Enough me! Its you now!

Saturday, August 17, 2013

Sonata in Seoul (day 7 and day 8 - Bogoshipta, Seoul)

Assalamualaikum..

Entri penuh untuk Sonata in Seoul, klik sini.
Entri hari pertama (24012013), klik sini.
Entri hari kedua (25012013), klik sini.
Entri hari ketiga (26012013), klik sini.
Entri hari keempat (27012013), klik sini.
Entri hari kelima (28012013), klik sini.
Entri hari keenam (29012013), klik sini.

Day 7.  Hari ini hari last kami merewang di bumi Seoul.  Esok paginya, 31 Januari 2013, flight pulang ke KL jam 9.35am.  The very last day ini, barang-barang semua di pack seawal mungkin dan disimpan di GH. Mohon minta tumpang pada YoonYoon till 6pm.  Before berangkat, sementara menunggu yang lain, aku sempat makan roti bakar yang disediakan oleh pihak GH.  Sedap dan panas.

Aktiviti hari ni melawat building 63 dan MBC Studio.  Dari GH untuk ke building 63 akan menggunakan subway dan laluan ini aku dapat menggunakan Seoul Metro Apps.  Departure station: Euljiro 3-ga, Arriving point: Yeouido.  Mudah, cepat dan senang.

Kebab yang aku beli dari itaewon semalam, aku bawak untuk mengisi perut.  Manalah tau lapar tengah jalan. Jalan lebih kurang 15 minit dengan pemandangan yang tak berapa nak ada (berkabus sahaja), jumpa MBC Studio.  Dia agak tersorok dan agak jauh dari subway station.  If sesat, tanya pada orang sekeliling.  MBC studio tu tak benarkan pelawat masuk.  So, kami bergambar di depan sahaja.  Bangunannya agak lama dan rasanya ini bukan main MBC studio.





Studio MBC (front)

Setelah bergambar-gambar dan berposing-posing di depan MBC studio, kami menapak ke 63 building. Dari MBC ke 63 building, lebih kurang 15 minit dengan kelajuan perlahan.  Sejuk.  Mana boleh jalan lelaju. On the way ke 63 building, jumpa ahjumma yang jual strawberry.  Beli lagi.  Makan.  Sedap!

Daebak! Patut poster ni ada kat negara kita



63 building merupakan salah satu tarikan di Seoul.  Bangunan setinggi 63 tingkat mempunyai banyak benda yang menarik, antaranya wax museum, aquarium dan skyart.  Bila naik ke tingkat 63 tu, boleh nampak Han River yang terkenal dan Yeouido park.  Aku kenal tempat ni dari Running Man.  Kami ambil pakej bernilai 30,000 won yang membolehkan kami melawat Skyart, Seaworld dan Wax Museum.  Seriously, penat masa berjalan tadi masih tak hilang masa masuk Wax Museum.














My favourite sitcom

Apa yang aku boleh conclude kat sini, untuk Wax Museum, agak berbaloi untuk masuk.  Untuk Seaworld, elok lagi Aquaria KLCC dan Skyart, naiklah untuk tengok pemandangan.  Walaupun pemandangan berkabus dan tak berapa jelas kota Seoul, akan tetapi, pengalaman berada di Seoul ketika musim Sonata lebih membuatkan ianya berharga.




Teringat Madagascar bila tengok penguin ni


Pemandangan dari Skyart.  Berkabus.  Macam jerebu pula.

Sesudah bergembira kat 63 building ni, kami mebuat keputusan untuk ke Dongdaemun.  Makan ikan lagi. Dan juga sotong.  Merujuk kepada kak Nora, kedai ikan ni ada served pork.  Aigoo, awat kami tak tau dan tempat ni memang terkenal dikalangan carian forumers.  Tak apalah, dah sudah.  Masa kami pergi tu, memang mereka tengah bakar ikan sahaja.  Tak ada pula nampak pork.  Mohon bloggers yang akan ke sana confirmkan menda ni.

Kali ini semua orang makan asing-asing dan beli sorang satu sotong pedas dan ikan bakar.  Makan dengan kenyang. Rehat juga.  Bila makanan dah mendap dan perut sedikit selesa, kami wat keputusan gerak pulang ke GH.  Aku dan berberapa orang lagi bercadang untuk ke Good Morning untuk habiskan sisa-sisa won. Lupa pula, makan tadi 12,000 won ~ RM36.

Kami makan kat kedai oppa ni

Bila dah habis shopping, kami pulang ke GH.  Duduk lagi sekejap untuk hilangkan penat.  Masa ni, aku rehat je kat tangga. Otak blank sebab penat.  Untuk bayar lagi satu bilik, memang tak berbaloi sebab malam ni kami semua akan bertiduran di airport.  Lepas dah sedikit cergas, kami bergerak ke tempat tunggu bas untuk ke airport.  Menggunakan t-money card (after bayar tambang, masih ada baki), kami selamat tiba di airport.

Mula-mula, cari port yang best untuk letak barang.  Kemuadian, kami cari tempat tuk solat. Tingkat atas sekali menjadi pilihan. Usai solat, balik semula ke kerusi dan cari tempat tuk tidur. Internet kat airport ada, dan boleh digunakan.  Cuma sedikit slow.  Masa aku tidur, cuaca tersangatlah sejuk dan aku punya trench coat tidak mampu nak menampung kesejukan.  Diorang memang tutup heater masa ni. Tempat yang kami solat tadi pun sudah ditutup. Masa ni, kak Nora bagi aku pinjam trench coat dia.  Terharu sangat.  Nyenyak sgt aku tidur.  Bila bangun, kami terus solat subuh kat tempat tadi.  Gosok gigi dan cuci muka sekali. Kemas-kemas untuk masuk ke boarding gate.  Bagi aku, if kita travel tempat yang jauh, seeloknya, letak toothbrush, toothpaste, etc etc dalam beg yang mudah dibuka.  Senang nak berhadas bila-bila.


Itu sahaja pengembaraan mak jemah ke Seoul selama 8 hari.  Adventurous dan penuh drama! I have fun. Masa dalam flight, aku ambil seat yang dua tu.  Seat sebelah aku, kosong.  Kat tengah tu, seat tiga, ada sorang boy duduk situ.  Dia sorang je.  Apa lagi, dia memang baring kat seat tu.  Best tengok dia tido. Nyenyak.  Aku perlukan rehat juga sebab less than 24 hours, aku akan ke Padang-Bukittinggi. Penat memang penat, tapi sangat seronok juga tempat tu!

Bye-bye Seoul.  Bogoshipta!

Till then,






Tuesday, August 6, 2013

Berhijrah

Assalamualaikum...

Salam Ramadan and untuk berberapa hari lagi ni, I wish "Salam Aidilfitri".  Tajuk berhijrah tu bukan tajuk aku nak berhijrah tempat, tapi more to my writing style.  I wish to be more calm and more informative.  Pendek dan padat.  Tapi kalau aku meroyan tak tentu hala, faham-faham je la.  Hehe.

Untuk itu, terimalah gambar hari raya ni yang aku ambil dari website orang lain (ehsan : MAGICK RIVER).


Di kesempatan ini, aku nak minta maaf dengan semua yang membaca blog aku ni.  Moga korang diberkati dan diberikan kesempatan untuk bernafas untuk Ramadan yang berikutnya.  Aku manusia biasa. Semua orang manusia biasa.

Happykan diri, enjoy your life, beramallah ketika masih kuat dan paling penting, its your life.. get control!

Mode : happy but sebak sebab Ramadan kali ni terasa terlalu cepat.  Dunia semakin cepat berputar.  Satu tanda juga tu.