Enough me! Its you now!

Sunday, June 9, 2013

Sonata in Seoul (Day 1)

Assalamualaikum...

Entri penuh untuk Seoul (24 Jan - 31 Jan 2013), klik sini.

Entri for Seoul.. Aku namakan as Sonata in Seoul, sebab memang aku pergi musim sejuk.  Sejuk gaban ok? Suhu, tak ada lah rendah manapun, adalah dari 3 degree till -12 degree jer.  Hahaha.  To be specific, I thought winter is just like air conditioner in the office, pakai baju sejuk (sweater) or winter coat, dah okay.  But sekali dah sampai, rasa menyesal tak bawak baju sejuk doploh helai.  Sejuksss okay?

Kita mulakan entri ini dengan hari pertama.  Hari pertama bergerak ke Korea, 24hb Januari, tengah pagi.  Our flight was 1.00am (in the morning), with Air Asia X.  Pada 24hb tu memang cuti umum and it was a full flight.  Kebetulan, kakitangan AAx ada program and mereka buat di Seoul.  Ahli rombongan ke Seoul, ada 8 orang.  Kak As, Kak G, Kak Nora, Kak Linda, Kak Sal, Kak Nanie, Kak Muun then, me.  Mereka ini sangat best and paling penting, tahan aku yang kepala angin ni.  =)

Sampai di Seoul, jam 8.00 pagi (waktu Seoul), lebih kurang.  Selesai urusan immi dan ambil bag, kami bergegas tunggu bas.  Before keluar airport, pakai apa-apa yang patut and, keluar je, jakun terus.  Sebab ada asap keluar dari mulut.  Dan, suasana sangatlaaaahhhh sejukkk.  Untuk ke bandar Seoul, kami ambil bas no 6015 .  Nampak je bas, terus naik.  Patutnya kami stop di depan Pet World, but hari pertama la kata kan, memang tak paham langsung bagaimana nak ke hotel tempat kami.  Sudahnya,  berhenti ntah di mana-mana dan kena berjalan jauh menyorong beg masing-masing.

In the end, kami jumpa lah tempat yang di cari-cari, Dalkom Guesthouse.  Guesthouse ini sgt comel! Dan paling penting, ada sediakan free breakfast with free all-day coffee.  Wifi juga ada.  Bila sampai sini, kami disambut oleh owner, Yoon Yoon .  Orangnya baik dan she is a beauty.  English? Yes, she converse in English very well.  If korang naik bas from airport, make sure cakap Chungmuro station.  Below adalah peta untuk ke Dalkom GH from Chungmuro station dan tempat tunggu bas airport.  Aku just amik peta ni dari website Dalkom, but then, aku tacap kasi aku lebih faham, paham?

Ni aku amik kat website Dalkom GH.. just sedikit penambahan..

If anda naik bas 6015 dari airport (tambang 10,000 won), stop kat depan Pet World, of sebut kat pak cik bas tu, CHUNGMURO.  Nanti dia benti, korang turun.  Tarik beg anda ke arah kanan, then, terus.  Selepas itu, korang boleh lah masuk kiri (kereta banyak kat sini, melintas hati-hati ye).  Jumpa cabang dua, amik cabang kanan.  Terus shj, then, korang akan jumpa GH ni sebelah kanan.  Lokasi GH ni terletak dalam lorong yang agak sempit, but then, tempat ini aman je.  Tido malam-malam sampai tak sedar dah pagi.  =)

Pindu depan GH.  GH ini tak ada lif, so nak ke atas memang akan naik tangga sahaja.

Sesudah sampai di GH, kami membuat pembayaran penuh sebab takut terguna duit GH.  GH ni best tau sebab dekat dengan semua tempat.  Dekat dengan tren station and paling penting, bas airport lalu.  Pun, boleh naik bas airport tuk ke Myeongdong.  Untuk 8 orang, kami ambil dorm 6 orang (private bathroom) dan bilik 2 orang (private bathroom).  Bilik kami betul-betul depan pantri.  Makin mudah lah nak masak-masak.  hehehe.  Jom tgok bilik dorm 6 orang ni..

Our green room.  It is cozy and lengkap.  

Bilik airnya luas dan tandas tu siap ada bunyi air mengalir tau if ngah berry

Stock makanan seminggu.. er.. bnyk ni, mana yang tak habis kami sedekah kat hanif.  Sape hanif? nanti~

After kemas-kemas, kami lunch.  Makan apa? Masak la.. masak la kami nasik and then, makan lauk yang dibawa dari Malaysia.  Korang boleh tengok kat atas tu, makanan kami je da penuh semeja.  heheh.  Right after lunch, kami decide nak keluar.  Ambil angin di bumi Seoul.  First stop, Myeongdong.  Berbekalkan peta yang diambil dari GH then, check the weather.  Wajib check weather sebab takut cuaca terlalu sejuk or ada ribut bagai.  Yang paling best, kami jalan kaki ke Myeongdong.  Cuaca memang sejuk, tapi boleh tahan if tak ada angin.  Bila tiba angin sepoi-sepoi bahasa, aku dok mengetap gigi.  Jalan punya jalan, akhirnya, kami jumpa Myeongdong.  Sangatlah jauh dari GH (ikot jalan yang kitorang jalan tu).

Di Myeongdong, aku tak ada beli apapun, just looking around.  Yang best tentang Myeongdong, mengikut penaakulan aku, barang-barang branded.  Macam korang g SOGO or KLCC or Mid (mana yang korang suka la), just, butik dorang ni, terbuka.  Tu je.  Kalo kat SOGO, KLCC, Pavi, or whatsoever tu semua dalam satu building.  Ada aircond, sebab negera kita ni panas.  Just kat sana, concept open air, which butik-butik punuh sekeliling jalan.  Orang? Macam kat shopping complex juga, punuh.  Lagi malam, lagi punuh.

Kat sini jugak, aku jumpa ramai orang kita.  Tapi, most of them, teenagers.  Datang sendiri kot.  Jgn risau, Seoul selamat tuk anak-anak remaja.  Da jumpa minimarket, kami beli T-Money.  T-Money ni macam touch and go.  Beli kad, dan sila topup.  Kad tu harga 2,500 won, then aku topup 30,000 won.  After beli T-Money, kami gerak ke Namsan Tower.  Masa tu hari da sedikit petang.  Jalan kaki lagi ke Namsan Tower.  Nampak cam dekat, but jauh kot.  hahah.  Berbekalkan instinct, kami jalan je.  However, aku, kak G, kak Nanie and Kak Muun decide tuk jalan kaki, the rest, naik cab.  Penat tau sebab ianya atas bukit.  Dari Myeongdong tu, korang boleh jalan kaki je and mmg nampak Namsan Tower kat Myeongdong.

On the way to Myeongdong.  Walaupun jalan jauh sikit, at least aku dapat tengok Seoul from another perspective.

Myeongdong street

Barangan yang di jual.  Time ni, musim sejuk masih lagi lambat nak habis, so barang agak mahal.  Time kami nak balik tu, cuaca yang sjuk sudah mahu tamat, masa tu harga barangan murah.

Ahli rombongan mak jemah ke Seoul

Sampai di kaki cable car, pe lagi, naik la cable car.  Cuaca terlalu sejuk tuk aku naik tangga ke Namsan Tower tu.  Dengan angin sepoi-sepoi laju, tak koser maaakkkk.  Sampai Namsan Tower, hari dah hampir gelap and, sangat sejuk.  Aku ambil gambar mana yang aku terdaya je.  Serius sangat tak mampu untuk senyum sebab pipi beku.

Naik tangga dan bukit

Namsan Tower.  Walaupun pokok-pokok ini togel belaka.. ianya tetap cantik

Kau kunci cintaku di.. Namsan Tower.  Serius, banyak sgt padlock.

Antara padlock yang aku amik.  Padlock putih ni, malays punya rasanya

Siang makin melabuhkan tirai.  Suasana yang cantik.  Source: kamera kak G and kak Muun

Me kesejukan.  Pun nak bergambar dengan matahari terbenam

Source: kamera kak G.  Cahaya neon Seoul

Dari Namsan, kami pulang ke GH.  Nak balik tu, kami ambil cab terus ke GH.  Fare aku tak ingat, tapi hati-hati ye, make sure amik can yang guna meter.  Jgn ditipu and end up, bayar more than actual fare.  Boleh tanya tambang before naik.

Sampai GH, perut lapa, makan lah lagi nasi and lauk-lauk yang di bawa.  Sedap tau.  Ada rendang kering pucuk ubi, then ada sambal ikan bilis, and macam-macam lagi.  Akhirnya, kami semua sampai GH dengan jayanya.  hehe.   Dah rehat and makan-makan, kami decide nak keluar lagi.  Boleh tak.  Hebat.  Masa ni energy banyak lagi.  kuang-kuang.  Dah solat-solat, kami nak ke next destination, pasar lampu kuning.  Which till today, aku tak pasti kat mana.  Tujuannya adalah untuk beli boots.  Aku pun wajib rembat satu sebab boot sahaja yang boleh panaskan kaki aku ni.  Kami ke pasaraya Good Morning sebab pasar lampu kuning tu kami tak jumpa kekdahnya.  Good Morning shopping mall ni pun sgt la okay.  Info lanjut, sini haaa.  Dan shopping mall ni, bukak till 4am.  Kejung membeli.  Pun ada Doota berhampiran.

Dah puas shopping, apa lagi, balik GH dan tido.  O ye, dari GH, kami ke sini jalan kaki, balik pun jalan kaki.  Dan, aku tak rembat boots sebab saiz tak do!  Pun sebab aku memang cerewet.  Tak pe, aku redha je.  End of day one, happy and sejuk-sejuk kat Seoul.  Aku nak share sikit tips tuk korang, and if korang pernah baca menda ni, make sure take note, okay?

Tips:

1.  Ambil bas 6015 tu di airport, keluar je dari pintu airport, ambil kiri, terus je.  Rajin-rajin baca signboard.
2.  If korang ada hp canggih, sila install Seoul Metro application.  This application mostly used sebab mudah untuk dapatkan route metro mana yang paling singkat.  Aku dapat tahu application ni pada hari ke-3 sebab ada korean yang ajar.  Langkah mudah tuk guna apps ni:

     Step 1 :  Cari nama tempat yang korang nak pergi, then, tengok nearest subway station.
     Step 2 : Masukkan starting point and end point.  End point tu subway station yang korang nak pergi.
     Step 3 : Ikot je suggestion route yang dia bagi tu.  Make sure check korang nak amik line berapa and  
                  colour apa.  Subway dorang ni banyak, tapi sign board dorang very helpful.

3.  Bawa makanan dari Malaysia.  Make sure bawak lauk-lauk segera.  Makanan mereka mahal.  Sekali makan 12,000 won = RM 36.  Mahal ni.  Nak cut cost, bawak makanan dari sini.  Lagipun, tak larat rasanya nak telan kimchi hari-hari.
4.  Seoul selamat untuk anak-anak anda.  Korang sorang-sorang pun masih selamat.  Shopping complex dorang ada yang tutup 4am, still masih ramai orang di sesetengah tempat.

Tu je la tips yang aku boleh kongsikan.  Blur kejap.  Sebab da lama sangat tinggal Seoul ni..  Papehal pun, korang boleh tanya, inshaAllah, akan aku cuba jawab.  heheh

Till then,




23 comments:

  1. Biasanya saya jarang makan di restoran. Kebanyakan saya pergi 24 jam kedai macam 7-Eleven, Family Mart, Lawson sebab banyak pilihan dan murah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. saya dok beli susu pisang je.. mmg heaven sgt susu tu... :) Kat main road tu ada mini market and kitorang beli nasi segera for first day sebab tak saba tunggu nasi masak.. :)

      Delete
  2. share info bebanyak tau..sebab saya pun nak p time winter..kekononnya nak tawan mt. hallasan during winter hahaha..*tu pun kalau mampu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. winter mmg sgt sejuk.. umpama.. duduk kat server, then, tambah kipas depan muka.. beku sgt-sgt.. time keluarGH, terus bernekad tak mau keluar dah.. Bila da masuk GH, terasa nak keluar pula..

      Mt Hallasan kat mana?

      Delete
  3. Ramai pulak trip member this time ek? :D How's life? Lepas nie ke mana pulak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.. rombongan mak jemah.. hehe.. mmg tak sangka pun ramai cenggini.. :) Lepas ni? InshaAllah, selatan Malaysia.. :)

      Delete
  4. wah ramainya tu rombongan mek jemah, syiok lau leh gi ramai ramai cam ni.
    suka photo tower tu nice....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betull... kakak-kakak dalam rombongan ni sgt lah best and sporting. :) Photo tu gambar kak Munn.. mmg cun gambar yang dia amik...

      Delete
  5. sila masukkan pic T-Money and all the gorgeous boots that the rombongan mak jemah had grab..
    cant wait the next and next entries (=_+)

    *hati bertamu di Seoul..Thousand footsteps

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak do gambar t-money.. tak amik pun.. caya tak? boots? hahaha.. next entry~

      Delete
  6. Salam..setuju sangat tips mengenai bawa bekalan makanan dari M'sia, memang jimat, tapi nak bawa rice cooker payah sikit, selalunya beli 'cooked white rice' shj di Korea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya mmg x bawak rice cooker.. akak-akak ni yang bawak.. sgt bagus tau bwk rice cooker.. rice cooker mini tu je.. tu la, first day mmg kami beli cooked rice tu.. tapi, after that, masak je..

      Delete
  7. gi reramai bestlah zette, hehe...aku pegi bulan march pun dah sejuk giler, ko pulak pegi bulan jan, lagi lah sejuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... sgt sejuk tau orga.. aku rasa cam kutuk2 diri sendiri kenapa g time winter.. hahahahahah..

      tapi, da balik ni.. rindu-rinduan plak kat Seoul ni.. :)

      Delete
  8. travel dengan bace blog ko ni je zati..bestnya...post lagi k..suke bace mcm ikut travel skali...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la kalo nak join arina.. aku g mmg bajet habis.. murah pun murah.. tak pe, nanti kita da tua-tua, anak da besar-besar, kita g sesama ye..

      Delete
  9. woaahhh... great one..!!! rindu korea..!!!

    ReplyDelete
  10. Wahhhh sy pg bulan 9 ni... x sabar nak baca entry ni hbs hbs...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan 9 autumn... mesti alg ibest..autumn in my heart~ :)

      Delete
  11. Ouh I miss South Korea. Hihi Dec ni Insha Allah gi lagi. Macam xpuas merasa winter haritu.

    Nak share, another app untuk subway tu. Saya guna sepanjang kat sana. I'm using Android so download kat playstore Subway Jihachul Korea by Broong Inc. Senang sangat nak guna. And updated to the latest line.

    Anyway, salam kenal Zette.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke?? bestnya.. sgt best seoul kan? hehehe..

      betul.. tak kesah apps mana, yang penting kena ada and tau macam mana nak guna..

      salam kenal juga bibie~

      Delete
  12. waa bestnyer da smpai korea..insyaAllah sye pon akan smpai sane winter 2015...=)

    ReplyDelete