Enough me! Its you now!

Showing posts with label bercuti ke Jepun. Show all posts
Showing posts with label bercuti ke Jepun. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

Hait! Arigatou! Japan oh Jepun!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap semua sihat, inshaAllah... Maaf sebab dah lama tak bukak entri.  Aku baru pindah tempat kerja awal bulan 2 hari tu.  Letih pindah tak abis lagi, aku sambung bercuti ke antara negara tersibuk di dunia.  Jepun... satu negara yang tak perlu aku kenalkan lagi.  Negara yang mengagungkan bahasa ibunda mereka dan aku yakin, kat rumah korang mesti ada satu barang (sekurang-kurangnya) yang berjenama Jepun.

Percutian kali ni, rombongan cik jah 2 orang sahaja. Kental di tengah-tengah Jepun, kekdahnya.  Sepatutnya 4 orang, tapi drama ala-ala hindustan telah berlaku, dan akhirnya, 2 kecundang, 2 mara.  Hehehe.  Even though 2 orang, trip kali ni memberi aku hint bahawa "sejauh mana kita buat research akan sesuatu tempat, kita masih akan sesat dan masih akan confuse sebab research dan practical adalah 2 perkara berbeza".  Juga, trip ini juga, memberi petunjuk kepada aku bahawa aku masih lagi belum bersedia untuk travel solo.  Terima kasih berjuta-juta lemon kepada kak Aimi kerana bersabar dengan kerenah dan kesesatan jalan yang saya lakukan sepanjang disana.  Semoga trip kali ini merapatkan ukhwah kita lagi.  Maafkan saya (nada conan.. kekekek.. juga, Assalamualaikum)..

Rabu lepas, aku berjumpa Nobita, Doraemon dan rakan-rakan.  Sedangkan berberapa hari sebelum itu, aku bermain salji di hujung Jepun, juga masa hari pertama, aku ketemu Glico "Running man" di tempat pertama aku mendarat.  Aku pergi 3 negeri di Jepun kali ni, Osaka, Sapporo dan Tokyo. 3 negeri yang mempunyai keunikannya tersendri tetapi share satu benda yang sama, sibuk.

Entri akan menyusul dan sila jangan segan-segan kucen untuk bertanya itinerary aku, dan macam mana aku survive kali ini.  10 hari yang membawa makna Jepun, tak mudah untuk aku ceritakan.  Ia tersimpan rapi dalam kotak memori ini.  I am gonna missed Japan, like other countries.  And maybe, coming back for another deep trip.. inshaAllah.

Cik Jah and kawan, kami berdua sahaja kali ni

Till then,