Enough me! Its you now!

Thursday, March 21, 2013

Paper Krabi - Day 2

Assalamualaikum...

Entri untuk Krabi trip (01112012 ~ 04112012), klik sini.
Entri untuk Krabi trip, day 1 (0112012), klik sini.

Mari sambung tuk entri Krabi yang lapuk lagi bersawang.. hehe..

Pagi-pagi lagi da bangun tuk solat subuh.  After solat, terus terjah roti, sup and megi.  Makan tuk breakfast.  Aku memang jarang makan breakfast kat luar sebab jimat lagi rasanya.  Depends.  Dah makan, siap-siap untuk island tour.  Kami ambil pakej Phi Phi Island.  Tepat 8 pagi, ada bus datang pick up.  Bus ini bukan macam bus kat negara kita ye.  Ntah la.. lori kot.  Yang pasti, open air dan sangat best. heheh.  Cuaca pun, alhamdulillah, menyebelahi kami.. tak panas dan tak gelap.  Tapi, tanda-tanda mahu hujan ada.

Kami antara orang terawal yang mereka pickup.  Ada perempuan muslim yang uruskan kami.  Orang pattani.. Boleh cakap melayu kelate jugok.. Sikik-sikik.  hehe.  Lama juga mereka pick up, lebih kurang sejam setengah.  Bus ni dah mula penuh and majority is foreigner, kulit putih belaka.  Kami yang sawo matang ni, adalah, berberapa orang.  heheheh.

Dah abis pick up orang-orangan, terus ke tepi pantai.. suatu kawasan yang aku rasa tempat semua kapal-kapal berlabuh.  Orang tour tu suh berkumpulikut jenis tour yang diambil.  Baru laaa aku tau yang kita boleh g PhiPhi Island instead of tido di Aonang.  Hari ni, snorkel je.  Banyak tempat yang menjadi persinggahan.. Meh kita tropong satu-satu:

Suasana before bertolak untuk Island Hoping

Perjalanan pergi.. One of our boat man.. hensem~~ hehe

Our tour guide and nakhoda

First stop.. the blue lagoon

Monkey bay? hahaha..

Cantik sgt... cantik...

Speechless

Maya Beach

Lunch at PhiPhi Island... jgn risau, halal yer... sedap!!!!

Merenung jauh ke masa depan kat PhiPhi Island.. :)

Kami dibawa pulang pada jam 4 lebih.. dalam 5 lebih dan dah sampai hotel.  Bersihkan diri dan solat.  Terus carik port nak makan.  Esoknya, kami masih lagi blur-blur nak buat ape.  Time tu hujan dah renyai-renyai.  Singgah 7E, beli poncho.  Korang jgn beli kat kedai tepi jalan, semuanya jual dengan mahal.  Gila, offer aku sampai 70 baht.  G 7E, dapat dalam 15 baht je.  Pakai pocho, carik kedai makan.  Kali ni, kami pergi ke restoren muslim di tepi pantai.  Time makan, hujan start turun dengan lebatnya, serius lebat.  Lama juga hujannya, dan air penuh kat jalan raya.  Bila hujan dah reda, kami terus mencari souvenir.  Banyak kedai kat sini.. dan, SILA tawar.  Kalo tak tawar, dorang letak rege men suka hati dorang je.. Then, kami decide untuk ke pasar malam krabi.. Dengan naik tut tut, korang boleh tawar untuk rege satu tut tut.  Dorang memang letak harga melampau sometimes, oleh itu SILA TAWAR lagi~

Suasana kat pasar malam tersebut

Makanan pun murah.. but before beli makanan, tengok orang pakai tudung ada beli ke tak.. if tak ada, jgn beli... If yg jual tu muslim (pakai tudung/ ada logo halal), inshaAllah.. selamat untuk dimakan..


Eskrim kelapa ini SANGAT SEDAP!!! Boleh beli.. serius sedap.. gerai dia cam gambar kat atas ni..

Aku borong banyak souvenir kat sini.. sgt cute!!!!

Da beli souvenir kat pasar, perut da kenyang. Kami balik ke Aonang, dalam pukul 10 malam.  Pergi balik ke Anna Universal Traveller tu, tuk beli tour untuk esok pula.  Kak Fizah bgtau dia sakit kaki dari naik turun boat.  So, kami ambil keputusan tuk g tour on the road je esok tu.  P mana? tunggu ye.. nanti aku sambung lagi.. hehe..

Till then,






14 comments:

  1. Saya pun tengah blog about Phi Phi Island tapi photo awak lebih cantik. =D

    ReplyDelete
  2. Cantiknya air laut d pipi island ni arghh hati2 meronta2 nk k sana bila tgk pic yg cantik2 ni tau :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ciptaan Allah ni cantik-cantik belaka JM... tapi coral cantik redang lagi rasanya... :)

      Delete
  3. setiap kali tengok gambar phi phi mesti aku kagum dengan warna air dia, cantik bangat...tahun ni pun ada plan ke sini, harap-harap jadi ler, huhu~...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betulllll...

      wahhhh.. pergi lagi?? tido la kat phi phi.. tak ramai orang review pasal phi phi...

      Delete
  4. As salam salam kenal suka tengok pic cantik2:)

    ReplyDelete
  5. cantiknya gambar air laut tu...biru, hijau semua ade..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cahaya kamera kot.. tu yg buat menyerlah.. lagipun, time ni, matahari tegak atas kepala.. sgt paneh..

      Delete
  6. cantik..cantik...tp x berkesempatan lagi untuk sampai ke krabi,...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila pergi.. krabi sgt best~~!!! tapi tak sehapening phuket.. :) naik bas dari msia pun sampai krabi ni... :)

      Delete
    2. Insyallah...one day..one day..asyik baca entry2 blogger frenz aja kan..bila nak sampainyer..? he..he...

      Delete
  7. Solat during travelling island boleh?

    ReplyDelete