Enough me! Its you now!

Saturday, March 1, 2014

Hait! Arigatou! Japan oh Jepun!

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap semua sihat, inshaAllah... Maaf sebab dah lama tak bukak entri.  Aku baru pindah tempat kerja awal bulan 2 hari tu.  Letih pindah tak abis lagi, aku sambung bercuti ke antara negara tersibuk di dunia.  Jepun... satu negara yang tak perlu aku kenalkan lagi.  Negara yang mengagungkan bahasa ibunda mereka dan aku yakin, kat rumah korang mesti ada satu barang (sekurang-kurangnya) yang berjenama Jepun.

Percutian kali ni, rombongan cik jah 2 orang sahaja. Kental di tengah-tengah Jepun, kekdahnya.  Sepatutnya 4 orang, tapi drama ala-ala hindustan telah berlaku, dan akhirnya, 2 kecundang, 2 mara.  Hehehe.  Even though 2 orang, trip kali ni memberi aku hint bahawa "sejauh mana kita buat research akan sesuatu tempat, kita masih akan sesat dan masih akan confuse sebab research dan practical adalah 2 perkara berbeza".  Juga, trip ini juga, memberi petunjuk kepada aku bahawa aku masih lagi belum bersedia untuk travel solo.  Terima kasih berjuta-juta lemon kepada kak Aimi kerana bersabar dengan kerenah dan kesesatan jalan yang saya lakukan sepanjang disana.  Semoga trip kali ini merapatkan ukhwah kita lagi.  Maafkan saya (nada conan.. kekekek.. juga, Assalamualaikum)..

Rabu lepas, aku berjumpa Nobita, Doraemon dan rakan-rakan.  Sedangkan berberapa hari sebelum itu, aku bermain salji di hujung Jepun, juga masa hari pertama, aku ketemu Glico "Running man" di tempat pertama aku mendarat.  Aku pergi 3 negeri di Jepun kali ni, Osaka, Sapporo dan Tokyo. 3 negeri yang mempunyai keunikannya tersendri tetapi share satu benda yang sama, sibuk.

Entri akan menyusul dan sila jangan segan-segan kucen untuk bertanya itinerary aku, dan macam mana aku survive kali ini.  10 hari yang membawa makna Jepun, tak mudah untuk aku ceritakan.  Ia tersimpan rapi dalam kotak memori ini.  I am gonna missed Japan, like other countries.  And maybe, coming back for another deep trip.. inshaAllah.

Cik Jah and kawan, kami berdua sahaja kali ni

Till then,

Sunday, January 26, 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum...

Apa khabar semua readers, silent readers? Sihat tak tu? Aku, alhamdulillah, sihat dengan izin-Nya.  La ni dok mem'busy'kan diri dengan 'peminat-peminat' yang selalu berkunjung tiba di office sehari-hari, jadinya agak sedikit sibuk.  Entri masih lagi banyak yang tertangguh. Akan aku cuba mencari masa untuk meng'update' semuanya before ke negara timur *eh*..

Ok, seperti biasa, new year resolutions.  Walaupun agak lambat memberikan impian segala bagai, but I am hoping to be more focus in my life.  Kekdahnya.  Antara mission tahun ini adalah:

1.  Travelling.  Aku dah berkira-kira untuk travel ke empat tempat sahaja dalam setahun.  Dua overseas and dua local.  Visit Malaysia kot this year.

2.  Be a good daughter, friends and muslim.  Resolutions ni daily resolutions.

3.  Find the right guy to be married to! (hehe)

4.  Keep a hardcopy journo.  Means, a hardcopy one.  Bila nak tidur, tulis pengalaman hari travel.  Aku before this guna phone je, senang.  Tapi, kali ini aku mahukan kelainan, hardcopy kekal.

5.  Lastly, kuruskan badan yang gemuk ini!

Tu je la.  Setiap tahun resolutions semua sama je.  Tak ada lebih, tak ada kurang.  Apa-apa pun, aku berterima kasih kepada semua readers and tak jemu-jemu baca blog aku ni.  Selamat tahun bari 2014 masihi semua!

Till then,




Wednesday, December 11, 2013

Padang - Bukittinggi, Indonesia (Fourth Day and Fifth day-last day)

Assalamualaikum...


Lamanya la aku tak update apa-apa kat blog ni.  Da bersawang.. Bukan tak mahu update, tapi kekangan masa dan waktu yang sangat mencemburui aku, aku terpaksa menjadikan blog ini a part time job instead of doing it full time.  Lama juga tidak ber-update, 2 bulan. Dan, bulan ini adalah yang terakhir pada 2013.  Ok, kita sambung ea.. Keep on reading please.. :)


***

Entri untuk Padang-Bukittinggi, klik sini

Entri untuk Padang-Bukittinggi (First day), klik sini.
Entri untuk Padang-Bukittinggi (Second day), klik sini.
Entri untuk Padang-Bukittinggi (Thrid day), klik sini.

Pagi-pagi lagi kami dah check out dari hotel. Malam ini (malam ke-3) kami akan tidur di Padang. Aku dah book hotel Hang Tuah melalui Agoda.com. Horror gile hotel ini. SILA JANGAN DUDUK if book guna online. Ini my 10sen opinion. If korang nak caras or rasa tak patut aku buat begini, sila baca blog lain. Tak payah baca blog aku. *tetiba sentap*. hehe. Sepanjang perjalanan kami dari Bukittinggi ke Padang, banyak tempat yang kami singgah.

Diantara perjalanan itu, kami dibawa ke tempat makan tepi kolam (tak ada gambar, maaf) juga tempat membeli alpulkat.. alpulkat or avocado.. rasa avocado ni kelat-kelas lemak.  Bagi aku kurang sedap, tapi orang lain, rasanya sedap je. Aku yang cerewet mungkin..

Rupa alpulkat yang lemak-lemak kelat

Kedai baju saiz jumbo
Jumbo itu saiz besar. Memandangkan adik aku ingin mencari baju-baju bersaiz jumbo, beliau meminta Riki membawakan dia ke tempat-tempat itu. Maka, Riki membawa kami ke 2,3 buah kedai juga yang terletak di Bukittinggi ini. Kalau ada saiz, boleh beli.  :)

Tabek Patah
Tempat ni aku rasa tak perlu diperkenalkan lagi.  Ianya merupakan kunjungan wajib untuk merasa kopi herba unik.  Ada bunga lawang, kulit kayu manis dan lain-lain campuran. Ianya dikatakan berkhasiat dan bisa mengurangkan darah tinggi dan kencing manis.  Kami mencuba kopi ini dengan pisang salai.  Sedap sangat-sangat.  Dengan pemandangan lagi.  Dah puas borak-borak and habis mengopi, kami membeli sikit makanan untuk dibawa pulang ke semenanjung.


Kopi herba + kulit kayu manis + pisang salai = terbaik
 

Coklat yang unik.. Kulit penyu ini asli ye.. ni Riki yang btau.. kasihan lak rasa

Sulaman Hajah Rosmah
Toko sulaman ini juga tak perlu aku perkenalkan pada korang.  Tempat ni famous kot.  Cer Google, macam famous je, macam famous je.  hehe. Hajah Rosmah memang tak asing lagi dalam dunia sulaman.  Kedai sulaman dia ramai penyulam dan sulamannya kemas dan cantik-cantik.  Aku sempat beli 2 helai tudung, cantik dan kemas sulamannya.  Harga? Jujur cakap, luar kemampuan sebab nggak murah.  Masa ni taraf ribuan je semua. Tapi sulaman memang kemas, jika anda semua peminat sulam dan pentingkan kualiti, sila beli. Pasti tak rugi.


Istano Bosa Pagar Ruyung
Tempat terakhir yang dibawa Riki adalah istana ini.  Istano bosa pagar ruyung.  Istana ini beratapkan minagkabau dan ukiran dibadan istano amatlah cantik.  Kami pun camwhore depan istano ni umpama kami sendiri punya.  Juga masa ni, hari dah kelihatan suram dan hujan rintik-rintik mula menitis.  Kami berlari ke kedai di seberang jalan istano.  Beli apa yang patut, terus shoot to Hotel Hang Tuah.




Hotel Hang Tuah
Jika anda nak juga duduk disini, sila minta supir yang booking.  Memandangkan aku book guna Agoda.com, aku nak complaint pun tak berapa sedap (yelah, dah murah hotel ni).  Masalah yang aku hadapi antaranya tidak ada free wifi, receptionist yang kurang mesra, bilik yang usang (katil tua yang reput), toilet tersumbat dan kotor.  Please jangan tinggal disini.  Ini review aku as one of the customer.  

Bertentangan hotel Hang Tuah ini ada Ramayana dan kami singgah lagi.  Jalan kaki sahaja dari hotel.  Da puas tawaf, pulang ke hotel untuk bersihkan diri.  Malam tu, kami dinner seafood di Padang ini sebab kata Riki, sedapnya disini adalah seafood.  Percaya atau tidak, total kami makan berenam dan pelbagai lauk adalah RM40 lebih sahaja. Siap sotong goreng tepung 2 pinggan (sebab tak tahu 1 porsi besar mana).  Sila cuba seafood di Padang! Minta supir korang bawakan.  Dah makan, tidurlah di hotel horror itu.. nak buat macam manakan. Esok nak balik dah.  Flight pagi...

Tamat sudah cerita Padang-Bukittinggi, Indonesia.  Maaflah sebab aku terlalu mengambil masa untuk trip ini. Kerja hakiki berkejaran dengan kerja peribadi.  Bari tadi terbaca kisah allahyarham Ammar, pelajar Malaysia di Turki yang mati syahid.  Mengagumi beliau, merantau untuk ilmu.  Terpana aku sekejap.  Aku berdoa agar semua trip yang aku telah/akan pergi, Allah beri hidayah dan pahala yang berlipat ganda.  Misi aku setelah Perth telah membuka mata dan aim aku.  Apa aim aku? Tungggggguuuuuu...

Till then,