Assalamualaikum...
Selamat berkerja sebab hari ini Isnin.
Hari blues! Hujung minggu aku dipenuhi dengan aktiviti kerja rumah,
kerja dari ofis bawak ke rumah, dan berangan.
Ni pasal cinta Qaseh, kawan aku nak ke Brussel dan macam-macam
lagi. Dah seminggu lebih berangan-angan
untuk sempurnakan wishlist aku yang panjang berjela tu. Otak aku ligat memikirkan cuti dan bila aku
akan sampai ke tempat unik dalam bumi Allah ni.
Antara tempat yang aku teringin sangat or dah berkematu sangat nak
pergi: India (taj mahal of course) and Istanbul
(really want to be here). Bilalah dapat
sampai ye? Semoga Allah permudahkan.
***
Entri hari keempat, 26 April 2013, klik sini.
Jom sambung entri Surabaya since rombongan kak Ton Perth dah tak sabar
nak tinggalkan jejak kat blog aku yang tak seberapa ni. Hehe.
Gurau ye semua. :D
Hari kelima ni memang pagi-pagi lagi kami dah kemas beg, right after
Subuh okay. Pinjam penimbang di lobi
untuk memastikan luggage tak terlebih kilo.
Juga asingkan duit sedikit untuk emergency di airport. Lepas check out, kami ke Pusat Grosir
Surabaya sekali lagi pagi ini. Nak habis
kan sisa-sia wang semalam. Then, kami ke
kedai yang jual makanan tradisional Surabaya pula. Aku beli kek lapis Surabaya dan udang goreng
rangup. Korang juga boleh request dari
Pak Nur untuk ke mana-mana lagi since dia tahu most tempat yg menarik. Nombor contact Pak Nur aku ada disini.
Destinasi kami yang seterusnya adalah Masjid Cheng Ho. Kat sini kami mengambil gambar dan baca
penubuhan masjid ini. Masjidnya unik dan
cantik. Masa kami tiba disitu, masjid
itu masih lagi dalam proses membaik pulih, tapi ruang solat masih disediakan.
Kemudian kami ke Tugu Surabaya.
Tempat ni macam Dataran Merdeka.
Dah ambil gambar, kami terus ke Masjid Al-Akbar Surabaya. Masjid ini ada menara untuk melihat kawasan
sekitar Surabaya. Tinggi tempat ni. Bolehlah tengok kota Surabaya macam mana bentuknya. Kita boleh nampak pemandangan
sekitar dan aku dapat simpulkan, kotanya
sayup mata memandang.
Aku minta Pak Nur singgah shopping complex untuk membeli roti dan
keperluan lain before ke airport. Kami
tak lunch sebab makan pagi tadi masih belum terhadam. Aku makan sebanyak-banyaknya masa breakfast. Kami ke airport jam 3 petang dan flight kami
jam 5.45 petang. Dua jam duduk di
airport. Ada internet dan kemudahan
lain. Penat berjalan 5 hari disini.
Habis dah entri Surabaya. Kawan
aku kata bosan sebab dia nak baca entri Perth.
Kelaka! Ok, next entry will be on
Perth and Japan. Aku macam nak pergi
Nagoya and Fukuoka next trip tetapi… aku tak berapa yakin dengan kebolehan
kesabaran aku. Nak tau kenapa? Boleh
baca entri Perth and Japan nanti.
Sayonara!!
Till then,
Menarik entry ni...aku sukeeeeee :D
ReplyDeleteDok nunggu bile la nak abiskan cite ko g jepun lak....
kalo ade rezeki aku nak gak g sane.....kuang kuang kuang
Jepun lambat lagi... Perth entri dia 8 minimum.. hahaha..
DeleteInshaAllah, mood aku nak berblog lately memekar.. heheheh...
Selamat berjalan and tercapai untuk ke Jepun~!!