juga bertanya tentang money changer and pelbagai perkara lagi yang kami musykilkan. hehehe.. yang makan kat kedai dia tu, macam orang-orang Malaysia yang keje kat Phnom Penh.  Dorang pandang semacam je bile kitorang masuk kedai. Maybe tak pernah jumpa Malaysian datang bercuti ke Phnom Penh.  heheheeh. kelaka disitu.

Aku snap sikit sebab bateri kamera da abih time nih.. Tumbesaran tuk rege makanan hokay?

Esok plannya lebih panjang sebab ada 1 hari suntuk nak berjalan.  Kami booked tour dengan Asia Hotel je sebab malas nak naik tuktuk sebab kami ramai dan sebab murah *bape banyak sebab da*.  hehehe.  Hanya USD10 seorang.  Da booked, perut pun da kenyang, naik atas, dan tido.  K, t aku sambung tuk second day plan and trip ape je yang aku pergi.  Take care, ok?

Till then,





Sunday, November 11, 2012

Rover in Tioman - Day 4 (Last day)

Assalamualaikum..

Entri untuk hari pertama (25 Ogos 2012), klik sini.
Entri untuk hari kedua (26 Ogos 2012), klik sini.
Entri untuk hari ketiga (27 Ogos 2012), klik sini.
Entri penuh utk Pulau Tioman, klik sini.

Hari ke-empat, 28 Ogos 2012, merupakan hari terakhir kami berlima di Salang.  Boat yang kami bakal ambil adalah pada 10.30 pagi, kalau tak silap.  Salang merupakan stop yang terakhir bagi ferry tersebut.  Jadinya, pagi tu, after breakfast kat kedai, aku pun meronda dari hujung ke hujung.  Ukur jalan.  heheheh.  Tak bnyk pun yang aku snap, just nak tau kedudukan setiap chalet yang ada kat Salang ni.  Manalah tau, nanti ada rezeki, insyaAllah, datang lagi.  Menikmati alam semulajadi.  =)

Untuk pengetahuan, Salang Indah Resort yang aku duduk disini, merupakan resort/ chalet yang berada ditengah-tengah Salang.  Jarak Salang Indah dan jeti tak sampai 5 minit.  In fact, dari jeti, kita boleh nampak Salang Indah.  Restorannya besar dan pilihan makanan banyak.  

Aku mulakan menghadap Salang dari jeti, sebelah kiri, chalet yang dari hujung.  Salang Hut.. Mmg sgt okay tempat ni.  In fact, chalet yang paling hujung ni, quite simple and unique.  Kenapa unique? sebab mereka mengguna recycle items to make their own decorations.  Tak caya, ley tgok gambar kat bawah ni.  This place quite far from the jetty, tapi lebih private untuk mandi-mandi.  Chaletnya kecil dan muat untuk 2 persons shj aku rasa.


See.. how creative they are?? *kagum*

Chalet at Salang Hut

Next to Salang Hut, is Ella's Place.  Ella's place punya bilik, lebih kurang besar Salang Hut.  Yang menariknya, kedai makannya, berkonsepkan taman.  Feeling-feeling sepoi angin laut.. gitewww.. =) Ella's place juga menawarkan tempat untuk belajar mencanting/ melukis batik.  Aku rasa yang pergi ni, mat saleh je.  Aku da penah buat batik time sekolah menenga dulu.  Cukupla time tu je.  heheheheh..


Comel tempat nih

Ok, next to Ella's Place, adalah Salang Beach Resort.  Kami amik package snorkel dari sini.  Ada minimart and kedai makan yang jual seafood fresh.  Mmg meliurkan time aku lalu malam hari tu.  Kerang bakar, ikan bakar, u name it, insyaAllah, they have any kind of seafood here.  =) Resortnya, cantik, tapi tak dekat sgt dengan pantai, compare to Ella's Place and Salang Hut.  Tapi, aku rasa tak sampai 3 minit kot kalo jalan kaki.  hahahhaah..


Inilah Salang Beach Resort.  Aku tak amik gambar sebab malas nak keluar dari susur jalan *hehehe*

Next is, Salang Indah, which I think, the biggest resort.  *aku rasalaaaaa,maaf kalo salah*.  Ada chalet atas air.  Cool.  Kedai makan yang bermacam jenis makanan dijual.  Cool.  Dekat dengan jeti.  Cool.  Affordable.  Friendly staffs, and dekat dengan semua accommodations.

Inilah rupa chalet-chalet kat Salang Indah

Kemudahan yang disediakan oleh pihak chalet

Jalan depan sini, which lalu belakang kedai-kedai makan yang tak berapa nak bukak, korang akan jumpa satu sungai *ke*, and dah sampai di Salang Pusaka Resort.  Salang Pusaka ni, dibahagian belakang.  Jauh sikit dari pantai.  Means, korang akan seberang sungai tu guna jambatan.  Tempat ni lagi private *for me* sebab kawasan tu mmg orang tak lalu lalang.  Korang nak melepek depan bilik sambil baca buku, tak de sape nak tgok.  heheheh..
Muka depan chalet sahaja

Then, korang akan jumpa Pak Long Chalet.  Well, Pak Long Chalet ni, kepunyaan sedara akak yang tolong aku dalam my previous entry.  In fact, Pak Long chalet ni, lain sikit.  Hmmmm... tak ada signboard tentang chalet ni.  Ada 4 bilik sahaja, and sebelahnya, diving centre.  Err.. korang tgok gambar ini ok..


Kuninnyaaaaa

The last resort is Zaid's Place, or Salang Sayang Resort.  Aku mmg highly recommended if korang nak duduk kat sini.  Even bilik dia sedikit mahal, tapi resort ni terletak betul-betul depan pantai yang boleh mandi.  Unlike Salang Indah, pantai yang boleh mandi depan chalet korang, nan hado.. Berbalik kepada Salang Sayang, susunan biliknya lebih teratur,  in fact, korang boleh minta bilik yang mengadap laut and sunset.  Indah wehhhh.  Atas bukit tu lagi best, nampak semua.  Ok, layan gambar kat bawah nih.


Ada pantai kat depan chalet and mmg sume orang stay kat Salang mandi kat pantai depan chalet ni.

Tempat makan korang jgn risau, bnyk sgt tempat yang korang boleh makan, just bawa duit.  Lebih duit.  Ok? heheh.  then, for souvenirs, boleh beli di Jeti Mersing or di Tioman.  Kat Tg Gemok tak ada FM tu sume.  And, kalo korang mencari pakej murah tuk snorkel, pilih la memana.  Sume sama jerrr..


Antara gerai-gerai kat Salang nih

Ok, dear readers, tu sahaja entri tuk Tioman ni.  Terima kasih sebab baca, and aku harap korang enjoy and aku harap entri ni dapat membantu korang sedikit sebanyak mengargai pulau negara kita.  Trust me, our island is more private and more beautiful.  =)



p/s: aku mengalami masalah overload gambar kat blog nih.  So, bile google, dapatlah tricknya.. korang boleh view kat sini.

Till then,

Thursday, November 8, 2012

Rover in Tioman - Day 3

Assalamualaikum...  

Entri untuk hari pertama (25 Ogos 2012), klik sini.
Entri untuk hari kedua (26 Ogos 2012), klik sini.
Entri penuh utk Pulau Tioman, klik sini.


Lama da aku perap entri ni.  Da lebih sebulan rupanya.  Okay, tanpa melengahkan masa, kita sambung yok.  Entri untuk hari ke-dua ni lebih mencabar mental dan fizikal.  Bukan apa, kami sekeluarga berjalan kaki dari Salang ke Panuba.  Mmg menguji.  This entry is specially tribute to my mom, who is sooooo tough and..tough! Proud of you! I love you mom!

Hari kedua kami dimulai dengan breakfast yang best, nasi goreng.  Mak aku, macam biasa, masak nasi goreng, guna nasi impit nona dan perencah segera nasi goreng.  Tapi serius, tak sedap! *sorrryyyyy mak*.. Aku telan je, yang penting, makan.  Dan, ayah aku da siap2 pek barang.  Untuk ape??? trekking beb.  Macam tak percaya.  Memula nak mandi laut, tapi since ayah aku insist nak trekking, kami ikotkan sajo.  heheheh.  Mak aku da siap2 masak nasi impit dan panaskan lauk segera untuk dibawa bersama.

Mmg ada trek dari Salang ke Kg Air Batang.  In fact, mmg ada jalan darat dari satu tempat ke tempat yang lain dalam Tioman ni.  Just tak berapa digunakan sebab most tourists come for water sports, not for hiking.  Dihujung Salang ni, ada Salang Sayang Resort, which resort yang paling hujung.  From this Salang Sayang, ada direction ke Monkey Bay.  Dari Monkey Bay, terus shoot to Panuba Inn.  Panuba adalah private beach yang sgt cool.  Mmg next time datang, rasa cam nak duk sini sebab lebih tenang.  Tapi rasa cam tak mampu kerana ianya sgt mahal weh. 

Perjalanan kami berlima bermula seawal 9 pagi *kalo tak salah*.  Treknya mmg baik bukit turun bukit.  Trek dia, mmg sgt mencabar okay.  Tak tipu.  Paling gagah mak aku.  Dengan sakit kaki, beliau berjaya sampai ke Monkey Bay.  Dalam perjalanan ke Monkey Bay tu, kami berjumpa dengan mat salleh.  Omputih yang belajar kat KL, datang Tioman sebab holiday.  Dia lone ranger.  Hebat!


Ayah aku da start berjalan.. starting point, Panuba ada 103 tiang, and kami da meninggalkan Salang dalam 19 tiang.  Routenya sgt berbatu dan berbukit.

Pemandangan sebelum meninggalkan Salang, dari Salang Sayang :)

Seyus, penat sgt-sgt..dan sangat..

Pemandangan yang menyegarkan

Jalan punya jalan, sampailah ke Monkey Bay... ala, tak jauh pun.. adalah dalam 4 jam jerrrrr kalo langkahnya perlahan.. heheheh... Kami berehat, dan minum air.  Omputih tu tengah amik angin, no shirt on.  Agaknya, dia da mandi and da lama sampai.  Kami je yang slow and steady.  Kata nak menikmati alam! *kekdahnya*... Di Monkey Bay ni, mmg ada chalet yang tidak lagi digunakan.  Mungkin sebab teluk ni tak de jeti... jadi, chalet ni terbiar dan usang... Dalam 15 minit rehat, kami gigih teruskan perjalanan.


Atas: Akan jumpa jambatan ini.  Lain-lain: kami tiba dan rehat di Monkey Bay.

Perjalanan di teruskan lagi

Kami jalan lagi, alih-alih, sampai kat pantai sebelah Monkey Bay *after trekking*, which Monkey Bay jugak! Percaya tak? Geram time tuh.  hari da pukul 1 lebih.  Cadangnya nak lunches.  Tapi, apakan daya, lauk pauk yang kami panaskan tadi, tertinggal di bilik, atas katil sebab terlupa nak masuk beg abah.  Yang ada, nasi impit jerrr!! Air pun sebotol je, yang lain tinggal.  Waduh, nak patah balik, cam jauh... 

Monkey bay lagi... 

Ayah aku kata jom terus berjalan, tapi my bro g merendam badan time selang masa yang pendek tu.  Hebat.  Serius, masih ada 61 tiang ke Panuba, and kami telah meninggalkan Salang sebanyak 61 tiang jugak! Woah! Bertabah!

Aku asik amik gambar tiang bagi semangat kat diri sendiri

Macam makin hampir

Daki, turun, mencangkung, memeluk.. semua ada.  Route kali ini lebih mencabar dan sgt kene kuatkan hati.  Dalam perjalanan, terjumpa 4 orang omputih.  Ayah aku yang jauh nun didepan, telah dengan jayanya jadi inpektor pencen.  heheheh.  Ngan kami, mereka:

Mereka: Still alive?
Kami: Yeah.. *gelak-gelak, muka mmg penat gile*
Mereka: How was the path over there?
Kami: Kinda slippery... *masih penat*
Mereka: Owh, and you *point kat aku* wearing those thongs.  Better be careful..
Aku: Hahaha.. ok, ok... 
Mereka: Ok, we gotta go, c u around
Kami: Ok, bye then~

*lebih kurang perbualan, not exactly the same*

Yup, mmg slippery.  Maybe sebab semalam ujan and route yang ini melalui banyak akar pokok.  Path yang kami lalui, kejap naik, kejap turun.  Jalanlah lebih kurang 2 jam, sampai la katttttt.... pantai kecil tepi Panuba.    Bukan Panuba! Geram tak????? Time tu, kami dah nampak Panuba Inn and Tekek.  Tapi apakan daya, masa mencemburui kami sekeluarga.  Da pukul 3pm, and, kami dah trekking about 5 hours now, from 10.30am till 3pm.. 5 jam jerrrr.. hehehe.  Aku mmg da hampir terlena kat batu-batu ni.  Dah tak larat sgt-sgt... Mmg pancit weh.. Ngan seliper aku, ngn tak de air, and aku bawak duit rm30 je.  Sudah tu, kami decide nak ke Panuba sebab nak amik boat and balik ke Salang.

Bila da penat, da tak rasa menikmati alam da (My sis in law, 2012) *thumbs up*

Makin dekat, jalan makin mencabar, batu-batu, akar-akar yang besar

Semua orang da penat, rehatkan diri before meneruskan perjalanan

Bukan Panuba, tapi dah hampir dengan Panuba

Jalan lagi, dan jalan lagi, nampak cam dekat.  Tapi umang aiiii, jauhhhhhhh eeeaaaa.. At last, sampai gak.  Ayah aku da suruh buang tongkat kayu kami sebab dia kata "omputih tak pakai tongkat, kita kene tunjuk malays kuat!".. Aku turutkan sajaaaaa..  Dan, masa kami sampai di Panuba, aku beli air, cikedis (jajan), and air lagggiii.. Abes la duit yang sikit tu untuk kami berlima.  Nak makan, mak aku kata tunggu kat Salang, lauk ada lagi kat bilik.  Ikotkan saja, lagi pun, mmg tak lapar.  Adik and adik ipar aku da mandi-mandi kat Panuba tu.  Oh ye, Panuba tu private beach ea.. Ohsem tak? Mandi punya mandi, adik aku baru sedar, he has money dalam kocek.  Cek dan cek, rm50 da bagi kat ikan.  heheheehh.. Mmg tak ada rezeki.  *kesian..sobs3.. aku ingat lagi time tu zarip*.. So, nak balik, duit tambang tak cukup! Huwaaaaaaaaaa.. tak kan nak jalan balik ke Salang.  time cergas pun 5 jam, kalo da melepet, tak ke 10jam???? 

Tongkat yg bnyk berkhidmat sepanjang perjalanan

Windy kat Panuba ni, pantai dia bersih and dekat sangat dengan chalet =)

Sekitar Panuba Inn, silakan duduk disini.  Mmg ohsem~!

Laut bergelora, boat kecil mmg tak boleh nak keluar dari Panuba, so, kene tunggu feri datang

Kami nak amik boat taxi, rm20 seorang.  Tapi cuaca, mmg sgt kencang dan tidak mengizinkan.  Angin bertiup macam nak roboh jeti usang tu.  So, taxi boat, is a NO, NO.  Jadi, orang kat Panuba tu suh tunggu feri from Tg Gemok tuk amik kami.  Tunggu punya tunggu, akhirnya, sampai la feri tu.  Tambang, rm20 per person.  Ya Allah, duit tak cukup plak.  Ayah aku ada rm80 *kot* je time tu.  Campur baki duit aku, dalam rm15 kene hutang.  Dan, aku punyalah nak balik, aku pinjam duit akak dalam boat, and janji akan bayar time tiba di Salang.  And, akak tu ok and cool. *Thanks kak* Perbualan kami:

Aku: Akak mmg duk Salang ke?

Akak tu:  Aah, ni baru balik cuti raya.
Aku: Yeke, maaf lah kak. terpaksa pinjam duit akak.  Kami mmg tak cukup duit.  Tadi hiking dari Salang.. naik bukit, dasat la sini.
Akak tu: Hah? Akak yang duk sini da 20 tahun pun, tak pernah hiking.  
Aku: ...tergamam... *dalam hati - makkkkkkkkkk!! dorang tak pernah pun jalan kaki! nape kita hiking! nanes*
*perbualan lebih kurang yerr*

Sampai Salang, terus amik duit. and aku sebagai cagaran.  hahahahah.  Rupa-rupanya, akak tu pekerja kat Information Center at Salang.  So, patutnya kami nak tnye dia tentang hiking sume tu, tapi asik tutup counter tu.  Hmmmmm.. Apekah.. Nasib..nasib..Ayah aku berlari amik duit kat chalet and bayar akak tu.  Da bayar, aku cakap nak makan, mak aku, ok, jom, mak belanja~!!! Hoyehhhh.. hepi dapat makan.  Makanan dia quite nice and large portion.  Mmg tak abih kalo sensorang.  Mahal dalam rm2 je compare ngn kat sini.  

Dah makan kenyang-kenyang, ape lagi, membuto~!!! hahaha.. Tu je la setakat third day kat Tioman ni.  T sambung lagi tuk hari last kat Tioman ni... and juga, susunan hotel kat Salang ni.. hope membantu semua ye... :)

Till then,