Enough me! Its you now!

Showing posts with label melancong ke Krabi. Show all posts
Showing posts with label melancong ke Krabi. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Paper Krabi - Last Day - Day 4

Assalamualaikum...

Entri untuk Krabi trip (01112012 ~ 04112012), klik sini.

Entri untuk Krabi trip, day 1 (01112012), klik sini.
Entri untuk Krabi trip, day 2 (02112012), klik sini.
Entri untuk Krabi trip, day 3 (03112012), klik sini.

Moh kita sambung paper krabi tuk hari last day and aku akan buat summary, why I am failed this paper, and why do I need to repeat krabi.  First of all, aku letak map yang di cropped dari google maps, untuk kegunaan masyarakat setempat.  Tang mana aku amik anna universal traveller, tang mana ada CIMB, tan mana ada restoren muslim dan sebagainya.  Tapi, kedudukan ini tak berapa nak betul rasanya, sebab dah lupo.  Lamo bona.  Feel free to tell me the original position.

Ini aku agak-agak lupa.  Feel free to correct me. :)  Anna universal traveller berada between kedai makan muslim dan laut.  Ianya bertentangan.  Kedainya kecil, tetapi dekat dengan Aonang Orchid Hotel.

Hitam bersegi lima tu, Aonang Grand Inn.  Bulatan merah kecil tidak berlabel adalah restoran makanan muslim.  Sebelah kanan Aonang Grand Inn tu yang tak berapa nak murah.  Yang tepi laut tu harga lebih kurang tapi rasa sedap lagi.  Bulatan yang aku label tu satu, kedai makan.  Kedai ini bernama Jamal, if tak silap.  Agak tersorok sebab kedudukannya diantara kedai baju, and paling penting, kecil and dia kat bukit.  Hahaha.. Jika gerai-gerai tu, rasanya Jumaat, Sabtu and Ahada shj yang ada.  Kecik je Aonang ni, korang tak sesat punya.  Yang penting, muslim ramai.  :)

For this very last day, after breakfast dalam bilik, kami jalan-jalan sebab flight kul2pm.  Bas putih boleh tunggu di depan McD and jgn lupa beli tiket.  If tak ada tiket, boleh beli di Aonang Grand Inn or mana-mana kedai yang ada tulis "ticket bus to airport". Senangkan?

Besar tak selipar ni? Korang juga boleh tempah baju kat sini.  Harga? Tak tau sebab tak menempah.. hehe

Kami juga cari makan ringan-ringan di gerai-gerai depan Aonang Grand Inn, berhampiran McD.  Semua yang menjual adalah muslim.  In sha Allah.. :) 

Spring roll and udang ini sgt la sedap.  Sos thai tu yang wat ianya bertambah sedap.  Harga? Murah sedikit dari restoren.

U have to try air ini.  Aku try mango and sgt puas hati.. :)

Ok, before aku menamatkan penulisan tertunggak ni, aku nak ceritalah kenapa aku kena repeat Krabi.  Antara sebab-musabab yang aku rasa adalah:

  1. Krabi sangat BEST.  It's different.  Tetapi, aku dapat rasakan yang Redang cantik lagi.  I mean, hidupan di bawah laut lagi cantik di Redang.  (Sape da pergi, tolong share.. hehe)
  2. Aku masih ada lagi 2 island trip yang aku rasa patut pergi, which are Hong Island and 4 Island.  Gedik tak?  If next time pergi, aku shoot to Phuket je sebab pakej island hoping sama shj untuk Krabi dan Phuket (if I am not mistaken)..
  3. Sebab no 2. hehe.. dah tak ada dah.  Yang penting, no 2 tu.  =)

Anda semua juga boleh dapatkan tiket pulang ke Malaysia (guna jalan darat) di mana-mana kedai. Kat Aonang Grand Inn ni as picture below:

Harga tak disebut, but waktu bertolak ada.

Sementara tunggu bas putih hantar kami ke airport, aku sempat guna tenet kat Aonang Grand Inn ni.  Jangan tak tau, dorang memang ada internet, tapi berbayar.  heheh.. Bayar je laaa..

Ok, trip Krabi aku dah jadi tak tertunggak.  Ada lagi trip tertunggak 'bekerja di KK', 'Seoul in Sonata' and 'Padang-Bukittinggi Shopping Spree'.. Minggu depan aku nak fly lagi.  To Indonesia.. Doakan ye..

Till then,




Tuesday, February 26, 2013

Paper Krabi - Day 1

Assalamualaikum...

Entri untuk Krabi trip (01112012 ~ 04112012), klik sini.

Akhirnya, paper Krabi (day 1), masuk juga hari ni.. Aku pun da hampir lupa tentang paper Krabi ni.. Lama sangat tertangguh!  Maafkan daku!

Ok, mari kita mulakan.. First tips, for those yang teragak-agak nak ke Krabi or Phuket, aku sajeskan, g je dua-dua, sebab mmg dekat.. Sebelah menyebelah sahaja dong!  And, islands trip yang mereka berikan, sama sahaja.. pendek kata, bezenya, nama tempat dan bilangan bangla yang korang akan jumpa.. gitu.. =)

First day, flight petang.  Hari hujan.. tapi, Alhamdulillah.. selamat pergi dan selamat mendarat..  Dalam flight tu, macam biasa, baca la apa yang patut.. Kawan aku membekalkan buku tuk motivate aku yang memang mentally ill down.. da abis baca buku tu sepanjang di Krabi.. sweet sgt.. thanks kak Aimie..

Peneman setia time flight to Krabi.. yes, aku mmg cantik.. luaran dan dalaman! Tahun ni nak kawin! Eh.. doakan..

Aku dah book hotel siap-siap just nak bayar sahaja.  Hotel yang menjadi pilihan adalah Aonang Grand Inn.  Kami booked bilik untuk 4 orang.  3 orang naik flight, seorang lagi naik keretapi dari KL.  Gigih kak Fizah.. Thanks sebab join the crowd.  Alhamdulillah, process immi and segala-galanya Allah permudahkan.  Before keluar airport, memang ada satu kaunter yang menjual tiket bas ke pekan Aonang.  Kaunter itu terletak sebelah kanan and ianya kalo tak silap, memang satu-satunya company (maaf jika salah), yang menjual tiket bas ke Aonang..

Bas warrna putih ini banyak, so jangan la risau.  Harga? 150 baht.  Mudah dan murahkan?  Korang jangan risau, sebab ramai je tourist.  So, inshaAllah, kalo sesat, adalah dalam 10 orang lagi akan sesat dengan ko.  heheh..  Sebut je Aonang Grand Inn kat driver, nanti dia akan berhenti depan Aonang Grand Inn.  Aonang Grand Inn ni dekat dengan McDonalds.  Makanan muslim banyak kat sekitar ini.  Yang beza cuma harga dan rasa.  Hotel Aonang ini ok sangat dan ianya menyediakan internet berbayar. hehe. Ada juga jual tiket bas tuk ke airport and paling penting, ada jugak jual tiket minivan ke KL.. hehehe..

Bas putih ke Aonang and suasana dalam bas

Suasana dalam hotel

Petang itu, kami jalan-jalan disekitar Aonang.  Jalan till ke tepi pantai untuk bergambar.  Seriously, pantai Aonang tak de la cantik mana.  Jujur ea.  Cantik lagi PD.  In fact, air dari kedai and hotel semua mengalir ke sini.  Ada la berberapa pak and mak saleh mandi manda.

Bergambar di tepi pantai

Matahari da semakin malu dan menurunkan dirinya =) *using sunset mode with filtered light and color enhanced*

Kami jalan-jalan and terus balik ke hotel.  Nak tunggu kak Fizah sebab keretapi dia rosak, terus stranded.  Katanya, malam sikit baru sampai.  So, kami bertiga solat and bersihkan diri.

Mesin atm dalam van.. ko hade?

Suasana semakin meriah bila menjelang malam

Malam makin menjelang di Aonang

Da siap-siap, terus keluar untuk memenuhi permintaan perut yang dah start meragam.  Jadinya, kami decide untuk makan kat kedai area kanan Aonang (menjauhi pantai) sebab kata si pekerja hotel, ada banyak restoren muslim area situ.  Jumpalah kedai muslim, dimana perempuan itu boleh kecek kelate.  hehe.. Order punya order, makan punya makan.  Kesimpulannya, mahal dan tak sedap.  Tapi nak wat camne, dah order.  Overpriced semua makanan dia.

Sila jangan makan disini

Kami jalan-jalan lagi, nak tengok sekitar pantai Aonang sebelah malam.  Tak lama itu, kak Fizah call, kata dah sampai.  Woohhhooo.. cukuplah jemaah 4 orang.. Teman dia makan kat kedai muslim yang tak pemes and aku rasa harga dia murah.  Jamal restoren namanya.. Aku makan coklat banana penkek yang sedap!! Borak-borak, terus ke kedai tuk booking pakej tuk island hoping esoknya.

Suasana malam-malam di Aonang

Evacuation in case berlakunya Tsunami... 

Wahhh... da la aku ngah lapa ni..sedap kalo dapat penkek...

Kami decide nak ambil pakej oleh Orchid Aonang and request muslim food.  Memandangkan kami datang ketika peak season, harganya, mmg mahal.  RM120 seorang.  Dah book and sedikit shopping, terus balik and tido.  Before tido, sediakan barang-barang tuk snorkel esok.. Tour agent tu akan jemput sekitar 8 pagi. Get ready sahaja laaa.. heheh..

Beli air mineral yang berharga RM8.50 kat kedai ini.. kedai ini sebelah dia Anna Universal Traveller

Untuk breakfast esok.. ko nampak tak kebulurnya kami? 

End of day 1.  Tips for for new comers to Krabi:
  1. Korang boleh walk in kat Aonang ni.. harga aku tak sure.  tapi for peak season, seeloknya booking dulu.. seriously, ramai orang!
  2. Korang boleh pilih any tour actually and jangan lupa request muslim food even though korang pilih pakej dari agent yang bukan muslim.  Biasanya, dorang mampu fulfill permintaan anda.. Muslim bukan sesuatu yang asing di Krabi.. alhamdulillah...
  3. Sila pilih makanan yang murah di sekitar depan McD.  Ada gerai kecil-kecil and memang majority orang muslim berniaga disitu.  Sedap pun sedap, murah pun murah.. :)  
  4. Aku tak syorkan korang bawak anak-anak korang merayau tengah malam kat sekitar Aonang malam-malam sebab ramai GRO lelaki cam pempuan....  Menakutkan... errrkkk.. kalo tak bawak anak, nak tgok, ape salahnya.. heheh..
  5. Sila beli simkad thai sebab murah tuk call Malaysia.. O ye, kastam mereka bg simkad free of charge.. korang topup je..
Simkad free, yg pulsanya tidak ya..eh, tetiba

Tu je laaaa.. till then,






Sunday, November 4, 2012

Paper Krabi yang failed!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. even dengan tak ada mood nak berjalan, aku tetap ke Krabi.  And, guess what, makin bnyk trip yang kami rancang bersama! Oh no! Tajuk aku Krabi yang failed, bukan bermaksud Krabi tak best, tapi aku wajib repeat paper Krabi.. wajib, wajib! *to my bro and my sis-in-law, korang akan diwajibkan merepeat ngn me next time.. hahaha*.. Nanti dah abih entri Cambodia, Kuching and Tioman, aku akan masukkan paper Krabi ni and akan aku ceritakan kenapakah aku wajib repeat.  Gambar bawah ni kat Maya Beach.  Aku paling suka gambar ni.  *aku nampak kurus*.. 

Merancang masa depan

Ribuan dan jutaan kasih sayang buat teman-teman yang mendoakan aku bersemangat trip yang kali ini.  Cayang korang sgt-sgt.. Aku doakan kalian berjaya disetiap pelusuk apa jua yang kalian lakukan... :)

Till then,