Enough me! Its you now!

Monday, September 17, 2012

Saigon - a city with honk (part 7) - last day

Assalamualaikum... 

Entri untuk hari pertama, 05.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 1), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 2), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 3), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari kedua (part 4), 06.07.2012, boleh klik sini.
Entri untuk hari ketiga, 07.07.2012, boleh klik sini.
Untuk entri penuh mengenai HCMC dan Viet Nam, boleh klik sini..

Walaupun aku tengah membusy-busykan diri dengan persiapan ke Frangipangi (ngantuknya) tapi aku akan sambung jugak entri ini.  Meh la sambung entri ke Saigon.  Kota Saigon yang aku rindui.  Untuk hari ke-empat ni, aku and Kasha menyusuri sungai mekong.  Kali ni, kami berempat: aku, Kak Watie, kak Im, dan Kasha.  Last day in Saigon, aktiviti menyusuri sungai Mekong, boleh dikatakan wajib bertapak kasut korang dulu kat sini.  Tak de lah kempunan time orang bercerita nanti.  Ye tak... heheheh

Pagi-pagi lagi kami dah call Haji Nasir untuk deliver makanan tuk di buat lunch ketika berada di sungai Mekong nanti.  Untuk breakfast, roti Viet Nam jadi pilihan.  Ala-ala sandwich berotikan roti prancis.  Sedap~!!! Ada daging, sayur salad.. nom..nom..nom.. heheh..  Untuk lunch, kami tapau pho Hj Nasir version.  Aku tak lalu sgt, so, aku mmg tak makan pagi tu.. Nanti-nanti boleh makan.  Seawal pukul 7 lagi kami di pick up oleh tourist guide..  Tiket untuk sg Mekong ni, dalam USD12 ke USD15 per person.  *aku tak hengattttt.. da tua kekdahnya*. Yang penting, lagi murah daripada harga yang aku dok dok survey.

Tunggu punya tunggu, akhirnya about one hour gitu, bas pun sampai.  Aleh-aleh, tgok mamat tourist guide yang semalam tu jugak la yang jadi kami punya tourist guide for today.  Dia pun terkejut kulat tgok aku and Kasha dalam bas tu.  Mmg gigih okay dia nak carik lawak lain, sebab lawak dia sama jer... hehehe.. still funny for me by the way... Sepanjang penerangan beliau, barulah aku tau yang kita mmg boleh ambil tour for sg Mekong untuk berberapa hari.  *mmg kene repeat untuk tour itew*...  And, dalam bas, hanya kami sahaja yang malays muslim.


Kiri (atas): Kak Watie, kak Im and Kasha
Kiri (bawah): Bekalan lunch kami
Tengah: Orang menjual dipagi hari
Kanan: Pengilat kasut.  Kasut aku sandal je, tak perlu rasanya.. heheheh


Atas:  Pemandangan sambil tunggu bas
Bawah kiri: Bukan bas kami
Bawah kanan: Tiket yang penting

Pemandangan sepanjang perjalanan

Pemandangan lagi

Kiri: Pasar tani rasanya
Kiri atas: Tol di Vietnam

Pemandangan lagi.  Vietnam bersih.

Perjalanan agak panjang, kira - kira 3 ke 4 jam.  Dah pukul 11 baru sampai ke jeti sg mekong.  Masuk-masuk sg mekong, ramainya umat dan bnyk juga jualan disitu.  


Ni dia jeti Sg Mekong.

Kami naik bot sambil penerangan diberi oleh tourist guide tersebut.  Tak berapa dengar sebab bunyi bot lagi, bunyi orang bercakap lagi... and even dia pakai mic, mmg tak dengar.  Kene pasang telinga baru boleh paham.  Dia buat lawak pun, aku tak dengar.  heheheheh..  Ada 3 stops, first: tempat pembikinan coklat kelapa (or gula kelapa), second: lunch stop, and lastly, perkampungan sg mekong.  


Pemandangan sepanjang menyusur sg Mekong.  Jambatan PP pun hado tau.

Pemandangan.  Layan je la ea...

First stop: Kilang gula kelapa
Tempat ini mendemokan cara-cara buat gula-gula perisa kelapa.  Hmmmm.. bagi aku yang berasal dari kampung, memang dah biasa tengok, so, tak berapa menarik hati aku.  Just menarik tengok mat saleh punya reaksi.  heheheheh... 


Sampai da di tempat pembuatan Coconut Candy


Susun atur buat Coconut Candy.  Aku tak try sebab aku rasa tempat tu cam tak bersih.  Tapi it is up to you nak try or tidak.  Kat Msia ni pun, belom tentu bersih, ye tak?

Kat tempat tu jual juga cenderahati dan arak eksotik.  Arak eksotik tu contohnya, arak ular, arak kala jengking.  


Jom tambah tenaga.  Ape barang minum tongkat ali tuh! heheheh. *melawak*


Lain-lain yang ada di kelang itew

Sesudah menjamu mata, kami keluar dari kilang tersebut.. terus ke  tempat "anda boleh pegang ular".. mmg sgt menakutkan.. even dia da 'tundukkan' ular tersebut, bagi aku, risikonya tetap ado~ So, tengok je la.. Kami berempat mmg bergambar sakan disekitar tempat tu.  


Berani beb.  Aku mmg surrender dari awal

Then, we move forward to tempat pembikinan rice paper or kertas nasi? kertas beras? nipis gile and sedap *kata kak Watie and Kak Im*.. aku pandang and tak makan pun.  heheeeh.. Sementelah sejam lebeh disana, kami gerak ke second stop, lunch time~

Kak Im da borong.  Sedap tau.

Second stop: Lunch hour
Untuk lunch hour ni, kami dibawa ke tempat ape tah, aku pun tak tahu namanya.. Dragon Island, Chicken Island? tak dengar mamat tu cakap ape weh.. *aku yg pekak tak dengar kekdahnya* heheheheh... So, menu lunch, pho dan air masak. Orang putih, nasi ayam.  Mmg confirm2 la kami tak boleh makan sebab mmg non-muslim.  Tetiba tourist guide tu kata "you cannot eat this, ok.. have babi".. Oh no! Dia kata babi.. sesuka hati jeeeeee!!! hahaha.. kami terkejut jugak time dia cakap tu.. hahaha.. tapi rasa cam lawak pun hado..


Kiri atas: Lunch aku.  Others: Pemandangan.


Usai makan, kami lihat-lihat sekeliling and sebelah tempat makan, ada taman mini yang penuh dengan sculpture dragon.  Time tu paneh kemain, jadi, snap je la gambar secepat mungkin.  So, bila da puas bergambar, kami duduk dikedai sambil tunggu tourist guide ajak pulang.  Time tu plak perut aku mendidih.  Agaknya, pho tadi pedas, tu yang tak tahan.  Sudahnya, aku ke toilet.  Seb bek ada air mineral sebotol besar, guna la menda tu sebab air mmg nan hado kek toilet tesobut.  Gagal weh... heheheeh...


Posing-posing sekejap.  hehehe

Da tuh, semua orang melepek kat restoren, tunggu bot kami.  Ntah yang mana satu.  Last-last, tourist guide kami datang kata "aiyo, all of you want to stay here?".. kitorang pelik and buat muka heran, sebab bukan kami je, ada lagi ramai tourist yang melepek ngn kitorang ni haaa!.  Sudahnya, dia pegi gatherkan semua orang tadi.

Last stop: Perkampungan Sg Mekong
Our next destination, minum air teh+madu+limau.  Ok, teh o limau.  Kedai mamak pun hado!.. Actually, madu yang dia pakai, madu yang belom jadi cecair.  Honey comb.  Yes, sarang lebah dia letak dalam air tu.  Dorang jual macam-macam lagi produk.  Aku minum ngn teragak-agak.  Tapi aku yakin, ianya halal.  Just kebersihan tu je laaaaa.. *makcik ni cerewet sikitttt*...


Minuman kami disini.  Hensem budak nih. :P

Sudah habis minum air limau, kami dibawa untuk menaiki sampan.  Kemana? Ke tempat perkampungan Sg Mekong lagi.  Menarik tau. Sepanjang perjalanan, ada bnyk buah kelapa..  Buah kelapa yang bukan cam kat sini.  Huh? Camno bontuk ea? Camni haaa...

Kelapa? apakah jenis ini? Adik aku kata pokok nipah... adakah buah pokok nipah ini digunakan untuk membuat coconut candy tadi?? Nay, thnx bro.. ur d best~!! ^^

Sempat posing atas sampan.  Masa ni mmg takut sampan ni terbalik.  Gigih makcik pengayuh tu.

Sampan yang dikayuh ole seorang ahjumma yang kuat, akhirnya berhenti disebuah perkampungan.  Layankan gambar tuk tengok apa yang ada kay?

Hasil buatan tangan untuk dijual.

Nyanyian lagi tradisional Vietnam.  

Jom makan buah.  Semua ni ada kat Msia.  Omputih je tak pernah tgok.

Antara hasil jualan dan kraftangan orang di perkampungan Sg Mekong

Tour perkampungan sg Mekong tamat lebih kurang pukul 2pm gitu.  Sebelum ke jeti, sempat jugak la aku amik gambar yang bg aku menariks~

Kanan bawah:  Teringin menjadi seperti mereka, melancong bersama even da bangka.

Last pic before depart.

Kami tiba di bandar Saigon lebih kurang pukul5.30pm.  Balik tu, singgah la Ben Tahn, tuk carik kain.  Cukup 6pm, cepat-cepat pulang ke hotel Kak Watie and Kak Im, tuk solat.  Aku and Kasha pulang ke Thien Hong.  Lupa plak nak bgtau, kami berdua da check put pepagi buta before ke Mekong Tour sebab nak pindah Saigon Pink 2.  Kami tido di SP2 selama semalam, sebab nak senang angkut barang bagai.  Tahan teksi dari AVA, terus ke Thien Hong and amik barang, tahan taxi lagi, terus check in SP2.  hehehe.. expressssss~!!! Malam tu, tido dengan nyenyak and aku da pack sebab pepagi lagi nak balik dah.

Ok, tammat la sudeh pembebelan aku tentang percuti ke Saigon yang unik.  Selama 5 hari, jujur aku cakap, mmg tak cukup untuk meredah pelusuk Saigon.  InsyaAllah, ada kesempatan, aku akan merepeat lagi HCMC. Tapi kali ni route lebih panjang.  Doakan aku ye~


Kamera da nazak.  Sempat aku titip gambar ni tuk diri.

Till then, bye..








11 comments:

  1. thaaannnkkk you... terubat rindu dengan vietnam.. miss the buah2 kat sana sbb sangat manis..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome dear~~!!! eheheeh... betul.. buah sana besar sgt.. contohnya, buah epal... tak larat nak makan sorang.. hehehe :)

      Delete
  2. hai zetty..salam ziarah..nice blog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai hang dhamin... thnx for complimentary.. ur blog nice too... i pollow~ :)

      Delete
  3. Replies
    1. heheheheh... address umah ke opis? ko punya address?? email meh.. heheh

      Delete
    2. email aku..white_moon_riders@yahoo.com bg add rumah sudah..

      Delete
  4. akhirnya..selesai sudah HCM..best2..lebih2 lagi ahjumma tu nyanyi lagu klu anda gumbira topuk tangan..masa kitaorg g sana ..hehehhe..

    ~Kak nora~

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... sgt gembira.. time tu ramai omputih.. so, mmg dorang gelak2 jerr.. kitorang yang kat blkang tepuk tangan and bergumbira sambil makan buah.. heheheh...

      Delete
  5. Maaf...nak tanya kenapa blur..kan gambar kawan tu,manalah tahu akak kenal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh... bukan apa kak mah.. nanti mereka tak mau ditayang muka, kita jugak yang kene...

      Delete